One ;

Overwhelmed (벅차)


     Osaka, bandar yang tidak pernah legang dengan kesibukkan manusia. Menjadi tempat yang mempunyai penduduk sebanyak 23 juta, membuatkan bandar ini tidak pernah sunyi dengan kesibukkan penduduknya.  Aku berlari-lari ke stesen tren bawah tanah, sesekali aku mengelak diriku daripada berlanggar dengan orang. 

Tiket tren dikeluarkan untuk mendapat pengesahan pengawal yang bertugas . Aku kemudiannya berlari memasuki tren untuk bergerak ke universitiku yang terletak di daerah Minamikawachi.  Hari ini merupakan hari terakhir aku menjadi pelajar di Osaka University of Art kerana ibubapa aku mengambil keputusan untuk kembali ke tanah air di Seoul, Korea.

Oh ! sebelum tu, anneyonghasmnika ! Lee Haeul imnida ! Pelajar  tahun 2 dalam jurusan seni. Sudah  7 tahun aku berpindah ke Osaka kerana mengikuti appa yang terpaksa berhijrah kerana urusan kerja.  Jyaja, sampai akhirnya. Universitiku tidak jauh daripada stesen kereta api Minimikawachi, hanya terletak beberapa blok bangunan daripada stesen kereta api tersebut.

Aku berlari memasuki  bangunan universiti, jam di lengan dipandang. OH NO ! 15 minit lagi ! Dengan lajunya aku berlari memasuki ke blok di mana kelas ku berada. Kelihatan Yuki memandangku pelik.

Aku tersenyum seperti kerang busuk, nafasku turun naik. “O-ohaiyo*, Yuki-chan !”

“Oi. Ohaiyo, Haeul-chan. Lambat lagi ?”

“Hehe. Sikit je.”

Yuki mengeleng-geleng kepalanya, lalu menarikku duduk di tempat duduk aku. Senyuman diberikan, aku membalas senyumannya.

Yuki Haruga, kawan baikku dari sejak aku berpindah ke Osaka. Dia merupakan orang yang pertama yang menegurku semasa aku beru pindah ke sini, orang lain pada waktu itu masih menganggapku sebagai orang asing kerana aku berbangsa korea. Mujurlah, adanya Yuki, aku sentiasa bersemangat hendak ke sekolah untuk bertemu dengannya. Bagiku, Yuki bagaikan pengganti dia yang tinggal di Jepun.

7 tahun berlalu, adakah dia masih ingat dekat aku ?



“Haeul....tak boleh ke kalau kau tinggal sini, biar papa dengan mama kau balik ke Korea ?” petah Yuki bercakap jepun denganku.

Aku ketawa, Yuki budak manja ! haha

“Hah, tu kata dekat akulah tu !” tangannya menampar lenganku.

“Ah ! Apo !” Aku mengusap-usap tempat yang ditamparnya tadi.

Yuki ketawa, bahasa korea Haeul dah keluar.

“Bukan aku tak nak...tapi, papa dengan mama tak benarkan aku tinggal dekat asrama or sewa apartment..mereka tak percaya dengan aku.” Aku menongkat dagu, mataku jatuh ke arah pejalan kaki yang lalu di tepi cafe.

“I guess, its farewell then, Haeul.” Kata Yuki. Aku memegang tangannya, “Nope, its not. I’ll be always be your friend eventhough we’re far away from each other.”

“Aww. Kau buat aku nak menangislah, Haeul.”

Aku ketawa, “Buekkk, Yuki budak manja !” aku menjelir lidah.

Pak !

“Aduuhhhhhhh ! Sakitlah, Yukiiiiii ! Nappun !”

Akhirnya, pecah ketawa kami berdua. Aku menghabiskan masaku dengan Yuki sehinggalah umma menelefonku untuk pulang.

Yuki-chan,

I’ll be missing you ! Take care !



“LEE HAEUL ! LEE HARI ! IRREONNAAAAAAAAAA !”

Aku meraba-raba almari di tepi katilku, cermin mata dipakai. Aku bangun dari katil. Aigoo kenapa aku berat hati sangat nak tinggalkan Osaka ni...

“Hah, bangun dah ? Haeul-ah, pergi gerak adik kamu tu, flight kita pukul 1:30 petang. Cepat bangun. Hah, jangan nak tidur balik. Aigoona...naui ttal...”

“Eungggg ~ arasseo.” Aku bangun, rambutku ikat sanggul, aku bergerak ke bilik Hari, eherm, dia lelaki okay ? Banyak orang kata, nama aku sepatutnya untuk adik aku, dan nama adik aku sepatutnya untuk aku..well, appa kata tak salah pun, buat apa nak ikut orang.

Aku mencekak pinggang, Hari masih lagi nyenyak tidur. “Aigoona..Ya! ireonnaaaaa..” aku duduk di bahu katilnya yang bercadar pororo pemberian halmoni.

“Mhhmm...nuna..”

“Hari-ya,  cepatlah. Nanti umma membebel macam woodywoodpecker lagi. Heul.” Aku mengusiknya, kedengaran Hari ketawa. Hah ! dah agak. Budak ni selalu saja bangun awal, ni nak buat tricklah ni tak nak pindah.

Aku menarik tangannya, dia masih lagi ketawa. “Haha, seronok ek gelak dekat umma, bagi tau dekat dia nanti. Aigoo, jya ! ppali irreona. Kita kena naik flight. Takut terlambat pula.” Aku menepuk-nepuk punggung adikku yang baru berumur 9 tahun.

“Ah ah, nuna ! Arasseo ! Arasseo !” Dia meraba-raba punggungnya, lalu bergerak ke bilik air. Aku ketawa, lalu bangun dari katil Hari untuk bergerak keluar dari bilik Hari. Belum sempat aku melangkah keluar...

“Nuna !”

Aku mengalih, keningku diangkat. “Mmhm, wae ?”

“Nuna rambut nuna macam rambut singa, AUMMM” kata Hari dengan mulut penuh dengan ubat gigi.

Aku menjengil mata. “Mworago ? YA! LEE HARI!” Aku terus melangkah laju, ingin mencubit Hari, belum sempat aku cubit, pintu bilik air telah ditutup rapat.

“ae saekki!!*” aku menjerit.  “Aish, jeongmal.” Kedengaran dari dalam, Hari ketawa dengan galakknya. Cis, that little brat.

“Aigoona. YAH! LEE HAEUL. Kamu ni kenapa ? Dah buang tabiat ?” Kelihatan appa sedang mencekak pinggang di hadapan pintu bilik Hari, aku tersengih seperti kerang busuk, terus aku berlari keluar dari bilik budak kecik tu. 



Seoul,

Akhirnya, aku kembali ke tanah air. Tempat aku dilahirkan. Seoul sudah banyak berubah,  makin tinggi bangunan pencakar langit. 

“Haeul..” kedengaran suara umma memanggilku.

“Mhhm.”

“Sudah-sudahlah tu, tu betulkan posisi Hari tu, nanti sakit leher dia.” Kata umma yang berada di tepi appa yang sedang sibuk memandu, memintaku membetulkan posisi Hari yang ralit tidur.

Aku merebahkan Hari ke  ribaku, lalu membetulkan rambut pendeknya yang menutup mata. Semakin aku pandang Hari, semakin aku teringat dia.



“Jongin.”

Tiada respon.

“Jong-ah.” Tangan kecil budak perempuan itu mengerak-gerakkan badan budak lelaki yang sedang ralit tidur di bahunya.  “Aish.  KIM JONGIN.”

Masih tiada respon. Budak perempuan yang berambut pendek paras bahu itu mula cemas, fikirannya mula berfikir bahawa rakan baikknya itu mungkin tidak bernafas.  “Jong, jangan tinggalkan--..”

“Bwahahhahahahahaha” Budak lelaki mengalihkan kepala menghadap budak perempuan itu, ketawanya pecah. “Yah ! Lee Haeul ! Kau nak nangis lah tu.”

Si kecil Haeul bagaikan tidak percaya yang dia sudah dikenakan oleh Jongin. “YAH! NAPPUN !” Haeul bangun dari tempat duduknya, bergerak mahu meninggalkan Jongin.

“Leeee Haeeuullll ! Tunggulah.” Tangan kecil Haeul ditarik, Haeul terduduk di tepi Jongin kembali. “Aish lepaslah. Siapa kau, aku tak kenal.”

Jongin ketawa, “Kau tak kenal aku ? Kejap....Jya” Jongin memetik bunga dendelion yang berada di sebelah kakinya, lalu diselitkan di telinga Haeul. “Jongin, peterpan geurigo, Haeulie , tinkerbell !”

“Mwo ? Kenapa mesti tinkerbell ?  Tinkerbell mana pakai bunga ni, aish.” Haeul ketawa.

“Sebab Haeul kan kawan baik Jongin macam peterpan dengan tinkerbell.” Jongin tersenyum, lalu bangun, Haeul masih memerhati Jongin. “....dan hanya bunga ni je sesuai dengan Haeul sebab Haeul kan kasar macam lelaki.”  Jongin terus lari meninggalkan Haeul, Haeul terpinga-pinga, akhirnya dia sedar.

“YAAAAAA !!! KIM JONGINNNNNNN !!” Haeul bangun, lalu mengejar Jongin yang sedang ketawa. Sempat lagi dia membetulkan bunga dandelion di telinganya.



“Haeul ! Haeul !”

Haeul tersedar dari lamunannya,  Puan Lee memegang dahi Haeul, risau. ‘Pelik Haeul ni, sakit ke ?’

“Oh umma ? hee..waegurae ?” Haeul membiarkan ummanya memegang dahinya. Hari sudah tiada di ribanya. “Oh, Hari eodisseo ?” Haeul mula mencari-cari Hari.

“Aigoo ttal, kita dah sampai. Adik kamu ada dengan appa kamu, mereka berdua pergi ke tandas.” Kata Puan Lee. Haeul menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Eh ? dah sampai ? Tapi...ni bukan rumah.........”

Haeul memandang bangunan pencakar langit yang tinggi, takkan nak tinggal dekat sini kot ?

“Memanglah, kita singgah kejap. Jumpa dengan kawan lama umma dengan appa. Dah, kajja !” Puan Lee menarik tangan Haeul keluar dari kereta, secara automatik kereta tersebut dikunci.

Aish, kawan lama ? takkan nak jumpa dekat sini ? kenapa bukan restauran ke ? Dahlah aku lapar ni.



Haeul duduk di sebelah adiknya, Hari bagaikan berada di dunianya sendiri, ralit dengan permainan psp, sesekali Haeul menjeling melihat adiknya itu. Cemburu.

Puan Lee dan Encik Lee pula sedang bersembang, entahlah apa yang disibukkan mereka. Sesekali ketawa, sesekali Puan Lee menampar manja bahu Encik Lee.

Haeul hanya memerhati ibubapanya. Appa dengan umma ni kenapa ? Takkan nak bermanja dekat tempat macam ni ? Aigooya. Haeul mengaru-garu kepalanya, kekok dengan ibubapanya. 

“Lee Hyunjoo, Jeon Minyoung, neo wasseo ?” kelihatan seorang lelaki berkot bersama seorang perempuan di sebelahnya cantik memakai dress bersama jaket berwarna krim.

“Jongmin, Seoyong !” Pasangan Lee bangun lalu bergerak, bersalaman serta berpelukkan. Sudah 7 tahun mereka tidak bertemu. Haeul masih tidak sedar, matanya berat, menunggu masa untuk jatuh rebah di bahu Hari.

“Haeul nuna..nuna!” Hari mengerak-gerak nunanya, psp miliknya telah disimpan di dalam poket jaketnya. Haeul tersedar,  lalu mengusap-usap matanya. “Wae ?”

“Tu..siapa tu ?” Hari menunjukkan kearah ibubapanya dan pasangan yang agak asing baginya, Haeul mengalih pandangan kearah yang ditunjuk oleh Hari. Seoyong ahjumma ? Jongmin ahjusshi ?

Puan Kim dan Encik Kim melambai-lambai kearah adik-beradik Lee tersebut, Haeul dan Hari bergerak mendekati ibubapa mereka lalu menunduk hormat.

Puan Lee memeluk Haeul, melepaskan kerinduannya, Haeul membalas walaupun kekok.  Dulu, dia agak rapat dengan perempuan ini, manakan tidaknya, ibu rakan baiknya, Kim Jongin.

“Umma ! Appa !” kedengaran suatu suara dari belakang. 6 pasang mata memadang ke arah tuan empunya suara tersebut. Kelihatan seorang lelaki berpakaian kasual bersama jaket biru tua dengan beg digalas di bahu kiri bergerak mendekati mereka.

“J-jong?” Haeul kaku disitu, masa bagaikan berhenti. Kim Jongin.

Senyuman di muka lelaki tersebut mati, matanya terus menangkap susuk tubuh yang memangil nama keramat tersebut.

“Neo ?”


Author note:
Heyho ! Thank you for my 4 first subbies *cries* thank you for support me by subscribing this fic ! *throw namu's hearts*
so, how was it ? Hope my fic come out good. A lot isnt ? haha.  
Walaupun baru chapter first, tapi makan banyak page jugalah,  6 muka surat dengan 1478 perkataan. Haha.
Kebanyakkannya merupakan POV's Haeul ;u;  ㅡ babybreath, 09:10 PM Kst, 20/1/2014 (Monday) 

*ohaiyo - selamat pagi
*ae saekki - budak nakal/brat

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
girly_girl25 #1
Chapter 14: Warghh kenape kai kejam sangat dgn haeul tu? Haeul ada buat something wrong ke? Ke saya yg x dpt catchup cerita ni? Please someone HELP ME !!!! BTW keep updating author-nimm Hwaiting!!! One more thing, taemin kenal ke haeul. If yes,how?
Farysya #2
Chapter 14: Keep updateeeeee ;)
_shuhidah
#3
Chapter 14: Update lgi.saya sukaaa!!hehe
laierathieyah #4
Chapter 14: unnie update! thanks unnie, muah~~
galaxy_here
#5
Chapter 10: update soon.
Omooo,sweetnya Kai :)
kirah99
#6
Chapter 10: thnks sbab update unnie. :) awwww, x tau knapa tpi saya rasa kai sweet. :3
laierathieyah #7
Chapter 10: jongin memang annoying =.= tapi dalam diam dia still caring kat Haeul.. hee thanks sebab update unnie. luv ya!!
baekielover #8
Chapter 9: alahai,knapa jongin annoying sngat.
yEsuiUnNie
#9
Chapter 8: excited gila bca cita ni..... jongin wlaupun keras mcm batu tp dia penari mudah dilentur ...kekeke....btw ryeo ppali update ...nae~
Prince_Channy
#10
Chapter 8: lmenye x update..hrm..update lh cpt..jebal.. ;)