The King ,The Darkness & The Hybrid

Aku yang 'NATURAL'

 

Pulang sahaja ke pangkalan aka tempat lepak mereka,EXO-K dah macam cacing kepanasan bila Ira masih lagi tidak sedarkan diri terutama sekali Sehun.Macam tak percayakan Sehun yang selama ni suka menyakat mengalirkan air mata bila dia lihat badan Ira tidak bergerak dan berlumuran dengan darah.Bak kata orang tua-tua,kalau lelaki tu suka kacau kita maksudnya dia ada hati pada kita.Boleh diterima pakai ke ayat tu?"Hyung kenapa Ira tak bangun-bangun lagi ni.Tadi cakap dia tak apa-apa." Sehun yang dari tadi bediri di sisi Ira memandang hyungnya.Tak kira la siapa sebab dekat situ dia ialah maknae.Bahu dia ditepuk dari belakang oleh Kai."Sabar lah kejap lagi dia bangun la tu." Kai cuba memberi kata-kata positif pada maknae mereka supaya dia tidak risau tapi dia sendiri tak dapat meyakinkan hati dia.Hanya bunyi jam berdetik dan nafas mereka semua kedengaran.


Chanyeol hampir terjatuh kebelakang bila dinding yang disandarnya tiba-tiba terbuka dengan munculnya lubang hitam."Mana dia.." Seorang demi seorang ahli EXO-M masuk ke dalam tempat berkumpul EXO-K tanpa diundang.Kris selaku ketua mendahului mereka dan diikuti oleh Lay,Luhan,Xiumin,Tao dan Chen.Secara automatiknya portal hitam ditu bertutup dengan sendirinya bila orang terakhr melangkah masuk.Suho menghampiri Kris yang kelihatan berang."Maaf tapi apa urusan kamu ber-6 datang ke sini dan macam mana korang boleh tahu tempat ni." Suho cuba bertanya dengan sopan tetapi bahang yang dihasilkan oleh Chanyeol langsung tak membantu."Chanyeol hentikan." Arahan Suho tidak dilayan bila Tao dan Lay bergegas ke sisi Ira yang sedang baring di atas katil.
 

"Jangan sentuh dia." Sehun menepis tangan Lay bila dia cuba menyentuh dahi Ira.Lagi sekali Lay cuba tanpa mempedulikan amaran dari Sehun."Ahh panasnya.Minseok hyung." Xiumin yang dari tadi hanya memerhatikan kedua dongseng dia yang duduk serumah dengannya terus ke arah Lay bila nama dia dipanggil oleh penyembuh itu."Hyung tolong sejukkan suhu badan Ira,dia panas sangat." Belum sempat Xiumin meletakkan tangan dia di atas dahi satu-satunya perempuan di situ tangan dia dipegang erat oleh Baekhyun.
 

"Lepaskan tangan hyung Baehyun." Lain disuruh lain yang dibuat.Pegangan Baekhyun semakin kuat hingga meninggalkan kesan merat pada pergelangan Xiumin."Jangan cabar hyung Baekhyun.Kita tahu siapa yang akan menang jadi tolong berundur sekarang." Walaupun geram Baehyun masih menghormati hyung yang telah menjaga dia selama ni,perlahan-lahan dia melepaskan tangan Xiumin.Minseok kembali menjalankan tugas dia dengan menumpukan suhu negatif pada tapak tangan belah kanannya,dia mendekatkan tangannya dengan dahi Ira."Hyung kuat lagi." Lay memberi arahan sambil dia memeriksa nadi di pergelangan tangan Ira.Tenaga ditambah dan kemudian semuanya jadi gelap bagi si pemegang ais.
 

***

 

Sejuk.Itulah yang boleh digambarkan oleh Minseok bila dia tiba di tempat yang tidak dikenali itu.Semuanya putih dan berkilau.Terdapat berpuluh-puluh tiang yang sangat tinggi menemani dia.Minseok tidak tahu kemana harus dia tuju tapi dia dapat rasakan yang tempat itu sangat familiar.Tanpa dia sedari dia telah berlari ke hingga tiba di tiang yang terakhir dan apa yang menyapa dia di situ ialah seekor singa berwarna putih yang sangat besar.Minseok pelik,kenapa da tidak berasa takt mahupun gentar sedangkan bila-bila masa sahaja raja hutan itu boleh menelan dia.Singa putih itu terus turun dari podium yang jernih bak krystal itu bila dia perasan akan kehadiran manusia.Xiumin rasakan seakan-akan kaki dia telah beku dan ianya bukan terhasil daripada dia.Singa putih itu jalan mengelilingi Minseok dan kemudian dia berhenti betul-betul di hadapan Minseok yang kini kaku seperti patung.

 

"Cari saya dan kamu akan jumpa kunci kepada kuasa Ais abadi wahai anak muda.Gunakan ia untuk melawan kejahatan dan bukannya pengkhianatan."

 

***

 

"Minseok.Yah Baozi bangunlah." Goncangan yang ganas mengejutkan Minseok dari mimpinya yang aneh.Mata yang berat dibuka dengan saki baki tenaga yang tinggal.Dia dikelilingi oleh EXO-M serta Chanyeol dan Baekhyun yang kelihatan risau.Minseok tersenyum kecil.'Sayang juga mereka berdua dengan aku'."Kau okay?" Suara pertama yang didengarinya tadi iaitu Luhan bertanya dengan nada pelik pada Xiumin.Mana taknya tiba-tiba je jatuh pengsan masa sedangkan sejukkan badan seseorang.Perhatian da beralih pada penumpang katil yang dari tadi tidak sedarkan diri.Kelihatan Ira masih kaku dengan posisi yang sama.


"Ma-Macam mana dengan Ira?" Tak semena-mena kepala dia diketuk oleh Chen."Aish hyung dah pengsan pun masih nak risaukan orang lain." Chen berpeluk tubuh sambil melemparkan pandangan tak puas hati pada hyungnya."Yah hormat sikit aku ni hyung kau."Bahagian yang diketuk diusap lembut oleh Lay.Sekelip mata je perit yang diberi oleh Chen lesap sebegitu sahaja.Senyuman terima kasih dilemparkan dan Yixing turut membalasnya dengan senyuman.
 

"Hyung tak perlulah risau suhu badan Ira dah kembali normal.Terima kasih hyung." Chanyeol ucap tanpa bertentang mata dengan Xiumin mungkin juga sebab rasa bersalah.Badan Chanyeol yang tinggi ditarik supaya tunduk ke bawah sikit.Minseok melarikan tangan dia dengan lembut ke rambut Chanyeol yang lebat dan dan berkilat.Tumpuan dia tertumpu pada Bekhyun yang dari tadi hanya merenung lantai.Entah apa yang menarik pun minseok tak tahu.Dia melakukan perkara yang sama pada Baekhyun tapi lebih lama kerana dia tahu dongsengnya itu rasa bersalah teramat.Mereka masih tidak sedar yang musuh tradisi mereka berada dalam satu bilik dengan mereka.Kalau lah kris dan Suho tahu identiti kumpulan masing-masing habislah perang magik akan berlaku.

 

"Sehun nak temankan Ira malam ni."Petang tu EXO-M masih lagi belum pulang ke rumah mereka.Tao bertekad yang dia tak kan tinggalkan tempat tu bersama rakan bertumbuknya.Mulalah pertengkaran antara kedua-dua maknae.Akhirnya Suho mencadangkan permainan osom.Siapa yang kalah kena balik dan akhirnya Sehun menang dengan 5-4."Kenapa pula sehun tak boleh temankan Ira.Hyung Sehun dah besarlah." Kali ni pertengkaran dengan abang dia sendiri yang tidak yakin akan keupayaan."Ok kalau Kai temankan Sehun macam mana?" Kai yang dari tadi hanya mengangguk terus terkejut beruk bila maknae mereka tu menarik leher dia.Suho mengeluh lemah.Keras kepala betullah adik dia yang seorang ni.Akhirnya Joomyeon mengalah bila Sehun dah muncung sedepa.Habislah kalau dia tak bagi mesti malam tu aufan akan melanda korea selatan.EXO-K bersetuju untuk menerima kehadiran EXO-M pada esok hari untuk melawat Ira.Sebelum melangkah ke portal Tao sempat menghantar jelingan maut kungfu panda dia kepada Sehun.
 

Kai duduk dekat hujung katil belah kiri manakala Sehun duduk dekat aras kepala belah kanan.Kai langsung tidak mempedulikan Sehun dan menyambung permainan yang dimuat turun di telefon bimbi dia manakal Sehun sibuk memerhatikan bulu mata Ira.Dah macam orang angau cinta Kai tengok Si Sehun tu.Jam berjalan dan mata mereka berdua menjadi semakin berat.Kai orang pertama yang tertidur dengan lengan dijadikan sebagai bantal dan diikuti  Sehun yang terlelap sambil mengenggam tangan Ira.

 

***

 

Gelap dan gelap.Semuanya hitam dan tidak bercahaya.Kai melihat sekeliling dan apa yang dia nampak hanyalah dirinya sendiri yang sedang berdiri di dalam kegelapan.Dia sangat pasti yang ianya mimpi tapi pada masa yang sama ianya terasa benar.Bunyi tapak kaki yang entah dari mana datanganya menyeramkan Jongin yang hanya mampu berdiri di satu tempat.Dia sendiri tidak pasti dimana dia harus pijak.Silap-silap hai bulan dia terjatuh dalam gaung.Tapak kaki yang didengarnya tadi sekejap dibelakang dia kemudian di sebelah dia.Jongin buntu dan seram sejuk.Tiba-tiba satu suara yang semestinya bukan dia punya berkata.
 

"Kegelapan ialah diri ku,kalis bunyi ialah langkah ku.Cari aku dan kau akan berjaya menguasai kuasa bayang Kim Jongin."

 

***
 

"Hello ada orang tak?" Sehun jalan sekeliling,cuba mencari jalan keluar.Kini dia berada di tempat yang semestinya angin boleh mundar-mandir.Rambut yang teruurus diserabaikan oleh angin.Sehun seperti dapat rasakan yang angin-angin tu sedang mempermainkan dia."Tak guna punya makhluk sejuk tidak berjasad berani kau serabaikan rambut aku." Sehun menyikat kemas rambut dia semula dengan menggunakan cleah-celah jari.Tengah sibuk dia melayan perasaan jiwang dia sendiri,seekor burung helang atau mungkin singa mendarat dihadapan dia.Terbeliak dibuatnya mata Sehun.Air liu ditelan bila dihadapan dia berdirinya hybrid gabungan antara helang dan singa.
 

"Sehun kamu bukanlah apa yang kamu fikirkan.Ikut arah angin dan kamu akan dapat tahu kebenarannya.Dan ingat kunci kepada angin adalah putaran."
 

***
 

Ketukan kuat dikepala mengejutkan Sehun dan Jongin.Mereka berdua mencari dari mana datangnya punca pukulan yang hebat itu tetapi mata mereka terhenti di bila masing-masing memandang Ira yang sedang bersandar di kepala katil."Tidur je keje korang." belum apa-apa Sehun terus menerkam ke arah Ira dengan memberikan pelukan erat."Wo-Woi kau dah kenapa budak pelat.Yah kkamjong tolong aku." Kai hanya tersengih sambil memerhatikan Ira dalam pelukan ganas Sehun.Lagi sekali ketukan di kepala menghentikan apa sahaja yang sedang Sehun lakukan.Ira menjenguk ke belakang Sehun."Yo kungfu panda.Makin teruk eyebag kau aku tengok." Adoii kenapa hari ni ramai sangat orang peluk aku ni.Hari ni hari pelukan sedunia ke apa.
 

"Waaaaaaa kau memang jahat.Aku tak cukup tidur pun sebab kau." Dah pahal pula si Tao ni ,merengek semacam je aku tengok.Mana EXO-M yang lain?Kai yang sebentar tadi hilang tanpa mereka sedari kembali dengan membawa bersama EXO-K."Wei drunken master lepaskan Ira." Baekhyun tak habis-habis dengan mood Diva dia.Pms ke apa.Tao langsung tidak mempedulikan dan menekup muka dia ke leher Ira yang masih pelik.Sehun dengan sedaya-upayanya cuba memisahkan Tao dari Ira tapi dah nama pun panda mestilah tak akan berganjak.
 

"Tao mana yang lain?" Joomyeon yang boleh dikatakan sebagai yang paling waras pun bertanya.Tao mengangkat bahu tanda tak tahu."Tao lepaslah,rimas aku." Tanpa perlu diulang,terus Tao meleraikan diri dia dari Ira.Pahal baju aku koyak semacam ni,siap ada warna merah lagi.Belakang badan yang terasa sejuk diraba."Chanyeol,kau bakar baju aku ke?" Chanyeol terus melutut dan menidakkan tuduhan yang dibuat oleh Sarang.Ni dah masuk 2 kali belakang baju dia terbakar."So ada sesiapa nak terangkan apa yang dah berlaku."
 

15 MINIT KEMUDIAN
 

"So kau nak kata yang aku dah pengsan seharian dan kita berlawan dengan Hara?" Laju EXO-K mengiyakan ulangan Ira."Pelik kenapa aku tak ingat apa-apa.Kau kata aku kena tikam,mana parutnya?" bunyi cengkerik di pagi hari kedengaran."Penipu."

"KITORANG TAK TIPU LA." Amik kau serentak EXO-K menjerit.Tak lama kemudian EXO-M tiba dengan Kris yang masih berpakaian tidur dan patung alpaca dalam pelukan."Bagi aku 10 sebab kenapa aku kena bangun awal buta ni Luhan." Mata yang ngantuk digosok malas.Bukan Kris seorang je,Chen dan Lay pun masih berbaju tidur.Mata Kris menjadi segar bila Luhan mencubit lengan dia."Huang Zitao apa yang ka-"

................................................
 

"Yo Kris."Sepantas kilat kolar baju Ira dalam genggaman tangan besar Kris."Pompuan kau nak mati awal ke huh?Kau ingat ko siapa nak yoyo dengan aku." Sebatan air melepaskan tangan Kris dari mencekik Ira.Kris memerhatikan setiap gerak geri Suho mengawal cecair jernih yang digunakan sebagai senjata itu masuk semula ke dalam botol air mineral yang terletak di sebelah meja Ira.
 

"Jangan cuba berlagak bagus dekat tempat kitorang Kris.Ira dah sedar jadi kamu semua tak perlulah risau dan jalankan hidup seperti biasa." Suho kata sambil membetulkan kolar baju dia.Baru mandi la tu kalau tak mesti pakai baju tidur lagi dan contoh terbaik ialah Kris.Ira yang otaknya baru sahaja siap berfungsi 100% terus tersentak.Bahaya ni,macam mana EXO-K ngn M boleh sebilik pula ni.EXO-K sedar tak yang dorang tengah duduk sebilik dengan musuh tegar dorng ni?Lebih aku cabut sebelum berlakunya perang,dah la aku tak ada kuasa.Ira dngan sedaya upayanya cuba untuk turun dari katil tanpa menghasilkan sebarang bunyi dan sememangnya lah rancangan dia tu gagal bila Yixing tiba-tiba sergah dari belakang."Macam mana.Awak dah sihat?" Uhh sejak bila aku sakit pula ni.Nasib Lay yang tanya kalau chen dah lama aku bagi tendangan halilintar boboiboy.Anggukan lemah diberi.Terkejut dibuatnya bila Yixing rapatkan dahi dia dengan Ira."Hmm dah tak panas.baguslah." Muka yang terasa panas dipandang tempat lain.Adoii janganlah buat muka puppy,cair aku dibuatnya.
 

Dari jauh kelihatan kris dan Suho sedang berbincang tentang sesuatu.Berkerut muka Joomyeon bila Kris mencadangkan sesuatu yang semestinya dia tidak akan setuju.Kemudian Kris dan Suho kembali kepada kumpulan masing-masing.Ira yang dah bersedia nak larikan diri tidak diendahkan.Lepas memastikan line clear,Ira mula melangkah keluar dari bilik tidur siapa entah dan berjalan ke ruang tamu.Lagi sikit je nak sampai ke pintu keluar,tombol pintu dicapai tapi belum sempat Ira pulas dia kembali semula ke bilik dimana 12 jejaka berkumpul."Mana mau pegi huh?" Suara tak guna ni.Kepala dipusing kebelakang untuk mencari gerangan suara tak guna tu.Dah agak,.K.K.A.M.J.O.N.G..Dari awal lagi Kai perhatikan dia dan bila Ira hampir melarikan diri Kai terus teleport di belakang Ira dan memegang hujung baju Ira dan teleport semula ke situ.Memang padanlah Ira tak perasan.Sengihan yang terukir di bibir Kai betul-betul menaikkan kemarahan Ira.Nasib baik Chen panggil nama Ira kalau tak memang dah arwah la si budak hitam tu.Chen menarik dia ke tengah iaitu diantara EXO-M dan EXO-K.
 

"Oppa nak Ira pilih,Ira nak pergi dengan diorang ke atau nak pergi dengan kami?" Minseok selaku yang paling tua bertanya.Huh pilih ape pulak ni?Pilih nak buat calon suami ke?Kalau camtu semestinya aku pilih Yixing yang comei lagi lemah lembut ditambahkan lagi dengan lesung pipit manis dia tu.Huuu bonus.Minseok yang perasan akan perubahan wajah Ira terus menerangkan dengan lebih lanjut.La siapa pula yang aku nak pilih ni.Kalau EXO-M ada Lay ku sayang tapi Kalau EXO-K aku dah kenal lama dengan Sehun dan Suho.
 

"Ok aku tak pilih sesiapa.Buang masa korang je nak jaga aku bagai.Aku boleh hidup berdikari sendirilah."
 

"No oppa tak benarkan.Kamu tu perempuan,kuasa sendiri pun kamu tak tahu.Kalau macam ni kamu tinggal dengan kami je." Suho membantah.
 

"Excuse me encik rambut nerd.Kami dah cop dia dulu so Ira bawah jagaan kami." Luhan mencelah sambil menayangkan senyuman sinis dia yang boleh buat perempuan cair kecuali aku.Dan pertikaman lidah pun bermula.
 

"Aku perlukan udara segar.Semua BERHENTI !!" Sehun Dan Tao yang hampir betumbuk terus berhenti bila ngauman berang Ira bergema."Korang nak gaduh dekat luar,Kyungsoo boleh tak kita pergi hutan semalam." Nasib baik Kyungsoo hanya duduk tepi je.so tak adelah menganggu sangat.Kyungsoo senyum dan mengangguk sebab dia sendiri pun rimas duduk dalam tu.Portal hitam dibuka,kyungsoo dan Ira melangkah masuk meninggalkan lagi 11 manusia dekat dalam."Aaaah akhirnya boleh jugak aku bernafas." Kyungsoo yang memerhati ketawa kecil tapi ketawa dia tak lama bila dia nampak sesuatu.
 

"I-ira belakang awak ada..." Hmm.Ira memandang Kyungsoo pelik..

 

"A-ada sayap..."

 

 


Haha satu lagi chapter yang membosanakan

maaf semua saya tengh stress dengan driving school

jadi macam biasa la komen,subscribe serta votes and amat diperlukan 

Bye annyeong

 

 

 

 


 


 


 

 

 


 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Irakira
Sesiapa yang baca cerita ni dialu-alukan untuk komen.

Comments

You must be logged in to comment
HaniSofiaHana #1
Chapter 19: Authornim~Jebal please update soon this story T_T :'(
amani123
#2
Chapter 19: Author tolong update cerita ni please cerita ni terlalu best
hjkyung #3
Please update~~~~ Daebakkk cite nie
KUROBARAHIME
#4
Chapter 17: SO,IRA NI ANGEL KE?
OR SAMA JENIS DENGAN EXO?BY THE WAY EXO TU EXTRAORDINARY HUMANS KE ATAU ADA NAMA LAIN?
amani123
#5
Chapter 17: update cepat pleas tak sabar nya author aaaaaaaaaaaa ira ada sayap fuyooooooooooo mesti ira terkejut
NizNisrina12 #6
Chapter 17: best!! palli update. daebak lah citer ni
mimi18 #7
Chapter 16: Ur ff so daebak..update juseyo..
This ff make my day..ㅋㅋㅋ
fna_shn #8
Chapter 16: Awak punya cerita memang tak pernah hampakan saya. Jalan cerita yang penuh dengan lawak dan misteri! Keep it up authornim! Update soon~