Chapter 23

Never Let You Go ( Malay version )

Keesokan harinya .

Baekhyun mengajak Krystal keluar.Krystal terus mengikuti  Baekhyun tanpa banyak soal.

Setibanya di hospital pelbagai persoalan bermain difikiran  Krystal,
‘Appa dia sakit ke ? Ataupun omma dia ?.
Krystal kebingungan.
 
Baekhyun  tidak memberitahunya bahawa  ada orang sakit..
Krystal hanya menuruti langkah  Baekhyun itu.

Baekhyun memengang erat tangan Krystal .
 

Apabila sampai di sebuah bilik VVIP ,pintu bilik dibuka.
Alangkah terkejutnya  Kystal melihat Kris terlantar diatas katil itu,jantungnya bagaikan mahu luruh melihat keadaan Kris yang kakinya berbalut itu.

Krystal kehilangan kata2 .

Kris  hanya buat senyum2 sambil melambaikan tangannya apabila  melihat Krystal dan Baekhyun .
Dia juga terkejut dengan  kedatangan Krystal bersama dengan sahabat baiknya itu.
Tapi Kris cepat2 menyembunyikan perasaan terkejutnya itu,begitu juga dengan Krystal .

Baekhyun  menghampiri Kris ..

’ Macam mana keadaan kau sekarang ? Aku terkejut doh when dapat text dari Chanyeol yang kau cedera semalam. Sorrylah aku balik awal semalam .’ Keluh Baekhyun .

 ‘ Jangan risau aku okay je . Oh takpe aku tak kisah pun .’
Kris melihat Kevin dengan penuh tanda tanya.

Baekhyun seolah2 mengerti akan pandangan Kris yang inginkan penjelasan daripadanya mengenai siapa gadis disebelahnya itu .

’Eh aku lupa nak kenalkan kau pada gadis cantik disebelah aku ni.Btw ni Krystal dia ni kekasih aku .’ ujar Baekhyun sambil memengang erat tangan Krystal  .


Ini memberi tamparan yang hebat kepada Kris .

Lidah Kris  kelu .
 

‘‘Kalau ada jodoh,kau jangan bimbang akan sampailah surat jemputan perkahwinan aku kat tangan kau nanti’ujar  Baekhyun sambil ketawa.Tanpa disedari bahawa ketawanya hanya mengguriskan hati dan perasaan Kris .

Air muka Krystal berubah kelat namun dia hanya mengiyakan  sahaja  kata2 Baekhyun itu .

 Krystal tidak sanggup untuk melihat Kris .


‘ Dah lama ke korang kenal ?’
 

‘ Dah nak masuk 4 tahun dah ‘ jawab Baekhyun dengan selamba .

‘ 4 tahun bermakna selama 4tahun pemergiaan aku ke UK ‘ desis hati Kris .

’Krystal,awak tolong jagakan  Baekhyun ni baik2 , ,awak jangan lepaskan lelaki sebaik dia. Saya yakin dia orang yang paling tepat untuk membahagiakan awak  ‘pesan Kris  sambil memandang tepat  kearah  Krystal.

Kris seperti bahagia dan merestui hubungannya dengan Baekhyun.
Hati  Krystal teramat terluka dengan tindakan Kris  itu .

Krystal hanya tersenyum tawar apabila mendengar kata2 Kris itu,airmatanya hampir menitis tapi ditahan olehnya.
 

Krystal tidak mahu menunjukkan bahawa dia masih lagi menyintai Kris.

 

Baekhyun meminta izin untuk pulang lalu dia terus menghantar Krystal pulang .




‘ Kenapa dari tadi awak senyap je ? awak tak suka saya bawak ke hospital secara mengejut macam tadi ke ? Sorry okay.’ pujuk Baekhyun kepada Krystal ..

Krystal tersenyum tawar  memadang tepat ke arah kekasihnya itu .

‘hmm takdelah Cuma keletihan jer ,yelah banyak keje sekarang ni’

‘Btw sorry again sebab saya tak pernah ceritakan pada awak mengenai Kris tu , Dia tu kawan rapat saya sejak kecil lagi , tapi kiteorang terpaksa berjauhan sebab saya berpindah ke England  mengikuti parents saya kesana  tapi kiteorang selalu contact . Dalam ramai2 kawan dialah yang paling saya rapat , kiteorang dah macam adik beradik semua perkara kiteorang share bersama .Tapi yang peliknya kan , pasal kisah cinta diantara dia dan kekasih dia,dia  tak pernah cerita pun kat saya, dah banyak kali saya tanya dia mengenai dia dan kekasih dia dulu ,tapi dia still tak nak cerita . ‘ cerita Baekhyun kepada Krystal dengan panjang Lebar sekali.

 

Krystal hanya mendengar sahaja tetapi tidak memberikan apa- respon ........................

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
lovefdani #1
wow bm nk x sbr nk bce