Chapter 24

Never Let You Go ( Malay version )

Apartment Krystal.

Krystal melangkah masuk kedalam apartmentnya dengan lemah sekali ,airmata yang ditahan olehnya dari tadi sudah mula menitis dengan lajunya.

Chorong sangat  terkejut melihat keadaan Krystal itu lalu dia mendekati Krystal,

Krystal terus memeluk Chorong .

‘ Apa dah jadi sebenarnya ni ? Cuba awak  bagitau saya .‘

‘ Baekhyun telah bawak saya melawat Kris  ‘

Chorong terkejut .

‘ Lepas tu ape yang jadi, Baekhyun dah tau segalanya ke ? ‘

‘ Baekhyun taktau, Saya dan Kris terpaksa berpura2 tidak kenal antara satu sama lain, ‘ tangisan Krystal semakin kuat .

Krystal telah menceritakan semua perkara yang berlaku dihospital tadi  kepada Chorong.

‘ Awak masih sayangkan Kris ataupun tidak ?’

Krystal  hanya menangis teresak2

Chorong hanya membiarkan Krystal bersendirian .
 

Hanya tinggal Krystal dan Kris  sahaja didalam wad itu, Baekhyun dan sahabatnya  telah pergi berjumpa dengan doktor..

” Sorry  sebab saya tak boleh bahagiakan awak sebagaimana Baekhyun membahagiakan awak sekarang ni  ,saya tahu saya telah banyak buat awak terseksa‘ Kris memberanikan diri untuk bersuara.

Krystal  tidak mampu untuk menatap wajah Kris itu.

” Sejujurnya saya tak dapat untuk melepaskan awak pergi dari hidup saya ,saya tak rela awak jatuh ke tangan orang lain,tapi mungkin ni takdir untuk kita,kita tak boleh bersama’ ujar Kris,airmatanya turut mengalir,tapi cepat2 diseka olehnya.

’Saya dah tak cintakan awak lagi Kris saya dah ada Baekhyun. Saya cintakan dia  ‘ujar Krystal berbohong .

Kris tergelak.

’ Huh,buktinya?? Awak boleh tipu orang lain tapi pada hakikatnya awak tak boleh menipu diri awak sendiri dan hati awak tu .Kenapa awak masih memakai rantai tu ?’  Kris menundingkan jarinya ker arah rantai yang diberikan olehnya suatu ketika dulu kepada Krystal .

Rantai itu mempunyai 1001 satu kenangan diantara dia dan Krystal .

Lidah Krystal kelu.
 

Krystal hanya mampu menunduk wajahnya ke bawah.

Apa?!! Luhan tak boleh bermain bola keranjang lagi? kenapa doktor ??” soal Baekhyun terkejut.D.O pula hanya mendiamkan diri.

“ Kris mengalami kecederaan yang serius pada pergelangan kaki kirinya.Maafkan kami,
Kami dah cuba sedaya upaya untuk memulihkan kakinya.Saya terpaksa memberitahu anda bahawa Kris tidak dapat meneruskan kariernya sebagai pemain bola keanjang  tetapi jika dia bersemangat dan tidak mudah berputus asa tidak mustahil dia boleh bermain semula, dia perlu menjalani rawatan yang  selanjutnya ’ Ujar Doktor sambil bersandar di  kerusinya .


“ Krystal ,awak ingat lagi tak  detik perkenalan kita dahulu ?

‘ Tapi itu cerita lama,tak perlu awak nak ungkit kembali semua itu’

’Awak tinggalkan saya macam tu je ,dan sekarang awak tiba2 muncul  balik dalam hidup saya ,apa semua ni Kris ?!  ‘


Tanpa disengajakan Baekhyun telah mendengar semua perbualan diantara Kris dan Krystal itu .

Baekhyun terkesima lalu terduduk.,

Lututnya menggeletar tetapi digagahkan jua untuk melangkah masuk ke bilik Kris itu.
Kris dan Krystal terkejut dengan kehadiran Baekhyun yang secara tiba2 itu.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
lovefdani #1
wow bm nk x sbr nk bce