Xiumin melalui malam yg menakutkan

Haunted Campsite

 

 

Cuaca pada petang tersebut gelap, macam nak hujan. Padahal, dalam ramalan kaji cuaca tadi, takde pulak report nak hujan. Aish, betullah, benda tu bukannya boleh dipercayai sangat!

 

Seketika kemudian, hujan mulai turun dan keadaan amatlah gelap, kalah tengah malam! Unggun api pun tak dapat dinyalakan sebab hujan. Terpaksalah mereka bergelap.

 

“Aku boringlah!!” getus Hoya lalu membuka zip khemah dia dan Xiumin. Xiumin terpisat-pisat bangun dari baringannya lalu mendekatkan jaraknya dengan Hoya. Tak lama kemudian, Tao turut membuka zip khemahnya, begitu juga dengan CAP, Woohyun dan Suho.

 

“Hah, korang pun boring jugak ke?” tanya Woohyun kepada yang lain.

 

“Ha’ah. Mana Sungkyu?” Dongwoo pula menanya. Woohyun menunjukkan kearah ketua INFINITE yang sedang tidur dengan lena!

Disebabkan rasa bosan yang teramat, mereka duduk bersembang dari topik bercinta hinggalah topik seram.

 

“Korang pernah dengar kisah pasal penghuni hutan tak?” N menyoal. Semuanya mengelengkan kepala kecuali Dongwoo. Tapi, dia tak pernah dengar pun kisah pasal penghuni hutan, yang dia tahu, semua tempat ada penghuni!

 

“Ceritalah, N! Nak dengar!” ujar Hoya dengan riang.

 

“Takpe ke kalau cerita pasal tu dalam hutan ni? Ish, tak sedap hati je.” Getus Suho yang sememangnya seorang penakut!

 

“Ceritalah! Takpe, kita dengar sebagai peringatan!” tetiba je Sungkyu terbangun!

 

N tersengih melihat telatah Sungkyu yang aneh. Ada ke patut, tadi elok-elok je tidur tapi bila dengar nak cerita kisah seram, terus terbangun. Telinga lintah betul!

 

“Orang2 tua kata, kalau kita ada dalam hutan, kita kenalah jaga hutan ni baik-baik. Kalau penghuni tu marah, kita jugak yang susah! Satu lagi, kalau nampak apa-apa, buat bodoh je. Itu Cuma imaginasi kita je. Jangan tegur, okey?” ceritanya pendek sahaja tetapi mengandungi nasihat yang amat penting!

 

Hujan masih lagi turun hinggalah pukul 8 malam. Sejuk tu tak boleh nak cakap. Dengan nyamuk lagi! Tapi, bak kata orang, adat berkhemah. Biasalah tu.

 

--

 

Xiumin masih lagi belum dapat melelapkan mata. Sejuk! Bukan sejuk cuaca tapi dia rasa seram sejuk. Lantas dicelikkan matanya dan dia termenung. Xiumin melihat Hoya sudah berada di dalam dreamland nya, siap berdengkur lagi! Fuh! Dia menghalakan pandangan keatas khemah dan nampak kelibat hitam bertenggek di atas. Xiumin terpaku. Sudah, apa benda tu? Nampak benda tu bergerak ke hadapan khemah dorang pula. Xiumin menelan air liur. Bayangan benda tu betul-betul berada di hadapannya!! Khemah mereka bergoncang dengan kuatnya bagai ada orang goncang!! Mujurlah keadaan itu tak bertahan lama. Keadaan kembali tenang seketika kemudian. Tak sangka pulak yang benda tu boleh membuatkan Xiumin tertidur dengan nyenyaknya!

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jisooshua17
Korang, yang laen tu tak mati lah.. Semuanya pulang hidup-hidup!

Comments

You must be logged in to comment
thelucidream
#1
Chapter 8: This is the reason why I hate camping. Yep! Sha! This is jjang! Teruskan legasi PCS!

Hwaiting!
Nursyuhada
#2
Chapter 8: diorang yang kena culik tu hidup ke mati?
TeeyaNeox
#3
Chapter 8: ape jd ngan tao ek????
yoseob_99
#4
Chapter 8: jadi dongwoo sorang je ke yg hidup, yg lain semua dh mati? pas2 apa jd ngan tao?
mpreggoland
#5
Chapter 8: so kwn2 yg hilang tu dh mati la??? O_o huhu sadisnya~
mpreggoland
#6
Chapter 5: agak-agak la klu berkenan kat Gyu?? hehe kan Hyun dh mrh tu XDD
Mesti la ingat hari lahir Rasulullah! Kai pun sy ingat sbb birthday dia sehari lepas birthday sy...
pinkpop94 #7
Chapter 8: Cite dh abis..so yg hilang tu pi mane??
Marquise
#8
Chapter 8: Ape jd kat Suho ?
pinkpop94 #9
Chapter 5: Adoi...meremang dh bulu roma ni...huuu...salam maulidur rasul!!