Pretty Girl 1

Pretty Girl
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

Aku merenung ke arah padang yang dipenuhi pelajar-pelajar yang sedang sibuk berlatih untuk hari sukan yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Aku pula hanya duduk di astaka padang sambil memerhatikan mereka. Aku tidak pandai bersukan jadi aku ditegah untuk memasuki apa-apa acara kerana khuatir aku akan mengakibatkan pasukan rumah sukan kami kalah. Huh, mereka kata aku seorang pembawa malang tapi ianya bagus kerana aku sendiri pun tidak mahu terlibat dengan aktiviti berkumpulan walaupun markah ko-kurikulumnya akan ditolak.

 

 

Mata aku melirik pula ke arah lelaki yang menjadi idaman aku. Rupaku mungkin tidak secantik mana, namun aku juga manusia yang memiliki perasaan. Aku berhak untuk menyukai seseorang itu tetapi malangnya, lelaki pujaan hatiku memendam perasaan terhadap orang lain. Dan yang memeritkan sekali ialah orang itu bukannya aku. Siapa lagi kalau bukan Krystal Si Cantik yang disuka ramai.

 

 

Meradang betul hati aku apabila melihat Krystal tersenyum manis ke arah Sehun. Ah, sakit sungguh hatiku melihat senyuman-nya itu! Apa yang membuat aku lagi sakit hati ialah Sehun yang turut membalas senyuman Krystal diakhiri pula dengan gelak ketawa mereka yang membuat telingaku sakit.

 

 

Seandainya aku juga memiliki senyuman yang menawan seperti itu.

 

 

Aku bangun dari tempat duduk  dan berlalu meninggalkan padang sekolah. Langkah yang goyah aku hayungkan dengan hati aku yang masih lagi perit. Dalam setiap langkahku, keperitan yang terpendam dalam hati semakin terasa. Oh Tuhan, mengapa aku? Mengapa hanya aku yang merasai semua ini?

 

 

Aku tahu Sehun takkan pernah mencintai aku bahkan belum sempat aku meluahkan perasaan kepadanya, dia terlebih dahulu berpesan kepada aku agar tidak menaruh perasaan terhadapnya. Waktu itu aku menangis apabila dia mengatakan aku perlu melihat cermin dahulu sebelum menaruh perasaan aku kepada dia. Itulah lelaki yang merasakan dirinya hebat dan memandang rendah terhadap orang lain. Salah aku juga kerana menyimpan perasaan terhadap lelaki yang jauh statusnya dari aku yang selalu dipandang hina ini.

 

 

Baik aku pergi ke bumbung sekolah. jika balik ke rumah pun ibu dan ayah pasti akan bising dan tidak habis-habis membandingkan aku dengan Krystal. Banyak-banyak manusia yang lebih pintar dari Krystal, mengapa dia juga yang selalu digunakan oleh ibu dan ayah aku. Mungkin sahaja kerana Krystal ialah anak saudara kesayangan ibu. Aku ialah sepupu Krystal, tapi tiada seorang pun  di antara kami yang memberitahu perkara itu kepada sesiapa di sekolah. Mungkin kerana dia malu mempunyai sepupu seperti aku atau mungkin sahaja aku yang malu untuk memberitahu kepada semua yang aku ialah sepupu kepada Krystal.

 

 

Mana tidaknya, aku dengan dia memang tidak sehaluan dari awal lagi. Bagi semua orang dia seorang yang sempurna berbandingkan aku yang selalu menjadi orang yang terakhir akan di pilih. Lihat sahaja betapa ramai pelajar mengerumuni dia apabila dia berlatih untuk pasukan sorak sekolah. Denganskirt yang singkat tu, dialah segalanya.

 

 

Aku ingat lagi hari pertama aku berjumpa dengannya ketika kami berumur lapan tahun. Semua yang dia lakukan betul sedangkan aku selalu dipersalahkan.

 

 

“Suzy ah, hari ni sepupu kamu dari Amerika akan datang dan tinggal bersama kita sebab maksu ada kerja . Jaga sikap kamu okay?” Beritahu ibu kepadaku. Aku hanya mengangguk. Aku sendiri tidak pernah berjumpa dengan sepupu aku. Kata Ibu dia seorang perempuan dan yang sama umur dengan aku. Aku tidak sabar untuk berjumpa dengan sepupu aku itu. Wah, nanti aku boleh bermain bersama-sama dengannya.

 

"Ingat jangan bergaduh dengan sepupu kamu. Ibu pasti jika dia datang ke sini yang hidup kita akan berubah menjadi lebih baik" Kata ibu membuat aku mengelipkan mata aku dengan narsisnya lalu ber

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Hundotlove
sudah di update maa~ drop a comment guys

Comments

You must be logged in to comment
KeiYin #1
Chapter 6: Great Story.... ^_^
Melting_95 #2
Chapter 6: Siannya suzy takdok partner xD buatlah sequel dgn kai~
lugege_
#3
Chapter 6: Author, buatlah sequel Suzy dgn Kai. Pleaseeeeeeeee.
baekki_kook #4
Chapter 4: What a great story .-.
lugege_
#5
Chapter 4: ALAH NAK TGK SUZY NGAN KAI T.T APA2 PUN TAHNIAH WALAUPUN LMBT CKP
xoxogirl2 #6
Kesian....~>_<~
ainzakaria
#7
Chapter 4: Waaa!!! *big clap* lain sangat cite ni..Ingatkan Sehun akan suka Suzy..
mina_123 #8
Chapter 1: daebak!!srsly memang best.teruskan usaha awk dalam bidang penulisan...
KimTaehyungWifeu
#9
Chapter 6: waaa.. tahniah authornim !!! citer awak ni mmg fab !! rupanyer krystal x lah jhat sperti yg disangka ! oh em jih ~