Three

Say You Like Me

“Taehee,kamu tak lepak dengan Kris?,” soalan Omma buat telinga aku berdesing,oh lepak dengan mamat tak guna tu? Mungkin dia bergunalah juga sebab dia kaya dan bayar cukai dan sebagainya,apa yang aku melalut ni? Tapi dia tetap macam,menyakitkan hati macam tu.

 

“Kenapa plak kena lepak dengan dia?,” soal aku dengan wajah yang berkerut. Muffin coklat yang aku kunyah tadi awalnya terasa manis kini pahit seperti biji kopi yang raw gitu.

 

“Takdelah..Taehee tak tahu,kan? Appa dinaikkan pangkat!”

 

“Woah,mesti Appa pekerja yang bagus”

 

“Taklah,Omma rasa,sebab kawan kamu tu,” senyuman meleret-leret dibawa pergi bersama langkah Omma yang menuju ke dapur. Aku mengerutkan dahi,takkan mamat Cina tu pula yang menjadi faktor Appa dinaikkan pangkat. Ish,mengarutlah.

 

“Taehee! Kamu cakap kamu ada kelas tambahan hari ni! Pergilah cepat!!,” Omma mula membebel,alah tapi aku tengah tunggu Chanyeol yang comel datang untuk hantarkan jus seperti biasa diwaktu pagi sabtu. Kalau aku pergi sekarang juga,aku tak dapat jumpa dia.

 

Oleh kerana Omma sudah bertukar menjadi seperti pop corn,aku menghayun dua putung kaki aku yang tak berapa panjang dan slim sangat ni keluar dari pintu pagar rumah,aku duk menyandar disitu dengan tangan bersilang. “Plot twist! Kris datang minta maaf pada aku dengan kek!,” aku menjulingkan mata keatas. Buang ajalah plot bodoh tu,buat aku semakin membara macam obor-obor aja.

 

Aku menjenguk,sebuah basikal yang ditunggang oleh Chanyeol menuju kearah hadapan,aku. Dengan kotak besar ditempat duduk belakang yang diisi jus-jus yang menyegarkan. Aku sudah fikir masak-masak semalam,aku nak luahkan perasaan pada dia pagi ini. Pagi bersejarah yang indah ini,nanti kalau pelangi muncul,lagi Epic dan rare gitu. Sebab sekarang tak hujan pun. Imaginasi aku terlebih siket.

 

Basikalnya dihentikan dua langkah dari tempat aku berdiri,dia mengerling kearah aku sekilas sebelum mengambil sebuah kotak yang terisi botol jus yang dingin dan sedap. Dia menghulurkannya kepada aku. “Kenapa pakai baju sekolah?”

 

“Ada kelas tambahan,” jawab aku dengan nada yang selamba,hanya Tuhan aja yang tahu apa yang aku rasa,betapa gementarnya. Boleh pula aku control aku punya gabra depan dia pulak,kan?.

 

“Ouh..Belajar elok-elok,” Dia tersenyum nipis lalu mengambil tempat duduk diatas basikal,mula menjatuhkan kaki kanan keatas pedal,menandakan dia akan beredar. Tidak,jangan pergi,aku belum beritahu apa yang aku nak. Aku bukan nak beritahu kau yang aku ada kelas tambahan aja hari ni.

 

“Tunggu!”

 

Dia berpaling dengan dahi yang berkerut. Aku terkaku apabila mata kami bertembung. Apa perlu aku buat? Aku tak mampu nak cakap apa-apa. “Err..Ni..Pe-Perisa kiwi..A-Aku tak suka,tukar boleh?”

 

Dia tersenyum senget dan menggeleng. “Tak”

 

Aku tersenyum kekok. Menundukkan pandangan kebawah. “Kalau macam tu..Okalylah,” dia mengayuh laju,seolah-olah lebih laju dari kebiasaannya. Apa yang aku harapkan? Aku menarik nafas panjang. Aku hanya membawa kaki menuju ke sekolah.

 

Tidak jauh dari situ,Kris hanya memerhati Taehee yang mengorak langkah pergi dengan kepala yang tertunduk kebawah. Rambutnya yang panjang ditiup angin kebelakang dengan jus kiwi digenggamnya. Kris merenung pula tangannya yang menggenggam sejambak bunga ros. “Mana kau tahu..Apa yang aku nak buat?” namun,seusai itu wajahnya menjadi suram. Kerana dia lihat dan boleh agak akan sesuatu yang dia jangka.

 

-

 

“Yo,man..Kau kenapa..Monyok aja,”tegur Luhan dengan tangan disilang. Cermin matanya dibetulkan. Kris mengeluh panjang.

 

“Luhan..”

 

“Ya?”

 

Kris mendiamkan diri. Luhan pula mengerutkan kening. “Apa kena dengan kau ni?,” Luhan bercekak pinggang. “Kesian Taehee,kan? Walaupun aku ni macam jahat dekat dia,aku pun boleh dikategorikan kawan dia”

 

“Eleh..Kesian..Yang kau pergi cium dia tu,apa kes?”

 

Kris menjulingkan mata keatas lalu beredar keluar dari kelas,meninggalkan Luhan sendirian didalam kelas,melaung-laung namanya untuk beberapa kali.

 

Saat itu,Taehee yang menari-nari didalam fikiran berjalan menghadapnya. Wajahnya dingin dengan tiada secalit senyuman terukir. Kris juga tiada ekspresi pada wajah. Mereka hanya berjalan tanpa memandang kearah mata antara satu sama lain. Berlarutan lagi.

 

Kris melalui koridor-koridor didalam bangunan sekolah,sunyi. Tiada sesiapa melalui koridor ini,namun matanya tertangkap akan sesuatu. Dia menjegilkan mata.

 

“Chanyeol?”

 

-

 

“See,Kris dah tak kisahkan dia..That’s mean,khabar angin tu memang betullah”

 

Aku menjulingkan mata keatas dengan bibir diketap. Suasana didalam kelas menjadi semakin berasap dengan perbualan yang tidak berasas oleh penghuninya. Apa boleh aku buat? Ignore sebaik yang mungkin ajalah. Kalau aku lawan,bukan menang pun. Nanti benda bodoh ni akan pergilah,tunggu sekejap aja lagi.

 

Minah disebelah juga mendiamkan diri,aku dah beritahu dia awal-awal. Jangan layankan sangat beruk-beruk yang bangang ini semua. Macam manalah agaknya khabar angin sebegitu wujud. Siapalah dalangnya.

 

“Kau nak biarkan aja ke mulut busuk diorang ni?”

 

“Yalah..Apa lagi aku nak buat?”

 

Minah menongkat dagu lalu mengusap lehernya. “Kalau tu yang kau nak buat..Aku ikut aja,” Aku menghembam wajah pada meja yang sejuk dan dingin ini. Keluhan dihembuskan perlahan-lahan. Saat sebegini,aku mengharapkan Chanyeol akan datang untuk buat aku berasa okey. Tapi bunyinya macam mustahil.

 

Tepat jam 12 tengahari,pelajar berpusu-pusu keluar dari bilik darjah serta pagar sekolah. Mereka mula memulakan aktiviti masing-masing,bagi menghabiskan hari siang pada hari sabtu. Diwajah mereka terpancar keseronokkan,teruja akan apa yang mereka mahu lakukan sebentar lagi. Aku? Entah,motif utama aku suka hari sabtu adalah kerana Chanyeol.

 

“Taehee,sorry. Aku tak boleh pergi kafe dengan kau,ada hal dekat rumah. Sorry,ek?”

 

“Laa..,” Aku memonyokkan wajah. “Hmm..Takpelah..”

 

“Thanks,” Minah berlari anak menggunakan jalan yang bertentangan. Aku menghembuskan nafas dengan kasar lalu mendongak kearah langit. Tinggal aku sendiri sekarang ini. Aku menggaru-garu kepala. “Malaslah nak pergi kafe yang aku selalu pergi dengan Minah tu..Mesti ramai budak sekolah dekat sana..Pergi yang jauh sikit..Bukan aku ada apa-apa nak buat pun tengahari ni”

 

“Taehee”

 

Terbuntang mata aku apabila Kris muncul dihadapan dengan kedua belah bahuku yang digenggam. Apa pula dengan dia yang tiba-tiba muncul ini?. Aku menepis tangannya dengan sepantas yang mungkin. Tangannya terlerai,dia merenung ke dalam mata aku dengan begitu tajam. Macam laser pun ada,mungkin dia rancang nak butakan aku atau apa,siapa tahu,kan?.

 

Kris terkaku. Dia tidak tahu,bagaimana dia harus terangkan semua ini. “Jangan beritahu dia..Yang kau suka dia”

 

“Hah?,” aku tercengang. Apa yang dia maksudkan?. “ Apa kau cakap ni?”

 

“Sorrylah kalau aku berbunyi macam bodoh atau apa..Tapi jangan beritahu Chanyeol..Yang kau suka dia,” Sekali lagi,mata aku terbuntang. Dari mana pula dia tahu yang aku suka Chanyeol ni? Aku menjarakkan sedikit badan aku dan menggaru-garu kepala yang agak gatal,kesan cuaca panas mungkin.

 

“Kalau ya pun,apa hak kau nak halang aku?”


“Boleh tak kau dengar cakap aku ni??”

 

“Aku tak nak,so ketepi siket”

 

Aku menolak badannya,walaupun masih ada ruang untuk aku berjalan ditepi,aku masih mahu menolaknya sehingga terjelupuk diatas lantai. Aku berpaling kebelakang,dia menyapu-nyapu seluarnya. Merenung kearah aku,kakinya dihayun maju kehadapan.

 

Mengikut kata hati aku,dia macam ikut aku,apa-apa pun,lebih baik aku berjalan straight ke hadapan pula. Kalau aku beritahu macam tu,nanti dia cakap aku ni apa pula,kan?. Selang beberapa saat,aku berpaling kebelakang,memang betul! Dia ikut aku,dengan muka berlagak tu.

 

Mungkin..Dia gunakan jalan yang sama,kan? Aku teruskan berjalan dengan wajah yang tegang. Sekali lagi aku menghentikan langkah dan berpaling. Dia masih dibelakang. “Kau ikut aku ke?”

 

“Ya”

 

“Kenapa kau ikut aku? Hentikan!”

 

“Apa hak kau nak hentikan aku?,” aku menarik nafas panjang lalu dihembuskan dengan berhati-hati. Dia kenakan aku semula pula. Aku menyilang tangan dengan bibir diketap.

 

“Dengar sini,aku tak kisahlah kau anak boss Appa aku ke..Sape-sape pun,jangan ganggu aku lagi”

 

“Ada aku tanya kau kisah ke tak?”

 

Berdesing telinga aku dibuatnya. “Huh!,” Aku meneruskan berjalan menuju ke perhentian bas,dia masih dibelakang. Entah apa yang dia mahukan. 20 minit berada didalam kenderaan awam tersebut,aku langsung tidak bersuara,begitu juga dengan Kris. Hanya sekali-sekala aku mengerling kearahnya. Kenapa dia ikut aku ni? Kot dia suka aku,oh my.

 

“Kau suka aku ke?”

 

Soalan itu terpacul keluar dari bibir aku dengan riak wajah yang selamba. Kris terkebil-kebil dengan mata terbuntang luas. “Helo! Aku? Suka kau, haha…Lawak antarabangsa duh,” dia menekan perutnya sambil tergeleng-geleng.

 

“Habistu..Kenapa kau larang aku beritahu dekat Chanyeol yang aku suka dia dengan muka tegang tu?”

 

Kris mendiamkan diri dan menguap. Seolah-olah tidak berminat,dua kali aku tanya,dua kali dia menguap. Aku mencebik,kenapa aku mulakan perbualan tadi? Aku dah lupa ke,apa dia buat? Pelik,walaupun kitaorang tak bergaduh dan berbual kosong yang menimbulkan sakit hati selama seminggu. Tidak bertemu untuk waktu yang agak panjang sewaktu minggu tersebut,aku tak rasa kekok untuk adakan perbualan dengan dia. Aku dah gila atau apa?.

 

Sejurus itu,semasa aku tenggelam dalam apa yang aku fikirkan,bas berhenti. Aku bangun dari tempat duduk,berjalan menuju ke pintu,Kris juga sebegitu. Nampaknya dia masih mengikuti aku. “Kau masih nak ikut aku?”

 

“Aku takde kerja nak buat ni”

 

“Kau memang takde kerja pun”

 

Kami berdua berjalan bersama sebelah menyebelah,tidak bersuara. Aku sengaja melambatkan kaki aku untuk mengayuh kehadapan,namun lelaki yang tinggi ini tetap berjalan sama pergerakkan tapak dengan aku. Aku semakin memperlahankan langkah,akhirnya ada tangan yang memaut leher aku.

 

“Eh,kau bercita-cita jadi siput babi atau apa? Sakit kaki aku berjalan slow-slow macam tu”

 

Aku terkebil-kebil. “Hei,siapa suruh kau ikut aku berjalan macam siput? Hah? Hah?”

 

Dia menekup mata kiri aku dengan tidak semena-mena. “ Shh,kau nak pergi mana? Makan,jom? Aku lapar ni..Hah! Tu kedai makan tu femes,kan? Jom pergi sana”

 

Aku menepis tangannya. “ Tak nak! Aku tak nak makan dekat situ,aku nak makan benda manis”

 

“Alah,kedai tu pun ada manisan,kan?”

 

“Tak sama! Aku nak makan dekat kafe,aku dah rancang”

 

“Tapi kedai tu femes!”

 

Aku menarik nafas panjang. Terpaksalah aku mengalah. “Huh,yalah-yalah..Jomlah pergi,” Dia tersenyum dan menarik tangan aku dengan sesuka hati kambing belakang rumah dia. Ingat aku fikir romantiklah tu pegang tangan bagai,lepastu aku berbunga-bunga? Aku masih marah kerana aku nak makan dekat kafe.

 

“Aik..Tadi kau cakap nak pergi kedai makan yang femes sebelah..”

 

“Hmm. Kau datang sini sebab nak pergi kafe,kan? Aku ikut aja pun,” ujarnya dengan senyuman yang senget disebelah. Aku mengangguk. Pintu kafe ditolak ke dalam,bau-bau yang manis serta hangat menusuk kedalam hidung aku.

 

Tanpa aku jangka,dua biji mata aku dapat lihat Chanyeol sedang menghirup air,dia berpakaian kasual,dia kelihatan lebih comel. Aku tersenyum sipu. Kemudian pandangan mataku jatuh pada orang yang berada dihadapannya,aku ingin lihat siapakah orang tersebut,namun dihalang oleh pelayan yang sedang menghidangkan makanan keatas meja.

 

Kris yang perasan akan manusia yang paling menarik perhatian dirinya dan sudah semestinya Taehee,terbuntang mata. Lantas dia menarik Taehee keluar dari kafe tersebut tanpa kerelaan gadis tersebut. Jika Taehee lihat apa yang dia lihat sebentar tadi..Dia tidak tahu apa yang akan terjadi,kerana dia sudah tahu segalanya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 3: Kenapa???apa yang terjadi???chanyeol buat apa kat kafe and dgn siapa??gf ke??macamana kris tahu segalanya..dia ada kuasa membaca minda org ke apa??terlalu banyak persoalan..adakah krissebenarnya suka kat taehee??habis kenapa buat taehee mcm tu??geram gile dgn kris..
tyraa66 #2
Chapter 3: Update cepat aisyahhh .
FatinHumairah_
#3
Chapter 3: Chanyeol ada gf ke??? Update soon
Hajar_EXO
#4
Chapter 3: Hmmm???kenaper?Update soon!
Hantuff #5
Chapter 3: Update soon..(*>.<*)
chanyeorin61 #6
Chapter 3: Ohhhh plizzz... awk sengajakan...
Awk buat sy tertunggu chap seterusnya!!!
Kim_sunyoung #7
Chapter 2: best~~ by the way..update soon
hyemipark
#8
Chapter 2: Author-nim please update soon ♪♪♪
btw ff ni mmng DAEBAK lah ♥♥♥