Tekad Si Kekacang Berpuasa
Ramadan Equation: VIXX Dapat Hidayah! + EXTEND [VIXXTRA!]Azan Isyak berkumandang menandakan masuk waktu Isyak bagi Kampung Permatang, dan kampung-kampung yang terdekat dengannya. Dan kedengaran bunyi motor yang masuk ke perkarangan rumah geng VIXX. Hongbin menanggalkan helmetnya dan mengambil kunci motor dengan niat nak masuk rumah lah. Tetiba pandangannya tertumpu ke arah si gadis putih gebu yang ditatapnya dahulu. Si gadis mula tersenyum sambil tertenggek di atas tingkap kayu. Hongbin dihantui bukan pontianak, bukan toyol dan bukannya hantu raya. Dia dihantui rasa bersalah yang botingkek-tingkek. Mungkin kerana teringat kata-kata Ravi ketika di pusat karaoke Tao the Panda tadi.
"Awak kenapa ni? Hidung merah semacam? Mengidam cendol kepal eh?", tanya si gadis.
Kini Hongbin dan si gadis itu berdiri menghadap sesama sendiri dihalang pula pagar dawai hijau ditengah. Pandai benau Pak Haji cegah maksiat.
Hongbin menunduk bingung. Keluhnya, "Sejak bermenjak ni, I rasa kosong semacam. Tadi petang hampir kena langgar dengan dua bijik reta. I... I tak tahu la. I rasa macam.. Macam kosong.".
"Mungkin Allah bagi petunjuk pada awak untuk bertaubat?", jawab si gadis yang turut bersimpati terhadap apa yang thorjadi pada Hongbin.
"Tapi you-", Hongbin mendongak semula melihat wajah naif si gadis itu lalu menyambung, "I bukan Islam.".
Si gadis tersebut terkejut sambil matanya terkebil-kebil. Dia berkata dengan suara yang halus, "Sorry awak, kita tak tau. Mungkin Allah cuba buka hati awak untuk terima hidayah?".
Hongbin terfikir sejenak. Dia fikirkan N yang memeluk Islam pada hari pertama mereka datang kesini. Kemudian Leo yang mengikuti jejak langkah N di tahun yang sama. Diikuti pula Ken dan Hyuk awal tahun ni dan terakhir, sahabatnya sendiri. "Takpa la you, trima kaseh...".
"Sally. Panggil je Sally.", celah si gadis bernama Sally sambil tersenyum malu. "Saya masuk dulu ye.".
Hongbin hanya tersenyum kecik sambil melihat Sally masuk ke dalam rumah. Dia dengan berat hati berpatah balik dan perlahan naik tangga masuk ke rumah. Selangkah demi selangkah dia berjalan melalui hall dengan mata kuyunya. Kalau tak tahu muka Hongbin bila sedih, tengok balik drama 'Moorim School' part kena sound dengan crush G-Dragon dalam MV 'Let's Not Fall In Love'. Ehhh tetiba...
"Allahuakbar~".
Kedengaran suara N mengimamkan 4 lagi kawannya mengerjakan solat Isyak secara berjemaah. Hongbin yang melintasi belakang mereka tiba-tiba berhenti lalu memandang pada mereka berlima yang masih khusyuk. Dia terfikir sejenak apa yang diperkatakan oleh Sally.
"Mungkin Allah cuba buka pintu hati awak untuk terima hidayah".
Teringat pula kata-kata datuknya di kampung sewaktu dia kecil.
"Semua agama di dunia ini mempunyai kebahagiaan. Pilihlah mengikut kata hati kebahagiaan kamu. Kalau kamu pilih agama yang dapat membahagiakan kamu, dengan segera bahagia itu akan hadir dalam hati kamu.".
air mata jatuh berlinangan tatkala melihat kawan-kawannya yang benar benar menemui kebahagiaan. Hongbin segera beredar dari situ sambil mengesat air mata dengan kolar bajunya.
Pagi terakhir berpuasa menyaksikan ayam liar berkokok dengan kuat bersama anak-anaknya. Para cengkerik memberi laluan pada paduan suara keluarga ayam dan Hongbin bangun dari tidur selepas menyedari N sudah keluar dari bilik mereka.
Dengan nawaitu dan tekadnya dia bangun dari katil dan ber-walkathon bersama Hyuk ke dapur di tingkat bawah.
Melihat Hongbin yang join bersahur, N terkejut ala-ala Dato Ogy dapat tahu Mira Filzah nak kahwin dengan Fikry Kokdiang lalu bertanya, "Kau nak join sahur sekali ke?".
"Ha'ah. Aku dah tekad walaupun aku lambat. Aku nak soq (sahur) dengan hangpa", jawab Hongbin lalu duduk di sebelah Ravi.
Ravi yang masih marah dengan sahabatnya mula mengangkat kening kirinya, tak percaya dengan apa yang diperkatakan oleh Hongbin. Namun dia berdiam diri.
"Okay lah macam tu. Kena ingat jugak, kalau puasa tak boleh setengah hari. Nah nasi.", ujar N lagi lalu memberikan sepinggan nasi untuk Hongbin. Dia terus duduk di kerusi bersebelahan Leo lalu berkata, "Dah, Leo. Baca doa makan".
Dengan lafaz Bismillah maka bermulalah permulaan baharu bagi Hongbin untuk berpuasa sepertimana yang lain. Harapnya dia tak puasa yang-yeop lah ye.
Comments