Pretty Girl 2

Pretty Girl
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

Aku tersenyum bodoh melihat betapa tingginya bangunan sekolah. Serjenak di ruang fikiran aku, aku sudah boleh berimaginasi sekujur badan aku yang tidak lama lagi akan terbaring di tanah. Mungkin itu pengakhiran hidup Si Hodoh seperti aku. Jika sahaja aku sudah tiada, adakah ibubapa aku akan meratapi kehilangan aku ataupun mereka hanya membiarkan abu mayat aku dibiarkan sebegitu sahaja.

 

Nampaknya inilah pengakhiran kisah aku yang penuh tragis. Kemungkinan untuk kali pertama aku akan memenuhi muka depan surat khabar dengan tajuk “Seorang gadis berusia 18 tahun mati membunuh diri di sekolah” huh mungkin lepas aku mati akan ada yang baru mengetahui kewujudan aku. Aku menutup mata aku menikmati angin yang membuat rambutku bertebangan ke belakang untuk kali terakhir.

 

 

Selamat tinggal dunia yang kejam….

 

 

Bunyi daun pintu yang terbuka kuat menyebabkan aku membuka kelopak mata aku. Kenapa pada saat ini ada orang yang datang? Aku memusingkan badan aku ke belakang melihat siapakah yang menganggu aku. Mata aku tidak berkelip melihat seorang lelaki yang menyilangkan tangannya sambil menyerigai. Bagaimanakah dia boleh berada di sini?

 

 

“Sadisnya hidup kau” Suaranya membuatkan aku menundukkan kepala aku ke bawah. Aku malu untuk bertatapan dengan lelaki yang aku sukai, Oh Sehun.

 

 

“Sangat sadis sehinggakan kau sanggup untuk membunuh diri kau sendiri” Dapat aku dengar bunyi setiap derapan kakinya yang semakin mendekati aku. Tangan aku ditarik kasar oleh tanganya menyebabkan aku jatuh di dalam dakapannya. Tapi aku masih tidak faham bagaimanakah Sehun boleh berada di sini.

 

 

Aku meleraikan pelukan Sehun dan merenung wajahnya dengan wajah yang masih tidak faham. Kedua-dua belah tangan Sehun memegang pipiku sambil tersenyum. Aku terkedu. Aku tidak pernah melihat Sehun memberikan senyumannya kepada aku selalunya padangan yang kolot diberikan kepada aku. Apakah yang merasuk Sehun?

 

 

“Se…sehun” Aku mulai gagap.

 

 

“Aku bukan Sehun” Suara serius Sehun bersuara.

 

 

“Aku Kai” Kai, Bukankah itu seorang pelajar lelaki nerd yang ditemui maut kerana membunuh diri di atas bangunan sekolah. Ah aku mesti berhalusinasi, tak mungkin lah pula roh Kai masuk ke dalam badan Sehun.

 

 

“Ya memang betul pun aku telah meninggal dan roh aku masuk ke dalam badan Sehun” Adakah dia membaca fikiran aku. Hati aku mula diulit rasa takut. Aku kini sedang berbicara dengan roh orang yang telah meninggal dunia.

 

 

“Apa yang kau nak” Suara gentar cuba aku buang ke tepi. Minda aku seakan-akan sedang berimaginasi. Betulkah apa yang berlaku pada aku ni.

 

 

“Aku nak kau bahagia” Aku terpana mendengar perkataan ‘bahagia’. Entah kenapa aku rasa ingin tertawa mendengar apa yang dikatakan oleh Sehun. Hidup aku yang menderita bertukar menjadi bahagia huh sungguh mengarut.

 

 

“Apa yang kau fikirkan? Kau gilakah? Bagaimana kau ingin merubah hidup aku menjadi bahagia” Lantas tubuh Sehun menghampiri aku. Bau wangian dari minyak wangi yang menusuk ke dalam hidungku membuat aku merasakan aku sedang bermimpi-mimpi yang aku kini dengan lelaki yang selama ini aku cintai. Alangkah indah jika ini adalah kenyataan yang Sehun juga menyukai aku.

 

 

Sehun mengambil sesuatu di dalam kot sekolahnya. Sebuah botol kecil yang mengandungi cecair berwarna hijau membuatkan aku ingin mengetahui cecair apakah itu. Aku ingin bersuara menanyakan tentang cecair itu tapi aku tahu dia boleh membaca minda aku. Jadi aku menanyakan soalan itu di dalam minda aku.

 

 

“Cecair ini dapat makbulkan apa sahaja yang kau inginkan” Aku seolah-olah terpaku melihat botol kecil yang berisi cecair berwarna hijau itu. Benarkah cecair ini dapat memakbulkan apa yang aku inginkan. Aku mendongakkan kepala aku melihat wajah Sehun yang tersenyum walaupun aku tahu yang sedang tersenyum sekarang ini ialah Kai bukanya Sehun. Jika benarlah cecair ini dapat memakbulkan apa yang aku inginkan jadi impian aku akan menjadi kenyataan.Sehun menghulurkan botol itu kepada aku.

 

 

“Kau minta sahaja apa yang kau inginkan dan minum cecair itu tapi ingat hanya satu permintaan sahaja” Sehun memberi amaran.

 

 

“Kalau begitu baiklah” Aku yakin denga

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Hundotlove
sudah di update maa~ drop a comment guys

Comments

You must be logged in to comment
KeiYin #1
Chapter 6: Great Story.... ^_^
Melting_95 #2
Chapter 6: Siannya suzy takdok partner xD buatlah sequel dgn kai~
lugege_
#3
Chapter 6: Author, buatlah sequel Suzy dgn Kai. Pleaseeeeeeeee.
baekki_kook #4
Chapter 4: What a great story .-.
lugege_
#5
Chapter 4: ALAH NAK TGK SUZY NGAN KAI T.T APA2 PUN TAHNIAH WALAUPUN LMBT CKP
xoxogirl2 #6
Kesian....~>_<~
ainzakaria
#7
Chapter 4: Waaa!!! *big clap* lain sangat cite ni..Ingatkan Sehun akan suka Suzy..
mina_123 #8
Chapter 1: daebak!!srsly memang best.teruskan usaha awk dalam bidang penulisan...
KimTaehyungWifeu
#9
Chapter 6: waaa.. tahniah authornim !!! citer awak ni mmg fab !! rupanyer krystal x lah jhat sperti yg disangka ! oh em jih ~