Letter from Heaven Chapter 2

Letter from Heaven

Eun Young melangkah keluar dari kafe,tempat dia bekerja secara sembilan bersama-sama Cheondung.Eun Young cuba mencari kelibat Cheondung di luar kafe itu.

"Wei, Eun Young."Eun Young menoleh apabila terdengar namanya dipanggil.Bibirnya menguntum senyuman manis apabila melihat Cheondung sedang menunggunya di sebuah kedai bersebelahan dengan tempat mereka bekerja.Eun Young segera berjalan ke arah Cheondung.

"Dah lama ke awak tunggu,Cheondung?"Soal Eun Young.Cheondung tidak segera menjawab soalan Eun Young itu,sebaliknya dia melihat jam tangannya.

"Jomlah kita gerak."Kata Cheondung sebelum berjalan meninggalkan Eun Young di belakang.

"Yah!Tunggulah aku,Cheondung!"Eun Young geram apabila dia ditinggalkan begitu sahaja oleh Cheondung.Dia cuba mengejar Cheondung sebelum dia berjalan beriringan dengan lelaki itu.

**************************

 

"Kita nak main apa ni?"Soal Cheondung,sambil melihat ke arah orang ramai yang sedang seronok bermain di taman hiburan itu.Eun Young yang sedang berdiri di sebelahnya itu hanya mendiamkan diri.Andai diikutkan hati,mahu sahaja dia mencuba semua permainan yang ada di situ.Namun,dia hanya berani melakukan demikian sekiranya Seung Ho yang sedang berada di sebelahnya ketika ini.Malangnya,dia bukan bersama dengan SeungHo tetapi Cheondung yang sedang berdiri di sebelahnya itu.

"Agak-agak apa yang SeungHo oppa suka main kalau dia ada kat sini?"Soal Eun Young.Cheondung berfikir sejenak.Entahlah,dia sendiri tidak pasti.Selama ini,dia tidak pernah pun teringin untuk bermain di taman hiburan sebegini.Tidak mencabar katanya.

"Takkan kau tak tahu?"Soal Cheondung pula sambil menoleh ke arah Eun Young.

"Entahlah.Tapi dulu,aku pernah naik ferris wheel dengan Seung Ho oppa.Tu jelah,"kata Eun Young.Cheondung tertawa mengejek.

"Gila romantik korang berdua ni.Apa yang korang berdua buat kat dalam tu hah?"Soal Eun Young,sengaja mengusik.Merah muka Eun Young sebaik mendengar usikan Cheondung itu.Cheondung pula tersenyum nakal.

"Dahlah.Jomlah kita masuk.Kita main je apa yang ada kat sini.Jangan lupa tangkap gambar macam yang SeungHo oppa pesan pula,"kata Eun Young,segera berjalan ke hadapan meninggalkan Cheondung yang masih lagi ketawa besar di belakang itu.

 

Eun Young segera menarik tangan Cheondung apabila mereka melintasi sebuah kedai yang penuh dengan patung-patung yang comel.

"Cheondung,aku nak patung beruang warna pink tu,"kata Eun Young,cuba memujuk Cheondung.Cheondung melepaskan keluhan berat.

"Ala...tak nakla.Kita pergi tempat lainla,"kata Cheondung,melepaskan pegangan Eun Young itu.Sekali lagi,Eun Young menarik tangan lelaki itu.

"Ala...jomlah.Please...please..."Pujuk Eun Young,tidak putus asa.Cheondung terpaksa mengalah.Cheondung kemudiannya mengambil busur panah yang berada di atas meja itu.Dia kemudiannya menarik tali busur panah itu dan menghalakannya pada patung beruang merah jambu yang tergantung di dinding kedai itu.Eun Young memerhatikannya dengan kusyuk sekali.Sebaik sahaja sasarannya dikenal pasti,Cheondung segera melepaskan tali busur panah itu dan...

 

"Yay!!!!!!!" Eun Young menjerit keriangan apabila panah itu mengenai tali anak patung beruang yang dimahukannya itu.Cheondung mengukir senyuman bangga apabila panahannya itu berjaya mengenai sasarannya.Oleh kerana terlalu gembira,Eun Young memeluknya tanpa sengaja.Mata Cheondung terbuka luas dengan pelukan mengejut daripada Eun Young itu.Eun Young segera melepaskan pelukannya tidak lama kemudian.

"Sorry."Ucap Eun Young sebelum ketawa kecil.Cheondung sekadar tersenyum apabila melihat Eun Young yang begitu gembira sebaik sahaja menerima patung beruang yang dimenanginya itu.

 

 

Eun Young dan Cheondung akhirnya memilih untuk menaiki ferris wheel sebelum mereka bergerak pulang ke rumah.Masing-masing membisu.Eun Young pula lebih selesa melontarkan pandangannya ke luar sambil memeluk patung beruang yang dimenangi oleh Cheondung petang tadi.Dia langsung tidak menoleh ke arah Cheondung yang sedang duduk berhadapan dengannya itu.Cheondung pula asyik memerhati ke arah Eun Young tanpa Eun Young sedari.Lama dia menatap wajah Eun Young yang sudah lama memikat hatinya dalam diam itu.Sudah begitu lama dia memendam perasaannya terhadap Eun Young,namun enggan diluahkan.Bukan takut cintanya itu ditolak,tetapi,Cheondung lebih banyak memikirkan mengenai abangnya yang mungkin menyimpan perasaan yang sama terhadap Eun Young.Cheondung lebih mementingkan perasaan abangnya daripada memikirkan perasaannya sendiri.Perlahan-lahan dia mengukir senyuman nipis.Namun senyumannya mengendur apabila menyedari butir-butir jernih yang mengalir pada pipi gebu Eun Young itu.Apakah yang sedang difikirkan oleh Eun Young sehingga dia menangis?Adakah dia teringatkan Seung Ho yang sedang terlantar sakit di hospital itu?

"Eun Young,kenapa ni?"Cepat-cepat Eun Young mengesat air matanya sebaik sahaja ditegur oleh Cheondung.Eun Young menoleh ke arah Cheondung sambil tersenyum.Cheondung pula memandang ke arah Eun Young tanpa sebarang kata.Eun Young menjadi pelik dengan pandangan Cheondung itu.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?"Soal Eun Young,pura-pura berlagak biasa.Dia mulai berasa tidak selesa dengan pandangan Cheondung itu.

"Kau mesti fikirkan pasal Hyung,kan?"Soal Cheondung.Eun Young membetulkan rambutnya sambil tersenyum nipis.

"Aku...cuma risaukan keadaan Seung Ho oppa.Aku tengok...keadaan oppa makin teruk.Dia dah tak macam dulu,"kata Eun Young,perlahan.Cheondung sekadar mendengar.Air mata Eun Young kemudiannya mengalir lagi.Ternyata dia tidak dapat menahan sebaknya lagi.Keadaan Seung Ho yang semakin kronik itu membuatkan dirinya tidak kuat untuk menghadapinya lagi.Dia terlalu bimbangkan SeungHo.

"Kenapa mesti oppa yang terpaksa hadapi penyakit tu?Oppa terlalu baik untuk terima semua ni.Apa kesalahan yang dia dah buat sampai dia dihukum macam ni?"Soalnya,sebak.Eun Young mengesat air matanya yang kian laju mengalir itu.

"Miane.Aku tahu...aku tak patut cakap macam tu..tapi...aku betul-betul tak kuat untuk terima kenyataan ni."Kata Eun Young lagi.

"Kalau aku ada kuasa...aku sanggup bertukar tempat dengan Hyung."Eun Young memandang ke arah Cheondung sebaik sahaja lelaki itu menghabiskan kata-katanya.Kelihatan Cheondung sedang memandangnya ke luar.Lelaki itu kemudiannya menoleh semula ke arah Eun Young.

"Aku sanggup untuk menggantikan tempat Hyung untuk terima kesakitan tu.Sebab...kalau aku dapat bertukar tempat dengan Hyung..."Cheondung berhenti seketika.Wajah Eun Young itu ditatapnya dengan pandangan yang tidak dapat diertikan oleh Eun Young.

"Aku tak perlu tengok kau sedih macam ni.Aku tak perlu tengok kau menangis sebab terlalu bimbangkan SeungHo Hyung lagi.Sebaliknya,aku dapat tengok kau tersenyum...ketawa...sebab kau dapat bersama dengan Hyung."Cheondung kemudiannya tersenyum nipis ke arah Eun Young.Cheondung kemudiannya mengambil tempat di sisi Eun Young.Tangan Eun Young itu dicapainya sebelum digenggamnya erat.

"Segala apa yang terjadi kepada Hyung...semua tu bukan hukuman.Tetapi ujian...untuk menguji sejauh mana ketabahan dan kekuatan kita untuk terima dugaan itu.Kita berdua kenal siapa Hyung.Kita tahu...Hyung kuat untuk menghadapi semua ni.Kita mungkin tak sekuat Hyung,sebab tu kita tak dapat apa yang Hyung dapat sekarang ni."Cheondung kemudiannya mengusap lembut rambut Eun Young yang panjang sehingga ke paras bahu itu.

"Hyung mesti tak suka kalau tengok kau menangis macam ni,"katanya lagi.Eun Young sekadar membisu.

"Kita kena kuat untuk Hyung.Kita kena tolong Hyung untuk terus bertahan.Kita tak boleh lemah macam ni,okey?"Kata Cheondung.Perlahan-lahan,Eun Young angguk.Kata-kata lelaki itu ada benarnya.Cheondung tersenyum sebelum menarik Eun Young ke dalam pelukannya.Eun Young tergamam dengan tindakan lelaki itu.

"Aku harap...kau tak tunjuk kelemahan kau di depan Hyung.Kalau kau perlukan bahu untuk bersandar dan menangis...Aku ada untuk kau."

 

To be continued...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ndreeanny #1
Chapter 4: make an english version, please! i just like the about the title and curious with the plot, thanks!
touchchandara #2
Chapter 1: I can't read it in this language. may you translate it into english?
ainto87 #3
Chapter 5: huhuuuuuuu jgn bunuh panda sayeeeee (ehhh?)
yangtweety #4
Chapter 4: ngeee...psl eunyoung...klu ain tag 'eunyoung' kompem akk jumpa cite ni.hihih skrg ni akk suka bc psl eunyoung pya FF.wahh panjang setiap chapter..daebakk...bookmarked!! XDDD