♡♡♡001♡♡♡
i'm married with two-faced guyHaeran pov
Aku duduk melangut dekat kerusi dan menongkat dagu aku dan aku dapat membayangkan wajah sehun apabila dia pandang makanan ni
Hohoho aku la isteri yang terhebat
Aku memandang sehun dengan baju uniform dia..woahh memang handsome la dia tu..mamat bangla pun kalah
Sehun menghadap meja breakfast dan mata dia terbeliak macam ikan buntal
" apa ko masak ni ahjumma..sayur bayam dengan nasi..ko tau kan yang aku alah dengan bayam "Sehun menolak mangkuk yang berada dihadapannya
"Ada aku kisah..ko makan je la..banyak lak mulut.." aku meninggalkan Sehun yang sedang marah
Hehehhe nampak sangat bila dia marah..telinga mesti merah macam cili mak bedah sebelah rumah kitaorang
"Yah Haeran ko sini"Sehun mengejar aku daripada dapur dan aku mulalah menunjukkan skill iaitu menjadi pelari maroton tapi aku tak sedar yang kat depan aku ada dinding
Gedebushh~~~
See teruk tak bunyik dia..aku rasa muka sehun tengah ketawa macam orang tak betul tengah berpusing atas kepala aku
Aku memegang kepala aku"arghh peningnya "
"Hahahaha padan muka ko..dah jom "Sehun mengangkat aku macam bridal style dan sah mamat ni buang tebiat
" woi ahjussi lepaskan la aku " aku menolak badan Sehun yang sasa tu menggunakan seluruh energy yang ada
Sehun menjelirkan lidahnya dan tiba-tiba aku rasa ada benda yang tak kena dengan ahjussi ni..terminum air ketum ke?sebab muka dia seratus percent berubah
"Woahhh sweet betul kamu berdua ni..kalau hari-hari macam ni memang senang la omma nak dapatkan cucu" puan Oh menghampiri kami berdua
Sehun segera menurunkan aku dan aku menunduk hormat "annyeonghaseyo omma"
Aku nampak Sehun dah menggaru-garu kepalanya..hmm banyak nenek kutu kot dekat belakang kepala dia
"Omma kami dah lambat ni..kami pergi dulu ehh"Sehun merangkul pinggang aku dah membawa aku naik kereta dia
Aku memandang sehun pelik..sejak bila dia benarkan aku naik kereta dia yang terlalu istimewa tu?
Sehun hanya memberi sign supaya aku masuk dan jangan banyak bercakap..Aku hanya akur dan aku tak tahu macam mana la aku boleh terikut cakap dia..kuat betul mentera dia
Aku menurunkan cermin dan melambaikan tangan ku kepada omma
Setelah 10 minit Sehun memandu baru aku boleh bernafas dengan tenang tapi tak setenang tu sebab Sehun perlahan-lahan memberhentikan kereta dia di sebelah bus stop
"Kenapa ko nak amek kawan ko ke? "Aku menyandarkan badan aku dekat kerusi
"Ko keluar sekarang"
"Aku ke?"
"Tak la..berok mak yeh sebelah ko tu "
Aku mindblowing..daebak sekarang aku disuruh turun dasar two-faced-guy
Aku merengus kasar dan membuka pintu dan keluar..aku menghempas pintu macam nak pecah cermin tingkap
Please Subscribe to read the full chapter
Comments