Promise 5

The Promises (Malay Ver.)

“Apa Hyung buat dekat sini?”Soal Mir,yang kini sedang duduk bersebelahan dengan Joon itu.Joon sekadar tersenyum nipis sebaik sahaja Mir menghabiskan soalannya itu.Joon kemudiannya menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum dihembusnya perlahan-lahan.

“Mir pun tahu kan yang Hyung tak nak datang ke sini lagi.Kalau bukan sebab desakan ByungHee...Hyung takkan berada di sini,”kata Joon,perlahan.Joon melepaskan keluhan kecil.

“Macam mana dia boleh tahu pasal tempat ni?Hyung pernah cerita apa-apa ke pasal tempat ni dekat dia?”Soal Mir lagi.Joon menggeleng.

“Ani.Hyung sendiri tak pasti macam mana dia boleh tahu pasal tempat ni.Tapi Hyung yakin...Puan Jung tak akan sesekali ceritakan mengenai tempat ni dekat dia.Jadi Hyung tak tahu macam mana dia boleh tahu pasal Seryang-Je,”kata Joon.

“Hyung memang nak halang tapi...Hyung...Hyung tak nak identiti sebenar Hyung terbongkar.Sekurang-kurangnya,Hyung boleh berada di sisi dia dan lindungi dia sepanjang dia berada di sini,”kata Joon lagi.Mir menoleh ke arahnya.Riak wajahnya kelihatan tidak senang dengan kata-kata Joon itu.

“Tapi Hyung tahukan yang keadaan ByungHee dalam bahaya selagi dia berada di sini?Lambat laun mereka akan tahu juga mengenai kedatangan ByungHee ke tempat ni,”kata Mir,separuh berbisik.Joon mengetap bibirnya,memikirkan kata-kata Mir itu.

“Mereka dah semakin melampau.Baru-baru ni ada kalangan penduduk di sini dah jadi mangsa terbaru mereka.Tempat ni dah tak selamat,Hyung.Semakin lama,semakin bahaya.Dah makin ramai orang yang berpindah keluar dari sini,”kata Mir,serius.Joon mendengus perlahan.Ternyata keadaan Seryang-Je menjadi semakin bahaya sepanjang ketiadaannya di situ.Dia kemudiannya menoleh ke arah Mir.Matanya dapat melihat jelas lengan Mir yang kebiruan itu.Mir yang menyedari pandangan Joon itu sekadar tersenyum sinis.

“Hyung tak perlu tanya pasal ni.Semua ni sebab kedegilan Mir untuk menceroboh masuk ke tempat puak tu,”kata Mir,selamba.

“Yah!Mir pun tahukan yang kita memang tak boleh masuk ke tempat mereka?Kalau apa-apa jadi dekat Mir macam mana?”Soal Joon,tidak suka dengan tindakan Mir yang melulu itu.

“Mir sanggup mati asalkan Mir dapat bunuh puak tu dengan tangan Mir sendiri,”kata Mir,menekan suaranya.Seolah-olah sudah sekian lama dia menyimpan dendam terhadap musuh tradisinya itu.Joon meletakkan tangannya pada bahu Mir.

“Kawal sifat marah tu.Hyung yakin...tak semua dalam kalangan puak tu jahat.Lagipun perjanjian damai antara puak kita dengan mereka masih ada kan?Hyung tak nak perbalahan lagi antara puak kita disebabkan oleh kecuaian kita sendiri.”Kata Joon.Ternyata Joon seorang yang lebih tenang jika mahu dibandingkan dengan Mir.Jika tidak,Joon tidak akan dilantik sebagai ketua puak Serigala sebelum lelaki itu mengambil keputusan untuk membawa diri ke Seoul demi melindungi nyawa ByungHee yang sentiasa terancam itu.Mir tersenyum sinis.

“Hyung patut perhatikan ByungHee betul-betul.Mir yakin...dia akan datang juga untuk dapatkan ByungHee suatu hari nanti,”kata Mir,sebelum dia bangun dari tempat duduknya itu.Joon tidak pula menoleh ke arahnya.

“Hyung rasa Hyung nampak dia tadi,”kata Joon,separuh berbisik.Mir tidak segera menjawab.Dia langsung tidak terkejut dengan kata-kata Joon itu.Tekaannya tepat sekali.Lelaki itu tetap akan kembali untuk mendapatkan ByungHee.

 

 

Joon menemani ByungHee bersiar-siar di salah satu pekan yang terdapat di Seryang-Je itu.ByungHee tertarik melihat pelbagai barangan yang dijual di situ.Joon turut melihat-lihat sekeliling pekan itu.Entah mengapa hatinya berasa tidak selesa ketika itu.Seolah-olah dia dapat merasakan sesuatu perkara buruk yang mungkin terjadi selepas itu.Joon memerhatikan ByungHee yang sedang leka mengambil gambar di pekan itu.

 

“Hyung patut perhatikan ByungHee betul-betul.Mir yakin...dia akan datang juga untuk dapatkan ByungHee suatu hari nanti.”

 

“Yah,Joon ah!”

Joon tersentak apabila terdengar namanya dipanggil oleh ByungHee.Dia menoleh.

“Hyung nak beli sesuatu untuk breakfast dekat situ.Joon nak tak?Kalau nak,Hyung belikan,”kata ByungHee,sambil menggantungkan semula kameranya pada lehernya itu.

“Em...boleh juga.Kita pun tak breakfast lagi kan?Bolehlah juga,Hyung.Joon tunggu Hyung dekat sini,okey?”Kata Joon,sambil tersenyum.ByungHee membalas senyumannya sebelum dia beredar meninggalkan Joon di situ untuk seketika.Joon melepaskan keluhan kecil.Jauh di sudut hatinya,dia tidak mahu berjauhan daripada ByungHee.Entah mengapa dia berasa bimbang akan keselamatn lelaki itu.Namun dia terpaksa mengawal perasaan bimbangnya itu.Dia tidak mahu identitinya dapat dihidu oleh ByungHee,yang akan menyukarkan baginya untuk melindungi lelaki itu dengan lebih dekat.

Joon duduk di atas bangku batu sambil menunggu kedatangan ByungHee.Sekali sekala dia akan melihat jam tangannya.Hatinya kian resah apabila lelaki itu masih lagi belum kembali kepadanya.

“Mana dia ni?”Soal hatinya,bimbang.Joon mulai tidak senang duduk.Dia bangun dari tempat duduknya sambil menoleh ke arah kiri dan kanan,untuk mencari kelibat ByungHee.

“Baik aku pergi cari dia,”katanya,sambil menghayun langkahnya beredar dari situ.

 

Joon terkejut apabila melihat ramai orang sedang berkerumun di suatu tempat.Kedengaran bising sekali dalam khalayak ramai itu,seperti sedang melihat sesuatu yang menggemparkan.Dadanya berdebar-debar apabila wajah ByungHee terbayang dalam fikirannya.Cepat-cepat dia berlari ke arah orang ramai itu untuk melihat sendiri kejadian yang sedang berlaku itu.Matanya terbuka luas apabila melihat ByungHee yang sedang terduduk di situ dalam keadaan terkejut.Lelaki itu hanya memandang ke arah lantai tanpa mengerdipkan matanya.Joon segera mendekati ke arahnya sebelum dia menyentuh kedua-dua bahu ByungHee itu.

“Hyung!Hyung!”Joon memanggil lelaki itu.Perlahan-lahan,ByungHee mendongak,memandang ke arahnya.

“Joo..Joo..Joon ah...”Balas ByungHee,tergagap-gagap.Wajahnya kelihatan pucat dan berpeluh.

“Kenapa ni?”Soal Joon,bimbang.Namun mulut ByungHee bagaikan terkunci rapat.Dia tidak mampu untuk menjelaskan hal itu kepada Joon kerana masih lagi dalam keadaan terkejut.Joon kemudiannya melihat keadaan sekeliling ByungHee yang bersepah itu.Apa yang lebih mengejutkannya ialah terdapat sebatang palang besi yang sangat besar turut berada di belakang ByungHee.Dia mendongak ke atas.Matanya terbuka luas apabila melihat suatu kelibat sedang berada di situ.Namun  Joon tidak dapat melihat wajah kelibat itu dengan jelas kerana silauan cahaya matahari yang terik itu.Perlahan-lahan kelibat itu hilang dari pandangan matanya.Joon mengetap bibirnya.Ternyata kehadiran ByungHee sudah pun diketahui oleh puak pemakan darah itu.Dia menoleh semula ke arah ByungHee yang masih lagi dalam keadaan terkejut itu.Joon kemudiannya membantu lelaki itu untuk berdiri sebelum dia memapah lelaki itu untuk beredar dari situ.

Joon terpandang ke arah Mir yang sedang berdiri di celah-celah orang ramai itu.Dia memandang ke arah Mir yang pandangannya itu hanya mampu difahami oleh Mir.Mir mengukir senyuman puas hati sambil mengangguk.

 

“Hyung ada luka kat mana-mana tak?”Soal Joon sambil memeriksa lengan ByungHee sebaik sahaja mereka sudah pun berada di bilik.ByungHee yang mulai kelihatan tenang itu menggeleng.

“Hyung okey.Hyung tak ada apa-apa,”katanya perlahan.Joon melepaskan nafas lega sebaik sahaja dia betul-betul memastikan tubuh ByungHee yang langsung tidak mengalami kecederaan itu.Dia memandang ke arah ByungHee yang sedang bersandar pada kepala katil itu.

“Apa yang dah berlaku sebenarnya,Hyung?”Soal Joon,ingin tahu.ByungHee diam seketika.Dia kemudiannya memandang ke arah Joon yang sedang menantikan jawapan daripadanya itu.

 

 

Imbas kembali:

 

 

ByungHee melihat kepelbagaian makanan yang sedang dijual di situ.Bibirnya tersenyum lebar apabila melihat pelbagai jenis makanan yang enak dijual di situ.Perhatiannya teralih ke arah sebuah kedai kecil sebelum dia melangkah mendekati kedai itu.Namun langkahnya terhenti apabila dia terdengar bunyi bising dari atas.Dia mendongak.Matanya terbuntang luas apabila melihat sebuah sebatang palang besi yang besar sedang terjatuh ke arahnya.Entah mengapa dia merasakan kakinya terkunci rapat di situ,tidak mahu langsung untuk beredar dari situ.ByungHee kemudiannya terkejut apabila seorang lelaki misteri memeluk tubuhnya sehingga menyebabkan ByungHee terduduk di situ ,sebelum tubuh lelaki misteri itu dihempap oleh palang besi itu dengan kuat.Semua orang yang berada di situ turut terkejut dengan kejadian yang sedang berlaku itu.Perlahan-lahan,ByungHee memandang ke arah lelaki misteri yang baru sahaja menyelamatkannya itu.Wajah lelaki itu kelihatan pucat sekali dengan bibirnya yang merah merekah itu.Terdapat lingkaran gelap pada bawah matanya yang membuatkan wajah lelaki itu kelihatan lebih kacak.Rambutnya yang hitam keperangan dan menutup dahinya itu membuatkan penampilan lelaki itu lebih menarik.Mata mereka saling berpandangan antara satu sama lain sebelum lelaki misteri itu meleraikan pelukannya terhadap ByungHee.Dia berdiri , berura-ura mahu segera beredar dari situ sebelum kehadirannya di situ diketahui oleh puak Serigala yang sentiasa bersedia mengawal kawasan itu.Lelaki misteri itu menoleh semula ke arah ByungHee sebelum dia segera beredar dari situ dengan sekelip mata.ByungHee menoleh ke arah palang besi yang berada di belakangnya itu.Matanya terbuka luas apabila melihat palang besi yang kelihatan bengkok itu.

“Siapa lelaki tu sebenarnya?”Soalnya sendiri.

 

 

Lelaki itu duduk di atas dahan pokok yang tertinggi sambil merenung langit malam yang kelihatan tenang itu.Perlahan-lahan dia melepaskan keluhan kecil sebelum dia menguntum senyuman nipis.

"Akhirnya aku dapat bertemu dengan dia,"katanya,perlahan.Wajah ByungHee yang dijumpainya sebentar tadi masih lagi terbayang-bayang di ruang matanya.Sudah begitu lama dia menantikan saat itu - untuk bertemu dengan ByungHee.

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kakashilover #1
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
kakashilover #2
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
AinSyuyoungi
#3
I'm so sorry guys..currently i have no much time to update the story..and i dont think that i have enough time to translate the story.But i'll try to translate it soon.Jeongmal miane *bow
Dalily #4
Chapter 18: i translate this..and your story line just like twilight...
kakashilover #5
a~h this killing me. Iwish a genie come to u author ssi and translate this story..... just like that
aquakittie
#6
Chapter 9: I google translate it and I can read it like that. please consider it... for our 87 line lovers. D:
*pleas*
aquakittie
#7
Chapter 9: I was wondering if you cant translate to English, then can you change the settings so we can copy and paste it... this is what I am doing with a Spanish fic... Please let me know as soon as you can, I really would like to read this. XD
kakashilover #8
Chapter 14: OMG...author nim this is killing me .when i saw it first ithouht it's written in english and was so excited for the update and when i saw 1st chapter iscream NO NO It's not english.iam sure it's amazing story ican feel that So please please please please author ssii translate it to english(teary bubby eyes)i know u r akind heart person .please give english 87 line.
idaZ_Aplus #9
Chapter 9: OMG! this pic was scare me >,<
ShiMatoki
#10
omg..Sun Mi is my korean name..haha..
other than that it's cool!please update soon!!