Cinderella?

Enchanted Forest of Cursed Love

 

"Jahanam! Mentang-mentanglah kau boleh arah aku buat macam-macam, kau buli aku macam ni!" geramku. Tanganku ligat membasuh pinggan. Mamaku tiada di rumah jadi aku terpaksa duduk dengan papa tiri aku. "YAAHH!! IMA!! dah basuh baju aku ker belum? Lembablah kau ni!" jerit papa tiriku. Satu dunia boleh dengar! Ya . . Dialah insan yang paling aku benci kat dunia ni. Nama papa tiriku itu Kim Himchan. Well, kadang-kala aku ade terfikir jugak yang nasibku ni macam Cinderella. Tapi bile difikirkan balik memang TAKlah sebab aku bukan jenis yang lemah lembut tahap gemalai tu. Nak suruh aku berlembut dengan mamat tu? MEMANG TAKLAH WEII. Kenapa aku benci sangat dengan papa tiri aku tu? Ehem~Ehem~ Meh aku terangkan...
 
 
 
*(flashback jap..) Sejak aku kemalangan tahun lepas aku langsung tak ingat satu benda pun. Sedar-sedar je ade seorang kakak nangis-nangis bila nampak aku mula sedarkan diri. kakak tu cakap dia mama aku. Woh, mude kowt. Mase tu memang aku tak boleh ingat apa-apa jadi aku terima je. Aku cuba tanya mama papa kat mne. Mase tu mama diam je. Beberapa hari kemudian, bila aku dah keluar wad mama bawak aku jumpa papa. Papa nampak gembira bila nampak aku. Aku tak tahu kenapa tetapi aku dapat rasakan yang aku rapat dengan papa dulu. Aku pernah tanya mama apa penyakit papa.Kanser.Itu sahaja jawapan mama. Sejak hari itu, aku sering lawat papa kat hospital.Aku selalu beri bunga ros putih untuk papa dan papa akan membalasnya dengan memberikanku gula-gula susu. Papa cakap aku suka gula-gula ni dulu masa sebelum aku kemalangan. Aku hanya tersenyum. Pada suatu hari, dalam perjalanan balik dari ziarah papa, aku ternampak seorang pemuda menarik lengan mamaku. " AKU CAKAP TAK NAKLAH! KAU BERAMBUS DARI SINI! KALAU KAU NAK BALIK DUIT KAU NANTI AKU BAYAR BALIK! PERGI!!," tengking mamaku. Aku hanya menyorok di sebalik dinding dan memerhatikan dari jauh. Pemuda itu membisikkan sesuatu di telinga mamaku dan tersenyum sinis. Air muka mamaku berubah pucat. Pemuda itu meninggalkan mamaku. "APA?! mama pinjam duit dari mamat tu? 
RM 57 000?" tanyaku tidak percaya. Mama hanya mengangguk. "Sekarang mamat tu suruh mama kahwin dengan dia?" tanyaku lagi. " Ya . . tapi . . mama minta Milcha jangan jumpa dengan budak tu . . mama takut dia apa-apakan Milcha."kata mamaku. Beberapa minggu kemudian, semasa tengah ziarah papa, aku tiba-tiba pulak rasa nak ke tandas. Aku patah balik nak keluar pergi tandas tapi papa sempat memegang tanganku. "Tolong temankan papa kejap," kata papaku. "Alahh pa, kejap jer nanti Milcha datang balik.. Papa kira sampai 10. . confirm Milcha kat sebelah papa nanti," kataku sambil melepaskan pegangan papaku dan menuju ke tandas. Bila aku datang balik kat wat papa, ade orang kat dalam. Aku jengketkan kakiku untuk lihat siapa di dalam. Seorang lelaki tersenyum di hadapan papaku lalu berjalan menuju ke arah pintu. Aku cepat-cepat menyorok dan memerhatikan lelaki itu pergi dari situ. Kemudian aku segera dapatkan papa. Papa tengah tidur. Perlahan-lahan aku memegang tangan papa. Sejuk! Mukaku berubah pucat. Aku segera memanggi l doktor.Papa disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas. Puncanya masih disiasat. Apa yang aku dengar ialah papaku dibunuh . . siapa yang bunuh papaku? Lelaki yang lawat dia hari itukah? Di hadapan pusara papa aku meletakkan sekuntum mawar. Sejak kematian papa, Mama nekad kahwin dengan pemuda itu. Entah kenapa sebabnya. Pemuda itu dengan mama beza umur dekat15 tahun. Manakala beza umur aku dengan pemuda itu hanya 5 tahun. Selepas perkahwinan mama, baru aku dapat tengok muka pemuda atau papa tiri aku tu dengan jelas. Memang sah! Memang dialah yang aku nampak masa kat wad papa dulu. Apa hubungan dia dengan papa? Aku cuba tanya mama. "Maafkan mama sebab buat Milcha macam ni . . sebenarnya memang lelaki itulah yang bunuh papa . .dia pernah ugut mama kalau mama tak kahwin denga dia. . dia akan bunuh papa kamu . . mama takut sangat tapi mama tak nak lepaskan papa kamu sebab mama sayang papa kamu . . sebab itulah mama kahwin dengan dia sekarang . .  mama takut dia akan apa-apakan kamu pula . . tapi mama dah buat  perjanjian kalau kita dapat bayar balik RM57000 tu dia akan cerai dengan mama."  terang mama. Aku hanya mengetapkan bibirku geram. "Dahlah kau bunuh ayah aku . . pastu kau rampas keluarga yang baru aku nak rapat ni . . tak cukup lagi  . .kau nak jadikan aku dan mama buruh pakse pulak!!," (end flashback)*
 
 
 
 
 
Kalau diikutkan hati . . nak je aku lapor kat polis tapi mama halang. Mesti ade sebabnya sendiri. Nak buat macam mana? Terpaksalah aku mengharungi hidup aku dengan orang yang aku benci ni! "Ni kasut aku . . cepat gilap . . aku nak dia berkilat dari jam tangan mahal aku ni," kata papa tiriku itu sambil mencampakkan kasutnya ke arah aku dan terus pergi. Aku mungeluarkan anak patung 'voodoo' papaku yang aku buat sendiri dan tarus menikam anak patung tu bertubi-tubi. Geram! Kalau campak pun campak lah kat bawah ..ni tak..nak kene muka aku yang cantik ni jugak. Mama balik malam jadi aku kena siapkan makan malam. Nak tau muka aku yang precious ni macam mana?
 
 
Comel tak? hihi^^
 
Kerja rumah aku kena buat semua . . mama sibuk nak kumpul duit .. papa tiri aku tu pulak ashik lepak je memanjang. Sedang aku memotong tomato, tiba-tiba aku terasa ada orang yang memelukku dari belakang. Dia meletakkan dagunya di bahuku. " Malam ni you nak masak apa untuk I?" bisik dia di telingaku. Hatiku berdegup kencang. Aku melihat wajah dia perlahan-lahan. What the hell? Himchan tersenyum. Dia ni dah kenapa . . buang tebiat ke ape tetibe je peluk aku bagai . . ni yang rase macam gunung berapi nak meletup ni! Aku meleraikan pelukannya dan menolaknya ke belakang. Dia tersenyum dan mendekati aku lalu dia hampir menciumku di bibir. *PPANG!!* Haaa .. kan dah kena penangan penampar Hang Tuah aku. Padan muka. Aku tersenyum puas . . oh yess akhirnya aku tampar jugak mamat ni. Himchan meletakkan sebelah tapak tangan di pipinya dan melihatku dalam keadaan marah. Dia memegang pergelangan tanganku erat dan menarikku menuju ke arah bilikku. Aku cuba menggigit tangannya namun tidak berjaya. Himchan terus mencampakku ke arah katil dan mengunci bilikku. Habislah . . tamatlah riwayat aku sebentar nanti. Habis badan aku kena hinggap dengan tali pinggang dia nanti .. aku cuba pandang sekeliling kalau-kalau aku boleh lari tapi hampa. Himchan terus meluru ke arahku dan ingin mendakapku. Aku tak fikir apa-apa dan terus pukul Himchan dengan lampu tidurku. Himchan tak sedarkan diri. Aku ambil kesempatan ini untuk melarikan diri. Aku cuba memulas tombol pintu namun berkunci. Aku cuba cari kunci kalau-kalau terjatuh namun tidak berhasil. Himchan mula sedarkan diri. Aku terpaksa larikan diri ikut tingkap bilikku. Nasib baik muat lagi. Aku terus berlari menuju masuk ke dalam hutan di belakang rumahku itu. Aku takut. Air mataku mengalir deras. Pelbagai tanda tanya berada di fikiranku. Aku teruskan berlari meskipun pada senja itu hujan renyai-renyai membasahi tubuhku.
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Farihan03 #1
Chapter 20: Kalau aku jadi die aku pilih zelo so cuteeee
choitaejun_96
#2
Chapter 20: apa jadi sebenarnya?
bysyyui
#3
Chapter 13: kalau aku la, aku pilih pintu zelo sebab kesian tengok zelo and aku tau destiny aku mesti dgn zelo walaupn jonghyun tak suka pergi mampos la dia xD
24433YG
#4
Chapter 20: oh..so milcha dengan yongguk?kesian yang lain..mesti milcha susah nak buat keputusan. sedih siak *sobs* T^T T^T
24433YG
#5
Chapter 17: jello so cute ><
24433YG
#6
Chapter 3: omo~~~ gambar cheesecake tu buat aku lapar.haha.. ^^
put_up
#7
Chapter 20: akhirnye dgn yongguk? o_o
put_up
#8
Chapter 18: omo~ semakin complicated *O*
put_up
#9
Chapter 17: hampir menangis bace chapter ni TT_TT *hembus hingus*
woonicorn_syah
#10
Chapter 16: bomi ni jahat rupe nyer sian milcha ...