habis

Haunted Campsite

Kini, yang tinggal hanyalah Xiumin, Woohyun, Sungkyu, Dongwoo dan CAP. Mereka semua tidak percaya yang kawan-kawan mereka telahpun hilang dalam sekelip mata! Perkhemahan yang disangkanya ‘gembira’ bertukar dengan sadis! Jika mereka tidak dapat mencari sahabat mereka, sudah tentunya mereka tidak dapat memaafkan diri mereka!

 

Malam tu, mereka semua tidak dapat melelapkan mata walau sedikitpun. Kadangkala terdengar juga bunyi yang pelik, bunyi orang berjalan dan bunyi ranting dipijak. Mereka juga dapat merasakan kehadiran benda itu! Walau bagaimanapun, mereka tetap membatukan diri, menahan diri mereka.

 

Siang menjelang tiba, selepas matahari terbit, mereka semua menukar baju dan menelefon polis.

 

“Eh, kenapa telefon aku tak jadi?” Xiumin membelek-belek telefonnya yang masih baik lagi.

 

“Telefon aku pun. Kot2 dah rosak time kita lari?” sangka Woohyun.

 

“Cuba check balance . mana tahu takut takde kredit?” cadang Sungkyu pula.

 

“Cukup, banyak lagi! Tempoh pun belum tamat lagi!!” balas Woohyun.

 

“Dongwoo, cuba kau check kau punya fon.” Arah Xiumin. Mulalah mereka kelam kabut untuk menelefon polis sebab telefon mereka semua tak jadi.

 

“Macam nilah, kita pergi dulu dan cuba cari line. Okay?” cadang CAP yang akhirnya bersuara setelah senyap untuk dua hari!

 

“Kat mana kita nak cari dorang? Kita pun tak tahu arah hutan ni. Kompas kita dah hilang, telefon tak boleh guna. Macam mana ni?” panjang lebar Sungkyu bertanya. Jujurnya, dia sudah mula berasa takut.

 

Mereka berfikir sejenak.

 

“Sungai! Kita ikut aliran sungai!” ujar CAP. Bijak!

 

 

--

 

Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat warna sungai itu merah pekat! Kalau hari tu sikit je, sekarang ni memang macam 100% darah!! Baunya tu, memang tak boleh nak cakap apa, hanyir dan busuk!

 

“Jangan complain. Senyap aje. Jom.” Pesan Dongwoo, yang menjadi lead mereka. Semakin lama mereka berjalan, semakin jauh mereka masuk ke dalam hutan.

 

“Guys! Ada rumahlah!!” CAP menunjukkan kearah sebuah rumah yang sudah usang dan sepertinya mahu roboh di hadapan mereka!

 

“Mari kita pergi sana!” ajak Xiumin dan dengan beraninya, mereka semua bergegas ke rumah tersebut.

 

Pintu rumah itu memang sudah reput jadi tak hairanlah jika Woohyun pegang je pintu tu, terus terjatuh! Suasana dalam tu seram, berhabuk dan kotor!

 

“Almari apa ni?” soal Dongwoo sendirian dan tiba-tiba almari itu bergoncang dengan kuatnya!

 

Sreeettt.... Pintu almari terbuka dan kelihatan ada sesuatu di dalamnya!

 

“H-ho-hoya.....?” Sungkyu, Dongwoo dan Woohyun memanggil manakala CAP dan Xiumin berada di belakang, bersiap siaga jika ada sesuatu terjadi!

 

Bunyi tapak kaki seseorang mendekati mereka. Dekat. Mereka segera berlari menyembunyikan diri. Woohyun dan Sungkyu berada di belakang pintu manakala Xiumin, CAP dan Dongwoo berada di bawah meja. Bayang badan empunya tapak kaki itu amat jelas!

 

“T-tao..” Xiumin menekup mulutnya dengan tidak percaya. ‘Tao’ yang dilihatnya sekarang amat menggerunkan. Badannya penuh dengan calar, kesan lebam-lebam seluruh badan!!

 

“Kenapa dengan mereka semua?” Bisik Xiumin kepada CAP. Manalah tahu jika CAP tahu!

 

“Mereka dikawal, oleh seseorang! Cuba tengok! Benda tadi!” bisik CAP semula. ‘Benda’ tu mendekati tempat mereka menyorok, dap, dap, dap DAP! Berhenti, betul-betul di hadapan Dongwoo. Rasa mahu terkencing mereka.

 

“Menyoroklah korang... tapi jangan harap korang boleh lari.... Hahahahaha” hilai tawanya memang meggerunkan siapapun yang mendengarnya!

 

Woohyun yang berada di belakang pintu bersama Sungkyu cuba untuk menyampaikan pesanan ringkas kepada L yang berada di rumah supaya menelefon polis. Serta menyatakan di mana mereka berada sekarang!

 

“Menyoroklah korang... tapi jangan harap korang boleh lari.... Hahahahaha” dari tadi lagi benda tu ulang perkataan yang sama! Sebab tak tahan, Woohyun melangkah keluar dari tempat persembunyiannya. Sudah pernah dikacau sekali dan dia sudah tidak tahan lagi. Walau seteruk mana muka benda tu, dia dah biasa!

 

“Kenapa kau ganggu kawan aku hah!?” desis Woohyun geram.

 

“Sebab kau ganggu tempat aku.” Hambik kau Woohyun! Nak jawapan sangat kan, dah bagi tuh jawapan! Meremang bulu roma yang lain tau!

 

“Apa maksud kau? Apa yang kami dah kacau? Pulangkan kawan-kawan aku!!”

 

“Pulangkan? Nah, ambillah!”

 

Woohyun dan yang lain tersentak. Mudahnya. Tiba-tiba ada pisau melayang tepat nak kena Woohyun! Nasib baik CAP yang ada berdekatan cepat-cepat menarik Woohyun ke tepi. Malangnya, mereka berdua terhantuk pada meja pula!

 

“Eh? Ada orang rupanya...” benda tu tersenyum sinis. Xiumin melayang dengan sekali jentikan jari benda tu!

 

“Xiumin!!” Sungkyu cepat-cepat ke tempat Xiumin yang terhantuk pada dinding, kuat gila! Yang tinggal hanyalah Dongwoo. Dia resah. Secara tidak sengaja, dia terpegang sesuatu dala poket seluarnya.

 

“Garam?” tetiba ada idea terbit dlm fikiran dia. Biar aku hapuskan kau, setan!

 

“Dongwoo, apa yang kau nak buat!?” Sungkyu cuba menghalang.

 

“Kau dah mati! Dan kau takkan hidup untuk kali ketiga!!” secekak garam yang dipegang Dongwoo dihalakan kearah benda tu . untuk sekali, mereka semua mendengar jeritan nyaring benda tu lalu hilang!

 


One more chap to da ending!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jisooshua17
Korang, yang laen tu tak mati lah.. Semuanya pulang hidup-hidup!

Comments

You must be logged in to comment
thelucidream
#1
Chapter 8: This is the reason why I hate camping. Yep! Sha! This is jjang! Teruskan legasi PCS!

Hwaiting!
Nursyuhada
#2
Chapter 8: diorang yang kena culik tu hidup ke mati?
TeeyaNeox
#3
Chapter 8: ape jd ngan tao ek????
yoseob_99
#4
Chapter 8: jadi dongwoo sorang je ke yg hidup, yg lain semua dh mati? pas2 apa jd ngan tao?
mpreggoland
#5
Chapter 8: so kwn2 yg hilang tu dh mati la??? O_o huhu sadisnya~
mpreggoland
#6
Chapter 5: agak-agak la klu berkenan kat Gyu?? hehe kan Hyun dh mrh tu XDD
Mesti la ingat hari lahir Rasulullah! Kai pun sy ingat sbb birthday dia sehari lepas birthday sy...
pinkpop94 #7
Chapter 8: Cite dh abis..so yg hilang tu pi mane??
Marquise
#8
Chapter 8: Ape jd kat Suho ?
pinkpop94 #9
Chapter 5: Adoi...meremang dh bulu roma ni...huuu...salam maulidur rasul!!