Jungkook meets Taehyung
Hate Before Saranghae
Sudah sebulan masa berlalu pergi,sebulan juga hidupku berubah 360 darjah sejak kehadiran budak itu. Aku terus hilang semangat,aku masih merasakan yang Jungkook akan merampas segala-galanya dari aku. Ya,seprti apa yang pernah dibuatnya dahulu. Perasaan takut kadang-kadang datang menyelubungi diri membuatkan aku tak sanggup berdepan dengan hidup.
"Ahra.."satu suara mematikan lamunanku.Aku tersedar dan memaling kearah suara tadi. Mama sedang berkerut dahi memandangku.
"Ya,Ma?"Mama mengeleng sebelum melabuhkan punggungnya di sebelahku. Udara nyaman yang singgah di koridor bilikku menenangkan lagi fikiranku yang bercelaru. Mama di sebelAH juga sedang menikmati udara yang segar petang itu.
"Kamu masih belum berbaik ke dengan JungKook?"pertanyaan mama membuatkan aku terdiam. Lidahku kelu. Pernahkah aku mencari gaduh dengan Jungkook . Well,aku ras tak pernah cuma aku yang selalu cari masalah tetapi sebaliknya 'budak' itu tidak melawan. Aku pun kadang-kadang pelik.
"Kitaorang tak pernah gaduh pun..."aku sebenarnya buntu untuk menjawab pertanyaan maut tersebut jadi mungkin jawapan itu sahaja yang dapat ku berikan. Mama diam,mungkin sedang memproses apa yang ku katakan tadi.
"Ma ngan papa cuma nak hubungkan balik hubungan kamu dengan adik kamu...tak ada niat lain..mamaingatkan kamu dah lupa hal silam kamu dan bina hidup baru dengan adik kamu ...."Aku diam. Mana mungkin aku dapat melupakan kisah silamku walaupun sudah ber
Comments