Chapter 20

Never Let You Go ( Malay version )

Keesokan paginya .

Hari ni cuti sekolah . Kris hanya terperap sahaja didalam biliknya itu .

Loceng rumah Kris  berbunyi .

Kris membuka pintu .

Krystal tersenyum kepadanya .

‘ Masuklah ‘ pelawa Kris .

Krystal mengikuti Kris  ke ruang tamu .

Krystal membimbit plastik kecil ditangannya itu .

‘ Ni saya ada buatkan sup  kimchi untuk awak,nikan makan favourite awakkan ?’ Krystal menghulurkan plastik yang berisi sup kimchi itu kepada Kris .

‘ Mana awak tahu yang saya suka makan kimchi ni ? ‘

‘ Hahahaha  adelah , takkan lah saya tak tahu makanan kegemaran  kekasih saya kot ? ‘

‘ Duduklah ‘ nanti saya pergi buatkan air sekejap .

‘ Tak perlu . ‘Kris memengang tangan Luhan .

‘  Kenapa dengan awak nie ? Awak tak sihat ke ? Dah makan ubat ke belum nie ? ‘ Kris menyentuh dahi kekasihnya itu .

‘ Hmm takde ape2 lah , saya okay je maybe saya kepenatan kot . Awak pon tahu kan saya selalu ada latihan bola keranjang mungkin sebab tu saya tak berapa nak sihat . Awak jangan risau okay ,‘ Kris mengenggam erat tangan Krystal  itu .

‘ Memang betul awak okay nie ? awak buat saya runsing sangat2lah ‘

‘ Sure ,saya memang betul2 okay, Awak cakap nak suruh saya lukiskan gambar awak kan ? Jom saye bawak naik ke tingkat.’

Mereka terus naik ke tingkat atas .

‘ Wah besarnya rumah awak ‘ puji  Krystal.

‘ Takdelah biasa je ‘Kris merendah diri.

Kelihatan beberapa perabot mewah diruang tamu dan di segenap dinding mempunyai pelbagai jenis lukisan yang cantik hasil lukisan Kris sendiri.

‘ Awak dah bersedia ?’

‘ Dah ,dah lama saya bersedia tau tak. Awak je yang selalu sibuk tak sempat nak lukiskan wajah saya ‘ rajuk Krystal.

‘ Kan saya dah ada kat depan mata awak sekarang ni ,jom kita mulakan’ pujuk Kris .
 

‘ Adakah insan yang sentiasa ceria yang kini berada di hadapan aku ini akan ceria seperti ini apabila aku meninggalkannya suatu hari nanti ?’ Bisik hati Kris .
 

Kris teliti sekali melukis wajah kekasihnya itu .

Akhirnya lukisan itu siap juga .

Belum sempat Krystal melihat lukisan wajahnya itu ,Kris terlebih dahulu menyimpannya di tempat lain .

‘ Kenapa awak tak bagi saya tengok lukisan tu ? ‘ Krystal hairan dengan sikap Kris itu yang tak mahu dia lihat lukisan itu .

‘ Suatu hari nanti saya akan bagi dekat awak buat sementara waktu ni biar saya simpan dahulu. Jika saya tiada awak boleh peluk lukisan tu seolah2 lukisan itu adalah saya ’ ujar Kris dengan selamba .

‘ Tapi kenapa suatu hari nanti ? Kenapa bukan hari ni ?

‘ Eh saya laparlah ! Jom turun ke bawah tak sabar rasanya saya nak rasa sup kimchi awak tuh !’
Kris sengaja menukar topik .

Krystal hanya menuruti Kris ..


Di meja makan ..

Kris makan dengan berselera sekali .
 

‘ Lepas ni jom kita bersiar-siar kat Han River okay ‘

‘ Saya okay je saya tak kisah , awak bawa je saya kemana-2 ke hujung dunia sekalipun asalkan awak sentiasa berada disisi saya ‘ ..


Kris tersentak dengan kata-kata Krystal itu .

‘Kalau begitu baiklah ..’


....................................................

Han River Park ..

‘  Kalau kita selalu bersama macam ni kan best ‘ Ujar Krystal bahagia .

‘ Hmm tulah .... sejak kebelakangan ni kita susah sangat nak keluar macam ni ‘

‘ Awak tu yang selalu sibuk ...’

Tiada apapun yang dapat Kris ungkap kan ketika itu .

Kris sedang menghitung harinya untuk ke UK ..

‘ Awakkk ...’ Kris merenung mata redup Krystal itu .

‘ Jika suatu hari saya dah tiada disisi awak apa yang akan awak buat ? ‘

‘ Mungkin saya boleh jadi gila agaknya tanpa awak disisi saya, saya akan meraung,menangis macam orang gila .’

‘ Yahh ! awak ni biar betul ?! ‘ soal Kris tidak percaya .

‘ Kenapa awak tanya saya macam tu ? awak nak pergi mana ? Krystal hairan .

‘ Takde pergi mana2 ,saya ada disisi awak sekarang nikan ?’

‘ I love you ‘

‘ I love you moreeee ‘ Kris memeluk Krystal dengan erat sekali

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
lovefdani #1
wow bm nk x sbr nk bce