Chapter 13

[WILL COMEBACK ON DECEMBER] Diari Cinta Sakura
Please Subscribe to read the full chapter

Bab 13

NON POV

Walaupun dalam kesibukan, Airi tidak pernah lupa tentang Rayyan, dia sering membawa Rayyan keluar berjalan apabila dia mempunyai masa terluang. Rayyan tidak pernah rasa kesunyian sejak kehadiran Airi walaupun ibunya sibuk mencari rezeki untuknya. Airi juga turut membantu Hana dalam perbelanjaan kos hidup Rayyan. Airi sangat menghargai apabila Hana menerima tawarannya untuk membantu kerana dia sudah menganggap Rayyan itu seperti anaknya sendiri.

Pada hari Ahad, Airi meluangkan masanya bersama Rayyan di rumahnya.

Rayyan sangat aktif bermain di awal usianya itu. Airi tidak terkata apa, dia tetap melayan kerenah Rayyan. Namun Rayyan tidak mempunyai banyak ragam kerana dia budak yang baik.

Sehari suntuk Airi bermain bersama Rayyan, bayi itu terlelap selepas dimandikan pada waktu petang. Barangkali dia sudah penat bermain. Airi mengangkat Rayyan ke dalam biliknya dan meletakkan bayi itu di atas katilnya. Tangannya mengusap lembut kepala Rayyan. Bayi itu masih dibuai mimpi yang indah. Tidak dapat dinafikan naluri keibuan dia bergolak hebat. Namun dia masih lagi keliru tentang kehadiran cinta dalam dirinya sejak dia kehilangan Ilhoon dalam hidupnya.

Airi bingkas bangun mengambil diarinya dan duduk semula di sebelah Rayyan yang masih nyenyak tidur.

 

 

*River Flow in You by Yiruma*

 

 

Lagu itu dimainkan di dalam minda Airi…

 

21 June

Banyak sekali kenangan yang telah kita tuliskan di dalam hati

Banyak sekali harapan dan keinginan yang pernah kita ungkapkan bersama

Lantunan kata cinta yang pernah terucap tak mudah terhapuskan begitu sahaja

Ingatkah Ilhoon, kita pernah berjanji untuk berjuang bersama?

 

Namun, apalah dayaku ini, takdir tidak menyebelahi kita…

Engkau pergi meninggalkanku dahulu

Aku terasa yang engkau baru semalam meninggalkan diriku.

Hati ku tidak keruan sejak kehilanganmu…

 

Sejak engkau tiada juga,

Hati aku mulai keliru apa itu erti cinta

Kerana cintaku hanya padamu

Tapi mengapa fikiranku memikirkan tentang yang lain?

Semua itu telah menjadi persoalan dalam hidupku

Sejak aku menjej

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
tyra99 #1
Chapter 17: Kalau Dongwoo suka airi,kenapa dia tak nak putus dengan hyuna je?
Dongwoo tu bukannya suka Hyuna sangat pun..
adamsyed #2
Chapter 17: comeeelll ><
tyra99 #3
Chapter 15: Secret admirer tu mungkin Baekhyun tapi mungkin juga orang lain..
rajinlah awak update!
Aqismyname
#4
Chapter 14: * Dongwoon ish!typo!
Aqismyname
#5
Chapter 14: bengap lo ko ni Dongwoo -,- Rayyan tu anak budk kecik je OTL
adamsyed #6
dongwoon, baekhyun and sulli! bias eden!! pandai authornim pilih :D
LovelyPurple96
#7
Chapter 14: spe anta bunga at airi tu???
baekhyun ya?????
update soon...
Yanseob_YS
#8
Chapter 12: update soon. tak sabar nak bca crita yg slanjutnya. hihi.. ^_^
Aqismyname
#9
Chapter 11: u.u update soon~ o u o im waiting lol
tyra99 #10
Chapter 10: Dongwoon mesti akan salah faham kalau dia dengar rayyan panggil Airi 'mama'