Tak Takut Hantu (Bersama 24K)

Ramadan Equation: VIXX Dapat Hidayah! + EXTEND [VIXXTRA!]

Sesudah solat Terawih, Leo bersama Ravi keluar dari masjid bersama-sama dengan Cory, Kisu dan Jinhong. Mereka bertiga sebenarnya dah lama berkawan, sejak geng VIXX pindah masuk rumah area kampung dorang. Kalau nak tahu, dorang bertiga ni lah yang sumbang motor dekat rumah tu.

"Adam, si Sudin (24K Sungoh) tu dah baik ka?", tanya Leo sebagai mukadimah perbualan mereka berjemaah.

"Tak stabil lagi. Maklum la, terantuk tar jalan. Orang suruh pakai helmet, makmau.", jawab Cory sambil geleng kepala.

"Jap.", Ravi mencelah disaat-saat akhir, "Yang eksiden tadi petang tu ka?".

"Ha'ah. Eksiden dengan Bang Yusman (B.A.P Yongguk). Selamat dia tu takdak pa. Kalau becalaq muka dia, mau mendapat dengan si Dahlan (B.A.P Daehyun tu...".

Entah mengapa terasa kelakar bila Jinhong sebut nama Daehyun. Lalu mereka pun berhuhuhu...

Seingat Ravi, tadi Leo cakap cedera biasa je. Tetiba lain bunyinya.

"Haa. Karim! Satgi balik kem teruih ka?", tanya Leo pulak. Amboi Makin pekat lograt utara dia.

Kisu tersenyum sambil menjawab soalan si Tajuddin, "Balik teruih. Besok nak kena pi kursus kat Aloq Staq.".

"Hati-hati na.", kata Ravi lalu memandang pulak kat Jinhong, "Senior pun hati-hati na balik KL nanti.".

"Aip! Tak payah aih panggil senior. Beza berapa bulan ja pun belajaq sound enginer.", kata Jinhong sambil menepuk bahu Ravi. Fuhh! Power jugak depa belajaq sound enginer.

"Ok la. Kami nak balik dulu. Assalamualaikum.", ujar Cory bersama-sama Kisu dan Jinhong memberi salam.

"Waalaikumsalam Warahmatullah...", Leo dan Ravi menjawab salam lalu membiarkan tiga sekawan berlalu pergi.

Beberapa minit kemudian, Leo dan Ravi berbaju melayu, berkopiah putih dan berkain pelikat sedang berjalan berdua-duaan, tapi takde la sampai pegang tangan. Ingat gay ke? Haram... Berbalik pada cerita asal. Dorang berdua ni guna jalan pintas nak balik ke rumah tapi jalan tu penuh dengan pokok pisang. Dah la alunan suara cengkerik ja yang ada. Seram doh!

"Memang takdak sapa ka balik guna jalan ni?", Leo merungut disaat perut mula bergendang-gendut tali kecapi.

Tiba-tiba, kedengaran suara mengilai di sekitar jalan. Entah dari mana bunyi tu datang.

"Lailahaillallah.. Lailahaillallah..", serentak mereka berdua berzikir sambil berjalan. Bagus lelaki berdua ni. Untung bakal isteri dorang.

Secara tiba-tiba, muncul empat 'lembaga' putih dihadapan dengan muka yang pucat, keliling mata berwarna hitam serta lipstick berwarna merah terang. Ingat nak takut ke ape ke. Leo dan Ravi masing-masing menampar dua lembaga dihadapan. Padu tamparan dorang.

"ADOIIII!!".

Ingatkan hantu, rupanya manusia. Alahai! Teringin nak jadi hantu ke?

"Jeonguk! Hongseob!", "Changsun! Kiyong!", jerit Leo dan Ravi setelah upacara menampar habis. Ternyata, ni semua adik-adik Cory yaqni Adam yang dorang jumpa di masjid tadi.

"Maafkan kami, Abang Tajuddin. Abang Rahman. Kami janji tak kacau orang dah.", kata Hongseob sambil memandang ke bawah. Semua pandang tar jalan tu sebenarnya sebab muka Leo macam nak makan orang.

"Tak payah nak mintak maaf kat abang. Pi mintak maaf kat Abang Adam sebab hangpa semua dah bagi banyak beban kat dia. Dah la Abang Sudin eksiden tadi, hangpa pulak buat lagu ni.-", ucap Leo memulakan tazkirah malam Khamis.

Sambung pulak si Ravi "Selamat kami berdua yang jumpak hangpa. Kalau orang lain, mau kena peluku pala hangpa tau.".

Maka terkeluarlah segala air mata jantan si adik beradik tu. Muka dah jambu. Alalalaaaa~

"Dah dah. La ni pi balik rumah. Lepaih ni, abang takmau tengok dah hangpa buat lagu ni", pujuk Ravi lalu mereka membawa adik-adik Cory pulang ke rumah mereka sebelum pulang semula ke rumah sewa. Sewa ye, bukan rumah pusaka.







 

|Maaflah kalau ada salah pasal 24K. Tadi adalah me-Wiki pasal 24K then terkejut la jugak sebab kena blacklist hanya sebab politikus. Puan-puan dan tuan-tuan, gunakanlah kuasa kita untuk menolong 24K dengan mendengar lagu terbaru mereka, "Bonnie N' Clyde". Untuk permulaan, boleh dengar dulu lagu "Still 24K" dan "BINGO". Kalau ada salah, tegoq naa.|

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Wonsik_Sai
tukaq tukaq.. 'last' bab akan dipos pada raya ke-2 sebab raya pertama mana ada orang nak baca. Semua pakat nak beraya. Hohoho

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
LovelyIna
#2
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
vixxobang #3
Chapter 24: Lol saya pun ada pernah buat reference pasal Yuta dan kurma Yusof Taiyob aka Yuta juga x'D
hanistar99 #4
Chapter 24: Ehh ada sambungan ke?? Yeayyy
hanistar99 #5
Chapter 21: Dah abes :") ttiba nak tau sapa berdakwah kat N laa hehe
ROVIXAYEE_96
#6
Chapter 21: Wow wow!! Daebak sungguh cerita nie!! Lain kali buat sequel tau! Saya tunggu... annyeong :D
marlia91
#7
Chapter 19: Selamat hari rayaa kpd penulis....

Baru hari ni, dan malam ni dapat baca smua update, yaa sibuk beraya la katakan.. XD (tpi syukur xdak kematian karan mcm abam2 vixx sekalian xD)

Janganlah ditamatkan cerita ini, teruskan hingga syawal tahun depan xD xD
ROVIXAYEE_96
#8
Chapter 19: Comeback lawak dengan baju melayu sedondon biru navy siap dengan sampin shining gold!! Baru baca bab nie sudah ketawa tengok 6 sekawan VIXX pakai baju ala gangster... heheheheheheh... lucu sangat VIXX oppa pakai baju melayu macam tu je... Gahahahahahaha!!!!
ROVIXAYEE_96
#9
Chapter 17: Waah!!! Akhirnya si Hongbin nie mula berpuasa... Jadi semua member VIXX nie 100% puasa!!!! Tepuk tangan!!!
hanistar99 #10
Chapter 17: Alhamdulillah, hati Hongbin lembut ㅠㅠ semoga dapat hidayah both dalam fanfic nie dan irl