Bab 3 - Melampau!

You're The Only One~*

 

Keesokannya, selesai bersiap Ren melangkah keluar dari biliknya dengan perlahan-lahan supaya tak membangunkan JR yang tidur di sofa. Ren bercadang nak ke Shopping Mall untuk berjalan-jalan sebab dia bosan duduk di rumah. Dia nak tenangkan fikirannya juga, tu yang dia kena pergi sendirian tanpa JR dan kalau JR terjaga, dia mesti nak ikut juga.

 

Ren menghampiri pintu utama dan sebaik saja dia membukanya, dia terkejut melihat 2 orang lelaki yang berbadan sasa sedang berkawal di hadapan pintu itu dari luar. Dia mengeluh, lalu dia menutup semula pintu itu.

 

"Diorang ni mesti diarahkan oleh Jongie supaya tak benarkan aku keluar. Taupun takut aku lari lagi." Ren tersenyum mengetahui yang JR memang ambil berat pasal dia, tapi tak kena cara. JR suka cemburu buta. Susah la!

 

"Hurm, nak buat macam mana, ek? Aku nak keluar." Ren mencebik sebelum dia mendapat satu akal.

 

Dia membuka pintu itu, dan automatik pengawal-pengawal tu beralih padanya.

 

"Awak nak ke mana?" soal pengawal 1.

 

"Saya nak keluar. Ke tepi!" arah Ren lalu dia mula melangkah keluar dari rumah itu, tapi dihalang mereka.

 

"Tak boleh! Tn. Kim dah beri arahan yang awak tak boleh keluar seorang diri tanpa dia, demi keselamatan awak." jelas pengawal 2 dengan penuh hormat.

 

"Tak boleh keluar seorang diri? Tapi kalau awak berdua temankan saya, boleh la kan?" Ren masih tak mahu mengalah.

 

Mereka saling berpandangan sebelum memandang Ren semula. "Kami perlu berkawal di sini sentiasa. Itu arahan dari Tn. Kim. Maaf..."

 

Ren mulai geram mendengar jawapan mereka itu. "Asyik-asyik arahan dia! Saya tak kira! Saya nak keluar juga!" marah Ren lalu dia menepis mereka berdua ke tepi sebelum dia segera melarikan diri.

 

"Yah! Awak tak boleh pergi!" teriak pengawal 1 dan mereka segera mengejar Ren.

 

Ren berjaya melangkah keluar dari halaman rumah itu, lalu dia segera mengunci pintu pagar dari luar. "Awak berdua lembab! Blueekk!" ejek Ren dengan gembiranya sebelum dia segera beredar menaiki teksi yang kebetulan lalu di situ.

 

"Yah, kembali semula!" teriak mereka berdua setelah berjaya membuka kunci pagar itu, namun dah terlambat.

 

"Nak buat macam mana, ni? Tn. Kim mesti marahkan kita." ucap pengawal 2.

 

"Kau pergi bagitau Tn. Kim, aku pergi kejar dia. Pergi cepat!" arah pengawal 1 dan pengawal 2 akur lalu dia segera masuk ke dalam rumah semula. Pengawal 1 segera menaiki keretanya lalu memandu pergi.

 

Ren memandang belakang dan dia gembira kerana dia dah jauh dari rumah tu. "Hehe, dapat juga aku lari dari diorang!" ucap Ren dengan bangganya. Kemudian dia menyentuh perutnya. "Hebatkan, mama?" ucapnya dengan senyuman.

 

"Kamu nak ke mana?" soal drebar teksi itu.

 

"Ke Shopping Mall." balas Ren.

 

"Baiklah!" ucap drebar teksi itu.

 

*****

 

"Hyunnie, jom!" ajak Baekho setelah dia selesai bersiap.

 

"Ke mana?" soal Minhyun yang selesai menghidangkan sarapan.

 

"Pergi Shopping Mall la." jawab Baekho dengan sengihan.

 

"Buat apa?" soal Minhyun semula.

 

"Beli barangan baby la. Saya excited ni! Jom la!"

 

"Baekkie, awak tak rasa terlalu awal ke? Lagipun, awak kena pergi kerja sekarang."

 

"Saya dah telefon setiausaha saya dan saya dah bagitau dia yang saya tak masuk office hari ni. Saya milik awak sepenuhnya hari ni."

 

"Betul ke? Gomawo, Baekkie! Awak memang suami yang terbaik!" ucap Minhyun sebelum dia segera mendakap Baekho.

 

"Saya tau!" balas Baekho dengan bangganya.

 

"Tapi sebelum tu, mari makan dulu. Saya lapar la." ajak Minhyun sambil membuat muka comel.

 

"Oh, sorry saya lupa! Awak kena makan ikut waktu. Itu nasihat doktor untuk kesihatan awak dan baby. Mari kita makan dulu!" Baekho mendudukkan Minhyun di kerusi dan dia duduk di sebelah isterinya.

 

"Apa awak buat ni?" soal Minhyun apabila Baekho menyuakan sesudu bubur ke mulutnya.

 

"Saya nak suapkan awak la. Buka mulut."

 

Minhyun tersenyum sebelum dia merelakan dirinya disuap oleh Baekho. 'Harap-harap kemesraan kami berpanjangan...' fikir Minhyun.

 

*****

 

Di Shopping Mall...

Sebaik saja tiba di situ, Ren kelihatan begitu gembira. Akhirnya dia rasa bebas setelah lama terperap di rumah. Bukan JR mengurungnya, tapi sebab risaukan keselamatan Ren, JR tak benarkan dia keluar sesuka hati tanpa pengawasan bodyguardnya.

 

Ren mulai berjalan-jalan di dalam Shopping Mall itu dengan gembiranya.

 

Sementara itu, Baekho dan Minhyun juga baru tiba di situ. Mereka segera ke kedai yang dirancang tadi iaitu kedai barangan bayi. Minhyun kelihatan teruja melihat semua barangan yang ada.

 

"Baekkie, semuanya comel-comel! Saya dah rambang mata ni." ucap Minhyun dengan ceria sambil membelek-belek beberapa helai baju baby.

 

"Rambang mata? Beli la semua. Kan senang?" gurau Baekho yang suka menyakat isterinya itu.

 

"Haha, so funny!" Minhyun membalas semula. "Cepat la tolong saya buat pilihan. Tadi awak sendiri yang beria-ia ajak saya ke sini." rungut Minhyun.

 

"Ini baju perempuan dan ini baju lelaki. Hurm, betul la cakap awak. Semua ni masih terlalu awal. Kita taktau jantina baby lagi, so macam mana nak beli." Baekho mengalah.

 

"So, awak taknak beli la?" Minhyun meletakkan semula pakaian bayi yang dipegangnya tadi. "Lain kali fikir dulu sebelum ajak." rajuk Minhyun lalu dia beredar dari situ.

 

Baekho segera mengikutinya. "Sayang, jangan la marah. Saya gurau jer la. Please..." Baekho cuba memujuk, namun Minhyun masih lagi tak hiraukannya.

 

"Saya nak ke tandas. Awak jangan ikut saya." tegas Minhyun dan Baekho hanya menurut.

 

Sedang Baekho menunggu Minhyun di luar, dia terserempak dengan Ren. Ren yang menyapanya terlebih dahulu.

 

"Hai! Awakkan orang yang dipukul suami saya tempoh hari?" soal Ren.

 

"Rasanya saya la tu." Baekho tersenyum kekok.

 

"Oh, saya minta maaf pasal tu bagi pihak dia. Dia tu panas baran sikit. Harap awak tak ambil hati."

 

"Tak, saya okey. Awak tak perlu la risau. Saya faham. Itu sebab dia sayangkan awak."

 

"Ya, saya tau, tapi dia tu suka cemburu buta. Susah la!" rungut Ren.

 

"Biasa la tu. Sayapun kadang-kadang macam tu juga. Saya pantang tengok lelaki lain rapat ngan pasangan saya, walaupun lelaki tu sepupu dia."

 

"Oh, awak dah kahwin rupanya. So, apa yang awak buat kat sini?"

 

"Kami datang sini untuk beli barangan baby."

 

"Kami? Maksud awak, awak datang dengan dia la? Mana dia?"

 

"Dia ada dalam tandas. Tu yang saya dok tunggu kat sini. Awak plak? Mana suami awak?"

 

"Dia..."

 

Belum sempat Ren berkata apa-apa, seseorang memanggilnya dari arah belakang. Dia terkejut melihat orang itu ialah JR. JR semakin menghampiri mereka dengan rupa yang marah.

 

"Oo, awak lari dari rumah untuk jumpa dengan jantan ni lagi, ya?" JR menuduh sekerasnya.

 

"Tak, bukan macam tu! Saya..."

 

"Kau tak guna!" JR segera menumbuk Baekho sehingga Baekho jatuh ke lantai. "Pasangan orangpun kau nak kebas ke? Dah takda orang lain?!" tengking JR.

 

"Yah! Kau dah salah faham, okey?" Baekho cuba membela dirinya.

 

"Bukti dah ada depan mata! Kau berdua-duaan ngan pasangan aku kat ruangan ni. So, jangan nak berdalih lagi!" JR ingin menumbuk Baekho yang baru berdiri sekali lagi, tapi tindakannya terhenti oleh laungan satu suara.

 

"Yah, apa yang awak buat ni?!" teriak Minhyun yang baru keluar dari tandas. Dia segera menghampiri Baekho dan dia terkejut melihat mulut Baekho berdarah. "Baekkie, awak okey?"

 

"Saya okey." jawab Baekho.

 

"Kau siapa?" soal JR kepada Minhyun.

 

"Siapa saya tak penting! Yang awak suka-suka tumbuk suami saya ni apahal?! Kalau ada masalah, bincang la leklok. Bukan main tumbuk-tumbuk kat tempat awam macam ni." marah Minhyun.

 

"Ini hal aku ngan dia. Kau ke tepi!" JR menolak Minhyun ke tepi lalu dia mencengkam kolar baju Baekho.

 

Belum sempat mereka bergaduh, Ren berteriak sambil dia memangku Minhyun yang terjatuh ke lantai akibat ditolak JR tadi. Mereka berdua tergamam melihat keadaan Minhyun yang mengerang kesakitan.

 

Baekho menolak JR ke tepi sebelum dia mendapatkan isterinya. "Hyunnie..."

 

"Baekkie...ba-baby kita..." ucap Minhyun dengan lemahnya. Tangannya memegang perutnya yang terasa sakit.

 

"Saya bawa awak ke hospital sekarang. Baby kita akan selamat. Bertahan la!" dengan itu, Baekho segera mendukung pasangannya lalu dia segera beredar.

 

"Jongie, tengok apa awak dah buat! Awak ni dah melampau tau tak! Kalau sesuatu jadi pada baby diorang, bukan diorang saja yang takkan maafkan awak, tapi saya juga takkan maafkan awak!" marah Ren sebelum dia segera beredar.

 

JR masih kaku di tempatnya. Dia terkelu. Dia mulai rasa bersalah. Tapi apa boleh buat, segalanya dah berlaku dan dia hanya boleh berharap semuanya akan baik.

 

'What have i done??'

 

...................................................................................................................................................

Maaf sebab dah lama tak update citer ni...ni baru ada idea...so, saya harap para pembaca berpuas hati dengan bab baru ni, ya?

Jangan lupa komen ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aisysam94
#1
Chapter 4: Well, it's okay. Btw, saya dah start minat JRen couple...XD
doyce228 #2
Chapter 4: hahahahahahahahaha okayyy nappeun Minhyunnie ToT
hikhik comel jer ending dia *kiss*
wonderfullbuble #3
Chapter 4: thanks for the great story :)
KJNYeol
#4
Chapter 4: X pa tpi still cute cerit,ni^^
-Angela-Zhang-
#5
Chapter 4: This seems really interesting! :D but I can't read it lol ^^'
From the bits of English mixed in though, I'm guessing Minhyun is pregnant, too? :D
If you can, would you consider making an English version of this? It just seems like a good story and its rare to have Baekho and Minhyun! ^^