Letter from Heaven Chapter 3

Letter from Heaven

 

SeungHo menoleh ke arah pintu biliknya apabila terasa seperti ada orang yang sedang menolak pintu biliknya itu.Perlahan-lahan,dia mengukir senyuman manis apabila melihat Eun Young dan Cheondung sedang melangkah masuk ke dalam biliknya.EunYoung turut tersenyum ke arah SeungHo yang memakai sarung kepala itu.

"Macam mana dengan date korang?Mesti gempak kan?"Usik SeungHo.Eun Young sekadar tersenyum.Cheondung pula membisu seribu bahasa.EunYoung kemudiannya menyerahkan sebuah buku album kecil kepada SeungHo.

"Ni gambar yang oppa pesan untuk kami tangkap tu.Harap oppa suka,"kata EunYoung.Album itu pun bertukar tangan.SeungHo tersenyum lebar apabila melihat gambar-gambar EunYoung dan Cheondung semasa mereka berada di taman hiburan itu.

"Seronoknya.Oppa tengok gambar-gambar ni pun,oppa rasa seronok sangat.Macam oppa pula yang ada kat situ,"kata SeungHo.EunYoung tersenyum nipis.

"Kalau oppa nak pergi,EunYoung dengan Cheondung boleh temankan,"kata EunYoung,berlagak ceria.SeungHo tersenyum.

"Tapi kena tunggu oppa sihatlah.Nanti kalau tiba-tiba oppa pengsan tengah-tengah jalan,siapa yang nak angkat oppa?"SeungHo bergurau.EunYoung membetulkan sarung kepala yang dipakai oleh SeungHo sambil tersenyum.

"EunYoung dengan Cheondung selalu doakan yang oppa akan cepat-cepat sihat.Lepas tu,kita boleh berseronok macam dulu.Betul tak,Cheondung?"Soal EunYoung,sambil menoleh ke arah Cheondung yang sedang duduk di atas sofa itu.Cheondung sekadar tersenyum.

"Kalau oppa dah tak ada pun,kamu berdua masih boleh berseronok,kan?"Kata-kata SeungHo itu ternyata mengejutkan EunYoung dan Cheondung yang mendengarnya.

"Apa Hyung mengarut ni?"Ternyata Cheondung tidak senang dengan kata-kata SeungHo itu.SeungHo terdiam."Kami berdua tak pernah lupa untuk doakan Hyung untuk cepat sihat dan keluar dari hospital ni.Hyung pula senang-senang cakap macam tu,"kata Cheondung,marah.Cheondung kemudiannya bangun dari tempat duduknya lalu segera beredar dari situ.

"Oppa,oppa janganlah terasa dengan kata-kata Cheondung tu.Mood dia tengah tak baik sikit hari ni,"kata EunYoung.SeungHo sekadar menggeleng perlahan sambil tersenyum.

"Apa yang dia cakap tu betul.Tak ada yang salah.Oppa memang tak patut mudah putus asa.Oppa yang salah dalam hal ni,"kata SeungHo,tenang.EunYoung sekadar mendengar.

"Cheondung tu...dari dulu sampai sekarang...langsung tak berubah."EunYoung memandang ke arah SeungHo.

"Walaupun dia lagi muda dari oppa,tapi...lagak dia langsung tak macam umur dia.Silap hari bulan,orang lain mesti fikir yang oppa ni sebenarnya adik dia,"kata SeungHo,sambil tertawa kecil.

"Sebelum EunYoung berpindah ke sini,Cheondunglah satu-satunya adik oppa yang sanggup berkawan dengan oppa yang selalu sakit-sakit dulu.Oppa ingat lagi,dia sanggup tak pergi bermain bola dengan orang lain semata-mata nak bermain dengan oppa yang tak berapa sihat masa tu."Kelihatan SeungHo tersenyum manis apabila mengenangkan kenangannya bersama dengan adiknya itu.

"Oppa tak akan lupa jasa baik Cheondung,EunYoung.Walaupun dia nampak kasar dan dingin di luar,tapi hatinya lembut.Selama oppa hidup,oppa tak pernah jumpa orang sebaik dia,EunYoung,"kata SeungHo.SeungHo kemudiannya mencapai tangan EunYoung.

"EunYoung kena janji dengan oppa...yang EunYoung akan jaga Cheondung dengan baik.Bolehkan EunYoung buat semua ni untuk oppa?"Soal SeungHo.

"Apa oppa cakap ni?Mestilah EunYoung boleh tengokkan Cheondung.Diakan kawan baik EunYoung juga."Balas EunYoung."Oppa...tak maksudkan yang bukan-bukan,kan?"EunYoung bimbang sekiranya ada maksud yang tersirat di sebalik kata-kata SeungHo itu.SeungHo sekadar tersenyum nipis.

"Oppa mungkin tak dapat nak balas apa yang Cheondung dah buat untuk oppa.Tapi,oppa harap EunYoung boleh lakukannya untuk oppa,"kata SeungHo.Air mata EunYoung mengalir.SeungHo menyeka air mata EunYoung dengan lembut.

"Oppa...EuYoung tak boleh buat semua tu kalau oppa tak janji dengan kami yang oppa akan keluar dari bilik ni dengan sihat.Oppa kena janji dengan oppa yang akan sihat,"kata EunYoung,sebak.SeungHo kemudiannya memeluk erat EunYoung.EunYoung pula menghamburkan kesedihannya dalam pelukan SeungHo,seakan-akan sudah memahami maksud sebenar yang tersembunyi dalam kata-kata lelaki itu.

Cheondung yang sedang bersandar di luar bilik itu turut mengesat air matanya yang mulai mengalir itu.Segala butir perbualan SeungHo dan EunYoung itu sudah didengarinya.Semuanya.

 

To be continued...

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ndreeanny #1
Chapter 4: make an english version, please! i just like the about the title and curious with the plot, thanks!
touchchandara #2
Chapter 1: I can't read it in this language. may you translate it into english?
ainto87 #3
Chapter 5: huhuuuuuuu jgn bunuh panda sayeeeee (ehhh?)
yangtweety #4
Chapter 4: ngeee...psl eunyoung...klu ain tag 'eunyoung' kompem akk jumpa cite ni.hihih skrg ni akk suka bc psl eunyoung pya FF.wahh panjang setiap chapter..daebakk...bookmarked!! XDDD