Chapter 3

PARADISE

 


 

  Di hadapan sebuah pusat membeli belah, Hyeson dan Myungsoo berdiri tegak dihadapan pintu masuk pusat membeli belah kepunyaan datuk Hyeson. Mereka berdua berdiri kaku dihadapan  pintu dengan mulut yang ternganga luas tanpa menghiraukan orang ramai yang lalu lalang memandang pelik. Kata-kata yang dilemparkan oleh orang ramai terhadap mereka berdua menyebabkan mereka dengan segera tutup mulut dan berlari masuk ke dalam bangunan datuk Hyeson.

 

  "Wah! Maju dah datuk aku ni. Makin besar shopping mall ni, pandai datuk aku ni nak tarik pelanggan. Cantik pulak tu, kan Myungsoo?" puji Hyeson terhadap bangunan yang baru sahaja mereka masuk. Mereka terus menaiki 'tangga bergerak'. TANGGA BERGERAK?! a.k.a escelator. Haihh~
 
  "Kalau aku jadi kau, dah lama aku mengadu dekat datuk. Jangan bagi diorang shopping dekat sini" ngadu Myungsoo.
 
  "Eleh, manja sangatlah kau ni. Harap je lelaki, tapi pengecut. Kalau diorang tak shopping dekat sini, nanti muflislah shopping mall datuk aku ni" balas Hyeson sambil mata melilau mencari kedai yang menjual barang sekolah.
 
  "Lelaki pun ada perasaan tau, ingat perempuan jelah? Biar muflis, nanti kau juga yang cari aku" kata Myungsoo hendak melawan kata-kata Hyeson tadi.
 
  "Mengada, ingat kau seorang je kawan aku? Aku ada ramai kawan dekat Korea ni, nanti ada jugak nak tolong aku" sebelum Hyeson sempat melarikan diri ke dalam sebuah kedai yang menjual barang sekolah, dia sempat menjuihkan lidahnya ke Myungsoo.
 
  "Hei hei! Tunggu aku!" kata Myungsoo sebelum mengekori Hyeson dari belakang. 'Siapa je yang kawan dengan Hyeson ni? Setahu aku, aku dengan Hana je. Alah, dia kan happy virus. Pandai-pandai lah dia hidup' kata hati Myungsoo.
 
  Myungsoo dan Hyeson masuk ke dalam kedai baju sekolah yang menjual baju sekolah menengah tinggi untuk lelaki dan perempuan. Hyeson membelek-belek baju yang terdapat di situ. Hyeson mencari baju sekolah yang ditetapkan oleh pihak sekolah, jadi dia meminta pertolongan Myungsoo. Akhirnya dapat juga apa yang dicari dan membayar kesemua baju. 2 helai je pun. Walaupun pusat membeli belah ini datuknya sendiri yang punya, Hyeson sendiri tidak suka berhutang dengan pekerja-pekerja di tempat kerja datuknya. Lain bagi Myungsoo, suka mengambil kesempatan terhadap Hyeson tapi hatinya ikhlas untuk berkawan dengan Hyeson. Kai, boyfriend Hyeson yang selalu mengambil kesempatan terhadap kekayaan datuk Hyeson dan selalu menganggap harta datuk Hyeson akan jatuh ke tangan teman wanitannya.
 
  "Tadi kau kata kau ada ramai kawan dekat Korea, diorang orang mana? Aku kenal tak?" tanya Myungsoo risau. Myungsoo sudah menganggap Hyeson seperti kakaknya sendiri. 'Opps, kakak sangat~' gumam hati Myungsoo diikuti dengan gelak tawanya dalam hati. Hai Myungsoo ni, tadi kata pandai-pandailah hidup, sekarang risau macam hilang anak pulak dia ni.
 
  "Alahai kau ni, macam abang aku lah. Over sangat nak kawal aku. Tapi aku suka dengan cara abang aku, cara kau.... sorry to say" kata Hyeson sambil menganggkat tangan kanannya ke hadapan muka Myungsoo. Hyeson ke hadapan dengan mempercepatkan langkahnya ke kedai yang ingin dituju. 'KEDAI ALAT TULIS'. 'Hmm, pinjam ajelah pensel aku. Membazir lah minah sorang ni' bebel Myungsoo di dalam hati. Myungsoo dengan malas juga mempercepatkan langkahnya supaya dapat berjalan bersama dengan Hyeson.
 
  "Kau jangan nak tukar topik, aku tanya ni jawablah" gesa Myungsoo. Mereka masuk kedalam kedai alat tulis itu dengan senyap, dan mereka berpecah tanpa Hyeson menjawab soalan Myungsoo dahulu. 
 
  Hyeson yang berada di dalam kedai alat tulis itu seperti sudah rambang mata hendak memilih yang mana satu alat tulis kesukaannya. Hyeson mengambil pen berwarna hitam dan biru dengan kuantiti yang banyak. Buat simpanan katanya. Patutlah Myungsoo kata Hyeson pembazir orangnya, beli 5 batang pen sudah cukup baginya. Tapi bagi Hyeson, 5 batang pen tidak cukup baginya. 23 batang pen mungkin sudah cukup bagi dirinya seorang. Di ulang balik, MUNGKIN. DIRINYA SEORANG! Hebatnya Hyeson dan semua alat tulis yang dibelinya akan digunanya sebaik mungkin. Tapi akhirnya dibuang begitu sahaja, dengan alasan dakwat pen habis. Memang dicop awal pembazir terus oleh Myungsoo.
 
  "Kawan aku dekat Malaysia, ada belajar dekat sini. Diorang kata transfer ke sekolah, sekolah.. apa eh? Seoul High School maybe.." terang Hyeson untuk meyakinkan Myungsoo. Hyeson memberi beg kertas yang berisi baju sekolahnya kepada Myungsoo.
 
  "Berapa orang? Dengar macam ramai je" tanya Myungsoo sambil mengambil beg kertas yang diberi Hyeson.
 
  "Sembilan orang tak silap aku. Kalau ramai-ramai tak sanggup sekolah diorang tanggung pembelanjaan" kata Hyeson lagi sambil mata melilau mencari kedai makanan kegemarannya.
 
  "Betul ni? Kau ada kenal antara sembilan orang tu?" tanya Myungsoo untuk kepastian.
 
  "Tak. Aku kenal tiga orang je. Itupun kenal gitu2 je" kata Hyeson menyebabkan Myungsoo mengangkat kening kanannya.
 
  "Asal kau angkat kening? Buruk rupanya" gelak Hyeson di akhir kata.
 
  "Berani kau gelakkan aku" kata Myungsoo lalu meninggalkan Hyeson di belakang.
 
  "Wei, tunggulah aku!" kejar Hyeson dari belakang.
 
  "Hyeson! Myungsoo!" jerit satu suara.
 
  Hyeson dan Myungsoo terhenti dari kejar mengejar. Kepala dipusing kebelakang dan terlihat susuk tubuh yang amat dikenali Hyeson, orang yang amat dirindui oleh Hyeson kerana terlalu banyak kerja sehingga tidak dapat pulang kerumah. Kadang-kadang waktu subuh baru kelihatan.
 
  "Tok Kim!!" jerit Hyeson tanpa menunggu Myungsoo, Hyeson berlari ke arah datuknya lalu memeluknya.
 
  "Apa khabar cucuku? Sihat? Buat apa dekat sini dengan Myungsoo?" kata datuk Hyeson sambil mengusap rambut cucu bongsunya.
 
  "Beli barang sekolah dengan Myungsoo" tunjuk Hyeson ke arah Myungsoo di tepi. 'Aik? Mana budak ni?' gumam hati Hyeson. Hyeson dengan automatik memandang ke belakang dan pergi kearah Myungsoo lalu menariknya sehingga dihadapan datuknya, Presiden Kim Taeyong. Myungsoo dengan beradab menundukkan badannya sehingga 90 darjah.
 
  "Tak payah informal sangat, Myungsoo. Tok Kim kawan dengan datuk Myungsoo jugakkan? Lama tak nampak Myungsoo dan Hyeson" kata datuk Hyeson lalu menepuk bahu kedua anak remaja itu. Kim Taeyong, seorang jutawan yang hanya membuka sebuah pusat membeli belah dan membuka cawangannya di sekitar bandaraya Korea dan di seluruh dunia. Cukup untuk tampung sepuluh keturunan.
 
  "Hyeson dan Myungsoo dah habis shopping? Tok Kim nak ajak pergi makan?" kata datuk Hyeson lalu memanggil pengurusnya untuk tunggu di pejabatnya sahaja. "Awak semua balik pejabat dulu, nanti saya call. Saya nak habiskan masa dengan cucu2 saya" kata datuk Hyeson lalu memandang ke arah Myungsoo.
 
  Waktu itu juga Myungsoo sudah mahu menangis, bukan menangis sahaja. Kalau boleh dia nak meraung macam terkena histeria di situ kerana Tok Kim sanggup menjadi datuk angkatnya kerana datuk kandungnya sudah meninggal dunia kerana terlibat dengan
kemalangan 5 tahun yang lalu. Bagi Myungsoo, dia tidak mahu ingat kembali masa silam yang telah meragut nyawa datuk kesayangannya, Kim Myungjo. 
 
  Setelah sudah memastikan pekerjanya kembali ke pejabat, mereka bertiga menuju kearah kedai makanan yang berhampiran. 'CHICKEN RICE SHOP' nama yang tertera di hadapan kedai nasi ayam itu. Tok Kim menuju ke arah meja yang kosong diikuti Hyeson dan Myungsoo. Pelanggan yang berkerja menghampiri meja mereka berdua dan mengambil pesanan mereka. Hampir kesemua makanan disebut di dalam menu tersebut. Tok Kim dan Myungsoo hanya melihat Hyeson makan dengan berselera tanpa melihat suasana sekeliling. Hyeson lah yang memesan kesemua makanan di atas meja itu, ''Makan banyak tapi tak nampak gemuk. Hishh" kata Myungsoo menyebabkan Tok Kim ketawa dan Hyeson yang asyik makan itu memandang wajah datuknya dan Myungsoo tersenyum kelat. 
 
  "Kau kalau tak usik aku dalam sehari boleh tak? Bernanah telinga aku nak dengar 'pujian' kau tu" sambung makan.
 
  "Well, best apa usik kau. Aman sikit dunia ni, kalau aku tak usik kau nanti dunia ni tak aman kalau tak dengar bebelan kau tu" usik Myungsoo diikuti gelak tawa Tok Kim dan Myungsoo.
 
  'Hmm, budak2 ni. Hilang stress aku' kata hati Tok Kim. "Siapa nak habiskan makanan atas meja ni? Tok Kim dah kenyang" kata Tok Kim sambil bersandar di kerusi.
 
  "Hyeson lah, siapa suruh di pesan banyak. Kalau kau tak habis dalam jam 3 ni, kau makan sorang2 dekat sini" gurau Myungsoo sambil menyandarkan dirinya di kerusi.
 
  Mata Hyeson melirik jam tangan yang tergantung di pergelangan tangannya, 2.50 a.m. 'Omo! Banyaknye aku pesan, ni macam nak bagi lapan orang makan je'. "Alah, janganlah macam tu, Myungsoo, Tok Kim. Kita makan sama2 eh? Tak baik membazir, amalan syaitan tau!" ceramah Hyeson untuk Myungsoo dan datuknya. Malangnya hanya mendapat gelengan daripada dua insan dihadapannya. 'Hailah, aku pun tadi bukannya nak fikir. Myungsoo tu suka kena kan aku.'
 
  Tiba-tiba bahu Myungsoo ditepuk dari belakang. 
 
  "Myungsoo! Kau buat apa dekat sini?" kata Sunggyu.
 
  "Tengah memancing" selamba Myungsoo.
 
  "Myungsoo, siapa ni?" soal Tok Kim dan Hyeson serentak.
 
  Myungsoo membetulkan kedudukannya yang hampir terjatuh itu kepada normal. "Ni Sunggyu, Kim Sunggyu" terang Myungsoo sambil matanya memandang Hyeson. "Aku dah kenalkan, kau dekat dia..kot?" kata Myungsoo sambil memandang ke arah Hyeson.
 
  ''Kau bagitahu nama je dekat aku, gambar taknak tunjuk pagi tadi'' terang Hyeson balik.
 
  "Kalau aku tunjuk gambar nanti banyak sangat komen kau, baik aku tunjuk secara live" kata Myungsoo untuk membalas kata-kata Hyeson.
 
  'Hailah budak ni, kalau bergaduh takda esoknya' kata hati Tok Kim.
 
  Sunggyu yang berdiri sudah dihiraukan. 'Myungsoo ni tak nak ajak aku duduk ke? Kaki aku dah lenguh ni' gumam hati Sunggyu. Mata Sunggyu terlekat pada mulut Hyeson, Hyeson yang sedang mengunyah makanan. Makanan yang terhidang tidak akan dihabiskan oleh Hyeson seorang. Mata dikerling di atas meja, dan mulut Hyeson yang sedang mengunyah makanan. Meja. Mulut Hyeson. Meja. Mulut Hyeson. Meja. Mulut Hyeson. Meja. Mulut Hyeson. Meja. Mulut Hyeson. Sehinggalah..
 
  "Sunggyu Hyung!" jerit Myungsoo menyebabkan ramai yang memandang ke arah mereka.
 
  "Hmm? Kenapa?" soal Sunggyu. Menyebabkan Tok Kim ketawa. 'Lawak sangat ke sampai atok ni gelak?' kata hati Sunggyu.
 
  "Hyung nak duduk tak? Kalau hyung lapar, makan lah sekali. Kalau Hyeson makan, tak habis punya" perli Myungsoo.
 
  'Yeah! Finally, boleh duduk! Dapat makan pulak tu'. Hati Sunggyu bersorak riang seperti tidak pernah berjumpa dengan makanan selama setahun lamanya. Memang setahun pun, Sunggyu dan Myungsoo bersama-sama menjadi trainee di syarikat Woollim Entertainment. Mereka  berjumpa di bawah satu bumbung yang sama. Tidak hairanlah bagaimana mereka boleh berjumpa. Sunggyu dengan cepat duduk di kerusi dan mengambil pinggan lalu mengisi pinggannya dengan nasi. Terhenti seketika dan memandang kembali muka Myungsoo dan Tok Kim. "Err, boleh ke saya makan ni? Presiden?" tanya Sunggyu untuk kepastian.
 
  Datuk Hyeson hanya menganggukkan kepalanya dengan senyuman di bibir. Seronok dirinya bila melihat cucu dan anak muda yang baru datang, Sunggyu yang berada di depannya makan dengan laparnya. Apa yang peliknya, macam mana Hyeson tak kenyang-kenyang lagi? Terbuka lah mulutnya untuk bertanya.
 
  "Hyeson makan apa je pagi tadi? Lapar je Tok Kim tengok?" soal datuk Hyeson. Hyeson menganggkat kepalanya dan memandang datuknya. Mulut dikesat dengan tisu di tangan.
 
  "Hyeson tak makan apa2 pun, pagi tadi Hyeson jogging. Pastu Hyeson talifon Myungsoo, ajak minum bubble tea. Pastu tengahari tadi, Hyeson tidur pastu Hyeson datang sini beli barang" kata Hyeson panjang lebar sebelum menyambung semula aktiviti yang tergendala sebentar tadi. 
 
  "Tok Kim tak tanya pun aktiviti Hyeson harini. Apa yang Tok Kim tanya tadi, Hyeson makan apa" soal Tok Kim semula sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
 
  "Ouh, Hyeson minum bubble tea je. Pagi2 Hyeson tak suka makan sangat" jawab Hyeson sebelum meletakkan sudu dan garfu di pinggan. Begitu juga dengan Sunggyu, habis semua makan yang berada di atas meja tadi. Tunggu kunyahan di mulut Sunggyu untuk dirinya menelan makanan yang berada di dalam mulutnya.
 
  3,2,1 Burpp~!
 
  Sendawa yang dikeluarkan oleh Sunggyu dan Hyeson telah menyebabkan Myungsoo dan Tok Kim ketawa. Orang ramai yang lalu di tepi mereka memandang dengan pandangan yang pelik. Sunggyu dan Hyeson sudah malu-malu menutup muka mereka dengan tangan sendiri.
 
  "Apalah sendawa tak tutup mulut. Jantina je perempuan, tapi perangai macam lelaki" kata orang yang lalu di tepi mereka.
 
  "Kan? Cucu presiden tapi perangai macam bukan cucu presiden je" kata seorang lagi.
 
  "Biarlah diorang tu. Tak ganggu kita pun, diorang yang malu. Bukan kita" kata kawan orang tu.
 
  "Muka cantik. Perangai macam lelaki, malu kot siapa yang ambil dia jadi girlfriend, malang sungguh!"
 
  Kata-kata yang dilemparkan orang sekeliling kepada mereka, menyebabkan Hyeson menyumpah seranah mereka yang mengutuk dirinya di dalam hatinya. 'Nasib aku tak kenal kau, kalau tak. Nahas kau! Aku sendawa sebab kenyang je, bukan sengaja aku nak sendawa' geram. 
 
  "Jomlah balik. Nanti mama marah balik lambat ni" kata Hyeson sambil menganggkat punggungnya dari kerusi.
 
  "Okaylah, Tok Kim pun ada kerja nak buat. Nanti Tok Kim singgah dekat rumah. Tok Kim pergi dulu" kata datuk Hyeson.
 
  "Okay, bye! Annyeong!" kata tiga orang anak muda sebelum melihat datuk Hyeson pergi ke arah lif. Pejabatnya yang berada di 
tingkat 3 agak sukar untuk dirinya naik 'tangga bergerak'.
 
  Hyeson, Myungsoo dan Sunggyu berjalan bersama-sama keluar daripada kedai makan tersebut. Mereka terhenti apabila Sunggyu terjerit kecil kerana terlupa hendak berterima kasih kepada datuk Hyeson. 'Cuainya aku, orang dah bagi makan bukannya nak berterima kasih. Aku ni pun satu, sibuk dengan malu2 tadi' kata hati Sunggyu. 
 
  "Hyeson, aku terlupa nak terima kasih dekat Tok Kim kau" kata Sunggyu gelisah. Dia tidak suka apabila dia terlupa akan sesuatu yang amat penting untuk di kata. 
 
  "Takpa. Tok Kim aku tu sporting. Jangan nak risau sangatlah" kata Hyeson untuk menenangkan Sunggyu. 'Comel jugak dia kalau mengelabah' gumam hati Hyeson.
 
  "Kalau takda apa2, kitorang gerak dulu. Nak malam dah ni. Hyung, kirim salam dekat member!" kata Myungsoo untuk kali terakhir sebelum mereka berpisah.
 
  "Okay, aku pun nak pergi. Sungjong dah call aku banyak kali ni, kau esok kena balik dorm" kata Sunggyu kepada Myungsoo.
 
  "Okay, jangan risau. Aku balik dulu, jom Hyeson!" arah Myungsoo kepada Hyeson.
 
  "Annyeong!" kata Sunggyu lalu beredar dari situ.
 
  "Annyeong!" kata Hyeson dan Myungsoo serentak.
 

 

Hey! Kelmarin dah janji nak masukkan watak Kai, Krystal and Infinite kan?

Semalam memang dah ada niat nak masukkan, tapi semua idea tu hilang~

Sebab kawan lepuk belakang kepala ni,mana tak hilang semua idea tu~ *mangsa buli T_T

Anyway, sorry lah kalau chapter 2 ni membosankan, and please subscribe.

Thanks for the subscriber~ I love you ;D.  Do comment, do subscribe

 
                                                                           
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
afina_exotics99
rasa macam nak tukar tajuk story ni, tapi tak tahu nak letak apa. tolong cadangkan? :D annyeong!!

Comments

You must be logged in to comment
AhnChanByul #1
thanks, keep reading :)
nursyamimi118 #2
nice story...:)
kim_iqa #3
Chapter 2: I like the fanfic :)