Jatuh Cintalah Pada Aku!
Please Subscribe to read the full chapter

 

Byun Baekhyun sedar daripada tidurnya. Tiba-tiba sahaja bibirnya mengukir senyuman.

"Gila kah aku ni? Bangun-bangun dah ingat kat halmeoni tu..."

Dia melihat jam pada telefon bimbitnya. 8.48 a.m.

"Hmm pukul 8?" Baekhyun bangun dan mencapai tualanya.

 

 

"Terima kasih, sila datang lagi." Lee Jiyu mengukir senyuman.

Dia masih malu dan blushing dengan kejadian kelmarin. Habis sahaja hujan, Baekhyun melepaskan dia dan menghantarnya balik, tanpa berkata apa-apa. Kadang-kadang bila Jiyu ingat balik, dia berasa terlalu malu dan menutup muka.

"Jiyu?"

Jiyu tersentak. "Y-ya, Puan?"

"Kamu okay? Saya nampak kamu macam tak fokus dari tadi. Sampai pelanggan panggil berkali-kali baru sedar." kata Puan Oh, pemilik kedai bunga, Oh's Garden, tempat Jiyu bekerja.

"Saya okay, Puan. Jangan risau." Jiyu mengukir senyuman.

Puan Oh membalas senyuman itu "Hmm yelah. Kalau sakit, bagitahu, jangan diam-diam."

"Ya." 

 

Kring kring...

Loceng pintu berbunyi apabila dibuka.

"Sela....."

Baru sahaja Jiyu mahu memberi kata aluan, dia tersentak melihat seseorang dihadapannya.

"Jiyu?"

"Kris sunbae?"

Kris Wu tersenyum "Awak.. kerja sini?"

"Y-ya. Kerja sambilan. Sunbae buat apa dekat sini?"

"Ini kedai bunga kan? Nak beli bunga lah.."

"Ahh yelah. Hahaha."

"Apasal aku bodoh sangat bila berdepan dia ni...."

"Sunbae nak bagi bunga dekat siapa? M-maksud saya.. kalau sunbae terangkan ciri orang tu.. saya boleh syorkan bunga yang sesuai." jelas Jiyu.

"Hmm, saya nak bagi dekat Oma saya. Dia hari jadi hari ni." jawab Kris.

"Oh... hmm. S-sunbae boleh ikut saya, saya tunjukkan."

Jiyu berjalan ke suatu sudut, diikuti Kris Wu. Janggal juga dia rasa.

 

Mereka tiba disuatu sudut yang dipenuhi bunga berwarna merah jambu.

 

"Ini bunga Allamanda Blanchetii, sesuai dengan perempuan. Melambang ciri-ciri kewanitaan dengan warna merah jambu lembut ni. Sunbae suka?" tanya Jiyu.

Kris Wu tersenyum "Err saya tak kisah sebenarnya. Saya tak tahu apa-apa pasal bunga. Kalau awak rasa okay, okay lah kot."

Jiyu tersenyum "Hmm.. yang ni okay. Ramai lelaki selalu belikan GF dia yang ni.. saya bungkuskan ya?"

Kris Wu menggangguk.

 

"Terima kasih." kata Jiyu setelah mendapat bayaran bunga daripada Kris.

"Err.. Jiyu?"

"Ya, sunbae?"

"Awak balik pukul berapa?"

"Err pukul 5 petang. Kenapa sunbae?"

"Hari jadi Oma saya pukul 7, boleh tak kalau awak hadir sama?"

Jiyu terkedu dengan ajakkan itu. "Tapi sunbae.. Oma sunbae bukan kenal saya pun."

"Saya pun tak kenal kawan Oma saya tu. Saya bosan bila ada parti-parti macam ni. Saya anak tunggal, tiada kawan boleh bawa bercakap." Jelas Kris.

"Err.. tak tahu..."

"Tuliskan alamat awak.. nanti saya datang ambil."

"Er.. y-ya."

Jiyu menulis dan menyerahkan kertas berisi alamatnya kepada Kris.

"Okay. Jumpa malam ni." Kris melemparkan senyuman sebelum berlalu pergi.

"Ahh~ Apa aku nak buat ni?!! Ahh malunya..." Jiyu menerkup lagi mukanya kerana malu.

 

 

Lee Jiyu melangkah keluar daripada kedai bunga.

"Booo!"

"Ahh!" Jiyu terkejut dengan 'attack' itu. 

Byun Baekhyun seperti biasa, ketawa seperti budak-budak.

"Ish.. apa kau nak?"

Baekhyun mengukir senyuman kearah Jiyu. Tiba-tiba sahaja kenangan semalam menyerang minda Jiyu. Dia berasa malu lagi dan lagi.

"Hmm, tak nak apa-apa. Saja datang.. sebab kau nak balik dah kan?" kata Baekhyun.

"Hmm.." Jiyu sekadar mengangguk.

"Eh Jiyu. Macam mana semalam? Tak demam?"

Pertanyaan Baekhyun buat Jiyu blushing. 

"Dia ni memang tak ada perasaan ke apa. Peluk orang tapi macam tak ada apa-apa berlaku je.." fikir Jiyu.

"Taklah, aku ok." Jiyu membuat senyum kambing.

"Kalau macam tu... aku ada dua tiket wayang." Baekhyun menunjukkan tiket wayang kepada Jiyu. "Sadako 3D. Yang kau tertunggu-tunggu tu."

"Wahhh~" Jiyu teruja dan mengambil sekeping daripada tangan Baekhyun. "Pukul... 6.30p.m?"

"Ya, malam ni."

"Tapikan... Kris sunbae..."

"Oi, jomlah balik bersiap. Cepat pergi, cepatlah beli popcorn. Dah pukul 5.12p.m ni." kata Baekhyun.

"Baek..."

"Hmm?"

"Aku rasa aku tak dapat pergilah.."

Senyum pada wajah Baekhyun hilang "Kenapa?"

"Aku... penat sangat hari ni. Sorry. Ajaklah Kai, dia kan peminat horror movie jugak."

Baekhyun membisu.

"Baek... sorry."

"Tak apalah... esok-esok boleh pergi. Kalau macam tu, jomlah aku hantar kau balik."

"Maaf Baek... Kris sunbae dah ajak aku dulu..."

 

 

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
xoxogirl2 #1
Wah daebak ah cite ni
minbaekhyun
#2
Chapter 78: Omo..soo shuit~~(lol)
secret_admire #3
Chapter 78: wah!! daebak!! jinjja daebak!!
satu hari saya da habiskan baca...
memang best!! :)
btw sejak baca ff ni rasa tambah syg kat baekkie la...
hhahaha.. xD
fighting!! hope lepas ni awk bole buat yg lebih baik..
( ceh! komen org lak.. die tu mcm pandai sgt je.. -..- )

k.. bye!!
aidasafiah
#4
Chapter 78: Hye.Best ff ni tapi still confuse..Baekhyun buta ke tak?
YeRa_09 #5
Chapter 78: awwww sweeet sangatt >.< ahhhh nak jadi mcm dyeorng jugakk. OK merapu -.- ....

Btw cerita awak best sangattt T^T huuuu ~~
LovelyIna
#6
Chapter 50: Ya Allah T^T *cry* Engt nak komen di akhir chapter tapi surat dari imo betul-betul buat sy nangis....

Baek, be strong..
inspiritsinfinite
#7
Chapter 60: bestnyaaaaa! sehari je aku baca cite ni , harhar
eydakai
#8
gilerr!!! bnyk!!! 56!!
nk bce ker xnk??? hurm.... T_T
IHeartEXOPink #9
Chapter 61: nangis dha tadi , ingatkan dha tak boleh baca T.T xD
_shuhidah
#10
La ingat kan dh tk boley baca?heheh x per-2 unnie ubah dlu hee :D