Bab 1 - Salah faham

You're The Only One~*

 

"Sampai hati dia cakap macam tu. Kalau nak marah pun, agak-agak la. Tak boleh ke dia cakap elok-elok. Ini tak...kasarnya bahasa..." Ren bergumam sambil dia terus berjalan tanpa hala tuju. Air mata masih lagi mengalir. "Ada ke patut dia kata aku taknak baby ni? Entah-entah, dia yang taknak...Jongie, kejamnya awak..."

 

JR mengarahkan orang-orangnya mencari Ren. Dia juga turut mencari Ren di tempat-tempat yang mungkin Ren berada. Dia begitu risau dan dia mulai merasa bersalah sebab bergaduh dengan Ren tadi.

 

Ren duduk di perhentian bas untuk berehat. "Mana aku nak pi ni? Takkan aku nak balik lepas lari? Malu la. Diapun tak cari aku, ke? Maybe dia memang dah taknak dengan aku, kot? Kalau betul macam mana? Apa la nasib aku lepas ni?" Ren meletakkan tangannya di perutnya dan melihatnya. "Baby ah...agaknya, ayah kamu memang tak perlukan kita dah. So, omma nak buat apa ni? Omma takda duit. Kita nak tinggal mana? Apa la nasib..." Ren mulai menangis teresak-esak.

 

Tiba-tiba, hujan turun dengan lebatnya. Ren memeluk tubuhnya. "Lebatnya hujan. Macam mana nak balik ni? Balik? Aku nak balik mana? Takkan aku nak tinggal dengan orang yang dah taknak kan aku? Malangnya nasib..."

 

JR segera berlari mencari tempat berteduh. Dia begitu risau pasal Ren. Hujan lebat macam ni, mungkin bahaya untuk dia. Macam mana kalau dia sakit? Atau tergelincir? Tidakk! Dia tak boleh berdiam diri macam ni. Dia kena terus mencari Ren dan pastikan dia selamat. Dia takkan tenang selagi tak jumpa Ren. JR meredah hujan yang lebat demi mencari Ren.

 

Sedang Ren dok menangis, tanpa disangka muncul seorang lelaki dengan tiba-tiba. Ren terkejut. Dia tengok lelaki tu yang dah basah-kuyup akibat hujan lebat. Dia cuba tenangkan diri dengan menganggap lelaki itu cuma nak berteduh di situ saja. Bukannya nak ganggu dia atau ada niat jahat. Sedang Ren dok mengelamun, lelaki tu menyapa dia.

 

"Awak sorang saja, ke?" soal lelaki itu yang mula duduk di kerusi di sebelah Ren. Ren menjauhi lelaki itu sedikit. "Jangan takut. Saya bukan orang jahat la. Saya cuma nak berlindung kat sini jer." ucap lelaki tu yang memahami tindakan Ren tadi.

 

"Saya tau..." ucap Ren.

 

"Apa yang awak buat kat sini sorang-sorang?" soal lelaki itu yang seperti berminat tentang Ren.

 

"Sayapun berlindung dari hujan. Macam awak." balas Ren.

 

"Oo..."

 

Suasana kekok seketika, dan masing-masing masih mendiamkan diri. Hanya bunyi hujan yang mengenai bumbung perhentian bas itu yang kedengaran. Kuat juga bunyinya sebab hujan lebat. Dan tiba-tiba, guruh berdentum dan kilat sabung-menyabung menyebabkan Ren terkejut lalu dia terpeluk lelaki yang duduk di sebelahnya itu dengan erat.

 

"Saya takut..." ucap Ren sebelum dia mulai menangis. Aish~ Nangis la plak. Tapi bukan dia sengaja, mungkin hormon. Dia terlalu sensitif akhir-akhir ni sampai perkara kecil pun dia boleh terasa. Contohnya, waktu dia gaduh dengan JR tadi, dan bunyi guruh ni.

 

Lelaki itu tergamam. Kemudian, dia mulai panik bila dia dengar Ren menangis teresak-esak.

 

"Hei, kenapa ni? Kenapa awak nangis? Jangan la nangis. Nanti orang ingat saya buli awak plak. Dah la kita berdua jer kat sini. Awak...please stop crying..." lelaki itu cuba memujuk Ren.

 

Tanpa disangka, JR tiba di perhentian bas itu sewaktu mencari Ren. Dia terkejut melihat Ren memeluk seorang lelaki, lalu dia segera berlari ke situ.

 

"Yah! Apa yang kau buat ni?! Berani kau nak ambil kesempatan atas isteri aku?!" tengking JR sebaik saja dia tiba kat situ.

 

Ren segera meleraikan pelukannya, dan dia berdiri. "Jongie, ia bukan macam yang awak fikirkan..."

 

"Aku tak..." belum sempat lelaki itu berkata apa-apa, JR segera menumbuknya sehingga dia terjatuh.

 

"Jongie! Sudah lah! Dia tak salah!" teriak Ren sambil dia menghalang JR dari terus memukul lelaki itu.

 

"Mari balik!" JR segera menarik Ren beredar bersamanya. Pemandunya berjaya mencari mereka, lalu dia memberhentikan kereta di hadapan JR dan Ren. Kemudian, mereka berlalu pergi.

 

"Ceh! Tak guna!" bentak lelaki itu dengan marahnya. Iya la, siapa tak marah bila tak pasal-pasal kena hentam macam tu. Bengang la juga.

 

*****

 

Kediaman JR...

 

"Awak tak baik pukul dia tanpa sebab! Dia tak buat apa-apapun kat saya. Awak patut minta maaf kat dia balik." marah Ren yang tak puas hati lelaki tu dipukul tanpa sebab oleh JR. Sebenarnya JR patut pukul dia, sebab dia yang peluk lelaki tu tiba-tiba.

 

"Dia sentuh awak! Dia memang patut dipukul!" balas JR.

 

"Saya yang peluk dia, bukan dia yang peluk saya! Awak tak nampak ke, atau awak buat-buat tak nampak? Sebelum pukul orang tak tentu pasal, awak patut tengok situasinya dulu! Bukan main hentam orang macam tu saja. Perangai panas baran awak ni still tak berubah. Saya benci la!" Ren segera berlari menuju ke bilik mereka yang terletak di tingkat atas.

 

"Rennie!"

 

*****

 

Kediaman Baekho...

 

Baekho tiba di rumahnya dalam keadaan basah kuyup. Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah, dia disapa oleh isterinya.

 

"Awak dah balik? Omo! Awak dah basah kuyup ni! Nanti saya ambilkan tuala." ucap Minhyun sebelum beredar. Kemudian dia kembali semula dengan membawa tuala. Dia mengeringkan rambut Baekho. "Awak patut mandi sebelum awak jatuh sakit. Nanti awak sakit, saya yang susah."

 

"Saya tau." Baekho mendukung Minhyun.

 

"Yah! Apa awak buat ni? Turunkan saya la."

 

"Kita mandi sekali."

 

"Apa? Baekkie, taknak la."

 

"Kenapa? Takkan awak malu? Macam tak biasa..." Baekho mula melangkah menuju ke bilik air.

 

"Saya...eh, kenapa dengan muka awak? Baekkie, mulut awak berdarah. Jangan kata awak gaduh lagi. Kan saya dah pesan jangan gaduh lagi. Kenapa awak taknak dengar cakap saya? Turunkan saya!" marah Minhyun.

 

Baekho segera meletakkan Minhyun ke bawah. "Saya tak gaduh. Please, jangan marah."

 

"Kalau awak tak gaduh, macam mana awak boleh dapat luka ni? Sudah la! Awak memang tak sayangkan saya!" Minhyun segera beredar ke bilik mereka. Baekho mengekorinya.

 

"Hyunnie..." Baekho duduk di sebelah Minhyun yang duduk di birai katil. "Hyunnie, percaya la. Saya tak gaduh. Ia cuma salah faham."

 

"Salah faham macam mana? Awak jangan nak tipu saya, Baekkie. Awak memang dah tak sayangkan saya lagi. Kalau apa-apa jadi kat awak, macam mana dengan saya? Awak tak fikir ke semua tu? Yang awak pi cari gaduh kenapa?" ucap Minhyun dengan berlinangan air mata.

 

"Hyunnie, jangan nangis..." Baekho mengesat air mata di pipi isterinya. "Saya minta maaf. Saya takkan gaduh lagi. Tolong jangan nangis. Saya lemah bila tengok awak nangis. Hati saya sakit, Hyunnie...please...I love you...I..." belum sempat Baekho habiskan ayatnya, dia bersin.

 

"Omo! Awak dah selesema ni. Cepat pergi mandi sebelum awak demam."

 

"So, awak dah maafkan saya?"

 

"Kita bincang lain kali. Sekarang awak pergi mandi dulu."

 

"Selagi awak tak jawab, saya taknak mandi."

 

"Okey,okey, saya maafkan awak. Tapi jangan buat lagi."

 

"Thanks, honey! I love you!" Baekho mengucup pipi Minhyun sebelum dia segera beredar ke bilik air.

 

Malam itu, Baekho dan Minhyun menonton televisyen di ruang tamu. Mereka duduk di sofa. Minhyun berada dalam pangkuan Baekho, dan Baekho memeluknya dari belakang.

 

"Awak cakap, ada something yang penting awak nak bagitau saya. Apa dia?" soal Baekho.

 

"Oh, saya lupa. Awak tunggu, yer?" Minhyun segera berlari menuju ke dalam bilik, sejurus keluar semula dan duduk semula dalam pangkuan Baekho. "Nah!" Minhyun menghulurkan sekeping sampul yang berwarna putih kepada Baekho.

 

"Apa ni?"

 

"Buka la...saya harap awak suka."

 

"Hmm?" Baekho membuka sampul itu dan mengeluarkan sekeping gambar yang ada di dalamnya. Dia tergamam. "I-ini...Hyunnie, a-apa ni?" Baekho kelihatan tak percaya dengan apa yang dilihatnya.

 

Minhyun berhadapan dengan Baekho. "Awak tak suka? Saya ingat awak mesti gembira. I'm sorry." Minhyun segera berdiri, dan bila dia hampir berlalu pergi Baekho segera memaut tangannya.

 

Baekho berdiri dan berhadapan dengan isterinya. "Awak bergurau? Tentu la saya happy! Ini baby kita, ke?" soal Baekho yang merujuk kepada gambar ultrasound itu.

 

"Ya, ini baby kita. I'm 2 months pregnant. Are you happy?"

 

"Of course i'm happy! Thank you, Hyunnie! Saya akan jadi ayah tak lama lagi! Yippie!" Baekho mengangkat Minhyun dan berpusing-pusing.

 

"Baekkie, stop it! Saya pening la! Nanti saya muntah atas awak, baru tau."

 

"Okey, okey. Sorry. Saya excited sangat ni!"

 

"Bagus la awak suka. Saya betul-betul takut tadi."

 

"Takut kenapa?"

 

"Sebelum ni awak pernah bagitau saya yang awak belum bersedia nak jadi seorang ayah, tu yang saya takut awak..."

 

"Itu dulu, Hyunnie. Tapi sekarang, saya happy sangat! Thank you!" Baekho membongkok di hadapan Minhyun dan mengucup perut isterinya. "Appa can't wait to see you baby! I can't wait!"

 

"Baekkie, dia tak faham lagi la. Tunggu dia 5 bulan, baru awak boleh cakap dengan dia."

 

"Really?"

 

"Yes..." Minhyun menguap.

 

"My princess is sleepy. Come." Baekho mendukung isterinya, dan mula menuju ke bilik mereka untuk tidur.

 


 

A/N: So, apa pendapat para pembaca dengan bab pertama ni? Ok atau tak atau not bad? Well, komen diperlukan, sepertimana subscribe juga diperlukan. Semoga hari anda ceria! ^^

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aisysam94
#1
Chapter 4: Well, it's okay. Btw, saya dah start minat JRen couple...XD
doyce228 #2
Chapter 4: hahahahahahahahaha okayyy nappeun Minhyunnie ToT
hikhik comel jer ending dia *kiss*
wonderfullbuble #3
Chapter 4: thanks for the great story :)
KJNYeol
#4
Chapter 4: X pa tpi still cute cerit,ni^^
-Angela-Zhang-
#5
Chapter 4: This seems really interesting! :D but I can't read it lol ^^'
From the bits of English mixed in though, I'm guessing Minhyun is pregnant, too? :D
If you can, would you consider making an English version of this? It just seems like a good story and its rare to have Baekho and Minhyun! ^^