Clouds

Clouds

   Aku berdiri sendirian di beranda rumah. Pandanganku dilempar jauh ke luar. Sesekali mataku tertancap pada awan yang cantik membiru, burung-burung yang girang berterbangan mengelilinginya. Dan yang pasti, tak segirang hatiku ini. Sinar matahari pula memancar lemah. Seperti tahu apa yang terkubur di lubuk hatiku.

 

   Awan mendung itu.. sampai juga akhirnya...

 

   Gambar yang masih tidak leka di tanganku aku rapatkan ke dada. Airmata yang mula membanjiri tubir mataku cuba kutahan. Takut ianya membasahi mukaku ini. Segala bicara terbenam di lubuk hati. Resah takut khuatir dan risau menggeledah sudut hatiku ini. 

 

   "Maaf, awak tak boleh hidup lama,"

 

   Ayat itu..

 

   Masih aku tahan biarpun hati aku sendiri yang sakit..

 

   Gambar tadi kutatap. Pandanganku giat tertancap pada wajah seorang jejaka yang merangkul mesra bahuku. Sekali dipandang indera, wajahnya terselah aura yang begitu ceria dan bahagia.Tidak semena-mena, awan mendung itu datang lagi. Hatiku sakit. Takut. Semakin lama, semakin hatiku berkepul dengan gumpalan penderitaan.

 

   "Luhan!" panggilan itu mematikan lamunanku. Segera gambar tadi kuselit ke dalam poket seluar. Aku cuba menukar air mukaku sebelum aku membawa awan mendung itu kepadanya pula.

 

   Aku memalingkan badanku.

 

   "Sehun.." senyuman palsuku.. ia mula kembali. Mengukir tanpa diundang.

 

   "Kau okay tak?" ujar Sehun mengajukan soalan. Aku cuba mengubah suasana. Sempat aku terpandang, kedua-dua ulas bibirnya menguntum senyuman. Tawar.

 

   "Aku okay je," balasku lalu memalingkan wajahku jauh daripada wajahnya. Memang sengaja aku melalukan hal sebegitu. Kerana.. aku tidak mahu sedikit pun silauan matanya itu menjamah wajahku ini. Aku takut. Aku takut dia akan risau. Aku takut layar sebenarnya terpancar daripada wajahku.

 

   "Luhan, pandang muka aku," ucap Sehun lalu memegang kedua-dua bahuku. Tindakannya itu membuatkan hatiku berdegup kencang tanpa alasan. Sehun, tolonglah...

 

    Aku berdegil. Masih menjauhkan mukaku. 

 

   "Luhan, pandanglah muka aku!" kali ini, nada suara Sehun sedikit meninggi. Bahuku juga digoncangnya sedikit. Aku mengalah. Segera aku memalingkan wajahku. Mataku kupandang tajam ke dalam matanya.

 

   "Huh," keluhan berat dihempas dari rekahan bibirnya. 

 

   "Aku nak minta maaf kalau aku selalu risaukan kau, Sehun.." 

 

    Jeda. Aku mengambil nafas panjang.

 

   "Well, you know. Aku bukan kawan yang baik. Aku selalu buat kau risau. Dan aku tak tunjukkan contoh yang baik kepada kau. Sepatutnya aku yang jaga kau tapi sebaliknya. Aku langsung tak......" tidak sempat aku menghabiskan ayatku, dakapan hangat menyelubungi diriku. Aku dapat merasa... degupannya kencang.

 

   "Luhan jangan cakap macamtu," bicara Sehun dalam dakapanku. Sedu-sedannya yang menyayat itu terus berpadu bersama piluku. Perit.

 

   Bahunya kutolak. Kedua-dua belah tanganku kuletakkan di atas bahunya. Biarpun aku tak kuat, aku gagahkan juga. Ibu jariku cuba menyeka airmatanya yang kian membasahi pipi mulusnya itu. Angin siang menerobos kasar membuatkan rambutnya melayang-layang, melambai megah.

 

   "Sehun, now you're old enough.You already can survive on your own without my help," aku cuba mengatur bicara. Segera segugus nafas berat dihempas daripada dada. Tanganku dileraikan daripada bahunya.

 

   "Kenapa kau tak jawab lagi soalan pertama aku hah?" soal Sehun lagi dalam sedunya. Aku tersentak. Macam mana aku nak terangkan dekat kau sedangkan aku pun tak tahu? Sedetik aku bingung. Sebak kian meresap ke dalam diriku.

 

   Perlu ke aku bagitahu?

 

   Aku tak mahu dia risau.

 

   "Aku okay!" balasku acuh tidak acuh. Aku menepuk bahunya dengan lembut. Sesekali senyuman palsu itu terukir lagi. Ah, Luhan kau bodoh!

 

   "Luhan, kenapa kau selalu macamni? kau selalu tipu aku. Mungkin itu aku boleh terima. Tapi kau dah tipu perasaan kau sendiri kau tahu tak?"

 

   Sentap.

 

   Aku tipu?

 

   Jadi, aku ni penipu?

 

   Hulu hatiku terasa pedih. Perit. Badanku terasa berat. Namun, aku cuba tahan. Tanganku juga terasa seperti tidak boleh bergerak lagi. Kegagahanku cuba aku teruskan. Hanya untuknya. Ya.

 

   "Ya, aku okay," nada suaraku meleret. Pandanganku semakin kabur. Berkali-kali aku cuba mengelip mataku namun tiada apa perubahan. Wajah Sehun menjadi samar.

 

   "Luhan! stop it!" bahuku digoncang kuat. Aku masih mengelipkan mataku. Aku takut. Aku takut awan mendung itu membawa Sehun hilang daripada pandanganku. Segalanya akan hilang.

 

   "Sehun....." panggilku. Aku menatap nur di wajahnya sekadar untuk tatapanku biarpun imejnya semakin samar. Wajah itu....... INDAH.

 

   "Ya Luhan?" balas Sehun masih memegang bahuku. Tangannya menggigil bagaikan terkena kejutan elektrik. Aku dapat lihat... ada air jernih yang bertakung di kolam matanya.

 

   "Mungkin ini masa kau...masa kau untuk hidup sendiri. Kau dah tak perlukan seorang kawan macam aku. Aku tahu kau boleh," senyumku meleret. Pandanganku semakin samar. Aku hanya dapat melihat kelibat tanpa wajah di hadapanku. Aku penat mencuba.

 

   "Luhan jangan cakap macamtu! kau kuat. Aku tahu kau kuat!" satu tamparan keras hinggap ke pipi. Aku tersenyum. Masih tersenyum. Biarpun ianya palsu.

 

   "Aku dah tak kuat. Itu hakikatnya," pandanganku semakin redup. Tanganku sudah terasa seperti tiada darah yang mengalir. Kakiku kejang. Hatiku... bagaikan dirobek dengan sembilu.

 

   "Luhan kau tak sayang aku ke? mana janji kau yang kau pernah kotakan dulu? kau akan jaga aku sampai aku mati. Kau yang janji bukan aku," Sehun membuka kembali memori lama kami berdua. Secara tidak langsung, minda membuka kembali layar kenangan. Aku menjadi semakin takut. Aku takut kehilangannya.

 

   "Aku sayang kau. Tapi, aku dah tak boleh hidup lama," luahku. Aku mengalah. Aku terpaksa menceritakan hal sebenarnya kepada Sehun. Aku terpaksa mengalah. Ya. Terpaksa.

 

   "Apa yang kau cakap ni haa?!" Sehun meninggikan nada suaranya. Aku hanya memandangnya dengan pandangan redupku. Awan mendung itu akan datang. Aku pasti.

 

   "Aku tahu kau boleh teruskan hidup tanpa aku. Kau baby yang kuat. Even aku tak ada di sisi kau, ingatlah yang aku sentiasa ada di dalam hati kau. Aku sayang kau. Tapi aku tak pernah nak luahkan. Sehun, aku sayang kau. Aku akan selalu ingat kau. Walaupun..... aku dah tak ada," aku meluahkan segalanya yang terkubur di dada. Sudah tiada makna lagi untuk disimpan. Suaraku sumbang. Juga, aku cuba untuk menyimpan senyuman kelat di bibir usangku ini.

 

   Jauh di sudut hati, aku cuba untuk terus gagah. Biarpun hakikatnya aku semakin lemah.

 

   "Aku pun sayang kau Luhan!" jerit Sehun lantas memeluk erat tubuh lemahku. Aku sempat tersenyum. Merasa tubuh hangat Sehun.. juga degupan kencang jantungnya.. membuatkan aku bahagia. At least, aku tahu kau boleh hidup sendiri selepas ini.

 

   "Aku pun.. aku.. pun.. sa..sayang.. ka..kau..." pandanganku hilang. Imej samar tadi juga hilang. Wajah Sehun.. turut serta hilang. Mataku tertutup rapat. Aku cuba buka namun aku tidak kuat lagi. Kudrat yang ada dalam diriku sudah pergi membawa diri. Aku mengalah. 

 

   Hangatnya dakapan kau, Sehun......

 

   "Luhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan!!!" 

 

   Awan mendung itu... ya... dialah punca kita terpisah..

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
vogurt_
#1
kak sameah design baju raya ta ? aii nak tempah /slapped xD
jaejie
#2
Chapter 1: Baca sambil dengar lagu T-ara ; Don't Leave
Sedih Y.Y kalau lah luhan tu perempuan haih e.e
4DwindflowerJS
#3
Chapter 1: Fuyooohhh!! Ayat dia... *ternganga* diriku hanyut dalam kisah ini... ToT ayat daebak!
Forteenagerss
#4
Chapter 1: Daebak gila! *thumbs up*
Tak sangka kau buat fanfic :3
Btw BBBBBEEEEEESSSSSTTTTTT
baehwililly
#5
Chapter 1: best (y) really daebak
Myungjiyounglo
#6
Chapter 1: omg why this is so sad? ahhhhh ;~; fyi aku benci baca . tapi aku tukarkan nama Luhan ke nama OC. haha lol. but yet still this is the best!