Promise 6

The Promises (Malay Ver.)

“Kau dah gila ke?”

Senyuman lelaki itu mengendur apabila seseorang sedang menegurnya dari belakang.Dia mendengus perlahan.Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang.Kelihatan seorang lelaki berwajah pucat dan berambut perang itu sedang berdiri di belakangnya.

“Disebabkan kecuaian kau,kita diburu sekarang ni,”kata lelaki berambut perang itu.Sesekali dia akan memerhati ke bawah,sedikit bimbang sekiranya jejak mereka dapat dikesan oleh sekumpulan serigala itu.Dia menoleh semula ke arah lelaki berambut hitam itu.

“SeungHo yah,kita mesti pergi dari sini,”kata lelaki itu sambil mencapai tangan SeungHo.SeungHo melepaskan tangannya dengan kasar.Dia memandang tajam ke arah lelaki berambut perang itu.

“Kali ni,aku takkan lepaskan dia lagi,”kata SeungHo,perlahan.

“Dah lama aku nantikan saat ni...dan sekarang dia dah kembali...walaupun bukan dirinya yang asal,”kata SeungHo lagi.Lelaki berambut perang itu mengeluh.

“Aku tak peduli dengan semua tu.Yang penting sekarang ni,kecuaian kau tadi dah mengancam keselamatan kita semua.Kau tak patut muncul depan khalayak ramai tadi,”kata lelaki itu lagi.SeungHo tersenyum sinis.

“Habis tu,kau nak aku biarkan dia mati?”Soal SeungHo.Perasaan marah mulai menguasai dirinya.Lelaki berambut perang itu sekadar membisu.

“Tapi lelaki tu bukannya Sun Mi,manusia yang kau pernah cintai dulu!”Balas lelaki berambut perang itu.Sebaik sahaja dia menghabiskan kata-katanya,SeungHo segera menolak tubuhnya dengan kasar sehingga membuatkan tubuhnya melanggar pokok di belakangnya.Kolar bajunya kemudiannya ditarik oleh SeungHo.

“Kau tak layak untuk sebut nama dia,Cheondung!Kau masih lagi berhutang nyawa dengan aku,dan aku takkan lupakan semua tu,”kata SeungHo.Cheondung tersenyum.

“Jadi kau nak salahkan aku atas semua yang dah berlaku sebelum ni?”Soal Cheondung.SeungHo tidak segera membalas,sebaliknya dia terus memandang tajam ke arah Cheondung.

“SeungHo yah...kita dengan manusia...berbeza.Kita tak boleh bersama dengan mereka.Aku tak nak kau mati kalau terus bersama dengan dia,”kata Cheondung.SeungHo tersenyum sinis.

“Kita memang dah mati pun kan?”Balas SeungHo.Cheondung terdiam.

“Walaupun lelaki tu bukannya Sun Mi...tetapi aku dapat rasakan kehadiran Sun Mi melalui dia.Dan aku akan tuntut janji Sun Mi...yang dia akan datang jumpa dengan aku lagi,”kata SeungHo sebelum dia melepaskan kolar baju Cheondung itu.Dia kemudiannya beredar dari situ,meninggalkan Cheondung keseorangan di situ.Cheondung melepaskan keluhan berat.Ternyata SeungHo seorang yang keras kepala.Dia perlu bertindak.Dia tidak mahu ada sebarang ikatan antara SeungHo dengan manusia yang bernama ByungHee itu.

 

 

“Macam mana?”Soal Joon,sebaik sahaja dia melihat Mir dan beberapa orang konconya melangkah keluar dari kawasan hutan itu.Wajah mereka kelihatan hampa,sudah cukup membuatkan Joon memahami maksud yang mereka cuba sampaikan itu.

“Maknanya mereka terlepas lagi?”Soal Joon,inginkan kepastian.

“Kami tak dapat kesan jejak mereka,Joon Hyung,”jawab salah seorang daripada konco-konconya itu.Joon sekadar melepaskan keluhan kecil.Dia kemudiannya menoleh ke arah Mir.Ternyata Mir tidak berpuas hati dengan hasil buruan mereka pada malam itu.

“Tak apa.Cuma lepas ni kita mesti sentiasa bersedia.Saya akan awasi ByungHee dengan sebaiknya.Awak semua boleh pergi dulu,”kata Joon sebelum dia memandang sekali lagi ke arah Mir.Sebaik sahaja semua konconya beredar dari situ,Joon berjalan mendekati Mir.

“Waeyo?”Soal Joon.Mir tidak menjawab pertanyaan Joon itu sebaliknya dia terus sahaja beredar dari situ.Joon memejamkan matanya.Dia menoleh ke arah Mir.

“Hyung Cuma harap yang Mir takkan buat tindakan yang melulu,”katanya,perlahan.Mir menghentikan langkahnya.

“Hyung tahu yang Mir terlalu bencikan mereka.Tapi Hyung tak nak Mir terlalu ikutkan perasaan marah tu sehinggakan Mir abaikan keselamatan sendiri,”kata Joon.Mir tersenyum sinis.Dia menoleh ke arah Joon.Joon terkejut apabila melihat mata Mir yang mulai bergenang itu.

“Kalau keluarga Mir pun sanggup mati sebab Mir...jadi Mir pun sanggup untuk mati sebab mereka,”kata Mir sebelum dia menukar dirinya menjadi serigala semula,masuk ke dalam hutan.Joon mendengus perlahan.Ternyata dendam Mir terhadap puak Puntianak itu tidak pernah terpadam.

 

 

ByungHee melangkah keluar dari rumah penginapannya tanpa ditemani oleh Joon.Dia sengaja membiarkan lelaki itu lena tanpa diganggu.ByungHee masuk ke dalam keretanya.Tujuannya hanyalah satu – ingin mencari lelaki misteri yang telah menyelamatkannya tempoh hari.

ByungHee berjalan berseorangan sepanjang dia berada di pekan itu.Dia kerap menoleh ke kiri dan ke kanan,seolah-olah sedang mencari sesuatu.Dia terus berjalan tanpa berhenti dengan harapan dia akan dapat bertemu dengan lelaki misteri itu.Wajah lelaki misteri itu masih lagi terbayang jelas dalam ruang mindanya.Sekiranya dia dapat menemui lelaki itu,dia bukan sahaja mahu berterima kasih dengan lelaki itu malah dia ingin mengetahui sekiranya lelaki itu mengalami sebarang kecederaan kerananya.

ByungHee meneruskan langkahnya sehingga bahunya terlanggar seseorang yang tidak dikenalinya.ByungHee menoleh.Kelihatan seorang lelaki bertopi dan berpakaian serba hitam itu turut memandang ke arahnya.Wajahnya kelihatan pucat.Terdapat lingkaran gelap bawah mata yang memikat.Mulutnya pula merah merekah ibarat bunga mawar yang sedang mekar – Dialah lelaki misteri yang sedang dicari oleh ByungHee itu.

ByungHee mengukir senyuman lebar.Akhirnya usahanya untuk menjejaki lelaki misteri itu membuahkan hasil.

“Dapat juga saya jumpa dengan awak,”kata ByungHee,senang hati.Lelaki itu sekadar memandang ke arahnya tanpa sekelumit pun senyuman untuknya.Mata mereka bertentangan antara satu sama lain.ByungHee berasa sedikit gusar dengan pandangan lelaki misteri itu,apatah lagi apabila lelaki itu mendekatkan wajahnya ke arah ByungHee.ByungHee menjauhkan sedikit wajahnya daripada lelaki misteri itu.Lelaki itu menguntum senyuman nipis.

“Awak memang sama macam dia.Seorang yang misteri.Saya tertarik dengan awak,”kata lelaki itu,separuh berbisik.Wajah ByungHee terasa panas apabila mendengar kata-kata lelaki itu.ByungHee mengalihkan pandangannya daripada lelaki misteri itu.Entah mengapa dia berasa tidak selesa dengan pandangan lelaki misteri itu terhadapnya.Kedengaran ByungHee berdehem beberapa kali.

“Em...saya...saya nak ucapkan terima kasih pasal hari tu,”kata ByungHee,tergagap-gagap.Lelaki itu sekadar mendengar.

“Awak ada cedera dekat mana-mana ke?Saya boleh bawa awak ke hospital,”kata ByungHee,ingin tahu.Lelaki itu sekadar tersenyum.

“Saya tak apa-apa.”Balas lelaki itu.

“Lain kali,awak kena berhati-hati.Tempat ni tak sama dengan tempat tinggal awak,”kata lelaki itu lagi.Dia kemudiannya tersenyum lagi sebelum dia berpaling daripada ByungHee,berura-ura untuk beredar dari situ.Dia tidak boleh berada lama di situ.Bimbang kehadirannya di situ dapat dihidu oleh puak Serigala.

“Jung Byung Hee.”

Lelaki itu berhenti melangkah.Dia kemudiannya menoleh ke arah ByungHee.Kelihatan ByungHee sedang tersenyum ke arahnya.

“Nama saya Jung Byung Hee.Awak boleh panggil saya ByungHee,”kata ByungHee,memperkenalkan dirinya.Dia menghulurkan tangannya kepada lelaki itu.Lelaki itu memandang ke arahnya sebelum pandangannya beralih ke arah tangan ByungHee.

 

“Saya Kim Sun Mi.Panggil saya Sun Mi.”

 

Lelaki itu menyembunyikan senyumannya.Ingatannya terhadap kekasih pertamanya itu masih lagi menebal.

“Yang SeungHo.”Balas lelaki bernama SeungHo itu.Tangan ByungHee itu disambutnya.ByungHee tersenyum lebar.Gembira apabila dapat mengetahui nama lelaki itu.

“Jadi,saya boleh panggil awak,SeungHo kan?”Soal ByungHee,teruja.SeungHo tersenyum,tidak mengangguk mahupun menggeleng.Tangan ByungHee itu dilepaskannya.Menyentuh tangan lelaki bernama ByungHee itu,membuatkan bayangan Sun Mi semakin jelas dalam ruang fikirannya.Tanpa sebarang kata-kata,SeungHo beredar meninggalkan ByungHee di situ.ByungHee sekadar membiarkannya pergi.Hatinya berasa begitu senang.

Yang...Seung...Ho...

ByungHee tersenyum lagi.

Gomawo...SeungHo yah...

 

 

“Oraen-maniya...Yang Seung Ho.”

SeungHo menghentikan langkahnya sebaik sahaja dia melangkah ke suatu tempat,memasuki sebuah lorong gelap.Bibirnya yang merah merekah itu menguntum senyuman nipis.Suara lelaki itu sudah lama tidak didengarinya.Namun dia masih lagi mengenali suara lelaki yang sudah lama menjadi pesaingnya itu.

“Akhirnya kau kembali juga ke sini...”SeungHo menoleh ke arah lelaki itu.

“Lee Chang Sun...”

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kakashilover #1
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
kakashilover #2
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
AinSyuyoungi
#3
I'm so sorry guys..currently i have no much time to update the story..and i dont think that i have enough time to translate the story.But i'll try to translate it soon.Jeongmal miane *bow
Dalily #4
Chapter 18: i translate this..and your story line just like twilight...
kakashilover #5
a~h this killing me. Iwish a genie come to u author ssi and translate this story..... just like that
aquakittie
#6
Chapter 9: I google translate it and I can read it like that. please consider it... for our 87 line lovers. D:
*pleas*
aquakittie
#7
Chapter 9: I was wondering if you cant translate to English, then can you change the settings so we can copy and paste it... this is what I am doing with a Spanish fic... Please let me know as soon as you can, I really would like to read this. XD
kakashilover #8
Chapter 14: OMG...author nim this is killing me .when i saw it first ithouht it's written in english and was so excited for the update and when i saw 1st chapter iscream NO NO It's not english.iam sure it's amazing story ican feel that So please please please please author ssii translate it to english(teary bubby eyes)i know u r akind heart person .please give english 87 line.
idaZ_Aplus #9
Chapter 9: OMG! this pic was scare me >,<
ShiMatoki
#10
omg..Sun Mi is my korean name..haha..
other than that it's cool!please update soon!!