[SPECIAL] SeungHo's Memory

Letter from Heaven

15 tahun yang lalu...

 

Aku melangkah perlahan ke arah pintu bilik dengan langkah perlahan apabila terdengar bunyi pintu diketuk dari luar.Sebaik sahaja aku membuka pintu itu,kelihatan dua orang budak lelaki yang kuanggarkan sebaya dengan adikku sedang berdiri di situ sambil memegang sebiji bola.

"Ya,cari siapa?"Soalku.

"Kami cari Cheondung.Dia ada tak?Kami nak ajak dia main bola dengan kami,"kata salah seorang daripada dua orang budak lelaki itu.Aku tersenyum ke arah mereka.

"Oh,nak cari Cheondung rupanya.Kejap ekh,"kataku sebelum beredar dari situ.Aku kemudiannya melangkah ke ruang tamu.Aku melihat adikku itu sedang menonton televisyen dengan kusyuk sekali.Aku memandang ke arahnya.Dialah satu-satunya adik lelakiku.Namanya Cheondung.Dia seorang yang sangat pendiam.Sangat berbeza denganku yang lebih mesra dengan orang lain.Mungkin kerana sikapnya yang pendiam itu,dia tidak mempunyai kawan yang ramai.Aku kemudiannya mendekati ke arah Cheondung.

"Cheondung."Panggilku.Cheondung menoleh ke arahku.

"Ya,Hyung,"balasnya.

"Ada kawan nak ajak Cheondung pergi main bola.Pergilah jumpa dengan mereka,"kataku.Cheondung melepaskan keluhan kecil sebelum beredar dari situ.Aku hanya memerhatikannya dari jauh sebaik sahaja dia sudah berada di hadapan kawan-kawannya itu.

"Ada apa?"Soal Cheondung,malas-malas.

"Kitorang nak ajak kau main bola.Jomlah,"kata mereka.Kelihatan Cheondung diam seketika.

"Kalau aku pergi main,aku nak ajak Hyung aku sekali boleh ke?"Soal Cheondung.

"Ala...takyahlah.Kalau Hyung kau pergi pun,dia mana boleh main.Nanti kalau dia pengsan macam mana?"Kata kawannya itu.Aku hanya sekadar mendengar perbualan mereka tanpa mereka sedari.

"Habis tu,takkan aku nak tinggalkan Hyung aku sorang-sorang dekat rumah?Kalau dia tiba-tiba sakit macam mana?"Balas Cheondung.Kelihatan kawan-kawannya itu terdiam sebaik sahaja mendengar kata-kata Cheondung itu.

"Baik korang cari orang lain je.Aku tak ada mood nak main hari ni,"kata Cheondung,sebelum terus menutup pintu rumah itu.Aku segera melangkah ke ruang tamu sebelum adikku sampai.Aku kemudiannya mengukir senyuman manis ke arahnya apabila dia tiba di ruang tamu.

"Tak pergi join kawan main bola ke?"Soalku,berlagak biasa.Cheondung tidak segera menjawab soalanku.Dia kemudiannya melabuhkan punggung di sebelahku sambil menyambung menonton televisyen.

"Malasla.Bukannya best main bola pun,"kata Cheondung.

"Hyung!Kita main playstation nak?"Soal Cheondung pula.Aku tersenyum ke arahnya sambil angguk.

"Boleh je.Kali ni,Hyung takkan mudah mengalah!"Kataku,teruja.Cheondung tersenyum.

"Jangan haraplah Cheondung nak bagi Hyung menang,"balas Cheondung,sambil ketawa.Aku tersenyum ke arahnya sambil memandangnya.Entah mengapa,aku begitu terharu dengan kasih sayang Cheondung terhadapku.Dia rela dipulaukan oleh rakan-rakan sebayanya semata-mata dia mahu menemaniku yang sedang sakit ini.Aku tidak mampu bermain aktif seperti orang lain.Aku hanya mampu menikmati keseronokan mereka bermain dengan hanya melihat mereka bermain.Adakah aku cemburu melihat mereka bermain sedangkan aku hanya terperuk di dalam rumah ini?Tidak sama sekali.Kerana aku juga mempunyai seorang sahabat yang begitu setia menemani aku ketika susah dan senang.Dialah satu-satunya sahabat sejatiku...dan dialah satu-satunya adikku..Cheondung.

"Cheondung ah...Hyung janji...Hyung akan memastikan...Cheondung akan menemui kebahagiaan suatu hari nanti..."

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ndreeanny #1
Chapter 4: make an english version, please! i just like the about the title and curious with the plot, thanks!
touchchandara #2
Chapter 1: I can't read it in this language. may you translate it into english?
ainto87 #3
Chapter 5: huhuuuuuuu jgn bunuh panda sayeeeee (ehhh?)
yangtweety #4
Chapter 4: ngeee...psl eunyoung...klu ain tag 'eunyoung' kompem akk jumpa cite ni.hihih skrg ni akk suka bc psl eunyoung pya FF.wahh panjang setiap chapter..daebakk...bookmarked!! XDDD