Chapter 17

[WILL COMEBACK ON DECEMBER] Diari Cinta Sakura
Please Subscribe to read the full chapter

Bab 17

NON POV

Airi mempelawa Dongwoon pergi ke taman berdekatan bersama Rayyan selepas makan tengah hari.

Rayyan mulai tidak kekok bersama Dongwoon, dia meminta Dongwoon mendukungnya. Dongwoon tersenyum dan menurut permintaan Rayyan yang sememangnya senang bermanja dengan orang. Airi turut tersenyum. Mereka berjalan seiringan sambil melihat permandangan di sana, bagi Dongwoon inilah kali pertama dia mengunjungi tempat sebegini. Dia berasa tenang apabila dapat peluang untuk menghirup udara yang nyaman disini. Hati dia juga turut tenang.

Namun bagi Airi dan Rayyan, sini la tempat persinggahan mereka apabila mereka lapang terutamanya apabila kesedihan melanda.

“Rayyan suka datang sini ke?” soal Dongwoon kepada Rayyan.

“Hmm, mama Airi selalu bawa Rayyan ke sini…” petah Rayyan berkata sambil mengangguk pantas.

Dongwoon berasa geram melihat kecomelan Rayyan. Pipi Rayyan menjadi mangsa ciumannya. Rayyan terkekeh gelak apabila dicium oleh Dongwoon.

Airi yang melihat Dongwoon dan Rayyan yang mulai mesra turut tersenyum sambil mengusap rambut Rayyan. Rambut bayi itu dielus lembut. Rayyan membuat muka comelnya itu dihadapan mama itu. Dongwoon tergelak melihat kelakuan Rayyan.

“Rayyan nak ngorat mama ye?” soal Airi sambil mencubit lembut pipi Rayyan.

“Sebab Rayyan sayang mama Airi…” petah dia menjawab.

Airi tergelak melihat gelagatnya.

Rayyan meminta Dongwoon untuk menurunkan dia apabila dia ternampak tempat permainan yang biasa dia main sewaktu dia bersama dengan Airi dulu. Dongwoon meletakkannya perlahan. Airi terus berjalan kearah tempat duduk berdekatan dengan Rayyan bermain. Dongwoon mengikut Airi dari belakang. Airi terus duduk di atas bangku kemudian Dongwoon juga turut duduk di sebelah Airi sambil melihat Rayyan bermain. Airi tidak mengalihkan pandangan pada yang lain melainkan Rayyan.

Seketika Dongwoon merasakan Airi sangat menyayangi Rayyan lebih daripada nyawanya sendiri. Barangkali Airi sudah lama membesarkan Rayyan.

“ Mesti awak dah lama jaga Rayyan, saya tengok Rayyan sangat sayang pada awak…” kata Dongwoon tulus. Airi mengalih pandangnya kearah Dongwoon dan tersenyum.

Airi mengangguk. “ Saya sayang Rayyan…. Saya sanggup buat apa saja asalkan saya tak kehilangan dia Dongwoon oppa…saya tak mahu dia merasakan kehilangan lagi seperti mana saya rasa kehilangan dahulu…” luah Airi dengan nada yang lirih.

“Kehilangan?” soal Dongwoon dengan penuh tanda tanya dalam mindanya. Matanya member sepenuh perhatian kepada Airi.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
tyra99 #1
Chapter 17: Kalau Dongwoo suka airi,kenapa dia tak nak putus dengan hyuna je?
Dongwoo tu bukannya suka Hyuna sangat pun..
adamsyed #2
Chapter 17: comeeelll ><
tyra99 #3
Chapter 15: Secret admirer tu mungkin Baekhyun tapi mungkin juga orang lain..
rajinlah awak update!
Aqismyname
#4
Chapter 14: * Dongwoon ish!typo!
Aqismyname
#5
Chapter 14: bengap lo ko ni Dongwoo -,- Rayyan tu anak budk kecik je OTL
adamsyed #6
dongwoon, baekhyun and sulli! bias eden!! pandai authornim pilih :D
LovelyPurple96
#7
Chapter 14: spe anta bunga at airi tu???
baekhyun ya?????
update soon...
Yanseob_YS
#8
Chapter 12: update soon. tak sabar nak bca crita yg slanjutnya. hihi.. ^_^
Aqismyname
#9
Chapter 11: u.u update soon~ o u o im waiting lol
tyra99 #10
Chapter 10: Dongwoon mesti akan salah faham kalau dia dengar rayyan panggil Airi 'mama'