[FINAL] Letter from Heaven Chapter 4

Letter from Heaven

 

Dari hari ke hari,keadaan SeungHo semakin kronik.SeungHo kerap kali menghadapi masalah untuk bernafas dengan baik sehingga menyukarkannya untuk bercakap.Namun,dia masih mampu tersenyum apabila dia bersama dengan EunYoung dan Cheondung yang tidak jemu-jemu melawatnya walau sesibuk mana pun mereka ketika itu.

"Cheondung ah..."Dengan lemah,SeungHo memanggil Cheondung yang sedang berdiri di hujung katilnya itu.

"Ada apa,Hyung?"Soal Cheondung.SeungHo terbatuk-batuk seketika.Wajahnya kelihatan pucat sekali.

"Hyung nak jalan-jalan kat bawah.Boleh temankan Hyung?"Soal SeungHo,lemah.Cheondung menoleh ke arah EunYoung yang sedang duduk bersebelahan dengan SeungHo itu.Kelihatan EunYoung tersenyum ke arahnya sambil angguk.

"Okey."

 

EunYoung menolak perlahan kerusi roda yang dinaiki oleh SeungHo itu sementara Cheondung berjalan di belakang mereka.

"Kita pergi kat sanalah,"kata SeungHo sambil menunjukkan tangannya ke suatu arah.EunYoung akur pada permintaan SeungHo itu.SeungHo menarik nafas panjang sebaik sahaja tiba di tempat yang dimaksudkannya itu.Pemandangan tasik yang dilihatnya itu betul-betul mendamaikan jiwanya.Cheondung dan EunYoung turut menikmati pemandangan itu.

"Oppa,EunYoung nak pergi dekat dengan tasik tu,boleh?"Soal EunYoung.

"Pergilah,tapi hati-hati."Pesan SeungHo,sambil tersenyum.EunYoung segera berjalan ke arah tasik itu.

"Cheondung ikut dia.Nanti kalau jatuh susah pula,"kata Cheondung,sebelum mengikuti langkah EunYoung dari belakang.SeungHo sekadar tersenyum sebaik sahaja ragam dua sahabatnya itu.Selalu sahaja bergaduh tidak kira waktu dan tempat.Asyik sekali SeungHo memerhati ke arah dua sahabatnya itu.Perlahan-lahan,dia mengeluarkan kameranya dari dalam beg kecilnya itu.

 

Klik!

 

SeungHo tersenyum sebaik sahaja melihat gambar yang baru sahaja ditangkapnya itu.SeungHo kemudiannya menyimpan gambar itu di dalam beg kecilnya itu.

"Cheondung ah!EunYoung ah!"Kedua-dua EunYoung dan Cheondung itu menoleh ke arah SeungHo sebaik sahaja terdengar nama mereka dipanggil.

"Ada apa,oppa?'Soal EunYoung sebaik sahaja tiba di hadapan SeungHo itu.

"Jom kita tangkap gambar sama-sama?"Soal SeungHo.

"Boleh boleh!Cheondung,kau tangkap gambar aku dengan oppa dulu la ye?"Kata EunYoung,selamba.Mata Cheondung terbuntang luas.

"Yah,kau ingat aku kuli ke?"Balas Cheondung,tidak puas hati.SeungHo pula tertawa kecil.

"Kita tangkap gambar sama-sama lah.Apa susah..."Begitu mudah SeungHo mencari jalan penyelesaian.Cheondung kemudiannya mengambil kamera dari tangan SeungHo.EunYoung pula sudah mendekatkan jaraknya dengan SeungHo.Cheondung mengangkat kamera itu menghadap ke arah mereka.

 

"1,2,3,Kimchi!"

 

Tanpa EunYoung dan Cheondung sedari,itulah kali terakhir mereka bertiga mengabadikan kenangan mereka ke  dalam sekeping gambar yang akan menjadi bukti ikatan persahabatan mereka yang tulus dan ikhlas itu.

 

 

***************

 

Sebulan berlalu...

 

 

Eun Young melangkah keluar dari tanah perkuburan dengan langkah perlahan.Cheondung pula sudah lama berdiri di hadapan kawasan perkuburan itu.Cheondung memandang sepi kawasan perkuburan yang menempatkan SeungHo itu.EunYoung berjalan mendekati ke arahnya.

"Jom,Cheondung.Kita balik?"EunYoung mengajak Cheondung pulang.Tangan Cheondung dicapainya.Namun,Cheondung melepaskan tangannya perlahan-lahan.EunYoung terkejut dengan tindakan lelaki itu.

"Aku nak pergi,"kata Cheondung.

"Kau nak pergi mana?"Soal EunYoung.

"Aku nak pergi dari sini."EunYoung terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Cheondung itu.

"Apa kau cakap ni?Kau nak pergi mana?"Soal EunYoung.Cheondung memandang ke arah EunYoung.

"Aku tak boleh duduk kat sini."

"Kenapa ni?Apa yang dah berlaku ni?Kenapa tiba-tiba kau cakap macam ni?"Soal EunYoung,tidak mengerti dengan keputusan lelaki itu.Lama Cheondung merenung ke arah EunYoung.

"Aku tak nak kau halang aku,EunYoung.Aku tetap akan pergi dari sini,"kata Cheondung,nekad.

"Kau nak tinggalkan aku?"Soal EunYoung.

"Kenapa?Perlu ke aku berada di sisi kau sampai bila-bila?Tak boleh ke ada sedikit ruang untuk aku bersendirian?"Soal Cheondung pula.

"Tapi kenapa mesti kau pergi dari sini?Kau masih boleh bersendirian di sini kalau itu yang kau nak.Dan aku akan bagi ruang tu selama mana pun yang kau nak,"kata EunYoung,berusaha menghalang Cheondung daripada meneruskan niatnya itu.

"Macam mana aku nak tinggal kat sini kalau semuanya mengingatkan aku pada Hyung?!"Soal Cheondung,sebak.EunYoung terdiam.Cheondung meraup wajahnya.EunYoung pula menundukkan wajahnya.Menyembunyikan air matanya yang mulai mengalir itu.

"Kau tak fikir apa yang aku rasa pula?'Soal EunYoung.Cheondung tidak segera menjawab.

"Aku pun rasa apa yang kau rasa,Cheondung.Kesakitan yang aku rasa ni sama macam apa yang kau rasa.Sama!Aku pun sedih bila SeungHo oppa tinggalkan kita berdua.Aku faham keadaan kau.Tapi,takkan kau sanggup tinggalkan tempat ni...tinggalkan aku...untuk lupakan semua kenangan kita bertiga selama ni?"EunYoung mencapai tangan Cheondung lalu digenggamnya erat.

"SeungHo oppa pun mesti tak setuju dengan keputusan kau ni,"kata EunYoung lagi.

"Aku cuma tak nak kau penuhi permintaan Hyung untuk jaga aku,EunYoung."EunYoung terkejut dengan kata-kata Cheondung.

"Aku tak nak...Hyung balas apa yang aku dah buat dekat dia selama ni.Aku tak perlukan semua tu."Kata Cheondung.

"Cheondung ah..."Lembut EunYoungmenyebut nama lelaki itu.

"Kalau oppa tak pesan semua tu pun,aku akan buat juga.Aku akan jaga kau...tengok-tengokkan kau..."Cheondung memandang tepat ke arah anak mata EunYoung itu.EunYoungtersenyum manis ke arahnya."Aku memang nak buat semua tu untuk kau,Cheondung."EunYoung pula terus menggenggam erat tangan tangan Cheondung.

"Aku tak nak kita teruskan hubungan macam ni,Cheondung.Aku...aku..."

"Aku tak boleh.Miane..."Cheondung memintas kata-kata EunYoung.Perlahan-lahan,dia melepaskan tangannya.Cheondung kemudiannya berpaling dari EunYoung sebelum melangkah pergi dari situ.

"Aku tahu kau cintakan aku!"Cheondung tidak mempedulikan kata-kata EunYoung itu.

"Cheondung ah!"EunYoung terus memanggil nama Cheondung.Cheondung terus melangkah.

"Jangan pergi!"

Cheondung terus melangkah tanpa mempedulikan EunYoung yang sedang menangis memanggil namanya itu.

 

******************

 

Tiga tahun berlalu...

 

 

"Ada surat untuk awak,EunYoung,"kata Lee Seol sambil menyerahkan surat yang tertulis nama EunYoung itu kepadanya.EunYoung menerimanya sambil tersenyum.

"Kamsahamida."EunYoung kemudiannya meletakkan surat itu di atas meja sebelum menyambung semula kerjanya yang tertangguh seketika itu.Namun,perhatiannya beralih semula ke arah surat itu.Entah mengapa,seperti ada sesuatu yang menariknya untuk membaca surat itu.Perlahan-lahan,EunYoung membuka surat itu.EunYoung terkejut apabila melihat nama SeungHo sebagai penghantarnya.

 

Terima kasih sebab sudi bersama dengan oppa selama sepuluh tahun ni,EunYoung.Jujur oppa katakan...oppa sangat sayangkan EunYoung dan Cheondung.Dalam kehidupan yang akan datang pun,oppa harap...oppa masih dapat berkawan dengan kalian yang sudi menerima oppa yang lemah ni.Jaga diri baik-baik.Semoga kita boleh berjumpa lagi di hayat yang akan datang...

 

EunYoung kemudiannya melihat gambar-gambar yang disertakan sekali dengan surat itu.EunYoung tersenyum apabila melihat gambar-gambar mereka bertiga.Namun,senyumannya mengendur apabila melihat gambarnya bersama dengan Cheondung yang ditangkap dari sudut belakang itu.Sudah tiga tahun dia tidak berjumpa dengan lelaki itu.Wajah Cheondung di dalam gambar itu ditatapnya penuh rindu.EunYoung melepaskan keluhan kecil.Tiada langsung khabar berita daripada lelaki itu.EunYoung kemudiannya mengambil beg tangannya,berura-ura mahu beredar dari situ.

"Awak nak pergi mana tu,EunYoung?"Soal Lee Seol,ingin tahu.

"Tempat biasa."Ringkas jawapan yang diberikan oleh EunYoung itu.Lee Seol yang sudah masak dengan perangai EunYoung itu sekadar tersenyum manis.

"Sampaikan salam saya dekat SeungHo oppa awak tu ya?"Pinta Lee Seol.EunYoung tersenyum manis sambil angguk.

 

EunYoung meletakkan bunga di atas kubur SeungHo.EunYoung kemudiannya membetulkan rambutnya yang ditiup angin itu.

"EunYoung dah terima surat daripada oppa.Pandai juga oppa buat kejutan untuk EunYoung,kan?"Soal EunYoung sambil tersenyum."Gomawo."

"Hari ni...dah genap 3 tahun oppa tinggalkan EunYoung...tapi...rasa macam oppa masih lagi ada di sisi EunYoung...Walaupun kenyataannya oppa dah tak ada...tapi...EunYoung tahu...yang kenangan oppa masih lagi hidup dalam hati EunYoung.Sampai bila-bila pun,EunYoung takkan lupakan segala apa yang kita dah buat selama ni,oppa.Tulah janji EunYoung."EunYoung tersenyum manis.Dia kemudiannya berpaling dari kubur SeungHo itu.EunYoung terkejut apabila melihat Cheondung yang sedang berdiri di hadapannya itu.Begitu juga dengan Cheondung.

"Cheondung?"EunYoung seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya ketika itu.Perlahan-lahan,EunYoung melangkah ke arah Cheondung.Begitu juga dengan Cheondung.

"Cheondung ah...betul ke awak ni Cheondung?"Soal EunYoung,tidak percaya.Cheondung kelihatan berbeza sekali berbanding tiga tahun lalu.Penampilannya lebih kemas dan matang.

"EunYoung."kata Cheondung.

"Bila awak balik?"Soal EunYoung.Cheondung menatap wajah EunYoung yang amat dirinduinya itu.

"Miane..."Ucap Cheondung.

"Kenapa awak minta maaf pula ni?"Soal EunYoung,menahan sebak.Sungguh hatinya terharu dengan pertemuan itu.Perlahan-lahan,Cheondung menarik EunYoung ke dalam pelukannya.

"Cheondung ah.."

"Miane...saya dah banyak buat awak terluka selama ni.Jeongmal miane..."Sungguh-sungguh Cheondung mengungkapkan kata-kata maafnya.

"Kenapa nak minta maaf pula ni?"EunYoung mulai menangis.Cheondung mengeratkan pelukannya.

"Saya silap...saya salah...miane..."Ucap Cheondung lagi.EunYoung terus menangis di dalam pelukan lelaki itu.Cheondung kemudiannya meleraikan pelukannya itu lalu menatap wajah EunYoung yang sudah lama tidak ditatapnya selama tiga tahun itu.

"Awak boleh maafkan saya?"Soal Cheondung.

"Tapi kali ni,saya takkan benarkan awak pergi lagi,"balas EunYoung,sebak.Cheondung tersenyum.Pipi EunYoung yang basah dengan air mata itu diusapnya lembut.

"Apa yang awak cakap dulu...betul..."Kata Cheondung.EunYoung memandang ke arah Cheondung."Saya pun ada keinginan yang sama macam awak..."Kata Cheondung lagi.

"Saya tak nak hubungan kita terbatas sebagai kawan lagi lepas ni,"kata Cheondung.EunYoung tergamam dengan kata-kata lelaki itu.

"Saya nak terus bersama dengan awak...saya nak terus bermain dengan awak...saya nak terus bergaduh dengan awak...macam dulu-dulu.Tapi ada satu yang berbeza..."Cheondung merenung ke anak mata EunYoung.

"Kali ni,saya nak bersama dengan awak sebab saya cintakan awak...saya nak bermain dengan awak sebab saya cintakan awak...saya nak bergaduh dengan awak sebab saya cintakan awak...Saya nak buat semua tu..."Cheondung berhenti seketika.

"Sebab saya cintakan awak,EunYoung."Air mata EunYoung mengalir laju sebaik sahaja mendengar pengakuan Cheondung yang sudah lama diinginkannya itu.

"Saya..cintakan awak."Ucap Cheondung lagi sambil menyeka air mata EunYoung itu.Kelihatan EunYoung tersenyum manis.

"Saya pun...cintakan awak,Cheondung..."Perlahan-lahan,Cheondung mendekatkan wajahnya ke arah EunYoung lalu dikucupnya lembut bibir wanita itu.Hati lelaki itu terbuka untuk menerima hakikat bahawa dia sebenarnya memerlukan EunYoung dalam hidupnya kerana surat yang diterimanya daripada abangnya itu.

 

EunYoung seorang gadis yang baik...sentiasa buat hati orang di sekelilingnya menjadi senang...semua orang pasti akan tersenyum dan gembira bila bersama dengannya...Hyung dapat lihat semua tu pada Cheondung...lepas adanya EunYoung.Hyung mulai nampak sifat sebenar Cheondung yang lembut,yang jarang sekali  ditonjolkan.Semuanya kerana EunYoung.Hyung mula nampak keikhlasan Cheondung dalam membuat sesuatu...kerana EunYoung.Cheondung tak sedar semua tu...

Cheondung tak sedar yang Cheondung semakin kerap tersenyum sejak adanya EunYoung...

Sedar tak yang Cheondung sebenarnya sayangkan EunYoung lebih dari seorang kawan?

Cheondung ah...

Luahkan saja perasaan cnta dan sayang kepada EunYoung.Hyung yakin...semuanya akan menjadi lebih baik selepas ni...

Hyung harap...masih ada lagi ruang untuk adik Hyung bahagia selepas apa yang dah terjadi sebelum ni...

Miane...sebab mungkin Hyung tak dapat menjadi Hyung yang baik...

dan...

Terima kasih kerana menjadi seorang donsaeng dan sahabat yang terbaik dalam hidup Hyung...

Kamsahamida...

 

 

-THE END-

 
 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ndreeanny #1
Chapter 4: make an english version, please! i just like the about the title and curious with the plot, thanks!
touchchandara #2
Chapter 1: I can't read it in this language. may you translate it into english?
ainto87 #3
Chapter 5: huhuuuuuuu jgn bunuh panda sayeeeee (ehhh?)
yangtweety #4
Chapter 4: ngeee...psl eunyoung...klu ain tag 'eunyoung' kompem akk jumpa cite ni.hihih skrg ni akk suka bc psl eunyoung pya FF.wahh panjang setiap chapter..daebakk...bookmarked!! XDDD