Bilik Badeul
Pulau itu.!Baro dan Sandeul saling-saling merenung kearah syiling bilik mereka. Peristiwa tadi masih berlegar-legar difikiran mereka. Nak lupakan?memang taklah sebab perkara itu hampir-hampir meragut nyawa mereka.malang tidak berbau kan?
"Sandeul,awak dah tidur ke belum?"
"belum..."
"aku dah mengantuk ni...aku masuk tidur dululah..."lantas Baro menarik selimut menutupi dadanya.
Sandeul cuba untuk tidur tetapi matanya tetap tidak mahu terlelap. Tiba-tiba, Sandeul terdengar sesuatu dari arah katil Baro. Sandeul terus menoleh ke arah Baro.
Sandeul terkejut beruk apabila ternampak sesusuk tubuh budak berbaju putih sedang merangkak memasuki selimut Baro melalui kaki Baro. Benda itu bergerak dengan laju sekali didalam selimut Baro. Arghh..sudah! kepala 'budak itu' terjengul keluar dari selimut Baro! Sandeul menjerit perlahan.
Tiba-tiba, budak itu berpaling wajah kearah Sandeul. Sandeul hanya mampu kaku. Wajah budak itu sungguh menakutkan! Matanya bewarna merah, mukanya penuh dengan ulat dan luka-luka. Budak itu terus merangkak dengan laju ke arah Sandeul. Sekelip mata sahaja budak itu sudah berada di atas badan Sandeul!
Sandeul terus memejamkan matanya dan berbisik 'tolonglah pergi'.
Terasa amat dingin sekali dari badan budak itu. Baunya,jangan cakap. Amat busuk! baunya macam mayat yang sedang mereput!
Akhirnya,perlahan-lahan Sandeul membuka matanya. Sudah tiada lagi budak itu diatasnya. sandeul melepaskan keluhannya. Fuh... Sandeul terus memandang kearah Baro..
Perghh. Budak tu tengah jilat muka Baro!!. Sandeul membulatkan matanya. Nak kejutkan Baro tapi takut benda tu mai jilat dia pulak..
" Sorry Baro..Aku tak leh nak buat apa-apa sekarang" Sandeul terus memejamkan matanya.
Comments