Don't Drag Us to Hell (FINAL)

Don't Drag Us to Hell

Baekhyun dah jadi tak tentu arah. Fikirannya terus buntu dan buntu.

Segala rancangannya untuk bercuti bersama rakan-rakannya telah musnah dek nasib malang yang sering datang bertimpa-timpa. Seorang demi seorang rakannya telah ditarik nyawanya begitu sahaja.

“Kenapa dunia ini sungguh kejam???!!! Kenapa kau begitu tamak sehingga kau sanggup mengambil nyawa rakan-rakanku???Kenapa???!!!”

Baekhyun menangis dan menangis sambil tangannya membelai rambut Sehun dengan lembut. Chen turut menangis di sisi Sehun yang telah terbujur kaku.

“Baekhyun….Baekhyun-ahh….”,Chen mengelap air matanya dan memandang Baekhyun.

Baekhyun mengalihkan pandangannya ke arah Chen.

Namun,sedang Chen ingin bertanya sesuatu kepada Baekhyun,tiba-tiba badan Sehun yang berada di pangkuan Baekhyun lenyap begitu sahaja.

Dia lenyap bagaikan pasir berterbangan.

Baekhyun dan Chen terkejut gila melihat keadaan tersebut lalu mereka berdua berlari lintang-pukang terus masuk ke dalam rumah.

“Ko…nam..nampak tak ta…tadi???”,Baekhyun tergagap-gagap.

“Ko ingat aku ni buta ke??? Depan mata aku je weh!! Mana tak gila aku!!!”,Chen memegang bahu Baekhyun kerana  berasa seram melihat rakannya ‘lenyap’ begitu sahaja.

 

Mereka berdua mengurungkan diri di dalam rumah. Mereka takut untuk berada di luar kerana risau akan kejadian yang tidak diingini berulang semula.

Sehinggalah waktu malam menjelma……….,

Baekhyun menggigil ketakutan.

“Ini…ini semua gila….gila…..aku tak nak mati…aku tak nak mati….”,Baekhyun terketar-ketar kerana rasa ketakutan yang teramat sangat.

“Baekhyun-ahh….janganlah macam ni….aku takut la tengok ko!”,Chen terus mendakap rakannya itu bagi menenangkannya.

“Dah…jangan takut,aku ada….aku ada…”,Chen mengusap belakang Baekhyun sambil memeluk rakannya itu dengan erat.

Walau bagaimanapun,pelukan tersebut tidak dapat juga menenangkan hati Baekhyun. Dia menjadi tidak keruan.

“Lepaskan aku…aku lemas…”,kata Baekhyun dalam nada yang perlahan. Chen hanya menuruti kata rakannya itu.

Buku usang tersebut masih lagi terletak elok di atas meja di dalam bilik Baekhyun . Lalu,pantas Baekhyun mengambil buku tersebut dan berjalan menuju ke dapur.

Chen pelik melihat kelakuan Baekhyun yang tidak berkata apa-apa. Baekhyun seperti ingin melakukan sesuatu yang dia sendiri tak dapat jangka.

“Ko nak pergi mana???”,tanya Chen apabila menyedari Baekhyun mahu keluar daripada rumah sambil memegang buku usang tersebut dan pemetik api.

“Aku nak selesaikan semua masalah ni….aku nak bakar buku tak guna ni!! Pasal buku ini lah nyawa rakan-rakan kita melayang!! Ko faham tak???”,Baekhyun sudah naik angin. Dia terus berlari keluar ke luar rumah dan mula mengumpulkan daun-daun bagi menghidupkan api.

“Apa ko buat ni hah??? Buku tu tak ada kena mengena dalam hal segala ni!! Apa ko nak merepek hah???”,Chen datang memarahi Baekhyun. Chen cuba menghalang Baekhyun namun gagal.  Badannya telah ditolak kuat sehinggakan kepalanya terhantuk ke tanah.

Mulutnya mengalir darah. Pandangannya berpinar-pinar,namun dia berusaha untuk bangun semula bagi menenangkan rakannya itu.

“Baekhyun,sudahlah….”,Chen memegang kepalanya yang terasa seperti berat. “Ahh….”,Chen cuba menahan perit kesakitan yang sedang dialaminya.

Chen tidak mampu menghalang Baekhyun. Semuanya sudah terlambat. Buku tersebut telah dicampakkan ke dalam api yang sedang membara panasnya.

Baekhyun tersenyum sendirian.

“Semuanya sudah selesai….lega aku! Ahahaha…..”,Baekhyun mula ketawa.

“Aduh….apahal ngan budak ni??? Dah tak betul ke???”,Chen bertanya sendirian di dalam hati.

Namun,mereka berdua tidak menyedari akan sesuatu yang bakal berlaku. Sedang Baekhyun meraikan kegembiraannya,secara tiba-tiba kakinya disambar api,kakinya seperi diheret ke dalam api yang sedang marak tersebut.

Baekhyun terjatuh ke tanah dan kakinya diseret ke dalam api.

“Tidakk!!! Tolong aku!!! Aku tak nak mati!!!”,Baekhyun melaung sekuat hati. Dia dapat merasakan bahawa kaki kirinya itu seperti sedang dibakar.

Chen menggagahkan dirinya untuk menyelamatkan rakannya itu. Dia menggunakan sepenuh kudrat yang ada untuk menyelamatkan Baekhyun sehinggalah akhirnya rakannya itu dapat diselamatkan.

“Ko….ko okay ke???”,Chen melihat keadaan kaki kiri Baekhyun.

“Aik??? Apasal kaki ko okay je??? Tadi…tadi bukanke???”,Chen menggaru-garu kepalanya.

Baekhyun pun pelik melihat keadaan kakinya yang seperti normal. Tiada sedikit pun kesan melecur.

“Ahh!!! Aku tak kisah! Janji aku tak mati lagi!! Jom!”,Baekhyun menarik tangan Chen.

“Nak pergi mana???”,Chen mengetap bibirnya.

“Lebih baik kita tinggalkan rumah ni sekarang! Aku dah tak tahan!!”,Baekhyun segera menghidupkan enjin motosikalnya.

Chen duduk dibelakang Baekhyun. Memeluk erat badan rakannya itu yang sedang memecut laju meninggalkan rumah kayu tersebut.

 

“Woi!! Perlahanlah sikit!! Bukan kita kena kejar dengan hantu malam-malam ni…”,kata Chen.

Baekhyun tidak mempedulikan langsung nasihat Chen. Dia terus menekan minyak motosikalnya hingga mencecah 100 km/h.

Bulu roma Baekhyun tiba-tiba sahaja menegak. Entah apa yang sedang mengganggu fikirannya ketika itu,menyebabkan dia memecut laju motosikalnnya sehinggalah dia menyedari akan ‘kehadiran’ buku usang tersebut.

Dia perlahan-lahan mengalihkan pandangannya ke arah bakul motosikalnya, dia terus membrek dengan kuat tatkala buku tersebut berada dalam bakul motosikalnya.

Kesan daripada brek yang kuat tersebut menyebabkan badan Baekhyun dan Chen tercampak beberapa meter.

Baekhyun cedera parah. Darah mula mengalir deras daripada kepalanya. Perlahan-lahan dia membuka matanya….

“Aku….aku tak mati lagi…tak mati lagi….”,Baekhyun memegang kepalanya dan dia terlihat tubuh Chen yang sudah tertiarap di atas permukaan jalan. Darah mengalir di sekitar kepalanya.

Baekhyun sudah berasa tidak sedap hati.

“Chen….Chenshi….yaahh!! Chenshi!!!”,Baekhyun tidak dapat bangun kerana dia dapat merasakan kakinya itu telah patah riuk. Jadi,dia terpaksa mengesot untuk mendapatkan rakannya itu.

“Wei….bangunlah!!!!”,Baekhyun menjerit. Namun tiada sebarang reaksi oleh Chen.

“Tak….jangan tinggalkan aku keseorangan!! Please!!!”,Baekhyun mengalirkan air matanya sambil memandang ke arah langit malam yang kelam.

“Tak…aku dah bakar buku tu! Tak mungkin!!!”,Baekhyun melaung di dalam hati kerana berasa amat pelik kerana buku tersebut sepatutnya sudah terbakar di dalam api….akan tetapi bagaimana buku tersebut masih elok?? Dan yang lagi dahsyat peliknya,bagaimana buku tersebut berada betul-betul kat dalam bakul motosikalnya….,ish….memang pelik.

Namun,takdir sudah pun menentukan  bahawa,sesiapa yang membaca buku tersebut, akan mati…tiada seorang pun yang terkecuali.

Buku usang tersebut terletak dengan elok di sisi Chen. Dia cuba mencapai buku tersebut sambil menahan kesakitan yang bukan kepalang.

“Buku tak…tak guna….”,Baekhyun sedaya upaya mencapai buku tersebut walaupun terpaksa mengesot untuk mendapatkannya.

Tetapi, malang tidak berbau,secara tiba-tiba ada sebuah kereta pacuan empat roda melalui kawasan tersebut dan pemandunya pula memandu dalam keadaan mabuk.

Akhirnya,Baekhyun tidak sempat menyelamatkan dirinya dan dia telah digilis oleh pemadu kereta tersebut. Pemandu mabuk tersebut tidak menyedari akan kehadiran Baekhyun dan terus melanggarnya sambil menekan minyak kereta , memandu meninggalkan jalan tersebut.

*reaksi author:tidakkk!!!!!!!!!!!*

 

Petikan dari muka majalah Metro Exo:

      SELANGOR :  Berita mengenai kematian empat orang pelajar sekolah yang sedang bercuti di sebuah rumah di sebuah kampung kini menjadi tanda tanya. Berita mengenai kematian pelajar-pelajar ini masih di dalam siasatan polis. Pihak media telah dilaporkan akan keadaan mangsa-mangsa tersebut,empat orang pelajar tersebut merupakan bekas pelajar sekolah di sebuah sekolah menengah yang terletak di Kuala Lumpur. Dua daripada mereka dilaporkan telah mati akibat kesan kemalangan ngeri. Akan tetapi,pihak polis kini semakin giat menjalankan pencarian dua orang lagi mayat mangsa iaitu Luhan dan Sehun,masing-masing berusia 18 tahun dan kematian mereka masih menjadi misteri. Adakah ini merupakan satu pembunuhan terancang ataupun hanya sekadar kemalangan biasa?

 


 

Selepas genap lima tahun peristiwa hitam tersebut,

bapa Baekhyun akhirnya telah menjual rumah ibunya itu kepada seorang ahli perniagaan. Ahli perniagaan tersebut tidak mendiami rumah tersebut,sebaliknya dia telah menukarkan rumah kayu tersebut kepada ‘homestay’ kepada sesiapa yang berminat.

 

“Woi!!!! Akhirnya!! Aku jumpa gak homestay yang paling murah di dunia!!!”,Suho menjerit keriangan tatkala terlihat gambar sebuah rumah homestay di enjin carian google.

“Wow….macam best je…eheeh,siap ada astro gitu,bolehlah kita tengok Music Bank kan???”,Chanyeol tersenyum seorang diri.

Suho hanya memandang tajam ke arah Chanyeol.

“Ceh,bukan dia yang bayar,aku jugak kena bayar semua ni nanti….hemph”,Suho mula naik menyampah.

“Ohoi…kome tengok apa tuh???”,Xiumin datang datang menyapa mereka sambil menyuap pau yang putih gebu ke dalam mulutnya.

“Tengok ni hah….”

 

 

*RUMAH HOMESTAY KAMPUNG XXXXX*

→Lengkap dengan segala kemudahan asas.

→Dilengkapi dengan sistem keselamatan 24 jam.

→Wifi TM yang laju gila dan ASTRO turut disediakan.

→Berdekatan dengan pekan lebih kurang 100 meter.

→Makanan tidak disediakan (faham-faham sendiri sudah….)

→Sesuai untuk keluarga yang ingin bercuti bersama keluarga.

→Harga bermula dari MYR 100 semalam.

 

“Wahh…jom lah pergi,macam seronok je,alang-alang nak dekat semester akhir ni,bolehlah kita sama-sama bercuti kan??”,Kris tiba-tiba datang menyampuk.

“A’ah…Cuma kita empat orang ni je…tapi weh,aku rindu lah kat kawan-kawan lama kita…Sirius aku rindu gila kat diorang~ Lagi-lagi budak empat orang tu….”,Suho memandang sayu melihat skrin komputer ribanya.

Mereka berempat terdiam untuk beberapa seketika.

“Ahahah…takpe lah,yang lepas tu biarkan lepas,kita yang hidup ni kena teruskan kehidupan ini…yeah~”,Chanyeol cuba menenangkan rakan-rakannya itu.

Xiumin tiba-tiba tercekik. “Urgh,urgh, sori,aku nak pergi minum jap…eheheh”,dia berlalu pergi ke dapur.

Seperti yang sudah dirancang,mereka berempat meluangkan masa percutian mereka bersama-sama di rumah tersebut dua minggu kemudian. Maklumlah,mereka berempat belajar di universiti yang sama,mereka berempat mengambil kursus yang sama. Entahlah dah satu kepala agaknya,semua benda sama je….

Setelah sampai di perkarangan rumah tersebut,terdapat seorang pakcik sedang menunggu di hadapan rumah tersebut.

“Oh,apa khabar pakcik….”,Suho bersalaman dengan pakcik tersebut.

“Nah,ni dia kuncinya,segala keperluan semua dah ada,pekan pun tak jauh sangat dari sini.Anak-anak ni semua nak bermalam kat sini dalam seminggu ye?”,tanya pakcik tersebut.

“A’ah!”,jawab mereka berempat serentak.

“Ah,kalau macam tu,pakcik akan datang semula seminggu kemudian ye,dalam pukul 12 tengahhari waktu ‘checkout’nya…kalau ada apa-apa masalah,kamu boleh hubungi pakcik ye…pakcik pulang dulu….dan selamat bercuti~”,pakcik tersebut berjalan ke arah motosikalnya dan meninggalkan mereka berempat.

Suho membuka kunci pintu rumah tersebut.

“Wah!!! Bestnya!!!”, Xiumin terus meluru masuk ke rumah tersebut tanpa memberi salam.

“Hoi…bagi salam dulu lah…hish budak ni,kang aku hantuk kepala kau dengan beg bagasi aku ni baru kau tau!”, Kris geram melihat Xiumin.

Cuma Suho,Xiumin dan Kris sahaja yang masuk ke rumah tersebut.

“Wei,mana budak Chanyeol tu??? Mana dia pergi???”,tanya Kris kepada Suho.

“Entah…dia ada kat luar kot….malas lah aku nak layan budak tu,maybe dia tengah meneliti setiap inci kawasan rumah ni…hemp….”,Suho meletakkan beg galasnya di dalam sebuah bilik.

Chanyeol berjalan-jalan di sekitar rumah tersebut,dia cuba mencari ketenangan daripada kehidupan di bandar yang serba sesak yang lagi menyesakkan hidupnya.

Chanyeol membetulkan topinya. Sedang,dia berjalan mendekati sebatang pokok mangga yang terletak disebelah rumah tersebut, dia mendapati terdapat sebuah buku di celah-celah pokok tersebut.

Lalu,dia segera mengambilnya.

“Apa ni??? Tak de tajuklah kat depan,agak pelik dan misteri….”,Chanyeol menyelak-nyelak setiap halaman buku tersebut.

“Wow,,,tulisannya masih eloklah! Macam diari jer,entah diari siapalah agaknya ye…ahahah,,,kesian gila sapa yang hilang diari ni,entah dah berapa puluh ribu juta billion orang yang dah baca diari dia…lol”,Chanyeol ketawa.

“Woi!! Buat ape tuh?? Marilah masuk dalam…”,Kris menepuk bahu Chanyeol.

“Oh mak kau tipah kintan payung!!”,Chanyeol melatah.

“Ahahah,,,sorilah beb,jap,buku apa yang hang dok baca tu??”,tanya Kris sambil melihat buku yang sedang dipegang Chanyeol.

“Tak delah,aku jumpa kat celah pokok mangga ni,macam best je,macam menarik je,tu lah yang aku ambik tu…”,Chanyeol mendakap buku tersebut dan berjalan menuju je dalam rumah.

“Aahahah…suka hati ko lah…that’s not my style~”,Kris membuat muka selambanya dan berjalan ke dalam rumah dengan langkah yang longlai.

 

"welcome to the hell boys~ and happy reading......"

 

TAMMAT

 


Yahhooo!!!

Alhamdulillah,tamat jugak fanfic ni...

sorry sbb chappie ni terlalu panjang sangat,mianhae T.T (jgn lupa komen ye!!)

Saya kat sini nak ucapkan ribuan terima kasih kpd subbies yg comel2 dan tukang voter yang hebat2 belaka....

trimas!!! *bow*

dan,terima kasih juga kpd rakan2 ku yg turut memberi galakan

especially anis,Dhea Nysa Dhea,Nurul Fatihah,Sarah Mui dan lain2...

trimas!!! Love you all

xoxo~

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiMatoki
Sequel for Don't Drag Us to Hell akan menemui anda di pawagam akan datang...hohohohoh

Comments

You must be logged in to comment
PatriciaMaya #1
Chapter 5: Best betul FF ni!!!!!!!!!!!Tapi sian juga,keempat empat mati...nvm!Nice FF~~^^ I love it!
Syafiqasehun99
#2
Chapter 7: sedih:(knp yg sequel tu xde eh?
hyemipark
#3
Chapter 5: Daebak daebak daebak!!! so creepy dh la bace tngh malam
balqis_sehun
#4
Chapter 7: Saya tak berani nk baca citer ni time mlm... seram woo~
suho99_ #5
Chapter 7: best hahaha
Shimmieh
#6
i nak simpan baca this night pukul 12 malam XD
anecdotalist
#7
Chapter 1: LOL BAS UNCLE MUTHU HAHA
LilyShawol
#8
Chapter 6: Best *^*
Next,sequel!
izzxoxo #9
Chapter 5: best siot ada berita sekali chanyeol!!! chanyeol!!!! kau dah kenapa tak baca berita kang aku hantuk dengan kuali dyo merah menyala macam lampu raya ambil.... kau maaf ye author-nim