Promise 19

The Promises (Malay Ver.)

“Gunbae!!!”

ByungHee tersenyum lebar sambil memandang ke arah Tae Yeon yang berdiri tidak jauh darinya itu.Dia kemudiannya mengangkat sedikit gelasnya yang berisi jus itu sambil tersenyum.Tae Yeon turut membalas senyuman lelaki itu sebelum dia meneguk wine yang berada dalam pegangannya itu.

“Hyung,Ye Jin tak sampai lagi ke?”Soal Doo Joon sambil menepuk bahu ByungHee itu.ByungHee melihat jam tangannya.Ternyata hanya Ye Jin yang masih lagi belum sampai ke parti itu untuk meraikan kedatangan Tae Yeon.

“ByungHee oppa!”

ByungHee menoleh ke belakang apabila terdengar namanya dipanggil.Bibirnya menguntum senyuman lega apabila melihat Ye Jin yang sedang berjalan menghampirinya itu.Wanita itu segera memeluk tubuhnya , tanpa mempedulikan orang lain yang turut berada di situ.Doo Joon tersenyum nakal apabila melihat ByungHee yang sedang dipeluk oleh Ye Jin itu.Tae Yeon pula sekadar tersenyum kelat melihat gelagat pasangan itu.

“Kenapa Ye Jin lambat?”Soal ByungHee sambil melepaskan pelukan teman wanitanya itu.Ye Jin menguntum senyuman manja ke arahnya.

“Oppa risau ke yang Ye Jin datang lambat?”Soal Ye Jin,sengaja menguji.ByungHee tersenyum sambil mengusap lembut kepala Ye Jin,bagaikan anak kecil.Kembang hati Ye Jin apabila dilayan dengan manja oleh teman lelakinya itu.

“Mestilah oppa risau.Kalau apa-apa jadi dekat Ye Jin macam mana?Dahlah oppa call,Ye Jin langsung tak angkat call,”kata ByungHee.

“Miane...Ye Jin baru saja habis kerja tadi.Ye Jin cuba juga datang sini sebab nak jumpa dengan oppa,”kata Ye Jin lagi.

“Tak apalah.Asalkan Ye Jin datang.Tapi lain kali,jawab call oppa.Nanti oppa risau,”kata ByungHee.Ye Jin angguk sambil tersenyum lebar.Gembira hatinya apabila diambil berat oleh lelaki itu.Tidak hairanlah sekiranya perasaan sayang terhadap lelaki itu semakin lama semakin menebal.Pandangan Ye Jin kemudiannya teralih ke arah Tae Yeon yang sedang berdiri tidak jauh daripada mereka itu.ByungHee yang menyedari pandangan Ye Jin itu,turut menoleh ke arah yang sama.

“Oh ya.Kenalkan ini Kim Tae Yeon,model baru agensi kita,”kata ByungHee,memperkenalkan Tae Yeon kepada Ye Jin.Tae Yeon menundukkan sedikit tubuhnya ke arah Ye Jin.

“Saya Kim Tae Yeon,”kata Tae Yeon sambil menghulurkan tangannya kepada Ye Jin.Ye Jin tersenyum ke arahnya sambil menyambut huluran tangan Tae Yeon itu.

“Saya...”

“Lee Ye Jin.Saya kenal awak.Saya ada dengar banyak cerita pasal awak,”kata Tae Yeon,memintas kata-kata Ye Jin.Ye Jin tersenyum nipis.Dia kemudiannya menoleh ke arah ByungHee.ByungHee sekadar tersenyum.

“Ye Jin memang betul-betul popular sekarang ni tau,”bisik ByungHee.Ye Jin tersenyum lebar mendengar bisikan lelaki itu.Dia menoleh semula ke arah Tae Yeon.

“Gembira bertemu dengan awak,Tae Yeon.Saya harap kita boleh bekerjasama dengan baik selepas ni,”kata Ye Jin.Tae Yeon sekadar angguk.

 

 

Ye Jin dan ByungHee kelihatan gembira sekali sambil menari di ruang menari yang terdapat di dalam kelab itu.Lagu DRESS UP oleh MBLAQ yang bergema di seluruh kelab itu membuatkan semua yang berada di situ semakin rancak untuk menari dan berhibur di situ.Tae Yeon sekadar duduk di suatu sudut sambil memerhatikan ke arah ByungHee yang sedang leka menari bersama Ye Jin itu.Pandangannya sekalipun tidak terlepas dari memandang ke arah ByungHee itu.

“Apa yang kau buat dekat sini?”

Tae Yeon sekadar tersenyum nipis apabila mendengar suara seorang lelaki yang sedang menegurnya itu.Perlahan-lahan,dia menoleh ke arah seorang lelaki yang sedang duduk tidak jauh dari tempatnya itu.Kelihatan seorang lelaki berambut blonde dan berpakaian kot hitam itu sedang memandang ke arahnya dengan pandangan yang tajam.Tae Yeon meneguk wine berwarna merah itu sebelum dia menjilat bibirnya yang diwarnakan lipstick berwarna merah jambu itu.

“Kalau saya tak jawab pun soalan awak,awak boleh baca fikiran saya kan untuk tahu jawapannya sendiri?”Soal Tae Yeon,tanpa berkata-kata sebaliknya hanya memandang ke arah lelaki itu.

“Tapi kenapa tiba-tiba kau nak mendekati ByungHee?Apa yang kau nak buat dengan dia?”Soal lelaki itu lagi.Tae Yeon tersenyum.

“Saya Cuma nak dapatkan apa yang saya nak.Takkan itu pun tak boleh?”Soal Tae Yeon pula.

“Dan awak...apa pula yang awak buat dekat sini?Tak lain tak bukan mesti sebab Jung Byung Hee juga kan?”Soal Tae Yeon lagi.

“Sekurang-kurangnya aku datang ke sini adalah untuk melindungi dia daripada orang yang jahat macam kau,”kata lelaki itu , menahan perasaan marahnya.Tae Yeon tersenyum lebar.Dia kemudiannya menoleh semula ke arah ByungHee.Kelihatan lelaki itu masih lagi leka menari bersama teman wanitanya itu.Pandangannya dialihkan semula ke arah lelaki yang sedang duduk tidak jauh darinya itu.

“Saya dah tak peduli lagi apa yang fikrikan terhadap saya,SeungHo.Apa yang pasti,saya akan jauhkan perempuan tu daripada ByungHee terlebih dahulu sebelum saya jadikan ByungHee itu milik saya,”kata Tae Yeon.Kelihatan SeungHo tersenyum sinis.

“Kau ingat aku tak tahu langsung mengenai kisah silam kau sebelum ni?”Soal SeungHo.Tae Yeon memandang ke arahnya.

“Kau buat semua ni sebab kau cuba nak lupakan cinta pertama kau kan?”Soal SeungHo.Tae Yeon tidak membalas kata-kata SeungHo itu.SeungHo kemudiannya berjalan mendekati ke arah Tae Yeon.Dia kemudiannya mendekatkan wajahnya pada telinga Tae Yeon.

“Kau terima sajalah hakikat yang kita ni serupa.Cuma...aku pernah jatuh cinta dengan manusia yang sepatutnya aku bunuh.Tapi kau...jatuh cinta dengan musuh yang patut kita jauhi,”bisik SeungHo sambil tersenyum sinis.Tae Yeon menjeling ke arahnya.

“Baik kau pergi dari sini sebelum aku buat sesuatu kepada ByungHee,”kata Tae Yeon,mengugut.SeungHo tersenyum.Tangan Tae Yeon itu digenggamnya erat.

“Kau takkan berani untuk apa-apakan ByungHee.Sebab kau perlukan dia untuk ubati luka di hati kau tu,”kata SeungHo,tidak gentar terhadap ugutan Tae Yeon itu.

“Oh ya...dia tahu tak yang kau dah tinggalkan Seryang-Je semata-mata untuk memburu cinta ByungHee yang...” SeungHo menoleh ke arah ByungHee,sebelum dia menoleh semula ke arah Tae Yeon.

“...kini dah pun jadi milik wanita tu?”Soal SeungHo.Tae Yeon mengetap bibirnya.

“Kau pun tahu kan...yang ketua puak mereka sentiasa ada di sisi ByungHee semata-mata untuk melindungi ByungHee dari puak kita yang berbahaya ni?Aku yakin kau takkan dapat mendekati ByungHee dengan mudah.”Kata SeungHo,penuh yakin.Tae Yeon memandang ke arahnya.

“Dan aku pun akan melindungi dia walau apa pun yang terjadi.Dan kau...baik kau pergi saja dari sini.Kalau betul yang kau masih cintakan dia...kau patut balik ke Seryang-Je dan lindungi dia daripada puak kita yang sering menimbulkan kekecohan di situ,”kata SeungHo,sebelum dia beredar dari tempat itu.Tae Yeon menggenggam erat tangannya,seolah-olah sedang cuba menahan perasaan marah yang teramat itu.Matanya berubah merah.

 

 

“Awak tak nak menari ke?”Soal ByungHee,yang tiba-tiba sahaja muncul itu.Mata Tae Yeon segera berubah hitam semula apabila menyedari kehadiran ByungHee di situ.Cepat-cepat dia menguntum senyuman paksa ke arah lelaki itu.

“Em...saya...saya tak pandai menari.Saya lebih suka duduk dekat sini saja,”kata Tae Yeon,berbohong.Matanya memandang ke arah Ye Jin yang sedang berjalan ke arah mereka itu.Tanpa berfikir panjang,dia segera mencapai tangan ByungHee.ByungHee kelihatan terkejut dengan tindakan wanita itu,termasuklah Ye Jin.

“Em...boleh tak kalau saya nak menari dengan oppa?Sekejap saja pun tak apa,”kata Tae Yeon,sambil memandang ke arah Ye Jin.Ye Jin sekadar berdiri di situ sambil memandang ke arah mereka.

“Em...”ByungHee menoleh ke arah Ye Jin.Ye Jin cuba memaniskan raut wajahnya sambil mengangguk.Tae Yeon menyembunyikan senyumannya.

“Em...okey,”kata ByungHee,yang langsung tidak mengesyaki apa-apa itu.Tae Yeon kemudiannya menarik tangannya menuju ke ruang tari manakala ByungHee pula memandang ke arah Ye Jin.Ye Jin cuba menahan perasaan cemburunya dengan memaniskan wajahnya ke arah ByungHee.

Tae Yeon memaut bahu ByungHee sebaik sahaja mereka berada di ruang tari itu.ByungHee pula teragak-agak untuk meletakkan tangannya pada pinggang wanita itu.Matanya masih tidak lepas daripada memandang ke arah Ye Jin yang sedang duduk di suatu sudut itu.

“Oppa?”

ByungHee memandang ke arah Tae Yeon.Tae Yeon membuat isyarat kepada ByungHee supaya lelaki itu meletakkan tangannya pada pinggangnya itu.ByungHee menelan air liurnya.Perlahan-lahan,dia meletakkan tangannya pada pinggang Tae Yeon.Tae Yeon menguntum senyuman puas apabila rancangannya berjaya.Dia kemudiannya memandang ke arah SeungHo yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka itu.

“Memang saya cuba nak lupakan dia,SeungHo.Tapi saya bukan nak dekati ByungHee semata-mata untuk merawat luka di hati saya ni sahaja.Tetapi saya memang nak jadikan ByungHee sebagai milik saya...sesuatu yang awak tak sanggup buat ketika awak bersama dengan Sun Mi dulu,”kata Tae Yeon sambil tersenyum sinis.SeungHo sekadar memandang ke arahnya.

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kakashilover #1
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
kakashilover #2
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
AinSyuyoungi
#3
I'm so sorry guys..currently i have no much time to update the story..and i dont think that i have enough time to translate the story.But i'll try to translate it soon.Jeongmal miane *bow
Dalily #4
Chapter 18: i translate this..and your story line just like twilight...
kakashilover #5
a~h this killing me. Iwish a genie come to u author ssi and translate this story..... just like that
aquakittie
#6
Chapter 9: I google translate it and I can read it like that. please consider it... for our 87 line lovers. D:
*pleas*
aquakittie
#7
Chapter 9: I was wondering if you cant translate to English, then can you change the settings so we can copy and paste it... this is what I am doing with a Spanish fic... Please let me know as soon as you can, I really would like to read this. XD
kakashilover #8
Chapter 14: OMG...author nim this is killing me .when i saw it first ithouht it's written in english and was so excited for the update and when i saw 1st chapter iscream NO NO It's not english.iam sure it's amazing story ican feel that So please please please please author ssii translate it to english(teary bubby eyes)i know u r akind heart person .please give english 87 line.
idaZ_Aplus #9
Chapter 9: OMG! this pic was scare me >,<
ShiMatoki
#10
omg..Sun Mi is my korean name..haha..
other than that it's cool!please update soon!!