Pretty Girl 3

Pretty Girl
Please Subscribe to read the full chapter

 

Ada edit sikit dekat bawah... Leave a comment after read keke.One more chap to go...

 

Aku membaringkan diriku di atas katil. Setelah perbincangan atau lebih patut aku kata sebuah perbincangan yang dipaksa oleh ibuku sendiri untuk turut mendengar hujah-hujah mereka. Perbincangan itu hanya membuat perasaan amarahku makin membara. Hei Krystal terdesak sangatkah kau sehinggakan kau mahu tinggal di rumah aku ini. Mujur sahaja ibunya menghubungi ibu aku menyuruh Krystal pulang ke rumahnya.

 

Aku bangun dari katilku dan membuka satu persatu butang baju sekolahku mungkin mandian hangat di malam hari dapat melegakan tubuh badanku yang lenguh ini. Apabila aku ingin mengantungkan blazer yang berwarna coklat  aku ternampak sebuah botol yang berisi cecair hijau di dalam poket blazer tersebut. Barulah aku teringat akan kejadian yang berlaku pada diriku petang tadi.

 

Betulkah apa yang diperkatakan oleh Kai itu…. Yang benda ni mampu merubah hidup aku.

 

Ah baik aku mandi dahulu. Aku melangkah masuk ke dalam tub yang sudah dipenuhi air. Aku memicit sedikit demi sedikit cecair sabun yang berbau lavender ke tapak tanganku lalu di usap ke badanku. Betul kataku mandian hangat dapat melegakan badanku ini.

 

Usai mandi aku memakai baju tidurku lalu berbaring di atas katilku sambil memegang botol yang berisi cecair hijau itu. Mungkin ini waktu untuk aku bangkit dan biarkan dia rasakan apa yang telah aku alami. Biar dia tahu bertapa sakitnya hati aku ini. Aku membuka penutup yang terdapat di atas botol itu lalu meneguk cecair itu.

 

Ah pahitnya cecair ini....

 

Kenapa kepala aku tiba-tiba sakit…

 

Argh!!!

 

 

 

Sinaran matahari menyebabkan aku terpaksa membuka mata aku kerana tidak selesa. Huh dimanakah aku sekarang ini? Kedua-dua belah tanganku hinggap di kepala aku apabila rasa sakit muncul secara tiba-tiba. Bagaimana aku boleh berada di sini? Aku pasti yang ini bilik Krystal dari melihat bingkai gambar yang menunjukan gambarnya. Adakah cecair ini memang ajaib? Aku menjerit bila melihat tubuh aku yang terbaring di sebelah aku. 

 

Ke...kejap.. Apa yang berlaku?!

 

Adakah aku mempunyai klon atau aku tertukar badan dengan Krystal.

 

Perlahan-lahan dari wajah yang terkejut wajah aku berubah membentuk sebuah senyuman.

 

Aku merenung wajah aku sendiri yang sedang membuka matanya dengan perlahan-lahan dan apabila mata dia juga merenung mata aku. Dia menjerit.

 

“Siapa kau? Kenapa kau menyerupai aku?” Jerit Krystal atau lebih patut aku kata wajah aku sendiri yang menjerit ke arah aku. Aku hanya tertawa.

 

Sebaik sahaja mendengar cara aku tertawa mata Krystal menbuntang luas dengan wajah yang kelihata

 

"Yah Suzy! Apa yang kau dah buat ni? Kenapa aku berada di dalam badan kau?"

 

“Hei kau fikir aku tahu ke huh” Dalam diam Suzy tersenyum sinis. Bagaimana pula dia tidak tahu sedangkan semua ini yang dipinta oleh dia sendiri. Dia yang meminta Krystal akan merasakan bagaimanakah berada di tempat dia dan ini yang berlaku.

 

Krystal yang mula naik angin lalu menolak Suzy. Pergaduhan kami yang hampir menjadi sebuah pergaduhan yang besar terhenti apabila Puan Victoria atau ibu kepada Krystal masuk dan menolak Krystal dan memeluk aku. Dapat aku lihat wajah Krystal yang berubah sebaik sahaja melihat ibunya sendiri memeluk aku dan bukan memeluk dirinya.

 

Huh, Rasakan!! Itulah yang aku rasa 10 tahun yang lalu. Ditolak oleh ibu aku sendiri.

 

“Apa yang kamu buat di sini Suzy” Tanya Puan Victoria dengan nada tegasnya sambil menunding jari kepada Krystal. Melihat sahaja wajah aku yang kelihatan kelu tidak terkata sepatah perkataan membuat senyuman di wajah aku semakin sinis.

 

“Ah mama, Krys yang ajak Suzy datang semalam lagipun sudah lama Suzy tidak datang ke sini” Aku membalas pertanyaan ibu Krystal itu sebaliknya Krystal hanya mengangguk kepalanya. Reaksi di muka Puan Victoria jelas sekali seakan-akan banyak persoalan yang bermain di mindanya sebaik sahaja mendengar alasan aku.

 

Tsk, Semestinya Puan Victoria sendiri mengetahui betapa renggangnya hubungan aku dengan anak perempuannya sendiri mana mungkin tetiba sahaja anak perempuanya menjemput aku ke rumahnya walaupun aku sendiri masih musykil bagaimanakah aku boleh muncul di bilik Krystal, aku sendiri tidak tahu.

 

Ah bukankah aku Si Hodoh yang selalu berada di tempat tercorot jadi aku tidak pandai memberikan alasan yang munasabah tapi siapa kisah janj

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Hundotlove
sudah di update maa~ drop a comment guys

Comments

You must be logged in to comment
KeiYin #1
Chapter 6: Great Story.... ^_^
Melting_95 #2
Chapter 6: Siannya suzy takdok partner xD buatlah sequel dgn kai~
lugege_
#3
Chapter 6: Author, buatlah sequel Suzy dgn Kai. Pleaseeeeeeeee.
baekki_kook #4
Chapter 4: What a great story .-.
lugege_
#5
Chapter 4: ALAH NAK TGK SUZY NGAN KAI T.T APA2 PUN TAHNIAH WALAUPUN LMBT CKP
xoxogirl2 #6
Kesian....~>_<~
ainzakaria
#7
Chapter 4: Waaa!!! *big clap* lain sangat cite ni..Ingatkan Sehun akan suka Suzy..
mina_123 #8
Chapter 1: daebak!!srsly memang best.teruskan usaha awk dalam bidang penulisan...
KimTaehyungWifeu
#9
Chapter 6: waaa.. tahniah authornim !!! citer awak ni mmg fab !! rupanyer krystal x lah jhat sperti yg disangka ! oh em jih ~