Letter from Heaven Chapter 1

Letter from Heaven

 

Eun Young berjalan pantas menuju ke  sebuah wad dengan tangannya yang sedang memegang sebuah beg kertas berwarna merah jambu.Dia berhenti seketika sebaik sahaja dia sudah tiba di hadapan pintu bilik yang tertera nama Seung Ho itu.Eun Young menarik nafas panjang kemudian dihembusnya perlahan-lahan.Dia kemudiannya menolak pintu bilik itu.

"SeungHo oppa!"Eun Young memaniskan wajahnya sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik itu.Lelaki yang bernama SeungHo itu menoleh ke arahnya.Perlahan-lahan,lelaki itu mengukir senyuman manis ke arah Eun Young walaupun wajahnya jelas kelihatan sedang menahan kesakitan yang teramat itu.Eun Young kemudiannya berjalan ke arah Seung Ho sebelum meletakkan beg kertas yang dibawanya bersama itu di atas meja.

"Oppa sihat hari ni?"Soal Eun Young sambil melabuhkan punggung di atas kerusi,bersebelahan dengan katil Seung Ho itu.Seung Ho tertawa kecil sebaik sahaja mendengar soalan Eun Young itu.

"Kenapa oppa gelak pula ni?"Soal Eun Young,pelik.

"Sihat apanya kalau oppa dah terang-terang duduk kat hospital ni.Oppa dah tak boleh pakai dah perkataan sihat-sihat ni,"kata SeungHo.

"Apalah oppa ni.Eun Young tengah tolong nak doakan oppa cepat sihat,oppa tak nak pula.Sekurang-kurangnya,oppa jawablah yang oppa sihat.Kalau nanti oppa jadi betul-betul sihat macam mana?"Balas Eun Young.Seung Ho angguk perlahan sambil tersenyum.

"Okay.Oppa sihat.Puas hati?"Soal Seung Ho,terpaksa mengalah.Eun Young tersenyum lebar.

"Macam tulah.Hah,terlupa pula."Eun Young kemudiannya mengambil beg kertas yang diletaknya di atas meja itu lalu diserahkan kepada Seung Ho.

"Hari tu,oppa cakap oppa teringin nak baca buku PJY yang baru kan?Jadi,hari tu,kebetulan Eun Young nampak buku ni dekat kedai buku yang selalu kita pergi tu.Jadi,Eun Young pun belilah untuk oppa,"kata Eun Young,bersemangat.Cepat-cepat Seung Ho melihat isi yang ada di dalam beg kertas itu.Bibirnya tersenyum lebar sebaik sahaja melihat buku yang diingininya itu sudah ada di hadapan matanya.Eun Young turut gembira apabila melihat Seung Ho yang kelihatan gembira dengan pemberiannya itu.

"Oppa tak tahu nak cakap apa lagi,Eun Young.Tapi...terima kasih..."Ucap Seung Ho.Eun Young sekadar tersenyum.Eun Young kemudiannya memerhati keadaan Seung Ho yang kelihatan semakin susut itu.Wajahnya juga kelihatan pucat.Seung Ho tidak lagi kelihatan seperti dahulu.Yang kekal,hanyalah senyuman manisnya yang amat menyenangkan hati bagi sesiapa sahaja yang melihatnya.Eun Young terus memerhati wajah Seung Ho yang sedang kusyuk membaca komik yang baru diberinya itu.Wajah itulah yang ingin dilihatnya setiap detik waktu.Ya,Eun Young amat menyanyangi Seung Ho,namun dia tidak berani untuk meluahkannya.Bukan kerana takut perasaannya  itu ditolak oleh Seung Ho,tetapi...

 

"Aku dah agak dah yang kau ada kat sini."Seung Ho dan Eun Young menoleh serentak ke arah suara yang tiba-tiba memecah kesunyian bilik itu.SeungHo mengukir senyuman manis ke arah lelaki itu.

"Oh,Cheondung!Lambatnya kau datang hari ni,"kata SeungHo,gembira dengan kedatangan adiknya itu.Eun Young sekadar memandang ke arah Cheondung yang sedang melangkah ke arah mereka itu.

"Hyung okey?"Soal Cheondung,sambil mengambil tempat di sebelah EunYoung.

"Hyung jadi lebih okey lepas Eun Young hadiahkan Hyung buku PJY yang baru ni.Mesti kau pun tak baca lagi kan?"Soal SeungHo sambil menunjukkan buku barunya itu kepada Cheondung.

"Wah,ni yang latest ni.Sampai hati kau beli senyap-senyap untuk hyung sorang je,Eun Young.Macam nilah kawan,"kata Cheondung,kecewa.Eun Young mencebik.

"Kau kan banyak duit.Belilah sendiri,"balas Eun Young,selamba.

"Amboi,mulut bukan main manis lagi ekh."Cheondung mencubit pipi EunYoung dengan kuat.EunYoung mengaduh kesakitan.SeungHo pula tertawa melihat ragam mereka.Antara mereka bertiga,SeungHolah yang paling tua dan matang.Antara mereka bertiga,Cheondunglah yang paling senyap dan kasar.Antara mereka bertiga,EunYounglah yang paling muda dan bijak menceriakan suasana.

"Cheondung ah."Cheondung menoleh ke arah SeungHo sebaik sahaja mendengar namanya dipanggil oleh lelaki itu.Eun Young turut memandang ke arah SeungHo.

"Hyung ada benda nak minta tolong dengan kau,"kata SeungHo.Cheondung sekadar menanti SeungHo untuk terus berkata-kata.

"Hyung dengar...ada taman hiburan yang baru dekat dengan kawasan perumahan kita tu.Hyung teringin sangat nak pergi,tapi hyung tahu...hospital mesti tak bagi hyung keluar dari wad ni."

"Kalau hyung nak pergi,Cheondung boleh minta pelepasan kat doktor untuk sehari,"kata Cheondung,mencelah.SeungHo menggeleng.

"Tak perlu.Lagipun hyung tahu yang hyung...bukan lagi macam dulu.Hyung dah tak larat."Perlahan-lahan,SeungHo menyusun kata-katanya."Kalau kau pergikan untuk hyung,boleh?"Soal SeungHo.

"Takkan Cheondung kena pergi sorang-sorang kot?"Soal Cheondung,sedikit terkejut dengan permintaan SeungHo itu.

"Pergilah dengan EunYoung."Cheondung menoleh ke arah EunYoung pula.Cheondung turut menoleh ke arah yang sama.

"EunYoung ikut sekali?"Soal EunYoung.EunYoung memandang ke arah Cheondung.SeungHo pula sudah tersenyum lebar.

 

To be continued...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ndreeanny #1
Chapter 4: make an english version, please! i just like the about the title and curious with the plot, thanks!
touchchandara #2
Chapter 1: I can't read it in this language. may you translate it into english?
ainto87 #3
Chapter 5: huhuuuuuuu jgn bunuh panda sayeeeee (ehhh?)
yangtweety #4
Chapter 4: ngeee...psl eunyoung...klu ain tag 'eunyoung' kompem akk jumpa cite ni.hihih skrg ni akk suka bc psl eunyoung pya FF.wahh panjang setiap chapter..daebakk...bookmarked!! XDDD