Memories .

Memories
Please log in to read the full chapter

 

 

Tawanya masih terngiang-ngiang ditelingaku saat aku menatap gambarnya. Bau wangiannya masih melekat pada bajunya. Senyum, suara, senda gurauannya... semua tak pernah aku lupakan.

Kami telah lama berkawan. Hanya sekadar kawan biasa. Tapi, aku tahu dia suka pada aku. Dia juga pernah mengakuinya dan pernah beberapa kali mengajak aku keluar. Tapi, aku tidak mahu, dan terus berjual mahal. "Bukan masanya lagi." Dengar sahaja kata aku itu, dia hanya mengangguk dan tersenyum. Dan mengajak aku lagi pada hari seterusnya dan seterusnya. Dia juga menghiburkan aku ketika berputus asa dalam latihan piano ku. Dia terus memberi semangat yang tidak putus.

Setelah itu, dia meninggalkan aku kerana ke luar negara, entah atas alasan apa. Rasa suka aku pada dia bertukar cinta, tetapi aku hanya mendiamkan sahaja. Dan aku membenarkan dia meninggalkan aku. Entah kenapa, sepanjang kepergian dia, aku asyik terkenang dan merinduinya. Dan aku yakin, aku sudah bersedia menjadi kekasihnya.

Suatu hari, aku telah mengambil tempat dalam pertandingan di sebuah majlis muzik, bertemakan alat muzik piano. Pada asalnya aku enggan. Enggan melangkah masuk ke dewan yang penuh dengan para penonton. Aku terlalu tidak dapat mengawal diri, kerana aku terlalu gemuruh untuk persembahan nanti.

Suasana yang bingit buat aku tidak selesa dan mahu saja melepaskan diri. Aku berdiri dan berjalan kearah sebuah meja yang menyediakan bermacam-macam minuman. Tetapi hanya segelas minuman kegemaranku, Orange Juice, yang tinggal. Aku mencapainya, tetapi entah mengapa sepasang tangan turut mencapainya. Aku dapat merasai hangatnya jari jemari itu menyentuh lembut tanganku.

"Mianhae.." katanya dengan senyuman dibibir. Aku kenal.. suara itu.. suara miliknya. Senyumannya memberi impak lain daripada yang lain kepada diriku. Aku tidak dapat menahan diri lantas membalas senyuman itu dan memeluknya. Dia mencapai gelas itu dan hulurkannya kepadaku.

Dia tidak mempunyai ibu, tidak mempunyai adik beradik dan tinggal bersama ayah tirinya, seorang pianist terkenal dan ternama di seluruh dunia, juga penganjur majlis ini, aku juga baru tahu mengenainya. 

 

Dari wajahnya saja aku dapat tahu, dia banyak menyimpan masalah. Tetapi, dia mahu menceriakan orang sekelilingnya. Pada saat itulah, aku yakin aku sudah jatuh cinta padanya. Jatuh cinta pada suara, ketawa, caranya bercakap, gerak tubuhnya, segalanya tentang dia.

"Fighting!" katanya saat aku mula melangkah naik keatas pentas untuk persembahan ku. Rasa gemuruhku langsung hapus, hanya perasaan tidak sabar berkabung didalam hati. Aku menekan satu persatu keyboard piano dengan perasaan gembira, mengharap yang melody ini dapat menarik hatinya, dan berharap yang aku dapat membuat s

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
NizNisrina12 #1
Chapter 4: semua cerita awak sad eding tpi x pe sya suka
minbaekhyun
#2
Chapter 4: sedih nye..hampir terkeluar air mata..*Hampir terkeluar*buwat la lagi citer~
weloveexoforever #3
Chapter 4: sedihnyer crite awk nieyh...buat lah crite lgi...
eydakai
#4
Chapter 4:
Aaa!!!! bce chapter nie smbil dngr lgu Miracles in December.....
feeling~~~
try ar http://www.youtube.com/watch?v=yVLxRXoLaas
NinaBabyLu
#5
Chapter 4: Huhu..sedihnya :'(
AhnChanByul #6
Chapter 4: buatlah lagi story one shot, story ni kalo dengar sekali dengan lagu jin gone tu.. best (Y)
syaleese28
#7
Chapter 4: Cedihnye ~ Aku mengalir-ngalir baca cerita ni . TnT thanks dan daebakk ! (Y) good !
Chandeliyeol #8
Chapter 4: so sad~~!!! JINJJA DAEBAK!!!! AUTHORNIM....YOU ARE THE BEST!!!
Chandeliyeol #9
Chapter 4: so sad~~!!! JINJJA DAEBAK!!!! AUTHORNIM....YOU ARE THE BEST!!!
ShuTao #10
Chapter 4: sedih.....