Faker

Aku yang 'NATURAL'

 

"Cari kesemua permata.Kita kesuntukan masa Ira"

 

Nenda?

 

Adoiii sakitnya badan aku ni,rasanya umur aku belum mencecah 50 tahun ke atas lagi.Tengah sibuk aku menahan sakit yang hanya tuhan je yang tahu telinga aku telah berjaya menangkap bunyi-bunyi sumbang di sekeliling aku.Siapa lak yang karock time orang tengah tidur ni.Ehh jap bukan tadi aku dekat sekolah ke?Mata yag berat cuba untuk dibuka.Bunyi aku mengerang kesakitan berjaya menarik perhatian 11 lelaki yang dari tadi hanya menjeling antara satu sama lain.

 

"Tepilah dinosaur."

 

"Kau lah yang ketepi pendek.Ira kawan aku."

 

Chen dan Baekhyun mula bertekak macam budak terancat akal."SENYAP." Jeritan Suho dan kris yang serentak berjaya mendiamkan 2 ekor monyet tak berekor tu.Kyungsoo memandang ketua mereka yang kelihatan begitu prihatin dan risau terhadap pelajar sementara dia tu.Luhan menolong Ira menegakkan badan dan bersandar dekat dinding."Mana Tao?" Itulah benda pertama yang diucapkan oleh Cho Ira,dia langsung tak kisahkan keadaan diri dia sekarang.Apa yang penting adalah keadaan musuh merangkap teman bergaduh dia.Kai yang berdiri di sebelah Chanyeol mengerutkan muka.kenapa Ira risaukan sangat bekas pencuri tu."Kris mana Tao." Tatapan mata Ira yang tajam membekukan lidah ketua EXO-M untuk bersuara."Aku tanya MANA TAO!"

 

"A-Aku dekat sini." Lay bergerak ke tepi dan beri laluan pada Ira untuk memandang penguni katil disebelah dia.Satu keluhan lega bebas dari mulut dia bila melihatkan Tao yang masih cukup anggota badan.Tumpuan Ira beralih kepada Suho bila dia mengenggam tangannya dengan lembut."Ira balik dengan kami okay lepas ni.Jangan dekat dengan mereka ber-6 lagi." Joomyeon mengerling ke arah EXO-M yang berada di hadapan mereka tanpa mempedulikan perubahan wajah Minseok dan dongseng-nya yang lain."Maaf kalau saya menyampuk tapi kamu semua ni siapa?Ira selamat dalam jagaan kami" Luhan berkata dengan sopan tetapi nada dia cukup untuk meremangkan bulu roma mereka yang berada di situ.Luhan memegang tangan Ira yang lagi satu dan memandang tepat ke dalam mata Suho.Untuk seketika keadaan dalam bilik tu tegang dan berbau bahaya.

 

"Saya penjaga dia,awak pula siapa?" Joomyeon menjawab dengan yakin.Dia menggelarkan diri dia penjaga kepada Sehun dan Ira sebaik sahaja mereka bertentang mata.sifat untuk lindung mereka ber-2 sangat kuat,kalau Sehun memang la masuk akal sebab Sehun tu adik dia tapi Ira ni lain mcam pula.Dia sendiri tak tahu kenapa dia perlu lindungi perempuan muka batu tu."Ira ikut oppa okay?" luhan mencelah "Tak ikut kami." dan mulalah perlawanan bertikam lidah.Ira memandang ke arah Tao yang turut memandang ke arah dia.Masing-masing tersenyum kecil.Senyuman Ira terhenti bila ada bayang menutup dirinya dari atas.Kelihatan Kyungsoo sedang memandang dia dengan dalam.Tak semena-mena sehelai kertas mendarat di atas selimut dia.

 

Nama Cho Ira
Kesalahan Melawan dan tak buat kerja yang diberi
Pengajar Do Kyungsoo

 

"Apalah  punya malanglah nasib aku ni.Dahlah badan sakit pastu kena denda lagi." Satu keluhan berat keluar dari mulut aku yang dari tadi tak henti-henti menyumpah kertas putih yang diberi oleh Profsoo sebentar tadi.Ni lagi satu,apa masalah budak dua ekor ni.Baekhyun dan Chen bertanding jelingan siapa paling tajam dekat belakang aku.Suho dan Kris telah menghantar anak buah masing-masing untuk menjaga Ira dan dengan sukarelanya Chne telah menawarkan diri.Pada awalnya jongin ingin menawarkan diri tapi laju ditepis oleh Baekhyun."Berhenti,jangan ikut aku." Chen membalas "Kenapa?" Adoi ada juga yang blackout nanti.Jari kanan ditunjukkan pada gambar orang lidi berskirt."Aku nak ikut." Baekhyun kata tanpa segan silunya sambil tangan mula menolak pintu tandas wanita tapi nasib sempat ditahan oleh chen yang mengunci leher Baekhyun gaya WWE."Kitorang tunggu kat luar." Nasib kau ada ChenChen kalau tak ada yang tersedak air jamban kejap agi.Aku mengurung diri dalam salah satu tandas.Rambut yang terurus diserabaikan akibat stress melampau.Tengah sedap aku menyeksa diri secara mental pintu bilik air dibuka dan bunyi tapak kaki kedengaran.

 

"Hara kau masih melekat dengan diorang ber-6 ke?" Hara?Macam pernah dengar je nama tu tapi di mana eh?

"Mestilah,gila aku nak lepaskan budak hot macam tu.Diorang tu yang bodoh percaya sangat dengan aku."

"Kau tak takut ke kalau diorang tahu yang semua benda tu replika dan kau dah nyorokkan barang yang sebenar?"

"Hey ni Hara-lah.Semua replika yang aku buat semuanya nampak macam original.Untung dapat Qizze yang boleh menciplak benda."

 

Qizze meniru barang?Ada ke kuasa macam tu?Mereka ber-6,diorang cakap pasal EXO-M ke pasal orang lain?Pintu tandas dibuka dan kepala dijenguk keluar.Ok line clear..Adoi mana aku pernah dengar nama Hara ni eh?Pikir Cho Ira,pakai otak kau bersarang tu.Okey no idea langsung.Pintu ditolak dan mana budak 2 ekor ni dah menghilang.Biarkanlah bagus juga diorang tak ada.Aku pun jalan mengelilingi sekolah,besar juga sekolah ni,mengalahkan Hogwarts pula aku tengok.Baju pun cantik,pergh dari mana la arwah nenda boleh tahu pasal sekolah misteri lagi magic ni.Yang peliknya kenapa nenda beriya-iya nak aku masuk sini.Aish kusut-kusut.

 

"YAAHHHH IRAAAA." Hmm siapa panggil aku ni?Muka yang tertanya-tanya terus mendung bila orang minyak berhenti di hadapan aku."Kkamjong kau ni satu hari tak ganggu aku tak boleh ke?" Jongin tersengih macam kerang basi tak cukup air laut.Aish ade juga yang lebam kena siku lengan aku karang."Hehe kali ni aku datang kacau kau bersebab okay.Suho hyung nak jumpa kau dekat tempat lepak kitorang." Oh sesiapa yang dengar kata hati anak dara ini tolonglah kasi penampar free kat muka Kai yang tak berhenti senyum ni."Okay aku faham yang Joomyeon nak jumpa aku, masalahnya APAHAL KAU DUKUNG AKU MACAM PUTERI NI KKAMJOOOONG !!" Jongin mengetatkan pegangan dia pada badan Ira yang dah dah memukul-mukul dada dia."Sebab tempat tu jauh.Lets go sweetie." Jari dipetik dan mereka berdua lesap dihadapan semua pelajar tanpa ada sesiapa mempedulikan mereka.Macam benda tu dah biasa sangat.

 

"Aloo comeinya muka dia time tengah takut." Jap aku kenal suara ni.Mata yang dipejam rapat dibuka perlahan-lahan.O.H.S.E.H.U.N. "LEPASKAN AKU.BAGI AKU GIGIT RAMBUT LOLIPOP DIA TU." Jongin masih memeluk aku,senang kata menahan aku dari menerkam ke arah Sehun yang menyorok di belakang Suho dengan lidar terjelir.Eeehh panas pula aku tengok gula-gula bergerak tu."Wowow sabar singa comel.Kau boleh makan maknae kitorang tu bila-bila masa je tapi jangan buat tu depan kitorang." Baekhyun yang tadinya lesap entah kemana berdiri diantara kitorang berdua.Kedengaran suara Chanyeol ketawa sakan dengan Suho mengeluh letih.Kenapa la 2 orang dongseng dia ni asyik bergaduh je kalau bersua muka.Jongin hilang kemudian muncul semula bersama kerusi untuk aku menenangkan diri dari melayan budak tak cukup khasiat tu.Nasib kau ada kerusi kalau tak dah lama aku jual rambut Sehun tu dekat funfair.

 

"B-Cup~" Sehun kata sambil menyorok di belakang Chanyeol yang tinggi sedikit dari dia.Langsung muka 5 orang lelaki dalam  tu bertukar merah."KAU..." Aku dah bersedia untuk meloncat ke arah Sehun tapi ditahan oleh lilitan bunga kertas  yang melilit badan dan tangan aku dekat kerusi.Tidak jauh dari situ kelihatan Kyungsoo sedang menutup mata seperti sedang fokus kepada sesuatu."Lepaskan aku.." Semua tumpuan beralih kepada Kyungsoo yang sedang memandang aku tanpa apa-apa emosi tertera di wajah dia.Muka yang kosong dari emosi tadi tiba-tiba je berubah,mata Kyungsoo yang kecil menjadi besar seperti terkejut melihat sesuatu yang dia tak jangkakan."S-Siapa kau.." Jari telunjuk di tunjukkan ke arah aku yang kini dikelilingi dengan bunga yang sebelumya cantik kini sudah mati kering.Mereka ber-6 merenung ke anak mata aku yang berwarna merah darah.Sekelip,2 kelip dan warna merah diambil alih oleh warna coklat gelap biasa."Huh?" Adoii kenapa pening pula kepala ni?Terkelip-kelip mata dibuatnya,persekitaran aku mula berputar,semuanya ada 2.Tanpa perlu disuruh Chanyeol terus bergegas ke sisi Ira dan menangkap wanita misteri itu sebelum jatuh ke lantai."Aish pengsan lagi kau ni.Apa nak jadi la dengan kau ni Ira."

 

"Yah Chanyeol hyung tengok belakang badan Ira tu." Jongin menyuruh hyungnya untuk melihat belakang badan Ira yang masih pengsan dalam pelukan dia.Terkejut beruk dibuatnya."A-Apa benda ni?"

 

***

 

Selama Ira hidup tak pernah dia rasa selemah ni.Kepala yang sakit dipegang sambil jari mengurut urat yang pening."Aku kat mana ni?" Siling hitam,dinding putih,perabot mahal berserta dengan rak yang dipenuhi dengan buku tebal."Bilik siapa pulak ni?" Ira berkata sendirian tapi tak sangka pula ada orang jawab."Ni bilik Jongin oppa." Huh?Kepala dipusing ke arah suara yang entah dari mana munculnya.Kelihatan seorang perempuan sebaya Ira berdiri di bingkai pintu dengan berpeluk tubuh + muka annoyed gila.Mana aku pernah nampak minah ni eh? "Aku Hara.Soulmate EXO-K." Mata yang berat terkebil-kebil memandang wanita yang mengaku sebagai EXO-K.Wait?EXO-K MUSUH EXO-M TU KE.Tapi yang peliknya siapa pula EXO-K ni? "Oh..." Berang muka Hara bila Ira hanya memberi respon 'Oh'.Siapa tak panas hati oii~."Yang lain dah tunggu kat luar.Cepat skit,jangan ingat kau permaisuri pula kat sini." Oh betapa menyampahnya aku dekat minah tu,nak main hayun rambut pula,Aku hayun mangkuk jamban baru tau.Tahulah rambut aku pendek,helo aku pakai shampoo Carry Junior okei.Siap dengan hadiah patung gajah lagi,kau ada huh! 

 

Kaki diturun dari katil."Jap kenapa rasa macam berat pula badan aku ni?" Ira menghampiri cermin besar bersaiz manusia didepannya dan "AAAHHHHHHHHHH" Kedengaran seperti berpuluh-puluh askar berlari ke bilik tu."Kenapa ni Ira,ada pencuri ke,kepala sakit ke,Jongin meraba kau ke?" 7 pasang mata memandang Ira yang terkebil memandang cermin dihadapnnya."Mana?Mana baju sekolah aku?Siapa yang mengatal buka baju aku ni." Sehelai kemeja-T gergasi paras lutut bersarung dekat badan Ira.Comel sangat macam teddy bear.Semua kecuali Joomyeon bergerak ke belakang.Suho menghampiri Ira dengan tangan disuruh bersabar."Sabar Ira,nanti Oppa terangkan.Jangan risau,Hara yang tukarkan baju Ira.Kami semua tak nampak apa-apa pun.Kan korang?" Semua mengangguk laju seperti burung belatuk dalam cartoon TV3 setiap hari ahad tu."Jelaskan sekarang."

 

Akhirnya semua berkumpul dekat ruang tamu.Masing-masing duduk sekurang-kurangnya 5 meter jauh dari Ira yang tengah berapi.Chanyeol mengeluarkan sehelai kain dari poketnya dan memberikan pada Ira."Apa ni?" mengigil tangan chanyeol dibuatnya bila Ira merenung dia semacam tanpa menyambut kain ditangannya tu.kemudian kain bertukar tangan."Ni baju aku.Kenapa lak dengan baju ni?" Kening sebelah diangkat pelik."Cuba awak tengok behagaian belakang baju tu." Ira hanya menurut kata-kata kyungsoo yang sedang dipeluk oleh Hara.Baldi ada tak,aku nak muntah pelangi kejap bila tengok Hara memeluk lengan Kyungsoo macam panda.Tapi still tak leh kalahkan kecomelan Kungfu panda Tao.Unifrom sekolah dibelek seperti disuruh."Siapa yang bakar baju aku ni." Semua pandang ke arah Chanyeol yang peluh sudah membasahi dia."Sumpah aku tak bakar baju kau.Jangan bunuh aku." Chanyeol melutut dihadapan Ira sambil memohon maaf.Lama Ira merenung kesab terbakar di bajunya."Ni bukan kesan terbakar biasa ni.Macam ada bentuk."

 

"Maksud Ira?" Suho bertanya tapi tiada jawapan diberi."Wei minah bila ketua tanya kau jawablah." Mak aih dia panggil aku minah.Munah wei punya pompuan.Dia ingat dia siapa?Mentang-mentanglak kau soulmate huktuih EXO-K ada aku kesah.Jap.."Siapa EXO-K?" Pertanyaa Ira membuatkan mereka ber-6 kaku sekejap."Kkamjong?Baekhyun?Sehun?Siapa EXO-K?" Kyungsoo mencuit ketua mereka yang turut terpingga-pingga untuk menjawab pertanyaan wanita beraura bahaya dihadapan mereka."K-Kami lah EXO-K." Oh.My.Lolipop.Musuh tegar EXO-M ada dekat depan mata aku je."Huh?"

 

"Ira jom ikut kami.Kitorang nak pergi berlatih ni." Kyungsoo mempelawa Ira,ntah kenapa personaliti dia terhadap pelajar dia berubah serta merta.Kelihatan Hara menjeling tak puas hati sebelum dia ke sisi Sehun yang tengah hirup bubble tea kegemarannya tu,Chanyeol ngan Baekhyun tengah lawan acah-acah tapi laju dihentikan oleh Joomyeon bila selaut air yang entah dari mana munculnya melencunkan mereka berdua dari atas hingga bawah."HYUUUNGG" Chanbaek couple merengek bila mereka terpaksa keringkan baju guna haba badan chanyeol dalam kata lain berpeluk.Since dia pun tak benda nak buat Ira terus setuju."Kyungsoo buka pintu." Kyungsoo terus meninggalkan Ira untuk menurut perintah ketua mereka.Proses yang dilakukan oleh Kyungsoo sama macam EXO-M buat."Takut?" Kai yang entah dari mana munculnya tanya pada Ira yang kini kembali kepada muka batu dia.Soalan Kai dibiarkan berlalu bila pintu dibuka.Chanyeol terus berlari masuk dan diikuti oleh Baekhyun kemudian Hara,Kyungsoo,Suho dan akhirnya kami berdua."Kai.." Jongin mengangkat muka bila nama dia keluar dari bibir Ira."...jom" serta merta muka dia menjadi merah bila Ira tak semena-mena menghulurkan tangan dia untuk Jongin sambut.

 

"Chanyeol jangan bakar hutan ni,Baekhyun kecilkan sikit cahaya tu sakit mata hyung dibuatnya,Kyungsoo jangan tumbangkan semua pokok,Sehun perlahankan sikit angin tu,mana pula si Kai ni?" Ira hanya jadi pemerhati mereka semua dari atas pokok.Tak sangka sekelip mata je hidup dia boleh berubah dengan wujudnya mereka yang unik lagi misteri.

 

"Patut ke aku beritahu Kris pasal EXO-K ni?" lamunan Ira terhenti bila satu suara menyapa dia ."Hai pompuan pelik." Baekhyun eyeliner diva rupanya.Malas ah nak layan,buat sakit hati je."wei jangalah sombong,aku cuba nak berbaik dengan kau ni." Gi jahanam la baik kau tu.Kitorang hanya duduk sebelah menyebalah tanpa berkata apa-apa."Cantikkan." Ish mamat ni tak leh senyap ke.Baekhyun mengangkat tangan kanannya dan tunjukkan sarung tangan besi dengan bintang ditengah kepada Ira yang mula tertarik dengan aksesori di tapak tangan Baekhyun."Kitorang ber-6 ada benda ni tapi sorang pun tak tahu apa fungi dia." Baekhyun tunjuk pada setiap ahli kumpulannya yang lain.

 

Suho pin berbentuk titisan air,Kyungsoo cincin bertanduk,Chanyeol rantai dengan gambar burung,Kai pin dengan simbol 3 segi."Mana Sehun punya?" Ira mengecilkan mata,cuba mencari apa-apa aksesori di badan maknae EXO-K itu."Oh kitorang pun tak tahu,Sehun masuk EXO-K pun sebab Suho hyung yang suruh.Sebenarnya benda ni tak semua orang ada.Kitorang sendiri pun tak tahu kenapa,tapi sejak lahir lagi benda ni ada bersama kitorang." Sama macam EXO-M tapi diorang punya masih terkunci dalam bekas.Ada sesuatu yang pelik ni? "Kenapa Hara panggil diri dia soulmate korang?" Baekhyun kelihatan seperti sedang mencari jawapan yang munasabah.Dia berfikir sejenak."Mungkin sebab dia seorang je yang boleh buka bekas benda ni.Pada asalnya aksesori ni semua dalam bekas kaca,macam-macam cara dicuba tapi still tak leh buka sampai la satu hari Hara datang dan dia keluarkan semuanya." Hmm something fishy here."Aku nak pakai boleh?" Terkelip-kelip mata Baekhyun."Uuh boleh.Nah." Dia menanggalkan  sarung tangan besinya dan hulurkan mata Ira.Apa yang memeranjatkan adalah sebaik sahaja benda berkilau tu bersentuhan dengan kulit Ira,benda tu terus cair macam besi dipanaskan."AAAAAHHH.APA KAU DAH BUAT NI POMPUAN."

 

I knew it.Ira terus lompat ke bawah tanpa rasa takut dan dia mendarat dengan selamat.EXO-K dan Hara bernheti melakukan apa sahaja yang diorang tengah buat bila suara Baekhyun jerit bergema.Tanpa mempedulikan pandangan pelik dari mereka semua Ira terus lari ke setiap seorang dan mengambil aksesori mereka,dia terpaksa rentap cincin yang berada di jari kelingking Kyungsoo.Semua tergamam bila aksesori mereka cair dan mengalir ke tanah macam cecair karat."Apa kau dah buat Minah." Kai mendegus geram dan  menghampiri Ira yang masih perhatikan cecair besi tu mengalir dari celah tangan dia."Sebelum kau nak belasa aku baik kau belasah awek korang tu dulu.Korang tahu tak apa qizze dia?" 

 

"Apa kena mengena Hara dengan semua ni.kau baru je musnahkan harta terpenting kitorang." Chanyeol kata dengan muka yang bengis."Apa qizze PENIPU TU.Korang tahu ke?" Semua diam,betul tu diorang langsung tak tahu apa qizze soulmate diorang.Hara yang dapat rasakan penipuan dia akan terbongkar cuba lari dari situ tapi laju dihalang oleh medan angin yang dibuat oleh Sehun."Apa qizze kau pompuan?" Sehun tanya.

 

"A-Apa ni,takkan awak semua per-"

 

"Hara,apa qizze awak?" Suho tanya dengan lembut.

 

"Oppa tak percayakan Hara ke?"

 

"Baik kau beritahu sebelum aku bunuh kau dengan duri-duri kawan aku.Ingat kau berada dekat kawasan aku sekarang." Kyungsoo kata dengan nada yang menyermkan.Pokok-pokok disekeliling mereka mula membesar mengalahkan saiz yang normal.

 

"NI SEMUA SALAH KAU!!" sekelip mata je berpuluh-puluh Hara berada dihadapan mereka.Kesemua Hara ketawa bangga."Betul tu,qizze aku ialah mencopy benda.Korang tu yang bodoh sebab percaya dengan aku.Hampir setahun aku perbodohkan korang semua,tapi sorang pun tak sedar.Benda yang korang pakai tu semuanya palsu,yang sebenar aku dah nyorokkan dekat tempat yang korang takkan boleh jumpa.Sekarang matilah kau.HAHAHAHA." 

 

Semua Hara menyerang sekaligus."Semua tutup mata." Baekhyun mengeluarkan cahaya dari telapak tangannya dan membutakan klon Hara sekejap.EXO-K mengambil kesempatan dengan menyerang balas Hara.Chanyeol membuat lingkaran api dengan bantuan Sehun untuk memarakkan lagi api yang membakar klon Hara tanpa belas kasihan.Jongin teleport diri dia dan serang hendap dari belakang dengan memukul belakang leher klon Hara manakala Suho menghasilkan bebola air yang besar dan melemaskan sebanyak klon yang boleh.Ira yang tidak mahir dalam seni mempertahankan diri hanya mampu mengelak dari dibelasah teruk oleh Hara yang tidak terkira dihadapan dia.Betul kata Kyungsoo,sekali petik je berpuluh-puluh duri menjalar dan melilit badan klon Hara hingga lunyai semuanya.Harap muka je cute tapi kuasa pergh boleh bawa maut.

 

"IRAAAAAAAAAA" Terlambat,itulah yang bisa aku ungkapkan bila sebilah pisau tertusuk dalam perut.Hara ketawa mengilai bila aku jatuh ke tanah dengan darat tersembur keluar dari mulut.Macam ni ke rasa kematian.Terang?Bukan sepatutnya gelap ke?Ah biarkanlah aku letih,bai semua nenda tunggu Ira datang.

 

Sehun terus mara ke depan dengan melontarkan bola angin ke arah Hara yang dengan mudahnya mengelak.Pipi Ira ditepuk lembut,Sehun mula mengesat matanya yang berair."Ira bangunlah..aku minta maaf.Awak bangunlah." Rambut Ira diusap berulang kali.Mereka yang lain mula menyerang Hara tapi semuanya tak kena emosi mula mengambil alih.Sehun turut serta bersama hyungnya yang lain untuk membalas dendam.Tanpa mereka sedari ada perubahan berlaku pada mayat Ira.

 

Rambut pendek mula memanjang dan warna yang sebelum hitam turut bertukar menjadi warna coklat hazelnut.Luka yang masih berdarah elok dengan sendirinya.Mata yang berwarna coklat kini ditutupi dengan warna putih bersinar."Hapuskan ancaman." Hara yang ketawa bak orang gila tiba-tiba berhenti dengan raut seperti sedang dalam kesakitan.Mata dia terbelik bila orang yang dibunuhnya tadi kini hidup dengan senyuman penuh makna dibibir.EXO-K langsung tak sedar akan kehadiran Ira versi baru dibelakang mereka.Mata dia mula terbelik sambil tangan mencekik diri sendiri."Mati kau penipu." Dan semuanya tamat dengan kepala Hara tercabut dari tubuhnya.Ira turut kembali sedia kala dengan luka yang sudah tertutup.

 

"Kyungsoo periksa Ira cepat." mereka segera bergegas ke sisi Ira yang terbaring dengan muka pucat."Lu-Luka diaa dah sembuh." Kyungsoo kata sendirian.Tapi macam mana?"Kyungsoo Ira macam maca?"

 

"Dia okay.jangan risau hyung dia masih bernafas." Suho mengeluh lega dengan Sehun ahli lain disisi."Jongin angkat Ira,cukup untuk hari ni.Mayat penipu tu biarkan je.nanti adalah binatang liar makan." Jongin menurut,dia mula mengangkat Ira tapi pegangan dia laju dilepaskan. "Aahhh panasnya." Semua pandang dia pelik."Series Jongin tak tipu." Sehun cuba dan respon yang diberikan pun sama.Panas sangat."Chanyeol cuba kau angkat." Chanyeol mengangguk laju dan tanpa berfikir 2 kali dia terus mendukung Ira. ."Oww panasnya." Huh?Biar betul Chanyeol yang kuasa api pun tak tahan kepanasan badan Ira."Yeol cuba pusingkan Ira sekejap." 

 

"Apa bendanya ni...."

 

 

 


HAI SEMUA RINDU SAYA TAK

OFC LA TAKKAN

OK SORI SEBAB LAMBAT UPDATE,MINTA AMPUN TE SEMUA

SAYA STRESS GILA DENGAN DRIVING CLASS

UMM HARAP KORANG ENJOY,MANA YANG TAK FAHAM BOLEH TANYA

SAYA AKAN CUBA SEDAYA UPAYA UNTUK JAWAB SOALAN YANG BERMAIN DI MINDA ANDA

KOMEN PLZZZZZZZZ

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Irakira
Sesiapa yang baca cerita ni dialu-alukan untuk komen.

Comments

You must be logged in to comment
HaniSofiaHana #1
Chapter 19: Authornim~Jebal please update soon this story T_T :'(
amani123
#2
Chapter 19: Author tolong update cerita ni please cerita ni terlalu best
hjkyung #3
Please update~~~~ Daebakkk cite nie
KUROBARAHIME
#4
Chapter 17: SO,IRA NI ANGEL KE?
OR SAMA JENIS DENGAN EXO?BY THE WAY EXO TU EXTRAORDINARY HUMANS KE ATAU ADA NAMA LAIN?
amani123
#5
Chapter 17: update cepat pleas tak sabar nya author aaaaaaaaaaaa ira ada sayap fuyooooooooooo mesti ira terkejut
NizNisrina12 #6
Chapter 17: best!! palli update. daebak lah citer ni
mimi18 #7
Chapter 16: Ur ff so daebak..update juseyo..
This ff make my day..ㅋㅋㅋ
fna_shn #8
Chapter 16: Awak punya cerita memang tak pernah hampakan saya. Jalan cerita yang penuh dengan lawak dan misteri! Keep it up authornim! Update soon~