Kuasa Seorang A(kak)bang Kawasan
Ramadan Equation: VIXX Dapat Hidayah! + EXTEND [VIXXTRA!]Setelah dikaji dimana kurangnya pada episod yang lepas, penaip baru perasan N dan Hana tak bermaafan selepas perang bibir di rumah geng VIXX. Patut la bukan main sindir-menyindir dorang berdua ni.
Seperti kebiasaan pada waktu lepas berbuka, si Hana kutip kain jemuran. Si N pulak siram pokok. Siram pokok? Malam-malam? Tak payah terkejut ye puan-puan dan tuan-tuan. Ada je yang siram pokok malam.
"Woi orang sebelah! Tak reti jaga pokok ke ape?", kata Hana yang memulakan perang bieber- eh? Bibir sebenaunya.
"Sukati (suka hati) aku la. Yang kau panas apehal?, jawab N yang sedang Baepsae kepanasan. Selalunya cacing kepanasan.
"Tak ke sejuk pokok tu kena siram malam-malam?", sindir Hana lagi.
"At least, pokok ni berzikir jugak untuk aku yang siram pokok ni.-", tuuudia. Padu jawapan N. Kali ni N bagi kaw-kaw ahh! Sambungnya, "Yang kau tu? Saja bagi syaiton main dengan baju-baju kau ni?".
Gila tak sentap? Hana memang dah terkedu nak cakap apa. Sambil tarik baju dari ampaian, sambil gelabah nak cari jawapan. Susah jugak nak cari jawapan N ni.
Sementara Hana tengah cari jawapan, N ternampak Ken yang sedangggggg.. Si penaip dah lupa penjodoh bilangan tu. Tapi nampak la Ken macam rushing keluar dari rumah dengan songkok dikepala dan baju T bertulisan 'Budak Baek' dihadapan. Seluar track la, takkan boxer pulak. Lalu N pun bertanya dari jauh, "Woi Jamal! Mana Baby Pian?".
"Entah. Pegi tengok orang main meriam buluh la kot? Dah la, Bro! Aku dah lambat nak pegi mengompang nih! Assalamualaikum!", jerit Ken sambil terkial-kilal pakai selipar BoBoiBoy dan terus berlari keluar dari kawasan rumah.
"Kak Hana!", dua saat selepas Ken keluar dari perkarangan rumah, datang pulak Haebin dari belakang Hana dengan gelabahnya. Dia perasan ada N dihadapannya lalu seperti bisik kuat pada Hana, "Kak, Sejeong takdak! Tadi cari time buat kuih tapi dia takdak.".
"What?!", tanya Hana dengan suara yang tinggi. Dia terus memandang tajam pada N lalu bersyak wasangka, "Ni mesti adik kau yang bawak lari adik aku pergi Danok, kan?".
Mendengarkan kata-kata nista dari Hana, sudah cukup membuatkan N yang berbaju hitam berkain pelikat ni istifar, "Astarghfirullahalazim. Fitnah adik aku pulak. Aku pun baru tau dia pergi tengok meri..am...".
Keadaan menjadi tegang sebentar. N dan Hana mula bertentangan mata sambil mendekatkan wajah mereka pada pagar dawai hijau tu. Macam boleh ja baca fikiran sesama sendiri. Dengan sekali lafaz mereka menjerit.
"MERIAM BULUHHH!!".
Akhirnya. Selepas 5minit dari rumah, N dengan Hana sampai jugak dekat kuala untuk misi mencari adik masing-masing. Sampainya mereka di gerombolan pengunjung, mereka mula menatap wajah-wajah yang sebaya Hyuk dan Sejeong.
"Hakim. Dorang ada kat situ!", Pekik Hana sambil menunjuk ke arah Hyuk dan Sejeong yang bercakap dengan Sehun. Mereka berdua terus bergegas ke arah adik-adik mereka.
BOMMMMMM!
"Oi mak kau raver!", latah si Hana. Hana melatah rupanya. Hahahahahahahahaha- ehem! Si penaip is typing...
Dua 'das' meriam buluh dimainkan dan Hana masih melatah. N hanya menggeleng kecil. Muda-muda dah melatah.
Sampai je dorang berdua di belakang Hyuk dan Sejeong, si N dan Hana pun apa lagi? Terus tarik telinga adik masing-masing. N mula meninggikan suara, "Ni lah kerja korang bedua ehhh?!".
"A... Abang! Sakit n..ni.", rungut Hyuk sambil menahan kesakitan.
"Alaa akak.. Teringin nak t..tengok orang main meriam b..buluh.", pinta Sejeong sambil menunjukkan wajah comelnya.
"Takde tapi tapi. Jom ikut akak balik. Akak bagitau walid kang...", jawab Hana lalu mengheret adiknya keluar dari kawasan pertunjukkan meriam buluh bersama N yang juga masih menarik telinga Hyuk. Setibanya mereka berempat di hadapan kawasan letak kereta 55meter dari sana, Tiba-tiba...
BOMMMMMMM!!!
Bunyi itu daripada tempat pertunjukkan meriam buluh tapi bunyi tu bukan bunyi biasa-biasa. Dannn seperti biasa, Hana melatah. Kalah Ayda Jebat.
Kelihatan seorang lelaki yang dikenali Hyuk, datang ke arah mereka berempat. Itu si Feeldog lah. Macam ada kecemasan je? Dia yang datang dengan kesan koyakkan di pakaiannya berkata pada Hyuk dengan lelahnya. "Weh Pian... Geng Mihun.. Meriam geng Mihun meletup weh! Tangan Mihun macam nak putus wehhh!".
"A-PAAAA?!!", jerit mereka berempat lalu bunyi background terkejut dalam filem Ibu Mertuaku berkumandang. Selamat jugak la si N dan Hana ni cepat sampai. Kalau lambat sikit ni memang bersepai lah adik dorang ni. Adehhh...
Comments