Budak Yang Lapar Dan Insafnya

Ramadan Equation: VIXX Dapat Hidayah! + EXTEND [VIXXTRA!]

Kembali ke 3jam lepas dimana N yang menyekak pinggang bersama Ken yang bertenggek di hadapan dapur singki sebab nak repair singki tersumbat. Sedang mereka berdua bertungkus lumus selamatkan singki yang sedang nazak, kelihatan seorang gadis kecil sedang berjalan masuk ke dalam dapur mereka sambil membawa semangkuk kari kepala ikan.

N dapat merasa ada yang berdiri dibelakang lalu menoleh ke belakang. Terlihatnya si gadis kecil molek di belakangnya lalu berkata, "Oh! Hyeyeon. Terkejut abang. Selamat tak terkentut.".

Hyeyeon yang ketawa kecil terus memberikan mangkuk yang besar kepada si abang berkulit hitam manis, pandang tak jemu pandang tak jemu, yang hi- eh? Maaflah ternyanyi pulak. "Akak Hana dengan Sally ada buat ni.", katanya.

"Akk!-", terkejut N melihat kari kepala ikan yang banyak. Macam mana nak habiskan ni? Sambung N, "Terima kasih dik. Buat susah-susah ja.".

"Sama-sama. Nak letak kat mana ni?", Hyeyeon bertanya sambil melihat Ken yang masih membaiki singki.

"Letak je kat dalam peti ais. Petang karang baru abang panaskan balik.", jawab N lalu memandang ke hadapan semula.

Hyeyeon hanya ikut saja apa yang dikatakan oleh abang handsome itu lalu membuka peti sejuk. Sesudah dia letakkan mangkuk di aras bawah peti sejuk, dia terpandang sebekas ais krim di aras atas. Kebenaran terserlah bahawasanya Hyeyeon memang sukakan ais krim. Dia terus mengambil bekas tersebut lalu membukanya. Harapan yang menjulang tinggi tadi merudum dengan jayanya apabila dia melihat hanya satu ais krim Malaysia yang tinggal. Namun, hanya kerana dia craving sangat nak makan ais krim dan Pak Haji Sikyung amatlah kedekut taik hidung tawar, dia terus mengambil tanpa memberitahu N lalu cepat-cepat meninggalkan kawasan rumah VIXX.

Pulangnya si Hyeyeon ke rumah, terus berlari ke buaian besi antik di belakang rumahnya. Dia memandang kiri dan kanan lalu mengambil ais krim dari dalam poket seluarnya. Akibat kelaparan dek puasa, Hyeyeon akhirnya tewas di tangan nafsu. Jap... Sejak bila nafsu ada tangan?

Tanpa disedari, Hana dan Hyebin yang kebetulan nak sidai baju kat belakang rumah nampak Hyeyeon curi-curi makan tidak jauh dari ampaian baju.

"HYEYEONNNNN~!!".




 

"Begitulah flashback saya, walid.".

Mendengarkan saja confession dari anak bongsunya sudah cukup membuatkan hatinya ditusuk sembilu. Wooooohh~ Hakim? Lagilah sakit hati sebab kena tikam dengan ais krim dari belakang.

Secara detailnya sekarang ni, dorang semua, berenam belas di rumah. Pak Haji Sikyung. Alhamdulillah tiada kecederaan yang berlaku kecuali N dan Hana yang merah telinga sebab kena pulas dengan Pak Haji. Semuanya duduk bersila secara berasingan bagi mengelakkan fitnah.

"Adik, adik tau kan walid dah tua. Walid tau walid dak mampu nak belikan ais krim. Tapi janganla mencuri! Tau kan hukuman orang mencuri di zaman Nabi?", ceramah Pak Haji Sikyung telahpun bermula. Selepas dia melihat Hyeyeon hanya mengangguk tanpa suara, dia sambung kembali ceramahnya, "Haa! Tau pun! Orang yang mencuri hukumnya dipotong kedua-dua pergelangan tangan. Jadi, haram kita mencuri wahai saudara saudari semua...".

Semasa Pak Haji Sikyung memberikan ceramah free, Ravi dan Hongbin sempat lagi melihat crush-crush mereka. Yang si Ravi ni memandang si 'bunga' yang pernah memberikannya sup kambing, yang si Hongbin tu pulak memandang si 'jelita' yang pernah berkongsi saat-saat bermakna melihat adik-adik mereka bermain mercun.

"Yang si baju itik berdua tu dah kenapa? Paham ke tak apa yang Pak Haji cakap?", soal Pak Haji Sikyung yang ditujukan khas buat Ravi dan Hongbin

"Paham Walid- eh.. Pakcik...", jawab Ravi dan Hongbin. Selamat tak jawab serentak. Kalau tak, memang jelaslah perkataan 'Walid' disebut.

"Baguslah kalau faham. Dah, semua. Adik, pi mintak maap dengan Abang Hakim", kata Pak Haji lalu mengarahkan Hyeyeon meminta maaf pada N.

"Abang Hakim, Hyeyeon nak mintak maaf kat abang sebab curi ais krim abang.", kata Hyeyeon sambil menundukkan kepalanya kerana malu.

"Abang dah maafkan Hyeyeon dah. Tapi lain kali jangan buat lagi tau. Lagi-lagi sekarang bulan puasa. Tak elok ponteng puasa.", jawab N sambil memberikan senyuman yang manis buat si kecil yang cantik.

"Sekarang dah settle kan? Apa lagi? Blah lah sebelum Pak Haji lesing...".

Dengar saja kata-kata yang ganas keluar dari mulut seorang Pak Haji yang garang, dengan ringan punggungnya geng VIXX berpusu keluar dari rumah tersebut. Tapi ada yang kurang lah dalam kisah ni? Apa eh? Bagi si penaip termenung jap...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Wonsik_Sai
tukaq tukaq.. 'last' bab akan dipos pada raya ke-2 sebab raya pertama mana ada orang nak baca. Semua pakat nak beraya. Hohoho

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
LovelyIna
#2
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
vixxobang #3
Chapter 24: Lol saya pun ada pernah buat reference pasal Yuta dan kurma Yusof Taiyob aka Yuta juga x'D
hanistar99 #4
Chapter 24: Ehh ada sambungan ke?? Yeayyy
hanistar99 #5
Chapter 21: Dah abes :") ttiba nak tau sapa berdakwah kat N laa hehe
ROVIXAYEE_96
#6
Chapter 21: Wow wow!! Daebak sungguh cerita nie!! Lain kali buat sequel tau! Saya tunggu... annyeong :D
marlia91
#7
Chapter 19: Selamat hari rayaa kpd penulis....

Baru hari ni, dan malam ni dapat baca smua update, yaa sibuk beraya la katakan.. XD (tpi syukur xdak kematian karan mcm abam2 vixx sekalian xD)

Janganlah ditamatkan cerita ini, teruskan hingga syawal tahun depan xD xD
ROVIXAYEE_96
#8
Chapter 19: Comeback lawak dengan baju melayu sedondon biru navy siap dengan sampin shining gold!! Baru baca bab nie sudah ketawa tengok 6 sekawan VIXX pakai baju ala gangster... heheheheheheh... lucu sangat VIXX oppa pakai baju melayu macam tu je... Gahahahahahaha!!!!
ROVIXAYEE_96
#9
Chapter 17: Waah!!! Akhirnya si Hongbin nie mula berpuasa... Jadi semua member VIXX nie 100% puasa!!!! Tepuk tangan!!!
hanistar99 #10
Chapter 17: Alhamdulillah, hati Hongbin lembut ㅠㅠ semoga dapat hidayah both dalam fanfic nie dan irl