What Is Love??

What Is Love??

WHAT IS LOVE??

 

 

 

 

"Wehh!!! YEOL!!" Baekhyun menjerit memanggil Chanyeol.

Chanyeol memberhentikan langkahnya.

" Weh nampak Hana tak? " tanya Baekhyun.

" Ehh aku pon tengah cari dia sekarang.." Chanyeol risau.

" jom ah.. pergi kantin.. mesti dia ada kat sana " Baekhyun menarik lengan Chanyeol.

" Eh mana kau tau yang dia mesti ada kat sana? " Chanyeol pelik.

" Ala... kau ni.. macam la kau tak tau kawan kite tu.. die kan suka makan.. " Baekhyun buat muka annoying.

" A'ah, ye tak ye jugak kan.. walaupun banyak makan, bentuk badan tetap cantik.. wajah tetap berseri." Chanyeol bercakap dengan nada yang pelahan.

" Apa kau cakap??? " Baekhyun mengerut dahi.

"Hehehe.. Takde papelahh.. Jom!" Chanyeol menarik Baekhyun ke kantin sekolah.




Sedang Hana menikmati Nasi lemak campur kuah kari sambal belacan campur ikan masin masak kerapu di kantin, tiba-tiba Baekhyun menyergahnya.

" HANAAAAAAA~ " Baekhyun memeluk leher Hana.

Hana terkejut. Dia terbatuk lalu dengan pantas meminum air mineral.

Hana mengelap mulutnya. " WOIIIII KAU NI TAKDE KEJE KE.. NASIB BAIK AKU XMATI-"

Lantas Chanyeol menekup mulut Hana.

" Jangan bercakap soal kematian.. " Chanyeol menggeleng kepalanya.

" Eiishhh.. korang ni.. aku tengah buat iklan nasi lemak kat sini, korang boleh lakk kacau.. potong line betul la. "
Hana menepis tangan Chanyeol.

" Haha.. ok ok.. malam ni aku datang rumah kau ye? nak ambik CD EXO. " Chanyeol menepuk bahu Hana.

" Hmmm.. Ok~ " Hana mengangguk.

" aku pon nak ikut!! " Baekhyun memuncungkan mulutnya sambil menghentak-hentak kaki.

" eee.. gediknya. Yela yela!! suka hati korang la.. kBye~ aku nak gi jumpa cikgu jap. "
Hana mengusap lembut bahu Chanyeol & Baekhyun.

" Nak ikut!!! " Baekhyun menarik lembut lengan Hana.

" Ishh.. mengade-ngade.. kbye YEOLLIE~ " Hana melambaikan tangan dia.

" Bye YEOL~! " Baekhyun melambai lantas memeluk bahu Hana dan pergi meninggalkan Chanyeol.

" Sibukk je Baekhyun.. Aku harap dia tak jadi datang ke rumah Hana malam ni.. aku baru je ingat nak ber-fanboying
pasal EXO dengan Hana.
" Chanyeol menjeling matanya.






- malam itu-

Chanyeol dan Baekhyun sedang berjalan menghampiri rumah Hana.

"Weh Yeol.."

"Hmm? " Chanyeol balas.

"aku.... aku rasa kan... aku suka H-Hana.."

Chanyeol memberhentikan langkahnya. Dia memalingkan mukanya ke Baekhyun.

Baekhyun senyum. "sebenarnya sejak kite kecil lagi aku suka dia. "

Chanyeol diam.
Aku pun sama.... bisik hati Chanyeol.

Baekhyun memandang Chanyeol. "Weh tolong aku wehh.. tolong buatkan dia suka aku. Sebab dia kan tak suke bercinta."

Chanyeol diam. Lalu dia terus berjalan ke rumah Hana.

Baekhyun mengerut dahinya lalu mengejar Chanyeol.






"Yo Hana. " Baekhyun duduk di atas sofa selepas Hana menutup pintu rumahnya.
"yoooooo.. " Hana menghidangkan dua gelas air sirap di atas meja makan.
"Hi Chanyeol~ asal senyap je ni? " Hana memeluk leher Chanyeol.

Chanyeol terkejut. Dia memandang Baekhyun.
Baekhyun memandang matanya dengan tajam.

eiii jeles la tuhh.. bisik hati Chanyeol.

Baekhyun lantas menarik lengan Hana.
"Hana, jom tengok SBS Gayo Daejun."

"aaaa okey..."

Mereka berdua duduk di atas sofa sambil menonton SBS Gayo Daejun di television.

Chanyeol diam. Dia terus duduk di sebelah Hana.

Sambil mereka menonton, Chanyeol perasan yang Baekhyun sedang termenung memandang wajah Hana.
Lalu Baekhyun memeluk lengan Hana dan meletakkan kepalanya di atas bahu Hana.

Chanyeol geram.

"Hana, .. saya sebenarnya-"
"HANA SAYA SUKA AWAK." Chanyeol memotong percakapan Baekhyun.

Baekhyun dan Hana terkejut mendengar luahan Chanyeol.

"Chanyeol!!!" Baekhyun berdiri sambil merenung tajam mata Chanyeol.

"Kenapa? kau ingat kau sorang je ke yang suka Hana?!! " Chanyeol balas.

"EEEEIII !!! kau buat aku kecewa, Chanyeol!!!!!" Baekhyun menumbuk pipi Chanyeol sehingga menyebabkan Chanyeol terjatuh ke lantai.

Chanyeol berdiri lalu menyapu darahnya yang mengalir keluar dari hidungnya. Dia ingin membalas tumbukan Baekhyun tetapi ditahan oleh Hana.

"WEH KORANGG!!!!! " Hana menjerit sambil menahan Chanyeol.

" Apa ni??? " Hana marah.

" Hana, saya suka awak. Terimalah cinta saya, jangan terima cinta Chanyeol." Baekhyun memegang tangan kanan Hana.

"Hana!!! jangan terima dia! Dia jahat!" Chanyeol memegang tangan kiri Hana.

"KORANG!!!" Hana menepis tangan mereka.

"Kalau korang datang ke sini untuk meluahkan perasaan, baik tak payahla.. Pergi balik. Aku anggap korang sebagai kawan je. Tak lebih daripada tu pun."

"Hana.. bagilah aku peluang-"
"PERGI BALIK!!!" Hana memotong percakapan Baekhyun.

Baekhyun dan Chanyeol diam. Lalu mereka keluar daripada rumah itu.

Hana menjadi runsing.
Dia mengeluh. "Apa patut aku buat.."




-keesokan paginya, di sekolah-

"Biar betul wehhh!! " rakan sekelas Hana, Rian menjerit.
"Shhh.. " Hana menyuruhnya supaya senyap.

"Gile la.. kawan baik sendiri suka kat kau..kedua-duanya pulak tu suka kat kau. Perghh.... kau kan comel.. mestila diorang suka kat kau." Rian ketawa.

"Huhh.. sekarang, apa patut aku buat? .." Hana mengeluh.

"Alaaaaa biar jela diorang tu... Dah suka, nak buat macam mana lagi.... Eh, tapi kan, kau nak terima ke cinta diorang? "
soal Rian.

Hana diam.
"Hmm.. Aku anggap diorang sebagai kawan baik je.. Tak lebih pun.."

"Yeke ni? " soal Rian.

"Hmm.." Hana mengangguk.

" Yeke?? betul ke ni? "

"iyeee.." Hana mengangguk comel.

"Betul ke ape yang kau cakap niiii??? " Rian separuh menjerit di telinga Hana.

"Ishhh.. Betul!!! " Hana meghentak-hentak kakinya.

"Hahaha.. jangan marah. Sebab aku rasa, mungkin kau mesti akan menyukai salah satu daripada diorang. "
Rian senyum nakal.

"Ish.. kau ni tak paham paham lagi ke.... Okeylah.. Bye~ nak pergi perpustakaan sekolah kejap." Hana melambaikan tangannya.

"Okey.. budak baik.... budak baik nampaknya sangat rajin hari ini pergi perpustakaan~" Rian mengejek.

"Haha aku memang budak baik pun~~~ " Hana ketawa.





Di dalam perjalanan ke perpustakaan, Hana tiba-tiba terserempak dengan Chanyeol.

"Err.. Hana." Chanyeol mengusap-usap belakang lehernya.

Hana memandang matanya dengan tajam.
"Nak apa? " Hana menyoal tanpa memberi sebarang emosi.

"malam ni.. aku datang rumah kau, boleh? kite tengok EXO Showtime sama-sama.." Chanyeol senyum.

Hana mengeluh.
Aku tak sanggup nak memarahi dia... bisik hati Hana.

"Ok.. Boleh. " Hana senyum.

Chanyeol lantas tersenyum gembira.

Lalu mereka berjalan bersama-sama ke perpustakaan.

ketika itu, Baekhyun sedang memerhati tindakan mereka.
Dia berasa geram dengan Chanyeol.

Okay... Chanyeol.. I'll make sure that this time, Hana will be mine. bisik hati Baekhyun.

Lalu dengan pantasnya dia berlari menuju ke Hana dan Chanyeol.
Dia terus menarik lengan Hana dan memeluknya.

Hana dan Chanyeol terkejut.

"Chanyeol-ahh.. Hana is mine. right now, this time, since now, she will be mine. " Baekhyun memeluk Hana dengan erat.

Chanyeol berasa geram.
"Eiii budak penyibuk ni.. potong line betul la.." Chanyeol menolak Baekhyun daripada Hana.

"Yahh!!! " Baekhyun marah.

Hana mengeluh.
diorang buat hal lagi.. bisik hati Hana.

Tiba-tiba Baekhyun menarik Chanyeol dan menumbuk pipinya.

Hana terkejut.
Pelajar-pelajar di sekolah itu terus berkumpul di keliling Baekhyun & Chanyeol untuk menyaksikan pergaduhan itu.

"Arghhh kurang ajar kauuu! " Chanyeol membalas tumbukan di perut Baekhyun.

Hana diam. Dia hanya berdiri di situ sambil memerhati mereka bergaduh dan bertumbuk.

Mereka hampir teruk di belasah.

"PARK CHANYEOL!! BYUN BAEKHYUN!!!!" Hana menahan Baekhyun dan Chanyeol dengan kedua-dua belah tangannya.

Tetapi dia ditolak dengan kuat oleh Baekhyun dan Chanyeol.
Hana jatuh terduduk di atas tanah sambil diperhatikan orang ramai.

Hana menangis.
Kaki kanannya berdarah kerana terkena batu di atas tanah.

Baekhyun dan Chanyeol terus bergaduh dan bertumbuk.
Mereka begitu marah sehingga tidak perasan yang Hana telah terjatuh.

Hana terus menagis lalu pergi meninggalkan Baekhyun dan Chanyeol.




Hana berjalan terhincut-hincut.
darahnya terus mengalir di kakinya.

Tiba-tiba dia terserempak dengan omma nya di koridor kelas.

"Hana? Hana kenapa ni? " Omma Hana mengusap-usap pipi Hana yang dibasahi oleh air mata.

"Omma... kenapa omma datang sini? " Hana menukar topik perbualan mereka.

"sebab Rian call omma yang Hana cedera teruk.. Jom, omma hantar Hana ke klinik. Omma dah mintak kebenaran pengetua sekolah Hana." Omma Hana membantu Hana berjalan.

 



-Di dalam kereta- -Dalam perjalanan ke klinik-

"Omma.... " Hana membuka topik perbualan mereka.

"Hmm? "

"Hana rasa....Hana nak,... pindah sekolah... Kalau boleh, pindah rumah sekali. " Hana tunduk.

Omma Hana memberhentikan kereta kerana traffic light jam. Lalu dia memalingkan mukanya ke Hana.

"Kenapa? Hana ada masalah ke? ceritalah kat omma.." Omma Hana mengusap-usap bahu Hana.

Lalu Hana menceritakan tentang Baekhyun dan Chanyeol ke Ommanya.
Dia turut menceritakan apa yang sudah terjadi di sekolah tadi.

Ommanya diam. "Baiklah.. Omma faham perasaan Hana.. Hana nak pindah ke mana? "

Hana senyum. "Kalau boleh,.... Korea."

Omma nya ketawa. "Korea jugakkk dia nak pergi... Ok, nanti omma tolong bayarkan tiket airplane Hana. Bila Hana nak pindah? "

"Esok petang. Thanks omma.. sebab omma memahami perasaan Hana. Sayang omma~ " Hana memeluk lengan ommanya.

"Hmmm.. Omma buat semua ni untuk kebaikan dan kebahagiaan Hana.. Ehh dah dah jangan pelukk.. Omma tengah bawak kereta ni "
Omma Hana mencapai stereng kereta lalu membawa kereta dengan selamat.

Hana ketawa kecil.





-Esok pagi, setelah Hana sudah berada di korea-

Hana tidak memberitahu rakan-rakannya mengenai perpindahannya kecuali Rian.
Rian begitu sedih apabila mendengar bahawa Hana hendak pindah.

Hana tersenyum mengingati Rian.
Tiba-tiba dia terlanggar seorang lelaki.
air kopi panasnya tertumpah di atas kot bajunya.

"Ahhhh.. I'm sorry.. I'm sorry. " lelaki itu meminta maaf sambil tunduk 90°.

"Ahh takpela... sikit je kotor ni.." Hana menyapu baju kotnya.

"Ehh?? Malaysian?" lelaki itu buat mata bulat sama seperti EXO D.O.
"Ahh.. yeah, nampak gayanya awak pon malaysian.." Hana senyum.

Wajah lelaki ni nampak sangat seperti wajah orang melayu. bisik hati Hana.

"Yep~ saya orang melayu.. Mintak maaf ye pasal air kopi awak.. nak join saya minum kopi panas tak? Saya berlanja.. sebab saya dah tertumpahkan kopi awak.. " lelaki itu tersenyum.

"Umm.. okay jugak. " Hana senyum.

"Eh kejap, kite tak berkenalan pun.. nama saya Anas. nickname saya Hanseol. Panggil Hanseol je " Hanseol bersalaman dengan Hana.

"Ehh.. huruf depan kita hampir serupa lahh~ nama saya Hana.. HANseol & HANa" Hana ketawa kecil.

" Ha'ah la~ daebak~!! hehe ok, jom kite pergi ke kafe kat sana tu " Hanseol menunjuk ke arah kafe yang berdekatan dengan tempat mereka berdiri.

Di kafe, mereka berdua bercerita tentang kehidupan mereka sambil meminum air kopi panas.
Selepas selesai sahaja Hanseol bercerita, Hana pun bercerita mengenai rakan baiknya iaitu Baekhyun dan Chanyeol.

"memang selalu jadi macam ni di kalangan orang-orang zaman sekarang.. kena redha je la.. Jadi, awak datang ke sini sebab nak mencari ketenangan la ye? " soal Hanseol

"mungkin kot.. bila saya duduk jauh ni, saya nak mereka berbaik semula. saya rasa, bila saya duduk jauh daripada mereka, mesti mereka akan berasa serba salah dan ingin berbaik semula di antara satu sama lain." Hana meneguk air kopi panasnya sedikit-demi-sedikit.

"Yeah.. saya setuju. Mesti diorang akan berasa begitu.." Hanseol mengangguk.

Hanseol melihat jam tangannya. "Ahh Hana, saya kena pergi sekarang. Ada hal. maybe next time, we'll meet again? " Hanseol senyum.

"Ahh.. of course. Terima kasih ya sebab berlanjakan air kopi panas untuk saya~" Hana melambaikan tangan.

"Okay~ sama-sama! bye~!" Hanseol melambaikan tangan sebelum pergi.

Tiba-tiba, telefon bimbit Hana berdering.

"Hello? " Hana menjawab.

"Hana-ahh.. awak kat mana sekarang?"

ohh wait.. ini kan.. suara..Chanyeol.. bisik hati Hana.

"Hana.. Aku nak jumpa kau. Sekarang." suara Chanyeol seperti sedang mendesak.

Hana diam. "Aku kat Korea sekarang." Dia mengetap bibirnya.

"Itu aku tau.. kau kat mana sekarang? kat kafe eh?"

Hana terkejut.
"YAHH! CHANYEOL-AH!! Are you stalking me?!!! camne kau tau aku ada kat korea?!!" Hana separuh-menjerit.

"omma kau bagitahu."

Hana terkejut.
Aishh.. omma.. Hana mengetap bibirnya.

tiba-tiba seseorang memeluknya daripada belakang.
"kau jangan nak melarikan diri daripada aku lagi. Tutup telefon bimbit kau tu sekarang."

Hana terkejut.
"Baekhyun-ahh... apa kau buat kat sini.. kau stalking aku jugak ke.." Hana mengeluh.

"APA?? BAEKHYUN?!!! WOI!!!! " jeritan Chanyeol kedengaran di telefon bimbit Hana.

Lalu dengan pantasnya Baekhyun menekan butang 'END CALL' di telefon bimbit Hana.

"I see... mesti omma aku suruh korang datang ke sini, kan? " Hana mengeluh sambil menolak Baekhyun.

"Hana.. kenapa kau larikan diri daripada aku. kenapa kau tak bagitahu aku yang kau nak pindah sini? " soal Baekhyun.

Hana diam.

Tiba-tiba Chanyeol muncul di sebelah Baekhyun.
"Kau apehal datang ke sini? "Chanyeol marah.

"Kau pulak apehal datang sini? penyibukkk" Baekhyun menjeling.

"Aishhh!! " Chanyeol terasa ingin menumbuk muka Baekhyun.

"Korang!! tolonglahh! tolonglah berhenti bergaduh. Aku tak pasti, aku mahu tinggalkan korang,.. ataupun nak terus berkawan dengan korang. tolonglah jangan buat aku begini. Aku dah cakap banyak kali dah yang aku cuma anggap korang sebagai kawan baik je.. tidak lebih pun daripada itu. Aku tak suka melihat perangai korang sekarang. Korang suka mencederakan diri korang. Sampai aku pon korang cederakan.. Aku harap korang buang perasaan cinta korang itu. Dan aku harap korang akan berbaik semula," Hana menangis.

Dia menekup mukanya menggunakan kedua belah tangannya.

"Hana-ahh.." Baekhyun memegang bahu Hana.

"Tepi!! jangan ganggu aku. Baik korang pergi balik ke Malaysia kalau korang nak cari gaduh." Hana berjalan keluar daripada kafe itu.

Baekhyun dan Chanyeol hanya berdiri kaku di kafe itu.
mereka memandang antara satu sama lain.

 



 


selepas 3 hari, Baekhyun dan Chanyeol pun balik ke Malaysia.

Selepas 3 tahun, Hana turut mengambil keputusan untuk balik ke Malaysia kerana dia begitu merindui ommanya dan sahabatnya, Rian.

-Di taman-

"Hana~~~~~" Rian memeluk Hana.
"Ahhh~~ aku rindu kau, Rian~" Hana membalas pelukan Rian.
"kau makin comel la, Hana~ apa rahsia kau? kau makan ikan siakap masak kerapu campur sambal belacan dan mee goreng nasi lemak ke? " Rian ketawa.

"Takdelah.. Aku makan sayur la.. kat korea banyak gile makanan yang ada sayur. sedap~" Hana membuat simbol terbaik.

"Pshh.. k fine.. Taula aku ni tak suka makan sayur... haa.. kau ada berita terbaru apa-apa takk? " soal Rian.

"haaaa ada~!!  berita terbaru ialah,.... badeum badeum badeum *bunyi dram* ~~ aku dah rancang nak kahwin~~~ "
Hana senyum.

"Wahhh~~~ yeke ni? dengan siapa? " soal Rian.

"dengan seorang lelaki ni.. aku jumpa dia kat korea.. dia orang melayu~ sepanjang aku tinggal kat korea, dia selalu temankan aku. "

"woahh~ dia teman kau pergi shopping ke? pergi wayang? pergi namsan tower? pergi SM Entertainment?"
soal Rian dengan gembira.

"yup~ " Hana tersenyum malu.

"Eiii jelesnya~ dia kat mana sekarang? dia ikut kau balik Malaysia ke?" Rian mengetap bibirnya.

"A'ah.. dia ikut aku balik sini.. Dia kat rumah aku.. tengah berbincang dengan omma aku.." Hana senyum.

"Haa.. ape cerita di antara Baekhyun dan Chanyeol?" soal Hana.

"Eiiii~~~ dia tanya pasal kita lahhh~~ rindu la tuu~ " Baekhyun tiba-tiba muncul di belakang Hana.

"Tahniah, Hana.. pasal perkahwinan kau.. aku harap kau bahagia selalu di sisi suami kau.." Chanyeol menepuk bahu Hana dengan lembut.

Hana senyum.

"kitorang mintak maaf.. kitorang selalu menyusahkan kau.. kitorang selalu buat kau marah.." Baekhyun memuncungkan mulutnya.

"Takpe.. Aku maafkan korang. Aku pun nak mintak maaf jugak sebab aku lari pindah ke korea tanpa pengetahuan korang.."
Hana senyum.

"takpela Hana.. perkara yang dah lepas, tidak usah kita kenangkan.. so, will you guys be my bestfriends forever? " Chanyeol tersenyum malu.

"Yes~~" Baekhyun dan Hana bercakap serentak.

Mereka bertiga memandang Rian.

"Ehhh? Aku sekali ke? " Rian menunjukkan jari telunjuknya ke diri dia sendiri.

"Mestilah~ kawan Hana, kawan kitorang jugak~ " Baekhyun senyum.

Rian senyum tersipu malu.

"Baekhyun, Chanyeol.. dulu,.. aku tak tahu apa itu cinta.. Tapi sekarang, baru aku tahu.. Aku nak mintak maaf.. Sebab dulu aku tak terima cinta korang. Kalau dah lama aku tahu apa itu erti cinta, mesti aku akan terima cinta dua jejaka hensem di hadapan aku ni...Maafkan aku ya..Dulu aku tak matang dan masih tak kenal apa erti cinta..sekarang aku dah tau apa erti cinta dan aku dapat rasainya sendiri dan ianya sungguh indah..." Hana senyum.

"dua??? biar betul ni... kedua-dua sekali kau nak terima? "
Rian separuh menjerit.

manakala Baekhyun dan Chanyeol memandang antara satu sama lain.

"mestilah~ barula adil~" Hana megerdip matanya.

"Eeee~ baru aku tahu kau ni ert jugak~ " Chanyeol menepuk kepala Hana dengan lembut.

Mereka berempat ketawa bersama-sama.

"Hana,.. bila kau dah berkahwin nanti, kau jangan lupa akan kitorang pulak.." Rian sedih.

" a'ah betul tu.. manala tahu kalau kau menghadap muka suami kau hari-hari sampai terlupa nak lepak sama-sama dengan kitorang.."
Chanyeol memuncungkan mulutnya.

Hana ketawa. "Tidak sama sekali.. Aku pasti akan merindui korang semua~" Hana memeluk kawan-kawannya.

"Kitorang pun~" Chanyeol,Baekhyun, dan Rian bercakap serentak sambil membalas pelukan Hana.

Hana tersenyum riang pada hari yang penuh bermakna baginya.

 



; END ;

 

 

 


 

Heol.. Ending dia bosan gilaaa.. ;______; *nangis lima baldi*

Ohh! anyway,

AYYOO WADDUP MY LOVELY  READERS!

Thanks for subscribing ^^ If you don't mind, vote la sekali dan please leave a comment. don't be a silent reader, nae? o(>v<)o

dan yang penting, subscribe dan vote anda amat saya hargai~ ^^ //winkkeuu//


 

you've got a reward~~~ Chanyeol, Xiumin, Baekhyun, Suho and luhaenn's flying kisses for you! 

 


 

ugh this giant kid is so cute

 

Umin is so cute~ >////<


 

eff.

 

Handsome leader~

 

Baozi in the outside be like "oh ok ok"
BUT in the inside, "OH GOOD LORD PLEASE HELP ME LU GE IS SO FREAKING CUTE I LOVE HIM LUHAN IS BAE OH MY BAOZI BUN"

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
wonwoowink
Subscribe, comment dan vote anda akan amat dihargai~ ^^

Comments

You must be logged in to comment
Princess_Wolf88 #1
the most suitable word for your ff is "SYOK!" saya suka saya suka~
Hollowgirl98
#2
Omagashh nasi lemak Hana buat aku drools kelaparan .Q. *lap ayaq liuq* Best best best ^^ Keep up the good work yoww? B| *like a boss; peace*
KUROBARAHIME
#3
Chapter 2: OK JUGAK CERITA AWAK NI WALAUPUN ONE-SHOT!
YANG SAYA SUKA BAB ADA NASI LEMAK CAMPUR BAHAN2 YANG PANJANG LEBAR TU!
THANKS FOR THE GOOD STORY!
ChocoLover99
#4
menangis sbb Hana x tahu what is love . geram sbb BaekYeol asyik bgaduh n gembira sbb BaekYeol akhirnya memahami Hana :)
aidasafiah
#5
Chapter 1: Best..Senang je Hana boleh pindah luar negara..Korea plk tu.Nice~
ChocoLover99
#6
Chapter 1: wow... nice story you've made... menitis air mataku... *bhahaha
imraen_
#7
Chapter 1: Nice story . :)
KyoRyy_Greeniez
#8
Chapter 1: Nice story
_shuhidah
#9
Chapter 1: Best laa.yg plg saya Suka part dorang ke korea.skjp gila baek ngn chan dtg Korea?haha apapun citer awk nii best!