Ini semua mimpi kan???

Don't Drag Us to Hell

                                            

                        

Mereka bertiga terduduk, termenung memandang sesama sendiri memikirkan akan nasib mereka bertiga.

“Apa yang kita nak buat lepas ni??? Takkan kita nak biarkan Luhan kat sini???”,Sehun bertanya kepada Baekhyun dengan dahinya yang berkerut-kerut.

Baekhyun hanya diam seribu bahasa.

“Cakap lah kat kiteorang!!! Aku tak mahu orang kampung nanti anggap kita ni pembunuh tahu tak??!! Pembunuh!!!!”,Sehun meninggikan suaranya.

“Ko diam boleh tak???!!! Fikiran aku kusut sekarang ni tahu tak???!!!”,Baekhyun melempiaskan amarahnya kepada Sehun.

“Kenapa???Ko nak suruh kiteorang lari,biarkan mayat dia macam tu je??? Ko gila??? Kalau orang kampung tahu macam mana???”,Sehun tetap dengan pendiriannya. Dia bertekad tidak mahu membiarkan mayat rakannya begitu sahaja.

Tiba-tiba Baekhyun bangun dan pergi menunju ke dapur.

“Ko nak buat apa??”,Chen menegur Baekhyun yang sedang mencari sesuatu di dapur.

Baekhyun mengeluarkan beberapa cangkul daripada sudut dapur tersebut.

“Kita cangkul tanah malam ni jugak!! Aku nak tutup rahsia ni daripada orang ramai….jom…”,kata Baekhyun dengan nada suara yang lemah.

Tiba-tiba hujan turun lebat pada malam itu.

Tetapi mereka bertiga tetap meneruskan misi mereka iaitu menggali kubur untuk rakannya yang telah pergi.

Mayat Luhan dibiarkan di dalam rumah sementara mereka bertiga mencangkul tanah di belakang rumah moyang Baekhyun.

Mereka bertiga basah kuyup.

Belakang rumah moyangnya yang penuh dengan semak-samun mengingatkan dia akan jalan cerita dalam buku usang tersebut.

Lalu,dia segera menghalang Sehun daripada terus menggali kubur tersebut.

“Kenapa nak halang aku??”,Sehun mengusap mukanya yang basah kerana hujan.

“Aku kata jangan!! Ko faham tak???!!”,Baekhyun merampas cangkul yang dipegang Sehun.

“Korang…sudah lah tu…Sehun…pergilah masuk dalam,biar kiteorang uruskan benda ni…”,Chen cuba menenangkan Sehun.

Sehun menjeling kearah Baekhyun dan berjalan masuk ke dalam rumah dengan perasaan yang amat kecewa.Selepas beberapa minit,Sehun kembali semula mendapatkan mereka. Dia kelihatan teramat cemas.

“Apahal???kenapa???”,Chen terpaksa meninggikan suaranya kerana bunyi dentuman petir di dalam hujan tersebut.

“Luhan….luhann…..dia…”,Sehun seperti ingin memberitahu mereka sesuatu.

“Dia….hilang….mayat dia….hilang!!!!”,

“Apaa????!!!!”,Baekhyun dan Chen tergamam. Mereka bertiga berlari ke dalam rumah dengan baju yang basah kuyup dan pergi menuju ke bilik Baekhyun.

Memang mayat rakannya telah tiada. Memang di atas katil,terbujur kaku disitu sebentar tadi,selepas itu lenyap begitu sahaja tanpa pengetahuan rakan-rakannya.

“Apa semua ni???Haa???Kalau aku tahu tadi, tak payah la aku susah payah gali kubur dia…ish…main sorok-sorok pulak si Lulu ni…”,Chen sempat lagi berjenaka.

“Ni bukan perkara main-main okay!! Mayat dia dah hilang!!! Ko boleh bayangkan tak macam mana mayat boleh hilang macam tu je???”,Baekhyun mengetuk kepala Chen.

“Yang pasti dia bukan mayat yang berjalan…atau bahasa wayangnya, zombie….”,Sehun membuat kesimpulannya,tak lama kemudian dia batuk-batuk.

Lama jugak lah dia batuk-batuk sampai terpaksa membongkokkan badannya.

“Ko okay ke???”,Baekhyun mendekati Sehun.

“Aku okay...okay heheh…”,dia mengukirkan senyumannya.

“Woi!! Mulut ko berdarah!! Baju ko habis penuh darah!!”,Baekhyun mencapai sehelai tuala yang tersangkut di ampai dalam bilik tersebut.

“La…kenapa ni???Ko sakit tak bagitau kat kami kenapa???”,Baekhyun mula kerisauan akan keadaan Sehun.

“Aku pon tak tahu…tiba-tiba je tekak aku rasa seperti ada ‘benda’ di dalam…urgh...”,Sehun terus batuk.

 

Chen pergi ke dapur dengan langkah yang tergesa-gesa untuk mengambil secawan air kosong untuk diberikan kepada Sehun.

Sehun meneguk air tersebut dengan laju.

“Terima kasih….yehet…”,Sehun tersenyum setelah semuanya kembali reda.

Sehun dan Chen akhirnya terlelap di dalam bilik Baekhyun. Baekhyun seorang sahaja tidak dapat melelapkan matanya.

Fikirannya masih lagi terhuyung-hayang.Memikirkan apa yang dia dan rakannya telah lalui pada malam misteri tersebut.

 

Keesokkan paginya…,

“Baekhyun-ahh…bangun lah…”,Chen cuba mengejutkan Baekhyun yang tertidur di atas lantai.

Perlahan-lahan Baekhyun membuka matanya.

“Owh…kenapa???”,dia menggosok-gosok matanya.

“Belikan kiteorang sarapan…kat dalam peti ais tu tak de pape,habis tu kiteorang nak makan apa??? Makan peti ais???”,Chen menyindir Baekhyun.

“Ahh…ye,jap…bagi aku mandi dulu…nanti aku pergi pekan kejap ye…mintak maaf sangat-sangat ye…”,Baekhyun mengukir senyuman plastiknya.

“Kiteorang tunggu ni….”,kata Chen dan berlalu pergi ke ruang tamu untuk menonton kartun SpongeBob Square Pants bersama Sehun.

Selepas Baekhyun bersiap-siap mahu  ke pekan, dia segera mengambil kunci motor dan menghidupkan enjin motosikal tersebut.

“Wei…kalau ko jumpa bubble tea kat mana-mana belikan untuk aku tau!Tau!!”,teriak Sehun daripada tingkap rumah kayu tersebut.

“Apa???Bubble Tea??? Yela….kalau ada jual la…hemph!”,Baekhyun mula naik menyampah dengan Sehun.  “Kempunan bubble tea lah tu…”

 

Setibanya dia di pekan,

Dia terjumpa seseorang yang wajahnya seiras dengan Luhan sewaktu dia mahu membeli barang di kedai runcit.

“Perasaan je kot…”,Baekhyun menarik nafas dalam-dalam.

Tiba-tiba ada seorang pak cik tua datang menegurnya.

“Anak ni datang dari mana??”,kata pakcik tua tersebut sambil tersenyum hingga menampakkan gusinya.

“Owh…saya Byun Baekhyun,dari kampung sebelah…Kampung Pisang”,jawab Baekhyun.

‘Apa benda yang aku merepek ni??Kampung Pisang pon aku tak tahu kat mana…T.T’,Baekhyun merungut di dalam hati.

Pakcik tua tersebut hanya mengangguk. Baekhyun menarik nafas lega.

Setelah dia membayar barang yang dibelinya, dia segera ke tempat motosikalnya dan menghidupkan enjin.

Pakcik tua tersebut memandang Baekhyun sambil tersenyum. Senyumannya tak pernah layu daripada wajahnya.

“Anak…hati-hati ye bawak motosikal tu,kawan kat belakang tu pegang kuat sikit…Kang jatuh pakcik tak tahu….”,lepastu pakcik tua tersebut pergi begitu sahaja.

Baekhyun mula kerisauan.

“Apa yang orang tua dok merepek kat aku tadi??? Kejap….dia kata ‘kawan’??? Siapa ‘kawan’ yang aku bawak?? Aku rasa aku bawak diri aku je….”,bulu roma dia tiba-tiba sahaja naik.

“Ahh!! Lantak la!!!”,Baekhyun segera meninggalkan kawasan tersebut dan memecut laju ke rumah moyangnya semula.

 

Mereka semua bersarapan pagi bersama-sama.

“Wei…bubble tea aku mana???”,tanya Sehun yang dari tadi tidak habis-habis menyelongkar bungkusan plastik yang dibawa pulang oleh Baekhyun.

“Tak de…tak jual kat pekan la…sori…”,Baekhyun terus menyuapkan nasi lemak ke dalam mulutnya.

“Tak pe,terima kasih je la…”,Sehun mendengus kerana tidak mendapat bubble tea yang dipesannya.

Tiba-tiba henfon Baekhyun berdering.

“Hello….ye abah?? Kenapa??”,tanya Baekhyun kepada ayahnya di dalam panggilan tersebut.

“Korang semua macam mana??? Okay ke??”,tanya ayahnya.

Baekhyun terdiam,lalu menekan butang pembesar suara supaya rakan-rakannya boleh mendengar perbualan tersebut.

“Hello??Kamu okay ke??”,tanya ayah Baekhyun.

“Pakcik!!! Saranghaeyo!!!”,Chen membuat suara seperti kebudak-budakkan.

“Kiteorang okay je pakcik!! Best giller duduk kat sini!!!”,kata Sehun dalam nada yang riang.

“Owh ye ke??Lega pakcik dengar…nasib baik tak berlaku apa-apa…betul tak Baekhyun??”,tanya ayahnya.

Mereka bertiga memandang sesama sendiri.

“Ahahah…ye…abah..betul tak de apa-apa…”,Baekhyun terpaksa menipu ayahnya.

“Okay la…abah ada hal ni..jaga rumah tu baik-baik ye…”,selepas itu ayahnya mematikan panggilan tersebut.

Baekhyun menarik nafas dalam-dalam.

“Korang memang aktor terbaik dari ladang…aku sayang korang….”,Baekhyun memuji Chen dan Sehun.

Mereka berdua tersenyum sumbing.

Tak lama selepas itu,

Batuk Sehun mula kembali. Dia segera pergi ke dapur dan mengambil sehelai kain.

“Aduh!!! Darah apa ni???!!!”

Dia pergi mengambil air kosong dan meneguknya beberapa kali,tapi tidak berkesan juga.Dia pergi ke peti ais dan pergi mengambil ubat batuk. Dan segera memakannya.

Namun tetap gagal. Lalu,dia pergi ke bilik air kerana merasakan ada sesuatu mahu terkeluar daripada mulutnya.

“Wei…Sehun tu kenapa??Jom tengok dia!!”,Baekhyun mengajak Chen lalu pergi mendapatkan Sehun.

“Aku rasa dia ada kat dalam bilik air la…”,Baekhyun berlari ke arah bilik air yang terletak di luar.

Dia memanggil Sehun dan mengetuk-ngetuk pintu dengan kuat tapi tidak disahut Sehun. Baekhyun cuba menelefon Sehun menerusi telefon bimbit namun tidak dijawab.

“Wei….nampak…nampak tak…tu…”,Chen menunjukkan ada kesan darah mengalir ke arah kebun pisang yang terbiar dipenuhi semak-samun belakang rumah moyang Baekhyun.

Mereka berdua mendekati pokok-pokok pisang tersebut. Tapi tiada kelibat Sehun di situ.

“SE….SEHUN!!!”,mereka berdua terkejut tatkala mendapati Sehun telah terbaring di celah-celah pokok pisang dengan mulut dan bajunya penuh dengan darah.

Mukanya turut calar-balar.

“Ko…korang…maafkan aku…aku dah banyak menyusahkan korang…tadi…aku…nampak…”,Sehun terketar-ketar. Baekhyun memangku kepala rakannya itu.

“Nampak apa??!!”,Baekhyun mula menitiskan air matanya. Dia tidak sampai hati mahu kehilangan rakannya lagi.

“Aku…nam…nampak Luhan…lepastu…..aku tak nampak apa-apa…aku batuk teruk sangat…”,nada suara Sehun mulai perlahan. Degupan jantungnya semakin hilang ritmanya.

“Maafkan aku…sebab ini semua salah aku…sebab…aku yang jumpa buku tu…aku lah penyebab semua ni…lebih…lebih baik aku ma…ma…ti….”,

Kata-katanya hanya terhenti di situ sahaja. Degupan jantung mulai perlahan dan nafasnya semakin tersekat.

Sehun perlahan-lahan mengukir senyumannya sambil tangannya menyentuh pipi Baekhyun yang basah kerana dihujani dengan air matanya.

"Selamat tinggal...ye...he..tt...",perlahan-lahan tangannya jatuh ke tanah. "Dia dah pergi...."

Baekhyun dan Chen hanya meratapi pemergian rakannya dengan tangisan air mata.

“Ini…bukan salah kau Sehun….ini semua salah aku…kenapa semua ini terjadi hah???!!!”,Baekhyun memandang wajah Sehun dengan pandangan yang amat sayu.

“Sehun!!! Bangun la!!! Sehun!!!”,Chen menolak badan Sehun yang kaku dengan perasaan yang teramat sedih.

 

“Ya Tuhan….kembalikanlah kawan-kawan kami!!! Kami tak mampu lalui semua ini lagi!!!!!”

 


sori sbb lmbat sgt update...T.T

Jadi hiatus kjap untuk beberapa hari...

hope korang enjoy baca cerita ni,maybe...

alolo~jgn sedih...,maaf sbb aku terpaksa matikan watak sehun sbb

mengikut rncangan asal mmg begitu...eheheh...^^

BYE~ JUMPA NANTI....

readers: *nanti tu bila???*

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiMatoki
Sequel for Don't Drag Us to Hell akan menemui anda di pawagam akan datang...hohohohoh

Comments

You must be logged in to comment
PatriciaMaya #1
Chapter 5: Best betul FF ni!!!!!!!!!!!Tapi sian juga,keempat empat mati...nvm!Nice FF~~^^ I love it!
Syafiqasehun99
#2
Chapter 7: sedih:(knp yg sequel tu xde eh?
hyemipark
#3
Chapter 5: Daebak daebak daebak!!! so creepy dh la bace tngh malam
balqis_sehun
#4
Chapter 7: Saya tak berani nk baca citer ni time mlm... seram woo~
suho99_ #5
Chapter 7: best hahaha
Shimmieh
#6
i nak simpan baca this night pukul 12 malam XD
anecdotalist
#7
Chapter 1: LOL BAS UNCLE MUTHU HAHA
LilyShawol
#8
Chapter 6: Best *^*
Next,sequel!
izzxoxo #9
Chapter 5: best siot ada berita sekali chanyeol!!! chanyeol!!!! kau dah kenapa tak baca berita kang aku hantuk dengan kuali dyo merah menyala macam lampu raya ambil.... kau maaf ye author-nim