Nine ;

Overwhelmed (벅차)

Author.

Haeul mengelap air matanya buat ke sekian kalinya. Betapa takutnya dia apabila berada di dalam Haunted House tadi. Suaranya menjadi serak akibat menangis dan menjerit di dalam Haunted House tersebut.

“Kau ni, hantu dalam tu semuanya manusialah, pabo-ya. Bukan betul pun.” Kata Jongin yang berdiri di sebelah Haeul yang duduk memeluk kaki di tepi pintu keluar Haunted House tersebut.

“Saya tetap benci dengan benda ni semua. Saya tak suka even diorang tu manusia yang bertopengkan hantu” Kata Haeul dengan suara serak. Mujurlah dia bukan seorang yang memakai make-up, kalau tak, habis mascara cair.

Jongin ketawa galak. Haeul menghadiahkan jelingan kepadanya. “YAH! WAE ? SUKA SANGATLAH TU !” Dia menampar kaki Jongin, Jongin masih dengan tawanya.

“No, just....aku pelik dengan kau.”

“Tak ada peliknya. Malas cakap dengan awak, Kai.” Haeul bangun, lalu bergerak meninggalkan Jongin.

Aku pelik, even kau takut, kau langsung tak bergantung pada aku yang ada dekat sebelah...langsung tak sama dengan dia.

Jongin yang baru sedar Haeul sudah jauh tinggalkannya ke belakang, berlari anak mengejar tunangnya itu.

“YA ! LEE HAEUL ! TUNGGULAH !”



“Bolehlah, Jongin ? OK ? Pleaseeeeee ?” Haeul menarik-narik lengan Jongin sambil memujuk lelaki itu.

“Huh ! No no! Tak nak aku !” Jongin memeluk badannya, mengeraskan badannya agar Haeul putus asa memujuknya.

“Alah, kenapa tak nak ?”

“Sebab aku tak naklah! Gila betul lah kau ni nak naik benda tu.”

Haeul ketawa, “Awak tak nak naik, saya naik sorang. Okbye ~”

Haeul terus menuju ke kaunter pas untuk menunjukkan pas masuknya kepada pegawai bertugas yang berada di situ.

Mata Jongin terkebil-kebil melihat Haeul yang selamba mahu menaiki Gyro Swing yang sungguh mengerikan. Kedengaran jeritan orang ramai yang menjerit apabila menaiki permainan tersebut.

Jongin mengerling ke belakang, kelihatan orang upahan eommanya masih berada disitu. Jongin mengeluh geram. ‘Ish, aku akan menyesal dengan keputusan aku nih.’ Gumam hatinya, lalu pergi mendapatkan Haeul.

“Haeul, aku ikut kau naik.” Ucap Jongin dengan nada penuh sesalan, mengundang senyuman panjang Haeul.



“Awak nak muntah lagi, Kai ?”

Jongin mengeleng-geleng kepalanya, tiba-tiba dia terasa mual lagi sekali, terus dia merampas beg kertas yang dipegang oleh Haeul.

Haeul menepuk-nepuk belakang Jongin, timbul rasa bersalah dan simpati dalam hati Haeul. Jongin kelihatan lemah menyebabkan Haeul secara automatik memegang tangan Jongin lalu membawanya ke kerusi berdekatan. Jongin yang lemah hanya mengikut tanpa bersuara.

“Awak duduk dekat sini kejap, OK? Nanti saya datang balik.”

“Eh, kau nak kemana pula nih ?” suara Jongin lemah.

“Awak tunggu OK ? Sekejap ja.” Haeul terus berlari meninggalkan Jongin di kerusi tersebut.

“Haeul !” Jongin mengeluh lemah lalu kembali menyandarkan badannya ke kerusi yang diduduknya. ‘Aku takkan naik benda ni lagi.’ Getus hati Jongin sebelum dia terlelap.

Jongin merasakan ada pergerakkan lembut yang menolak bahunya, dia membuka mata. Kelihatan Haeul tersenyum memandangnya lalu duduk di sisi Jongin.

“Kau pergi mana nih ?”

Haeul tersenyum lalul mengambil sesuatu di dalam beg kertas yang dibawanya tadi dan menyuakan kepada Jongin.

“Nah, saya pergi cafe tadi, nak belikan awak ni.” Secawan minuman panas disuakan kepada Jongin.

“Apa nih ?” Jongin pelik, tapi menyambut minuman yang disuakan oleh Haeul lalu menghirupnya. “Hmm, sedap.”

 Haeul mengaru-garu kepalanya, lalu menjawab, “Caramel Macchiato.”

Jongin mengangguk-angguk lalu meneguk lagi, Haeul tersenyum melihatnya, “Awak tau, saya sebenarnya mual juga bila naik benda alah tu.”

“HAH ? Tapi kenapa kau OK saja ?”

“Sebab......saya dah biasa.” Jawab Haeul perlahan, walaupun perlahan, Jongin masih dapat menangkap apa yang dikatakan Haeul, dia keliru. Haeul ketawa. “Awak tak mual dah kan ?”

“Ah ? A’ah. Dah tak rasa pening dan mual dah.”

“So, kalau nanti awak mual, awak minum air ni, OK ? Ni rahsia kita tau” pesan Haeul sambil ketawa, buat pertama kalinya, Jongin mengangguk dan menyimpan senyuman rahsia.

“Jongin.”

“Erm...”

“Nak naik lagi tak ?”

“Whut ? NO WAY !”

Dengan itu, Haeul ketawa terkekeh-kekeh melihat muka cemberut Jongin. Jongin yang perasan Haeul mengusiknya, perlahan-lahan turut ketawa.



Haeul menguis-nguis batu-batu kecil di bangku kayu di luar taman tema LOTTE. Anak matanya melirik ke arah belah kanannya, kelihatan Jongin yang ralit mendengar lagu sambil earphone yang disumbat ke telingannya. Mulutnya kelihatan terkumat-kamit menyebut bait-bait lirik lagu, mungkin.

Mereka sudah letih menaiki pelbagai jenis permainan yang berada dalam taman tema tersebut, itupun setelah Haeul puas memujuk Jongin dengan menggunakan alasan yang segala tingkah laki mereka diketahui oleh orang suruhan eomma Jongin.

Baru sahaja Haeul mahu membuka mulut, kelihatan sebuah kereta mewah berhenti di hadapan mereka. Kelihatan seorang lelaki muda yang segak bersuit keluar dan menunduk hormat, serta merta Haeul bangun dan menunduk hormat kembali.

“Tuan muda Kim, minta maaf kerana menunggu.”

Jongin menarik earphone ditelinganya, mengangguk lalu bangun dari duduknya. Jongin yang perasan Haeul masih belum berganjak dari tempatnya, lengannya ditolak sedikit membuatkan Haeul terkejut.

“Ya, wae ?” tanya Haeul.

“Kajja !”

“Nak pergi mana ?”

“Baliklah! Takkan kau nak mati beku dekat sini, paboya.”

“T-tapi..t-tapi—” Bagaikan magik, Haeul telah berada di dalam kereta tersebut setelah ditolak masuk oleh Jongin.

Haeul hanya diamkan diri setelah dia berada dalam kereta mewah tersebut, tambahan pula, Jongin turut ‘sibuk’ dengan rutin kegemarannya itu.

'Well, he's back to a cold jerk guy again.' 

Keluhan dilepaskan, dia membuang pandangannya ke luar tingkap kenderaan yang dihiasi oleh lampu-lampu bangunan pencakar langit.


Author note:

Anothhhhheerrrr new chapter! HAHA. Oh wait! HAPPPPPYYY NEW YEAAAARRRRR, EVERYONE ! 
Thank you for all my subbies sbb still menunggu dengan penuh sabar untuk Ryeo publish chapter baru. Hewhew ;w;
Terharu, K? Sorry sbb setiap chapter, Ryeo publish dengan lambat. Nak cari kualiti masa dan ilham tu agak susah. ;w;
Well, currently I'm also working on a new *cough*something*cough* HAHA. just wait. Akan dihebahkan nanti. LOL.
Tak lut untuk Ryeo sekali lagi, ucap 'Terima Kasih' untuk setiap subbies. ;;;;; /throw hugs & kisses/ And happy birthday, Jongin-aaaaaaahh !! ;u; kenapalah semakin gatal post selca yg kiut tu untuk kitorang? /dies/ 
 ㅡ babybreath, 11:46 PM Kst, 15/01/2014 (Friday)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
girly_girl25 #1
Chapter 14: Warghh kenape kai kejam sangat dgn haeul tu? Haeul ada buat something wrong ke? Ke saya yg x dpt catchup cerita ni? Please someone HELP ME !!!! BTW keep updating author-nimm Hwaiting!!! One more thing, taemin kenal ke haeul. If yes,how?
Farysya #2
Chapter 14: Keep updateeeeee ;)
_shuhidah
#3
Chapter 14: Update lgi.saya sukaaa!!hehe
laierathieyah #4
Chapter 14: unnie update! thanks unnie, muah~~
galaxy_here
#5
Chapter 10: update soon.
Omooo,sweetnya Kai :)
kirah99
#6
Chapter 10: thnks sbab update unnie. :) awwww, x tau knapa tpi saya rasa kai sweet. :3
laierathieyah #7
Chapter 10: jongin memang annoying =.= tapi dalam diam dia still caring kat Haeul.. hee thanks sebab update unnie. luv ya!!
baekielover #8
Chapter 9: alahai,knapa jongin annoying sngat.
yEsuiUnNie
#9
Chapter 8: excited gila bca cita ni..... jongin wlaupun keras mcm batu tp dia penari mudah dilentur ...kekeke....btw ryeo ppali update ...nae~
Prince_Channy
#10
Chapter 8: lmenye x update..hrm..update lh cpt..jebal.. ;)