The old woman
There's something behind YOUDi perpustakaan sekolah, ada gambar besar tergantung pada dinding. Dalam gambar tu ada seorang wanita tua dengan rambut putih. matanya mengerikan dengan riak wajahnya yang bengis. Itu ialah gambar pemilik sekolah ini yang telah lama meninggal sejak tahun 90 an.
Hampir setiap hari aku pandang gambar tu disebabkan saiznya yang besar, lebih besar dari ketinggian aku. Tapi ada cerita yang pelajar sekolah selalu cerita dari mulut ke mulut. Ada orang cakap yang mata gambar tu akan bergerak waktu tengah malam. Ada juga yang pernah terjumpa 'dia' yang sedang berdiri di depan pintu perpustakaan semasa pengawal nak periksa bilik. Dan, ada juga yang cakap terdapat kesan darah pada belakang gambar. Mungkin sebab cara kematian dia tragis. Ada seseorang tembak dia semasa dia jaga perpustakaan ni dan kesan darah terpercik pada gambar.
Dan roh dia masih kat sini. Aku tau sebab.. Dia ada di sebelah aku sedang membaca buku.
" puss puss.. Marilah ke sini . Miao.. " suara wanita tua tu kedengaran. Aku cuma duduk di situ, dan berharap yang malam ni akan berakhir dengan cepat.
" Kucing comel, marilah sini dengan auntie "
Comments