SYARIKAT SM OH

WE ARE ONE! WE ARE EKZOS!

Okay semua dah siap kan? “ Tanya Suho kepada adik adik tiri dan kandungnya. Sebenarnya salasilah keluarga ni tak pikior pun lagi. Mohon abaikan.

“Udoh! Ambe dok tunggu dari tadi. Sian ambe tengok si buah nyor tu dok nunggu dari tadi.” Chen menjuihkan bibirnya ke arah Chanyeol yang sibuk berselpie selpah dengan Luhan.

Tao menjongketkan keningnya. “Buah nyor?”

“Kelapa lah. “ Jawab Lay sambil mengunyah buah nyor?

“Tu kau kunyah apa? Chewing gum?” Tanya D.O yang dari tadi kehairanan.

Lay menggelengkan kepalanya. “Ni sabut dia lah.” Jawab Lay seraya berlalu pergi meninggalkan Tao dan D.O yang ternganga macam periuk belanga.

...............................................................

Sesudah mereka sampai dengan sebuah lori *batuk* lori perabot, diorang pun bergegas turun.

“Ohmygod really you! Kenapa lah kita kena naik benda alah ni?”               Tao mengipas ngipas mukanya yang sudah kemerahan seperti udang bakar.

“Uh tulah. Lain kali jangan sibuk nak pakai baju batik sangatlah. Duit pun dah lupa.” Sehun memerli .

Ibarat sebutir bom dari Zaman jepun dulu datang ke muka Kai. “Eh duit sendiri pun tak reti nak jaga.”

Suho menarik kedua dua telinga adiknya. “Hello! Kita datang sini nak menjual air liur ke nak uji bakat?”

Kris dan yang lain hanya mampu ketawa seperti gusi jatuh ke riba.

“Tak paham kita dengan korang ni. “ Luhan bersuara sambil turut menguyah sabut kelapa.

“Well, adik beradik kan suka gaduh.”

“Nak gaduh pergi WWE. Kita datang ni nak uji bakat”

“Then, let go!” Xiumin bersorak. Diikuti Chanyeol.

“Yeah!”

................................................................................

“Humak aih bapak besar syarikat SM Entertainment ni!  Tu tengok tu! Toilet di pun dah besar ruang tamu kita.”

“Hiperbola gila. Hah anyway mana nye bilik nak odisyen?” Chanyeol menguyah sabut dan meniru gaya Camel Chen.

Chen buat muka sedih. Chanyeol ketawa .

Malangnya dia punya pipi kena tarik oleh Suho dan Chen menjelir lidah sebagai balasan.

“Umm wait aaa. Aku Tanya mamat stylo tu. “ Baekhyun menunjukkan ke arah mamat yang dimaksudkannya. Mamat tersebut pakai baju t-shirt dan berseluar pendek. Ada headphone tergantung atau tergadai di lehernya. Dan rambutnya blonde.

Mamat tersebut dengan gaya stylistonya meng’flip’kan hairnya dan berjalan melalui celahan adik beradik tersebut.

“Encik!” Panggil Baekhyun dan diikuti oleh adik beradiknya yang lain.

Mamat yang tiada bulu kaki itu berhenti dan menoleh. Dia menunjukkan ekspresi “Eh?”

“Encik encik, mohon berhenti. Saya nak bertanyakan sesuatu ni.” Baekhyun kemudiannya berjalan dengan laju kea rah mamat stylisto yang berayban.

Sehun ketawa sendirian. “Kalau ye pun tak payah la ayat teater sangat. ‘Nak bertanyakan sesuatu’.hahahaha “ Luhan yang mendengar bebelan Sehun itu ketawa sekali.

Suho turut ketawa diikuti Kris diikuti Xiumin dan Lay dan okay semua adik beradik tu gelak. Tak paham aku.

Baekhyun berhenti berjalan dan melihat mamat tersebut dari atas ke bawah.

“Eh eh mamat ni, mamat ni kumpulan abcdeFXyz kan?” Baekhyun teruja.

Mamat itu hanya tersengih dan bow 90 darjah kepada mereka. Baekhyun yang teruja terus membalas bow mamat tersebut sebanyak 360 darjah.

“Eh weh korang! NI mamat kpop weh! “ Baekhyun menjerit memanggil adik beradiknya yang turut tercengang. Kemudian mereka turut berlari ke arah Baekhyun dan mamat yang tak ada bulu kaki tu.

“Eh eh betullah! Kalau tak silap ,awak ni Luna pencil colour tu kan?” Tanya kris yang dari tadi menayangkan gusinya.

“Bukanlah hyung! NI Sulu!” Sehun mencelah dan menjelirkan lidahnya kepada Kris.

“Kepala bapak kau Sulu. Ingat Sabah ka? Sulli lah”Kai mengetuk ngetuk kepala Sehun.

Sehun mencebik. Dia kemudian mengadu kepada Xiumin hyungnya.

“Ha! Ni tak silap hang ni ……Member!” Lay mencelah dan semua terpaku. Nampak macam betul je.

Mamat yang berayban tadi hanya mampu tersengih. “Annyeong, Amber imnida.”

“Hah member. Bagus.” Baekhyun menyindir. Lay tersipu malu seperti kucing yang nak beranak tapi ditahannya. Semua hanya mampu tersengih.

“Annyeong, Suho imnida!” SUho berjabat tangan dengan Amber. Semua mata memandang mereka.

“Mung ni yang dalam grup Sepah tu kan?” Tanya Chen kepada Amber .

Semua hanya mampu ternganga.

 

Setelah bertanyakan arah kepada ‘mamat’ Amber tu tadi, dapatlah jugak diorang jumpa jalan. Nampak sangat jakun . hahahaha biadap tak aku?

“Tengok tu! Tu kumpulan Shiuper Duniyar kan?” Chanyeol Tanya dekat adik beradiknya yang dari tadi sibuk berkelahi pasal nama Amber.

“Mana mana? Aku nak tengok Eunhae! OTP aku tu!” D.O menolak semua orang yang ada disitu dan hanya mampu menjerit di dalam hati.

“Oh my eunhae! They are real!”

Xiumin hanya mampu memandang D.O dengan mata terkebil kebil.

“Look! Its SNSD!” Kris mula menjerit.

Chen dan Lay yang merupakan peminat dari Timur dan Utara segera bangkit dari kerusi.

“Mano mano? Ambe tak nampok pung”

“Hang ni biaq betui kerih! Aku taboh sat lagi naya hang..”

Lay dan Chen mula beletiaq dekat Kris. Diorang yang rabun.

“Tuuuu! Kumpulan (S)otong (N)angka (S)orry (D)arling kan?”

“Apa ke pelik nama grup tu yo?” Kai menjongketkan keningnya dan semua hanya mengangkat bahu.

“Eh Bang Bang Boom pun ado?” Chen mula teruja . Tak sangka Bang Bang Boom yang dari YG pun datang sini.

“Mana? Mana? Nak tengok G-Naga! Omo hensemnyaaaaaaa! “ Xiumin menumbuk lembut bahu Luhan.

Dan  peserta yang lain hanya mampu melihat telatah adik beradik tersebut. Tetapi tumpuan mereka diganggu oleh bunyi bersin makcik cleaner.

“Sorry ye. Makcik pekak sikit sebab tu bersin.”

Makcik, alasan makcik langsung takde kaitan.

Setelah beberapa jam menunggu untuk ujibakat, akhirnya kumpulan adik beradik itu dipanggil.

“Ish takutnya! Harap harap kita dapat en?”

“Buat jelah  yang terbaik!”

“Fighting!”

Adik beradik tersebut berpelukan dan bersalaman sesama sendiri seperti Hari Raya sebelum memulakan langkah untuk masuk ke dalam bilik audition.

D.O menarik nafas. “Here we go” Kris menolak pintu bilik.

Dan disitulah mereka Nampak Lee Soo Man sedang memandang mereka disebalik kaca mata hitam.

“Okay, you can start.” Arah seorang juruvokal yang merupakan juri ujibakat tersebut. Ish eksyen je lebih.

Suho mengangguk dan menarik nafas. Sempat lagi dia mengerling ke arah adik beradiknya yang lain.

“Hyung boleh buat!”

“Fighting!”

“Jangan dok Tarik telinga or-hmm pufffff” tak sempat ayat Sehun tu habis ,Luhan dan Xiumin dah pun menutup mulutnya.

“Loving you ~You~ Nal eottokke what should I do,”

Suho memulakan nyanyian nya dengan menyanyi lagu grup idol feberetnya, Brothar.

Dan begitulah sehingga habis, semua adik beradik tu mencuba sehabis baik mengerah segala bakat yang ada untuk ditunjukkan. Even Chen yang berbahasa Timur tu, lancar menyanyi Kpop.Woo~

Sehun dan Kai tunjukkan rap ,D.O ,Baekhyun dan Chen tunjukkan bakat skil vocal diorang, Lay menyanyi lagunya yang direka sendiri ,Xiumin pun menyanyi dan Tao menunjukkan skil material arts dia tu. Aish . Nasib lah batang kayu tu tak kena Soo Man, kalau tak dengan dia sekali Soo Man lempar buang.

Chanyeol pada mulanya dia pun naik segan. Tapi bila Nampak semua juri tu muka macam Sandaran Hati, ahli grup Twenty One, dia jadi semangat.

Sampai skil meniru gaya Camel pun termasuk habis.

Yang Kris pulak …….

“I want to show you something..”

Kris memulakan tariannya dan melompat ,berkuak kuak ke sana ke sini ,terbang ibarat burung ,mengembek dan menghabiskan tariannya dengan menunjuk ke atas.

“Galaxy. Grup ni takkan lengkap tanpa galaksi,” ujar Kris dengan gaya oh cool sangat lah tu.

Sehun dan yang lain lain hanya mengetap bibir dan mengangguk sebelum ketawa berdekah dekah dalam hati. Diorang ni memang macam ni.

Soo Man mengangguk sambil melemparkan senyuman.

“Okay ,sila tunggu di luar.” Balas juri tersebut. Adik beradik tersebut mengangguk dan keluar beramai-ramai.

“Hahahahahahhahahaah! Aku dok tahang nengok mung Kerih! Hahaha” Chen ketawa dan akhirnya batuk terbahak bahak.

Kris menjeling. “Lantak aku lah. One more, nama aku bukan Kerih gila, nama aku Kris.”

“Kristiano Ronaldo” Sehun membuat aksi gaya sepak bola dan akhirinya dengan menunjuk ke atas.

“Galaksiihihihihihihihi” Sehun sambung ketawa.

Luhan hanya mampu tersengih. “Anyway ,kita dah buat terbaik.Harap harap semua dapat kan?”

Semua hanya mampu beri senyuman kelat. Okay dua benda yang buat diorang nervous :

1: Suho mengamuk

2:Results audition

Tolong lah cepat bagi semua ni berakhir.

 

“Okay guys, saya dan para juri yang lain dah pun buat keputusan yang muktamad.” Boa selaku ketua para juri dah pun memilih….

“Cayalah Bola!!! Wa caya sama lu!” Kris mula melolong.

Pap! Kepalanya dipukul.

“Aduh! Yah Suho hyung! Rileks ah ….Nak bagi kata semangat je pun.”

“Rileks pala hotak hang , ni nama dia pun salah hang sebut . Apa hang ingat musim bola ka nak panggil dia bola? Nama dia Boa okay.” Lay mula meleteri Kai yang hanya mampu mengusap kepalanya.

“Rileks brader,brader rileks..” Luhan mula menyanyi lagu terkenal orang melayu tu.

“Lulu , diam.” Suho mengangkat keningnya dan Luhan dengan badan yang tegak terus kalih muka ke hadapan dan tak kalih kalih ke tepi.

“Dan kami memilih……….grup Jojo Circus!!!”

Semua di siti bertepuk tangan dengan gemuruh jiwaaa, semangat membara! Dari puncak ingin ke angkasa..

(Bro Faizal Tahir, mohon keluar dari ff ni.) (“Ops sorry”)

Sehun bangun dan tepuk tangan dengan gembira. Adik beradiknya yang lain melihat dia dengan pelik.

“Weh asal tak happy?”Tanya Sehun dengan memang hairan gila.

Tao tepuk dahi. “Asal lu happy? Bukan grup kita yang terpilih.”

Sehun berhenti tepuk. “Lahhhh, korang weh ,grup Jojo Circus tu kita lah!” Sehun dapat rasa semua mata memandang mereka.

Xiumin terpaku. “Hunie biar betul? Nama Jojo Circus ke grup kita ni?”

Sehun tersengih.”Sorry, tadi diorang Tanya nama grup kita apa, so Hunnie letaklah Jojo Circus. Hehehehehe.”

Semua di situ menepuk dahi termasuk Boa. Adoi Sehun pun,nama Jojo Circus. Manalah orang nak perasan.

“Okay ppali ppali. Jom ambik hadiah.” Suho bangun dari kerusi dan semua ahli ‘Jojo Circus’ mula mengikutinya.

Xiumin selaku abang ngah dan Suho abang long mengambil hadiah dan mereka mulakan sesi menangkap gambar.

Dan jurukamera yang tak sangat bergaya tapi DSLR dia yang bergaya pun berkata

“Say Cheesecake!”

“Cheese!”

“Say Keju!”

“Keju!”

“Say Planta!”

“Planta!”

“Say marjerin!”

“Mohon lempar kasut”

 

Terima kasih kepada Sehun, mereka dikenali sebagai Jojo Circus. Soo Man mula membuat temu janji bersama mereka. Yelah ,dah menang kan? Mesti lah nak bincang pasal kontrak Antara Idol. Hahaahaha. K tak lawak.

“Jom masuk! Soo Man dah panggil tu.” Kris panggil geng Jojo Circus yang ralik bergaduh dan bertekak sesame sendiri.

“Okay have a seat, Jojo Circus.” Soo Man memberikan senyuman yang paling manis tapi menyeramkan bagi anak bongsu seperti Oh Sehun.

“Kita akan cakap pasal kontrak. Nevermind, khidmat awak memang diperlukan dan tempoh kontrak kita boleh bincang lain. Umm well, nama grup ni memang Jojo Circus ke?” Soo Man bersandar di kerusinya yang mewah itu.

Adik beradik tersebut memandang Sehun dan dia hanya tersengih seperti kerang busuk yang akan sentiasa busuk dan tak pernah wangi.

“Okay tukar nama kumpulan. Nama ku…

“Galaxy!” Belum sempat SooMan habis bercakap, Kris dah pun menyampuk.

“Aaa eee tak sedap!” Sehun komen sambil makan sabut yang diberi Lay. Habis tumpah atas meja SooMan.

“Mystic89!” Jerit Luhan. Semua mata memandangnya .

SooMan menempek dahinya dengan tangannya. Takku sangka tak kuduga ada jugak makhluk bumi macam diorang ni.

“Dah diam. Nama kumpulan korang EKZOS.”

Semua ternganga dan mata mereka membuntang besar kecuali D.O yang dah memang natural.

“What?”

“Ingat ni ekzos kereta bap- puff hummmm!” Belum sempat Tao berleter, Kris dan pun menutup mulutnya dengan tapak tangannya.

“Psst cakap bukan bukan, hyung taknak teman mandi dah lepas ni.” Selepas dengar bisikan makhluk halus iaitu Kris ,Tao senyap.

“Ada bantahan?” Tanya SooMan sambil melihat profil mereka. Acewah nak cakap bekerjaya lah ni.

Semua menggeleng perlahan.

“Hmm korang kena ada nama stage jugak.” SooMan membuka cermin mata hitamnya.

Semua mengangkat muka serentak dan tersengih lalu mengangguk lalu bersorak lalu…

“yehet! Yehet! Kita nak ada nama stage!” Sehun melompat keseorangan tetapi diam setelah semua melihat dia dengan aneh dan syak wasangka.

“Saya nak nama Laxy!” Kris mengangkat tangan.

Adik beradiknya merungut. “Eeee tak habis habis Galaxy dia.”

“Nak Hunhan!” Sehun mencelah dan melihat Luhan yang blushing keseorangan.

Chanyeol meniru gaya camel . “Saya nak camel ,boleh?”

SooMan sekali lagu meraup mukanya yang tak begitu berapa KarCHAKS but nevermind dia still meraup.

“Diam. Saya yang akan bagi. “

Sekali lagi Jojo Circus diam dan menunduk.

“Kris “

“Ya saya!”

“Nama stage awak ,Cheese.”

“Yes…..eh oh wait apa?!”

“Suho “

“Saya!”

“Susu Drinkho”

“oh man seriously?”

“Xiumin ,ur stage name Chewmint”

“Eh ….”

“Okay nama dia Nampak cute. But nama saya, like seriously cheese?” Kris merungut

Manja. Tapi Nampak mengada ngada.

“Awak komen lepas semua ni selesai. “ SooMan cakap tanpa melihatnya. Kai muncung kan mulutnya.

“Kai , awak sayur Kailan.”

Kai tergamam dan Sehun ketawa berdekah dekah.

“Sehun ,awak Meehun.”

Sehun dan Kai tergamam sekali.

“Lay ,jadi Tosei”

Lay yang makan sabut tercekik dan diberi Tosei oleh staff untuk melegakannya.

“Luhan ,”

Sehun mencuri pandang terhadap Luhan.

“Awak, ikan Lohan.” SooMan melihat profil yang seterusnya.

Luhan diam ,tergamam keseorangan dan Sehun turut join.

“Hmm Chanyeol , awak bagus dlm Rap. Nama awak Chanai.”

Chanyeol berhenti mengajuk Camel.

“Apa ingat ni Roti Chanai?” Chanyeol merungut.

“Hmm D.O dan Chen?”

“Ya “ D.O dan Chen menjawab serentak dan melihat sesama sendiri. Jangan buat sweet dekat sini, okay.

“Korang bagus ekceli dalam duet. So nama grup korang ChenDol. But we will talk it later. So nama solo D.O ialah Dodol dan Chen pulak ,Chepeti”

Okay ini giliran diorang berdua pulak yang tergamam dan ternganga sampai lalat masuk pun tak sedar.

“Tao, bagus dalam material arts.”

“Kamsahamnida.”

“Nak Tauhu ke Taugeh ?”

“Ta.ta..ta….” Tao menjawab tergagap gagap.

“Ta apa?”

“Taohu!” Tao segera jawab seperti mi segera yang baru dimasak.

Baekhyun angkat tangan.

“Saya tahu nama awak belum dipanggil.” SooMan masih tundukkan muka dia then still eksyen belek profil member Jojo Circus. Eh I mean EKZOS!

Baekhyun turun tangan.

“Nama awak …”

Baekhyun memberi perhatian yang penuh dan padat kepada SooMan.

“Bacon……”

 

Author punya celoteh : Ha! Ni first time buat chaptered. That why takut ramai tak baca. :( Takpe lepas ni dah last dah. Yuhuuu! ('3')//

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
RayhanAdni
Ah 6 vote alrdy? Gomawo to the lovely voters

Comments

You must be logged in to comment
axelblaze
#1
Chapter 3: lirik "Mamak" song tu.. bahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahhahahaha. XDDD . :'B
misz_dina #2
Chapter 3: Kelakar mase chen ckp trg.lagu tu pon best jugak.sye x boleh stop ketawa bece ni..DAEBAK!
XXDDDDD
GreenDecember #3
Chapter 3: kebosanan tak tahu nak baca fanfic apa, so baca lah fanfic ni sekali lagi, dan saya masih lagi tergelak macam orang gila!!XXXXXXXXDDDDDDDDD
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHUIUHUIUIUIHI
SyiqaYeollie
#4
Chapter 3: Hahahahahah...lawak lagu yg akak buat tu..^^saya pown baru jumpa je ff aakak ni .. tu pown kawan saya habaq ... hehe.. pakat kedah aihh...^^
GreenDecember #5
Chapter 2: Hahaha...kelakar...maaflah baru terjumpa fanfic nie....hehe
apple_me
#6
Chapter 2: Kya!~!~! Saya non-stop ketawa!
Kakak saya sampai tampar mulut saya sebab ganggu aktiviti membabi buta dia tengah petang nie! >.<
Love your story Unnie!
Daebak! Memang cantik,menarik,tertarik,kau memang DeBoom!~
QisHun
#7
Chapter 3: daebak lahh !! fav comedy aouthor !!
April1699
#8
Chapter 3: Hahahahaha gila sey group ni,kakak saya sampai bising kat saya sebab gelak tak ingat dunia. Lagi-2 lirik lagu dia. Hahahaha. Jjang !
seungrin123 #9
Baca sekali lgi..still gelak.
Lol
Hajar_EXO
#10
Chapter 3: Aigoo......sakitnya perut tengok kumpulan EKZOS ni.