Promise 23

The Promises (Malay Ver.)

ByungHee yang sedang duduk berhadapan dengan gambar Ye Jin itu kelihatan sugul.Dia langsung tidak memandang wajah setiap tetamu yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada Ye Jin itu.Dia hanya menundukkan wajahnya,seolah-olah sedang menyembunyikan tangisannya daripada dilihat oleh orang lain.Joon turut terkejut dengan kejadian malang yang menimpa pasangan itu.Dia masih ingat lagi suara ByungHee yang kedengaran ketakutan ketika lelaki itu menghubungi telefon bimbitnya pada malam kejadian itu.

 

 

 

Imbas kembali:

“Yeoboseyo.Hyung ah?”Pantas sahaja Joon menjawab panggilan telefon lelaki itu.

“J..Joo..Joon ah...”

Joon membulatkan matanya apabila mendengar suara ByungHee yang kedengaran tergagap-gagap itu.Dia memegang erat telefon bimbitnya itu.

“Hyung ah?Kenapa ni?”Joon mulai bimbang.Dia berjalan menuju ke arah tingkap biliknya,cuba memeriksa sesuatu sekiranya perbualan mereka sedang diintip oleh pengintip yang dihantar oleh puak puntianak itu.

“Hyung ah...cepat beritahu Joon apa yang dah jadi,”kata Joon,separuh berbisik.Dia mulai tidak sedap duduk.Adakah puak itu sudah berjaya mendapatkan ByungHee yang selama ini menjadi buruan mereka itu?

“Ye...Ye...Ye Ji..Ye Jin...Ye Jin...”

Joon mengerutkan dahinya.Ye Jin?

“Hyung ah...beritahu Joon...kat mana Hyung berada sekarang?Joon akan ke sana,”kata Joon.

“Rumah Ye Jin,”jawab ByungHee,perlahan.

“Hyung tunggu Joon kat situ.Kalau ada sesuatu yang berlaku,cepat telefon Joon.Arasso?”Soal Joon sebelum dia segera menamatkan panggilan telefon itu.Tanpa menunggu dengan lebih lama,Joon segera melompat keluar dari tingkap biliknya sebelum jasadnya bertukar menjadi seekor serigala yang besar,melompat laju dari satu bangunan ke satu bangunan yang lain.

 

Joon kini yang sudah pun berubah semula menjadi manusia itu segera melangkah masuk ke dalam rumah Ye Jin yang kelihatan berselerak itu.Jantungnya berdegup kencang apabila melihat keadaan rumah Ye Jin yang langsung tidak teratur itu.Seolah-olahnya rumahnya dipecah masuk oleh penceroboh.

“Hyung ah!”Joon melaungkan nama ByungHee sambil menaiki anak tangga , menuju ke tingkat dua rumah itu.Dia mencari-cari ByungHee di setiap bilik yang terdapat di tingkat dua itu sehinggalah dia menjumpai ByungHee yang sedang memangku Ye Jin itu.Bilik itu penuh dengan darah merah pekat yang mengalir dari tubuh Ye Jin itu.ByungHee yang sedang memangku tubuh Ye Jin itu kelihatan sugul.Air matanya masih lagi mengalir membasahi pipinya itu.Bajunya pula penuh dengan kesan darah Ye Jin itu.Perlahan-lahan,Joon berjalan menghampiri ByungHee itu.

“Hyung ah...”Joon bagaikan kelu untuk berkata-kata.Dia masih sukar untuk percaya dengan kejadian yang sedang berlaku di rumah itu.Dia mengetap bibirnya.Dia yakin semua ini ialah angkara puak puntianak yang sedang cuba untuk mengancam nyawa ByungHee itu.Dia melihat ke arah Ye Jin yang sedang dipangku erat oleh ByungHee itu.Jasad wanita itu kelihatan kaku,tidak bernyawa.Joon menundukkan wajahnya,cuba menyembunyikan perasaan marah dan sedih yang sedang meluap-luap itu.

 

 

 

ByungHee dibiarkan berseorangan di hadapan abu mayat Ye Jin sebaik sahaja segala urusan pengebumian itu selesai dilakukan.Joon sekadar memerhatikannya dari jauh.Dia yakin ByungHee lebih selesa untuk berseorangan buat sementara waktu.Joon melepaskan nafas berat.

“Joon ah.”Joon mengangkat sedikit kepalanya.Dia amat mengenali suara lelaki itu.Perlahan-lahan,dia menoleh ke belakangnya.Kelihatan SeungHo dan Tae Yeon sedang berdiri di belakangnya.Joon sekadar memandang ke arah mereka tanpa sebarang kata-kata.

“Saya yakin...semua ni angkara Cheondung.Dia dah ada dekat sini,”kata Tae Yeon,perlahan.SeungHo sekadar membisu.Begitu juga dengan Joon.Joon menggenggam erat tangannya.

“Nampaknya mereka betul-betul dah bertindak,”kata Tae Yeon lagi.Dia memandang ke arah ByungHee yang sedang duduk berseorangan di situ.Hatinya dilanda perasaan sedih yang teramat.Sungguh tidak dijangkanya yang semua ini akan berlaku dengan begitu cepat.Sememangnya dia mahu memisahkan ByungHee dengan Ye Jin namun bukan ini yang dia mahukan.Kejadian yang menimpa Ye Jin itu sesuatu yang sangat zalim dilakukan oleh puaknya itu.Apatah lagi,Ye Jin langsung tidak mengetahui apa-apa yang terjadi antara puaknya dengan ByungHee itu.Hanya kerana wanita itu sentiasa berada di sisi ByungHee,dia turut menjadi mangsa kekejaman puaknya yang langsung tidak berhati perut itu.

SeungHo mulai melangkah menuju ke arah ByungHee.Namun tindakannya dihalang oleh Joon apabila lelaki itu serta-merta mencapai tangannya yang sejuk itu.SeungHo menoleh ke arahnya.

“Apa yang kau nak buat ni?”Soal Joon.SeungHo sekadar tersenyum sambil melepaskan tangan Joon dengan lembut.Dia menyambung langkahnya semula ke arah ByungHee.Joon dan Tae Yeon sekadar memerhati dari jauh.

 

Langkah SeungHo terhenti apabila dia kini sudah pun berada di belakang ByungHee.Wajah Ye Jin yang tersenyum manis di dalam gambar itu diperhatikannya.Kesakitan yang sedang dialami oleh ByungHee itu seolah-olah dapat dirasainya dari dalam.Kesakitan yang pernah dialami ketika hari kematian Sun Mi itu kembali dirasainya.Kini,anak lelaki tunggal Sun Mi pula merasai kesakitan yang pernah dialaminya 32 tahun yang lalu.

Perlahan-lahan,SeungHo melabuhkan punggung di sebelah ByungHee.Wajah ByungHee yang sugul itu diperhatikannya.ByungHee pula masih lagi berkelakuan seperti tadi,seolah-olah langsung tidak menyedari kehadiran SeungHo di situ.SeungHo sekadar membisu.Hanya menemani ByungHee dalam diam.

 

 

 

Imbas kembali:

 

Ye Jin sibuk bermain dengan kamera milik ByungHee manakala ByungHee pula lebih selesa membaca majalah sambil menikmati jus di kala cuaca yang sedikit panas itu.Ye Jin menghalakan lensa kamera itu ke arah ByungHee.ByungHee yang menyedari kelakuan Ye Jin itu tersenyum sambil meletakkan tangannya pada lensa kamera itu.

“Oppa...”Ye Jin merungut manja.

“Oppa tak sukalah,Ye Jin,”kata ByungHee.Ye Jin memuncungkan mulutnya.

“Oppa tangkap gambar Ye Jin boleh.Ye Jin nak tangkap gambar oppa,oppa tak bagi pula,”kata Ye Jin,merajuk.ByungHee tersenyum.Dia kemudiannya meletakkan majalah yang dibaca itu di atas katil.Dia memusingkan tubuhnya,menghadap ke arah Ye Jin.

“Mestilah oppa nak tangkap gambar Ye Jin banyak-banyak.Sebab nanti oppa rindu dekat Ye Jin,”kata ByungHee,sambil mencuit hidung teman wanitanya itu.Ye Jin tersenyum malu.

“Jadi oppa betul-betul sayangkan Ye Jin?”Soal Ye Jin.ByungHee tersenyum sambil angguk.Ye Jin kemudiannya meletakkan kamera milik ByungHee itu di atas katil,sebelum dia memaut leher lelaki itu.ByungHee sekadar membiarkannya.Pandangan mereka bertentangan antara satu sama lain.

“Gomawo.Sebab oppa sudi untuk menerima cinta Ye Jin walaupun oppa tahu yang Ye Jin ni tak sempurna seperti Ailee yang sering muncul di kaca tv tu,”kata Ye Jin,merujuk kepada namanya , Ailee , yang terkenal dalam dunia peragaan itu.ByungHee meletakkan tangannya pada pinggang wanita itu.

“Pada oppa...Ye Jin dah cukup sempurna.Apa yang penting...Oppa Cuma nak Ye Jin sentiasa bersama dengan oppa...untuk hari ini,esok...dan selamanya,”bisik ByungHee.Ye Jin tersenyum lebar.Dia menatap wajah ByungHee yang amat disayanginya dari hari ke hari itu.

“Oppa ingat lagi tak...kali pertama kita berjumpa dulu?”Soal Ye Jin,cuba mengimbau kenangannya bersama ByungHee itu.ByungHee tergelak kecil sambil mengangguk.

“Oppa mengaku...oppa betul-betul tak suka dengan Ye Jin waktu kali pertama kita jumpa dulu.Kadang-kadang sampai oppa rasa nak tukar tempat kerja tau.Sebab Ye Jin ni cerewet yang teramat.Penat oppa kerja dengan Ye Jin dulu,”kata ByungHee.Ye Jin turut ketawa.

“Oppa pun sama.Oppa dulu pun sombong dengan Ye Jin.Ye Jin pun rasa malas nak kerja dengan oppa waktu tu,”kata Ye Jin,turut tidak mengalah.ByungHee sekadar tersenyum.Rambut Ye Jin itu diusapnya lembut.Perlahan-lahan,dia mencium pipi gebu wanita itu.

“Tapi sekarang oppa sangat sayangkan Ye Jin.Ye Jin mesti janji dengan oppa...yang Ye Jin takkan sesekali tinggalkan oppa.Hm?”Soal ByungHee,perlahan.Ye Jin kemudiannya memeluk tubuh ByungHee dengan erat.

“Ye Jin tak boleh hidup tanpa oppa.Mana mungkin Ye Jin sanggup tinggalkan oppa,betul tak?”Balas Ye Jin.ByungHee tersenyum sambil membalas pelukan wanita itu.Leher Ye Jin itu dikucupnya lembut.

“Oppa...”Ye Jin memanggil namanya,lembut.

“Hm?”Balas ByungHee.

“Nanti...oppa ajarkan Ye Jin masak boleh?”Soal Ye Jin.ByungHee melepaskan pelukan wanita itu.Wajah Ye Jin itu ditatapnya.

“Kenapa tiba-tiba saja ni?”Soal ByungHee,ingin tahu.Ye Jin tersenyum malu.

“Yelah...Ye Jin nak belajar masak makanan kegemaran oppa.Sebab...kalau kita dah kahwin nanti,Ye Jin nak jadi surirumah sepenuh masa.Ye Jin nak sediakan semua keperluan oppa termasuklah masak makanan kegemaran oppa,”kata Ye Jin,memasang impiannya sendiri.ByungHee tersenyum lebar sehingga menampakkan barisan giginya yang kemas itu.

“Boleh.Nanti oppa ajarkan,”kata ByungHee.Ye Jin tersenyum puas.ByungHee kemudiannya memegang dagu Ye Jin,supaya mata mereka berpandangan antara satu sama lain.Perlahan-lahan,dia menghadiahkan kucupan lembut pada bibir wanita itu.

“Ye Jin ah...saranghae...”Ucap ByungHee,perlahan.

“Nado...saranghae...”Balas Ye Jin.

 

 

 

 

Air mata ByungHee mengalir laju.Semua kenangannya bersama Ye Jin mulai bermain dalam fikirannya satu persatu.Dadanya terasa sakit,kerana terpaksa menanggung kesedihan yang teramat itu.SeungHo turut berasa sebak apabila melihat ByungHee yang sedang bersedih akan kehilangan Ye Jin itu.Perlahan-lahan,dia menarik ByungHee ke dalam pelukannya sebelum diusapnya lembut belakang lelaki itu.ByungHee pula terus menghamburkan kesedihannya dalam pelukan lelaki itu.

“Kajima...Ye Jin ah...”Tangis ByungHee.

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kakashilover #1
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
kakashilover #2
Chapter 26: i try to translate it by google but i could barely understand things...i think i will be patient and wait for u kekeke
AinSyuyoungi
#3
I'm so sorry guys..currently i have no much time to update the story..and i dont think that i have enough time to translate the story.But i'll try to translate it soon.Jeongmal miane *bow
Dalily #4
Chapter 18: i translate this..and your story line just like twilight...
kakashilover #5
a~h this killing me. Iwish a genie come to u author ssi and translate this story..... just like that
aquakittie
#6
Chapter 9: I google translate it and I can read it like that. please consider it... for our 87 line lovers. D:
*pleas*
aquakittie
#7
Chapter 9: I was wondering if you cant translate to English, then can you change the settings so we can copy and paste it... this is what I am doing with a Spanish fic... Please let me know as soon as you can, I really would like to read this. XD
kakashilover #8
Chapter 14: OMG...author nim this is killing me .when i saw it first ithouht it's written in english and was so excited for the update and when i saw 1st chapter iscream NO NO It's not english.iam sure it's amazing story ican feel that So please please please please author ssii translate it to english(teary bubby eyes)i know u r akind heart person .please give english 87 line.
idaZ_Aplus #9
Chapter 9: OMG! this pic was scare me >,<
ShiMatoki
#10
omg..Sun Mi is my korean name..haha..
other than that it's cool!please update soon!!