Chapter 1

PARADISE

 


   Di sebuah taman rekreasi, terdapat seorang gadis dengan berpakaian sukan sedang ber-jogging sambil mendengar lagu di mp3 nya. Penat lelah nya kedengaran dan si gadis itu mengambil keputusan untuk duduk sebentar di bangku yang bersebelahan dengan tasik. Si gadis itu menekan butang bulat yang terdapat di mp3 nya itu dengan segera dan mengeluarkan handphone samsung miliknya lalu mendail nombor talifon kawannya, Myungsoo.

  "Yeoboseyo?" tanya Myungsoo

  "Ni aku, Hyeson. Kau tengah buat apa?" tanya gadis itu sambil membuka penutup botol air yang dibawa dari rumahnya lalu meneguk isinya dengan rakus.

  Hyeson atau nama sebenarnya, Kim Hyeson dan Kim Myungsoo telah berkawan sejak tadika lagi. Pertemuan mereka di taman permainan yang berada di sebelah tadika itu membuatkan Hyeson sendiri yang ketawa apabila terkenang kembali.

                                                                                                         ***Flashback start***

  "Uwaaaa!!" tangisan seorang kanak-kanak perempuan telah mengambil perhatian seluruh tadika itu dengan tangisannya sahaja. Guru-guru yang mendengar tangisan itu cepat-cepat menuju kearah Hyeson.

  "Kenapa ni? Myungsoo, kenapa ni? Awak buat dia?" tanya seorang guru perempuan dengan tenang tetapi didalam hati seperti perang dunia kedua hendak bermula.

  "M-mana ada saya b-buat dia, d-dia tiba2 je menangis" bohong Myungsoo.

  "Habistu? Kalau kamu tak buat dia, macam mana dia menangis?" tanya guru perempuan itu lagi. "Hyeson, kenapa ni? Siapa buat? Bagitahu cikgu".

  "Dia.." tunjuk Hyeson kearah belakang badan Myungsoo "ambil gula-gula Hyeson.." kata-kata Hyeson menyebabkan semua orang memandang ke arah belakang badan Myungsoo. Guru perempuan tadi pergi ke arah belakang badan Myungsoo dan melihat tangan kanannya memegang sebatang lollipop. Guru perempuan itu mengeluh dengan muka yang dihiasi sebuah senyuman di bibir. Guru perempuan itu duduk di hadapan Myungsoo kembali.

  "Myungsoo, awak tak boleh ambil barang yang bukan awak punya.." ceramah guru tersebut. "Nanti mak ayah Hyeson datang sekolah marah2 cikgu, dan awak sekali. Awak nak, Myungsoo?" kata-kata guru itu menyebabkan Myungsoo berjalan ke arah Hyeson. Setelah lama berfikir, dia menghulurkan juga lollipop itu dengan wajahnya ditunduk ke bawah.

  "Myungsoo, nak minta maaf.. dekat Hyeson" sayu sahaja suara budak lelaki yang bernama Kim Myungsoo itu. Kim Hyeson dengan tiba-tiba berhenti daripada tangisannya dan memandang ke arah Myungsoo.

  "Kalau Myungsoo nak lollipop, bagitahu Hyeson. Hyeson ada banyak lagi lollipop dalam beg" kata Hyeson dengan nada yang gembira. Langsung tidak marah dengan kelakuan Myungsoo yang mengambil lollipop-nya.

  "Hyeson, tak m-marah Myungsoo?" kepala Myungsoo yang tadi asyik pandang bawah, terangkat sedikit untuk melihat muka Hyeson. Muka Hyeson yang tadinya gembira berubah sedikit senyumannya.

  "Buat apa nak marah Myungsoo, Myungsoo dah mengaku salah Myungsoo tadikan?" senyuman Hyeson tidak lekang daripada bibirnya.

  Semua orang yang melihat adegan tadi telah beransur-ansur pergi dan membuat hal masing-masing.

  "Macam ni lah kawan kan?" kata guru perempuan itu yang masih setia berada di sisi kanak-kanak tersebut.

  "Kawan?" kata Hyeson sambil menghulurkan tangannya ke arah Myungsoo.

  "Kawan!" kata Myungsoo sambil menjawab huluran tangan Hyeson.

 

                                                                                                      ***Flashback end***

 

  "Hello? Kau ada ke tak ni? Aku tutup nanti!" jerit Myungsoo di hujung talian.

  "Haa?! Aku ada ni, mengelamun kejap" seloroh Hyeson. "Kau tanya apa tadi? Aku tak dengar.." tanya Hyeson kembali.

  "Kau dekat mana sekarang ni? Tadi aku ingat kau kena culik ke apa tadi.." jawab Myungsoo kembali.

  "Hoii!! Mulut macam longkang! Kau nak aku kena culik ke?" jerit Hyeson menyebabkan Myungsoo menjauhkan sedikit telinganya dengan talifon blackberrynya.

  "Taknak aku. Sorry tau! Kau cakap kau dekat mana sekarang ni?" tanya Myungsoo kembali.

  "Aku dekat taman rekreasi yang selalu kita datang tu" jawab Hyeson.

  "Okay, okay! Tunggu aku tau, jangan cakap dengan orang asing! Bye, love you. Muahhhh!" kata-kata Myungsoo yang terakhir sebelum menamatkan panggilan itu menyebabkan tekak Hyeson loya dan ingin muntah di situ juga. 

  15 minit telah berlalu..

  "Aikk? Mana budak ni? Lama nya nak tunggu.." bebel Hyeson seorang diri.

  "Siapa budak?" jawab seseorang yang berada di belakang Hyeson. Suara itu menyebabkan Hyeson terpusing kebelakang dan memandang kembali tasik yang berada di hadapannya.

  "Lambat gila kau sampai. Berjanggut kott aku dekat sini" bebel Hyeson.

  "Alahh, marah ke? Kau pon satu, bukannya nak cakap kau dekat bahagian mana. Aku cari kau pon, tanya orang tau" jawab Myungsoo yang tidak mahu mengalah dengan Hyeson.

  "Yelah-yelah, kita gaduh takda akhirnya. Biar aku yang tamatkan, okay? I'm sorry" jawab Hyeson.

  "Okay, maaf mu diterima" jawab Myungsoo kembali lalu mengambil air di tangan Hyeson.

  "Hoi hoi! Kau! Air aku tu!!" jerit Hyeson sambil menunjuk ke arah botol airnya yang diminum oleh Myungsoo, menyebabkan Myungsoo berhenti seketika dan memandang ke arah Hyeson.

  "Alah, sikit je. Kau punya hal lah tadi tak cakap kau dekat sini" jawab Myungsoo dan sambung meminum air yang dibawa Hyeson.

  "Aishh!! Nanti belanja aku bubble tea." balas Hyeson lalu beredar dari bangku yang di duduk nya.

  "Wei! Tunggulah aku!" kejar Myungsoo yang ketinggalan di belakang Hyeson.


  First chapter, terasa janggal untuk publish stories ni :D Anyway, please subscribe this story :)

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
afina_exotics99
rasa macam nak tukar tajuk story ni, tapi tak tahu nak letak apa. tolong cadangkan? :D annyeong!!

Comments

You must be logged in to comment
AhnChanByul #1
thanks, keep reading :)
nursyamimi118 #2
nice story...:)
kim_iqa #3
Chapter 2: I like the fanfic :)