Jatuh Cintalah Pada Aku!
Please Subscribe to read the full chapter

 

Bukk!

Kedengaran pintu dihempas kuat. Dengan laju Byun Baekbom menjenguk ke ruang tamu dari tingkat atas. Kelihatan Baekhyun sedang membuka kasutnya.

"Oi Baekhyun! Kau nak pecahkan pintu tu ke apa hah?!"

Baekhyun membisu, berjalan terus kearah tangga.

Puan Byun tersedar kerana bunyi tadi "Ada apa ni, Baekbom?"

"Anak manja Oma tu lah, balik rumah je hempas pintu."

Byun Baekhyun sampai di tingkat atas.

"Ada apa ni, Baekhyun? Kenapa muka kamu merah?" tanya Puan Byun.

Baekhyun membisu, hanya berjalan kearah biliknya.

"Byun Baekhyun! Oma tanya ni?!"

"Tak ada apa-apa lah Oma..." Baekhyun membuka pintu bilik, masuk lalu menutupnya.

"Hmm, tengoklah tu.. Oma manjakan dia sangat kan."

"Kau ni kenapa?!" Puan Byun mengetuk kepala Baekbom "Pergilah tidur sana. Esok kerja awal kan?"

"Hmm.. Orang tengah buat kerja sikit. Nanti orang tidurlah. Oma pun masuklah tidur."

 

 

Penat konon. Boleh dia tipu aku hidup-hidup?

Penat tapi boleh pulak keluar dating dengan mamat hensem lah sangat tu.

Dia dah kenal aku lama dah tapi boleh pulak keluar dengan orang yang baru kenal dia beberapa hari lepas.

Aku tak senang kena tipulah! Tapi dia dah tipu aku hidup-hidup. Ish geramnya!"

 

Baekhyun 'membenam' mukanya dengan timbunan bantal.

"Oi oi kau apasal?"

Baekhyun terkejut mendengar suara itu lantas dia menolak semua bantal yang menindis mukanya, terkejut melihat Kai berdiri di hadapan pintu biliknya.

"Eh? Bila kau masuk?"

"Hmm agaknya pencuri masuk pun kau tak perasan kan?" Kai duduk disudut katil "Baru je, Baekbom hyung bukakan pintu tadi. Kenapa kau tiba-tiba balik?"

"Hmm, sakit perut." Baekhyun baring semula.

"Jangan nak tipulah. Restoran tu tadi ada tandas. Kalau tak pun, 'buang' je kat tepi pantai tadi." Kai dijeling Baekhyun. Seram jelingan itu. "Ehehe gurau je.. Hmm, cepatlah bagitahu, apasal kau balik tadi? Mesti penat jalan kaki."

"Hmm, kau ni mesti buta kan?" kata Baekhyun sambil duduk bersandar pada dinding.

"Ehh kenapa pulak?"

"Kau tak sedar ke.. 'perempuan baju biru' tu siapa?" kata Baekhyun sambil menekankan perkataan perempuan baju biru.

Kai menggeleng kepala "Tak.. aku ni ada rabun malam sikit. Siapa perempuan tu?"

 

 

"Terima kasih, sunbae." kata Jiyu, sambil tersenyum kearah Kris. 

Kris membalas senyumannya "Jumpa lagi."

Kris mula memandu, meninggalkan perkarangan rumah Jiyu.

Jiyu memasuki rumah.

"Jiyu, kenapa lambat pulang. Dari mana?"

Jiyu terkejut dengan pertanyaan mengejut itu. Matanya membulat.

"Appa? Bila Appa balik?"

Encik Lee mendekati anak tunggalnya. "Jawab dulu pertanyaan Appa. Dari mana?"

"Err.. Jiyu dari parti harijadi kawan punya Oma."

"Kawan, lelaki ke perempuan?"

"Lelaki."

"Baekhyun?"

Jiyu menggeleng, perlahan.

"Kai?"

Jiyu menggeleng kepala.

Encik Lee mengeluh kuat. Matanya merenung tajam mata Jiyu.

 

 

"Jiyu tahu kan Appa tak suka Jiyu keluar malam dengan lelaki lain?" Encik Lee merenung anak mata Jiyu,

Jiyu membisu.

"Siapa lelaki tu?"

"D-dia sunbae dekat kolej Jiyu.. Appa jangan risau. Dia baik."

"Hmm, luaran je baik. Hati dia kita tak tahu..."

Jiyu membisu lagi.

"Appa tak suka Jiyu keluar malam dengan lelaki lain selain Baekhyun dan Kai, sebab Appa percaya diorang je. Jangan buat lagi, faham?"

Jiyu mengangguk "Faham."

"Pergi naik. Lepas tu tidur. Esok lambat pulak ke kelas."

 

 

"Jiyu?"

Baekhyun mengeluh, memeluk bantal guling. "Yelah Jiyu."

"Eh, bukan dia stay rumah? Penat?" Kai mengangkat kedua kening.

"Dia tipulah. Kalau dia ikut aku keluar, dia tak dapat peluang keluar dengan lelaki idaman dia tu,"

Kai tiba-tiba tersengih. "Ehem... jadi kau cemburu lah ni?"

Ekspresi muka Baekhyun berubah "Kau tahu kan aku tak suka ditipu?"

Kai membisu.

"Kalau ye pun taknak keluar dengan aku, terus terang je lah." Baekhyun mengeluh. "Dia dah tipu aku... aku rasa macam bodoh sangat, kau tahu tak?"

"Mungkin ada sebab kenapa dia tipu. Dia taknak kau cemburu lah tu."

Baekhyun menjeling manja Kai.

*Bunyi telefon Kai*

Kai mengeluarkan telefon bimbitnya daripada poket belakang seluarnya, dan melihat pada skrin.

"Eh Hana mesej aku.. aku rasa aku patut kerumah dia ni. Dia minta tolong buat assignment."

"Hmm k. Jumpa esok." Baekhyun 'mengubur' dirinya dibawah selimut.

Kai menggaru kepala "Hmm... okay."

Dia beredar selepas menutup pintu bilik Baekhyun.

 

 

Keesokannya.

Jiyu berjalan ke Taman Kaktus, taman rekaan kolej oleh pelajar-pelajar bidang rekaan. Dia tahu Hana dan Kai pasti berada disitu.

Seperti yang dia jangkakan, Hana disitu, bersama Kai. Bercerita.

"Hai... korang."

Mereka menoleh.

"Oh, hai Jiyu. Awal datang? Bukan kelas

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
xoxogirl2 #1
Wah daebak ah cite ni
minbaekhyun
#2
Chapter 78: Omo..soo shuit~~(lol)
secret_admire #3
Chapter 78: wah!! daebak!! jinjja daebak!!
satu hari saya da habiskan baca...
memang best!! :)
btw sejak baca ff ni rasa tambah syg kat baekkie la...
hhahaha.. xD
fighting!! hope lepas ni awk bole buat yg lebih baik..
( ceh! komen org lak.. die tu mcm pandai sgt je.. -..- )

k.. bye!!
aidasafiah
#4
Chapter 78: Hye.Best ff ni tapi still confuse..Baekhyun buta ke tak?
YeRa_09 #5
Chapter 78: awwww sweeet sangatt >.< ahhhh nak jadi mcm dyeorng jugakk. OK merapu -.- ....

Btw cerita awak best sangattt T^T huuuu ~~
LovelyIna
#6
Chapter 50: Ya Allah T^T *cry* Engt nak komen di akhir chapter tapi surat dari imo betul-betul buat sy nangis....

Baek, be strong..
inspiritsinfinite
#7
Chapter 60: bestnyaaaaa! sehari je aku baca cite ni , harhar
eydakai
#8
gilerr!!! bnyk!!! 56!!
nk bce ker xnk??? hurm.... T_T
IHeartEXOPink #9
Chapter 61: nangis dha tadi , ingatkan dha tak boleh baca T.T xD
_shuhidah
#10
La ingat kan dh tk boley baca?heheh x per-2 unnie ubah dlu hee :D