Bab 2 - Macam-macam

You're The Only One~*

 

JR mengetuk-ngetuk pintu biliknya dari luar kerana Ren menguncinya dari dalam. Ren masih lagi mengurung dirinya dalam bilik tu. Dia masih marahkan JR yang tak dapat kawal panas barannya tu. Dalam masa yang sama, dia takut. Macam mana kalau anak diorang nakal bila besar nanti? Mungkin tak JR akan pukul dia? Mungkin tak JR memarahi dia? Kalau sekadar untuk mengajar, Ren tak kisah, tapi kalau untuk lepaskan kemarahannya, Ren takkan berdiam diri. Iya la, bukannya dia tak kenal si JR ni. Dia selalu ada masalah kat tempat kerja, mesti dia balik dalam keadaan marah dan tertekan. Sebab tu Ren tak berani dekat dengan dia setiap kali JR bad mood. Silap-silap haribulan, baby tak sempat tengok dunia ni.

 

"Rennie ah, buka la pintu ni. Cukup-cukup la merajuk tu. Saya minta maaf, okey? Saya akan cuba control kemarahan saya ni. Buka la pintu ni." pujuk JR.

 

"Buat apa awak minta maaf kat saya? Awak patut minta maaf kat dia tu tadi. Dia yang dibelasah awak tanpa sebab. Kesian dia." ucap Ren disebalik pintu.

 

"Saya tak kenal dia, rumah diapun saya tak tau. Macam mana saya nak pi minta maaf kat dia? Rasional la sikit, Rennie ah."

 

"Rasional? So, tindakan awak tadi rasional la? Pukul orang sesuka hati macam tu, rasional la?" perli Ren.

 

"Okey, okey, saya mengaku saya salah. Saya bertindak melulu tadi. Habis awak nak saya buat apa supaya awak maafkan saya?"

 

"Saya nak awak janji yang awak akan minta maaf kat dia kalau awak jumpa dia lagi."

 

"Kenapa awak beria-ia nak saya minta maaf kat dia? Saya ni suami awak, bukan dia. Kenapa awak bela dia? Entah-entah, awak memang dah kenal dia."

 

Ren membeliakkan matanya. Dia mulai geram. JR tuduh dia curang? Ini memang dah melampau. "Yah! Awak curigai saya, ke?! Kalau macam tu, awak tidur kat luar tu sampai bila-bila. Saya takkan keluar dari bilik ni! Biar saya mati kering kat dalam ni! Itu yang awak nak, kan?!" tengking Ren dari dalam bilik. Tanpa disedari, air matanya mula mengalir. Hatinya terguris dek kata-kata JR tu.

 

JR tersentak. "Rennie, jangan cakap macam tu! Tolong la jangan macam ni...saya minta maaf. Saya terlepas cakap tadi. Rennie, buka la pintu ni. Awak tak kesian kat baby, ke? Awak kata, awak sayang dia. So, takkan la awak sanggup pertaruhkan nyawa dia sebelum dia lahir ke dunia ni?"

 

"Biar la! Diapun taknak ayah yang panas baran macam awak tu."

 

"Macam mana awak tau? Saya tak dengar dia cakap pun."

 

"Dia dalam diri saya, tentu la saya tau. Sudah la! Malas nak layan awak. Saya penat. Saya nak tidur."

 

"Ren! Buka la pintu ni! Sayapun nak tidur dengan awak."

 

"Awak tidur kat luar." ucap Ren sebelum dia menuju ke katil, lalu dia membaringkan tubuhnya di atas katil. Dia mengusap perutnya dengan perlahan. "Appa kamu perlu diajar. Padan muka dia." ngomel Ren sendirian sebelum dia akhirnya terlelap.

 

JR yang berputus asa, mula melangkah menuju ke ruang tamu. Dia melepaskan keluhan berat. "Tidur kat sofa la jawabnya."

 

*****

 

"Hyunnie, awak okey?" soal Baekho dengan risaunya.

 

"Saya okey. Awak jangan la risau." ucap Minhyun yang baru lepas berkumur. Minhyun melangkah keluar dari bilik air diikuti Baekho.

 

"Muka awak nampak pucat ni. Are you sure?"

 

"I'm fine. Stop worrying too much. Okey?"

 

"Okey." Baekho mendukung Minhyun dan membaringkannya di atas katil. "Mari kita sambung tidur balik." ucapnya.

 

"Saya tak ngantuk la."

 

"Tak ngantuk? Habis awak nak buat apa?" soal Baekho.

 

"Saya nak makan. Saya lapar."

 

"Lapar? Oh mesti la. Awakkan baru lepas muntah tadi, mesti la lapar balik."

 

Minhyun mengangguk manja.

 

"Awak nak makan apa?" soal Baekho.

 

"Apa-apa saja, asalkan awak yang masak."

 

"Saya? Awak sure, awak nak saya yang masakkan?"

 

Minhyun mengangguk lagi.

 

"Okey, saya no hal." Baekho turun dari katil, dan dia mula melangkah keluar dari bilik, menuju ke dapur. Minhyun mengekorinya.

 

Baekho mula menyediakan bahan-bahan untuk memasak. Minhyun hanya memerhatinya dari meja makan dengan senyuman.

 

"Awak nak masak apa?" soal Minhyun.

 

"Roti gulung berintikan sosej keju. Awak mesti suka!"

 

"Bunyi macam sedap! Cepat la buat!" ucap Minhyun dengan teruja.

 

"Saya nak buat la ni." Baekho memakai apron dan menyinsingkan lengan bajunya sebelum dia mula memasak.

 

Beberapa minit kemudian, menu tersebut berjaya disiapkan. Baekho menghidangkan di atas meja di hadapan isterinya.

 

"Ta-dah! Try rasa."

 

"Okey." Minhyun mula menjamu selera. Matanya terbeliak, dan dia terdiam.

 

"Macam mana? Sedap tak?" soal Baekho dengan penuh debaran.

 

Minhyun masih tak berkelip. Tiada sebarang jawapan darinya. Baekho mula membuat kesimpulannya sendiri. Kemudian, dia mengangkat sepinggan roti itu dan mula melangkah menuju ke tong sampah. Mujur Minhyun sempat menghalangnya dari membuang roti itu.

 

"Yah! Awak buat apa ni?" soal Minhyun yang menghampiri Baekho.

 

"Nak buang roti ni la."

 

"Kenapa? Saya tak puas makan lagi ni. Awak tak kesian kat baby kita ke? Kempunan dia nanti." ucap Minhyun sambil mengusap perutnya. "Lagipun, awak dah susah payah buatkannya untuk saya. Kenapa tiba-tiba nak buang pula? Pelik la awak ni."

 

"Pasal kesian kat baby kita la, saya nak buang roti ni. Saya taknak bagi dia makan makanan yang tak sedap." jelas Baekho.

 

"Tak sedap? Siapa kata?" soal Minhyun sambil menjuihkan bibirnya. "Inilah roti sosej yang paling sedap pernah saya makan!" puji Minhyun dengan senyuman.

 

"Kalau sedap, kenapa awak diam saja lepas makan tadi?"

 

"Saya bukan saja-saja diam la. Saya cuma tak terkata. Masakan awak ni sedap sampai saya tak tau nak kata apa." jelas Minhyun dengan bersungguh-sungguh sambil tangannya mengambil segulung roti tersebut lalu dia memakannya.

 

"Betul ke sedap? Ke awak just nak ambil hati saya?" duga Baekho.

 

Minhyun berpura-pura berfikir. "Erm...dua-dua. Awak jangan la buang. Saya still lapar lagi ni."

 

"Okey, kalau awak dah cakap macam tu. Mari." Baekho membawa Minhyun menuju ke meja makan semula bersama sepinggan hidangan roti gulung itu.

 

Minhyun menikmati hidangan itu dengan gembiranya. Baekho pula hanya melihatnya makan.

 

"Alamak, lupa pula!" Baekho menampar dahinya.

 

"Kenapa?" soal Minhyun yang terkejut dengan reaksi Baekho tu.

 

"Awak kena minum susu sebelum tidur. Kejap yer, saya gi bancuh." Baekho beredar ke dapur semula. Dan beberapa minit kemudian, dia kembali ke meja dengan segelas susu.

 

"Baekkie, apa ni? Awak tau kan saya tak suka susu. Mual la." rungut Minhyun.

 

"Awak kena minum juga. Ia baik untuk kesihatan awak dan baby. Minum." Baekho menolak gelas yang berisi susu itu ke arah Minhyun.

 

"Tak nak la. Saya tak suka."

 

"Kalau awak nak baby sihat, awak kena minum setiap malam sebelum tidur. Kalau tak, baby tak cukup kalsium dan otak dia tak berkembang. Awak nak ke anak kita nanti jadi lem..."

 

"Okey, okey, saya minum. Jangan awak sebut perkataan tu." Minhyun segera minum susu itu sampai habis.

 

"Bagus! Macam mana?"

 

"Sedap la pula susu ni. Saya suka!"

 

"Kalau macam tu, tiap-tiap malam saya akan bancuhkan untuk awak."

 

"Thanks, Baekkie! Saya gembira dapat suami yang caring and prihatin macam awak ni. Saya bersyukur sangat-sangat."

 

"Sayapun bersyukur dapat wife macam awak. Sweet and caring."

 

Tepat jam 3 pagi, mereka sambung tidur semula.

 


 

A/N: Settle chapter 2...setakat ni, macam mana? Okey tak citer ni? Well, JRen moment still dlm perancangan...sekarang sy cuma ada idea pasal BaekHyun (Baekho and Minhyun) couple jer...jgn mrh yer...^^

Next chapter akan disambung kemudian...terima kasih kepada yang sudi membaca, komen dan subscribe citer ni! (^_^) thanks!

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aisysam94
#1
Chapter 4: Well, it's okay. Btw, saya dah start minat JRen couple...XD
doyce228 #2
Chapter 4: hahahahahahahahaha okayyy nappeun Minhyunnie ToT
hikhik comel jer ending dia *kiss*
wonderfullbuble #3
Chapter 4: thanks for the great story :)
KJNYeol
#4
Chapter 4: X pa tpi still cute cerit,ni^^
-Angela-Zhang-
#5
Chapter 4: This seems really interesting! :D but I can't read it lol ^^'
From the bits of English mixed in though, I'm guessing Minhyun is pregnant, too? :D
If you can, would you consider making an English version of this? It just seems like a good story and its rare to have Baekho and Minhyun! ^^