Chapter 8

Seeking for Love (Malay version)

Dua minggu sudah berlalu semenjak Sunggyu memutuskan untuk Woohyun tinggal di pejabatnya sementara dia mengajar beberapa perkara kepada bakal PAnya. Tetapi Sunggyu kata dahulu dia boleh pulang semula ke office lama setelah genap seminggu. Tapi kini sudah dua minggu. Semua yang dipelajari sudah dikuasai Woohyun dan dia berkobar - kobar untuk pulang. Tinggal berdua di dalam satu ruangan sangat tidak selesa buat Woohyun. Alasan yang diberikan Sunggyu adalah lebih mudah kalau satu ruangan, lagi senang bertanya.

 

Semua kerja sudah dilakukan Woohyun. Perasaan bosan mula menyelinap. Akhirnya Woohyun memilih untuk duduk termenung sambil menunggu Sunggyu untuk kembali ke biliknya. Sementara dia masih khayal dalam lamunannya, Woohyun disapa oleh seorang staf meminta dia untuk print satu dokumen dari folder kerja Sunggyu.

 

Woohyun mengganguk dan bangun dari kerusinya setelah staf tadi keluar. Seketika dia melihat sebentar suasana ruang kerja Sunggyu yang bersih dan tenang. Walaupun Sunggyu sentiasa sibuk, mejanya tidak pernah sekalipun bersepah dengan dokumen atau fail. Dia akan memastikan meja kerjanya kemas sebelum dia meninggalkan tempat itu. Tidak kurang itu, dekorasi dan aura bilik ini sangat dominan dan tegas sesuai dengan karakter Sunggyu. Woohyun perasaan ruangan Sunggyu berbau vanilla, tenang dan manis.

 

Selesai mengamati keseluruh ruangan Sunggyu, Woohyun mambawa kakinya melangkah ke komputer riba Sunggyu. Butang on di penjuru ditekan dan menunggu sehingga window aktif. Skrin hitam tadi kini sudah bercahaya. Namun, baru sahaja Woohyun mahu menyentuh pad sentuh laptop tersebut, kata laluan diperlukan untuk mengaktifkan window.

 

Selama dia disini, Woohyun ingat Sunggyu tidak pernah menyuruhnya untuk on laptop kerana setiap kali Sunggyu memintanya untuk print, dia pasti akan email kepada Woohyun dahulu. Woohyun mencuba nasib memasukkan gabungan beberapa nombor yang dirasakan logik tetapi kesemuanya gagal. Bibir Woohyun mencerut tanda dia geram. Kedua - dua tangannya memeluk tubuhnya sambil akalnya ligat memikirkan jawapan.

 

Tanpa Woohyun sedari, sebenarnya Sunggyu ada bersembunyi di sebalik cermin biliknya yang memisahkan ruangan kerjanya dengan ruangan staf. Dia baru teringat bahawa Woohyun tidak tahu akan kata laluan laptopnya, jadi Sunggyu bergegas kembali ke bilik untuk membantu Woohyun. Sekembalinya dia ke bilik, tak sangka dia akan melihat wajah Woohyun frust. Gelagat Woohyun yang comel terus menjadi hidangan Sunggyu.

 

Selepas beberapa seketika, akhirnya Sunggyu berasa kasihan akan Woohyun. Pintu bilik dikuak tanpa diketuk dan hampir membuat jantung Woohyun melompat dari tempatnya.

 

“Saranghae.”

 

Mata Woohyun terbuka luas, rahangnya hampir mencecah lantai, pertama, apabila Sunggyu tiba - tiba masuk dan yang kedua adalah perkataan Sunggyu tadi. Sejujurnya Woohyun lebih terkejut dengan sebab yang kedua.

 

Sunggyu tidak dapat menahan bibirnya dari mengukirkan seulas senyuman bila dia melihat mata Woohyun terkebil - kebil. “Comelnya! Rasa nak gigit je pipi pau tu.” Sunggyu menahan gelodak hati.

 

“Saranghae, password tu.” Ulang Sunggyu semula setelah dia melihat Woohyun masih lagi beku ditempatnya. Penat menunggu reaksi Woohyun, Sunggyu berjalan menuju kearah Woohyun kemudian memasukkan kata laluan dari belakang Woohyun.

 

Woohyun dapat merasakan seluruh tubuhnya menghangat setelah dia sedar posisi mereka. Kedua - dua tangan Sunggyu mengurung dirinya dari belakang membuatkan jarak mereka sangat dekat. Dia tidak pernah sedekat ini dengan Sunggyu selama dua minggu ini. Deria hidungnya menangkap haruman maskulin tubuh Sunggyu yang mengkhayalkan. Nyaris sahaja dia hanyut ke dalam fantasinya jika Sunggyu tidak bersuara.

 

“Saya dah email pada awak. Boleh awak tolong print?” Sekali lagi Woohyun terpana melihat senyuman Sunggyu yang menghiasi mukanya yang handsome. Darah menderu - deru berkumpul di kedua - dua belah pipinya.

 

“Bbaik Encik Kim.” Cepat - cepat Woohyun bangkit dari kerusi dan menuju ke mejanya. Kemudian dia keluar untuk mengambil dokumen tadi di printer.

 

“Awak ingat saya kuat ke nak tahan nafsu dari cium pipi merah tu.”

 

Honey~” Satu suara yang nyaring mengetuk gegendang Sunggyu. Seorang perempuan memakai dress putih ketat yang singkat masuk ke ruangan Sunggyu.

 

Belum sempat Sunggyu berkata apa - apa, satu ciuman mendarat di bibir tipisnya membuatkan matanya membulat, terperanjat. Serentak dengan itu jugalah Woohyun kembali membawa dokumen yang diminta. Adegan intim yang disajikan berjaya membuat Woohyun tergamam. Perempuan itu sedang mencium Sunggyu tepat dibibirnya. Air mata mula bergenang ditubir mata Woohyun.

 

Sunggyu menolak paksa tubuh Soyou yang melekat dengan dirinya apabila dia menyedari kehadiran Woohyun. “Apa yang you buat dekat sini, Soyou.”

 

Soyou.

 

Nama tersebut terus berputar didalam kepala Woohyun. Faham dengan keadaan mereka, Woohyun mengundur diri keluar dari ruangan tersebut bersama dengan air mata yang mengugut untuk jatuh. Dokumen yang diminta Sunggyu telah Woohyun tinggalkan kepada office boy. Kakinya membawa Woohyun ke tandas.

 

Segera air mata Woohyun tumpah bak air terjun setelah dia mengunci kubikel tersebut. Tubuh Woohyun melorot jatuh di pintu. Tangannya mencengkan erat kemeja dia bahagian dada kiri, menahan rasa sakit yang menyerang. Kata - kata Tuan Kim lima tahun lepas bukanlah mainan. Memang betul Sunggyu adalah suaminya, tetapi dia tidak mampu menghalang Sunggyu daripada mencintai orang lain kerana dia sudah digantung tidak bertali.

 

Woohyun mengutuk dirinya sendiri kerana tertipu dengan layanan Sunggyu. Dirinya terlalu bodoh kerana menganggap perkataan keramat yang diucapkan Sunggyu tadi adalah untuknya. Dia bodoh kerana percaya bahawa Sunggyu akan menjadi sosok suami yang baik untuknya. Air mata yang turun berjurai - jurai pantas diseka Woohyun. Setelah berasa tenang, Woohyun keluar dari kubikel, membawa kakinya ke hadapan sinki. Dia perlu menghapuskan kesan yang menunjukkan dia baru sahaja menangis.

 

“Betul kata Tuan Kim. Aku digantung tak bertali. Memang Sunggyu suami aku, tapi sebagai seorang isteri aku tidak dapat berbuat apa - apa selain membiarkan orang lain mencium suami aku. Memang aku terseksa kerana terpaksa melihat Sunggyu bebas memilih sesiapa sahaja untuk dia cintai tetapi aku? Aku diikat dengan ikatan ini, tidak dibenarkan untuk mencari orang yang aku cintai.”

 

Bunyi pintu dibuka mematikan lamunan Woohyun. Kehadiran Sunggyu yang tak disangka memeranjatkan Woohyun lagi. Tubuh Sunggyu yang berdiri disebelahnya dipandang sekilas. Woohyun tidak mahu ada perbualan antara mereka. Dengan pantas Woohyun menyelesaikan urusannya dan pergi meninggalkan Sunggyu yang cuba untuk berkata sesuatu.

 

 

---

 

Laman hadapan banglo mewah keluarga Kim dipenuhi dengan berbagai warna dan spesis bunga mawar. Harumannya menjadi penenang kepada sesiapa sahaja yang duduk bersantai disini. Kesemua bunga tersebut ditanam oleh Puan Kim sendiri. Semenjak berusia ini, Hyunah memilih untuk menanam bunga mawar sebagai hobi. Alasannya mawar bukanlah sebarang bunga yang boleh disentuh. Walapun kecantikannya tiada tara, tetapi duri yang memenuhi tangkainya memelihara daripada dipetik oleh orang. Hanya mereka yang pandai sahaja dapat memegang bunga indah ini.

 

Hyunah meletakkan cawan tehnya ke atas meja apabila dia melihat kereta Sunggyu memasuki perkarangan rumah. Senyuman hangat mekar di dibibir Hyunah melihat Sunggyu melangkah keluar dari kereta dan menuju kearahnya. Sejambak bunga ros berada dalam tangan Sunggyu.

 

Mommy sihat?” Sunggyu menyapa ibunya setelah menyerahkan sejambak bunga kegemaran ibunya. Dahi Hyunah dikucup dengan penuh kasih.

 

Hidung Hyunah menghirup aroma harum dari bunga tersebut. Sepotong terima kasih diberikan kepada Sunggyu.

 

Mommy sihat, biasalah orang tua kan. Sunggyu macam mana?” Giliran Hyunah pula bertanya.

 

“Biasa je Mommy. Daddy mana?”

 

“Macam tak kenal pula Daddy kamu. Workaholic. Dah dua bulan dia sibuk memanjang.” Sunngyu tersenyum lirih apabila dia mendengar luahan hati ibunya. Kasihan dia bersendirian selalu.

 

“L ada call mommy?”

 

“Entahlah Gyu, Mommy dah penat fikir. Kalau nak harapkan dia telefon memang taklah, tapi bila Mommy call tak dijawab pula” Hyunah mengeluarkan isi hatinya. Walaupun L anak yang bermasalah, tapi dia tetap anak bongsu Hyunah sampai bila - bila pun. Kasih dan sayang Hyunah tak pernah sedikit pun luntur untuk L.

 

“Biarlah dia Mommy. Pandailah dia hidup lagipun Daddy tiap - tiap bulan masukkan duit dia kan.”

 

Hyunah bersetuju dengan Sunggyu. “Kamu dah makan?”

 

“Akhirnya Mommy tanya juga. Motif Gyu datang ni nak makanlah.” Sengih Sunggyu tanpa dosa.

 

Hanya gelengan kepala dihadiahkan kepada Sunggyu. “Mommy dah cakapkan cari isteri supaya makan pakai awak terjaga. Sampai bila nak berkepit dengan Mommy.

 

“Nantilah dulu. Sekarang anak Mommy dah lapar sangat. I need food.” Sunggyu terus mengelak dari topik sensitif ini. Dia belum bersedia untuk memberitahu ibunya tentang Woohyun kerana keadaan sekarang tidak mengizinkan.

 

Wajah Woohyun yang dibasahi air mata terus menerpa dalam bayangan Sunggyu. Dia cuba untuk menerangkan situasi sebenar kepada Woohyun tetapi tidak diendahkan oleh lelaki terebut. Woohyun meninggalkan dia sebelum dia sempat berkata apa - apa. Situasi sekarang membuat semangat Sunggyu untuk memikat hati Woohyun semakin berkobar - kobar.

 

 

---

 

Setelah hampir enam bulan berkhidmat sebagai PA kepada Sunggyu, Woohyun semakin selesa dengan kerja baharunya. Ada juga kadangkala Howon membantu beberapa perkara yang dia kurang jelas dan semestinya Woohyun lebih selesa dengan Howon berbanding Sunggyu, bosnya. Perbualan antara mereka juga akan disingkat Woohyun dan hanya berkaitan dengan kerja sahaja.

 

“Woohyun, masuk bilik saya sekarang.” Butang interkon ditekan. Suara Sunggyu kedengaran dihujung talian.

 

Sunggyu sudah kembali dari outstation semalam dan sekarang Woohyun harus menghadap semula mukanya. Satu keluhan berat dilepaskan Woohyun sebelum dia mengambil planner dan bergerak ke bilik Sunggyu. Pintu bilik diketuk sehingga dia mendengar suara Sunggyu disebaliknya memberikan kebenaran.

 

“Ya, Encik Kim.” Woohyun membungkuk hormat kepada Sunggyu dan segera memastikan mata mereka tidak bertembung.

 

“Beritahu jadual saya untuk esok.” Perintah Sunggyu tanpa membuang muka dari fail yang diperiksa.

 

“Encik kena jumpa dengan Encik Joshua supplier produk bayi.” Woohyun membaca sekali lagi butiran di plannernya takut tersilap.

 

Sunggyu mengangkat mukanya dari fail tadi dan memandang Woohyun dengan serius. Pandangan serius Sunggyu membuatkan Woohyun terasa lebih kerdil. Tiada jawapan diterima, Sunggyu berdehem.

 

Terasa bahang menjalar ke pipi Woohyun. “Pukul tiga petang dekat Hotel Diamond.”

 

“Okay, esok awak ikut saya.”

 

“Baik.” Jawab Woohyun sedikit perlahan. “Kenapa aku kena ikut dia. Tak boleh ke dia pergi sendiri?” Baru sahaja Woohyun hendak melangkah keluar, sekali lagi namanya dipanggil.

 

“Tolong tambah gula, terima kasih.” Sunggy menghulurkan cawan kopinya kepada Woohyun dan segera disambut olehnya.

 

“Lagi satu, mulai esok awak akan bancuh kopi saya setiap pagi.”

 

“Baik Encik Kim.”

 

 

---

 

Sunggyu memilih untuk duduk di bahagian tingkap bersama Woohyun disebelah kanannya dengan Woohyun berhadapan dengan Encik Joshua. Tidak ramai orang yang ada di restoran mewah tersebut kerana mereka datang selepas waktu makan tengahari. Perbincangan segera dimulakan tanpa membuang waktu. Dalam diam Encik Joshua sudah terpaku dengan daya tarikan Woohyun. Matanya dari tadi lekat memandang Woohyun.

 

Woohyun sudah bersedia dengan pen ditangan untuk mencatat setiap butiran penting dalam perbincangan mereka. Seulas senyuman dilemparkan kearah Encik Joshua yang tidak sengaja bertembung mata.

 

“Jadi macam mana dengan deal kita, Encik Joshua?” Sunggyu memulakan perbincangan mereka.

 

“Tak ada masalah. Kami akan bagi anda tawaran istimewa selagi kami dipilih menjadi supplier untuk anda.” Jawab Joshua dengan yakin sambil matanya mengerling nakal kearah Woohyun.

 

“Baiklah kalau macam. Tetapi jika saya dapati ada perubahan, saya akan batalkan perjanjian kita.” Tegas Sunggy dengan penuh karisma. Disebabkan karisma ini Sunggyu selalu dihormati oleh setiap client dan rakan kongsinya.

 

“Jangan risau Encik Kim. Kami bukan macam itu.” Joshua membela diri. Seketika kemudian pandangannya bertemu dengan Woohyun. Tanpa segan silu, dia mengeyitkan mata kepada Woohyun.

 

Merasa dirinya sedang digoda oleh Encik Joshua, Woohyun meminta izin untuk ke tandas. Setiap langkah Woohyun sentiasa diperhatikan Joshua sehingga tubuh lelaki tersebut menghilang daripada pandangan. Sunggyu juga perasan pandangan yang diberikan Encik Joshua kepada Woohyun mencurigakan. Pandangannya penuh dengan nafsu dan semestinya membuat darah Sunggyu mendidih. Mana mungkin seorang suami boleh duduk berdiam diri apabila orang lain memandang isterinya dengan penuh nafsu.

 

“Dia dah kahwin.” Bersahaja suara Sunggyu sambil meneguk baki jus didalam gelasnya. Sedikit sebanyak air sejuk yang mengalir di tekaknya dapat meredakan sedikit amarah.

 

“Badan dia wow. Buat saya nak explore lebih mendalam.” Jawab Joshua sambil tersenyum sungging. Smirk yang terpamer di wajah Joshua hanya menaikkan lagi amarah Sunggyu.

 

Tidak tahan lagi dengan perangai jijik Joshua, amarah Sunggyu akhirnya meletus. “Our deal is over!” Serentak dengan itu Woohyun tiba di meja mereka dan terus ditarik paksa Sunggyu keluar dari restoran mewah itu. Woohyun tidak mampu berkata apa - apa selepas lengannya ditarik.

 

 

Suasana tegang dapat dirasakan didalam kereta ini. Tiada suara nahupun bunyi radio. Hanya bunyi air-con sahaja yang kedengaran. Kecut perut Woohyun melihat bagaimana Sunggyu membentak Encik Joshua tadi. Selama dia bekerja dengan Kim, dia mengenali Sunggyu sebagai seorang anak yang penurut dan gentleman. Ini merupakan kali kedua dia melihat amarah Sunggyu, pertama sewaktu hari perkahwinan mereka.

 

“Jangan pakai baju ni lagi.” Keras suara Sunggyu kedengaran ditelinga Woohyun. Suara rendah dan dalam milik Sunggyu berjaya membuat Woohyun berdebar.

 

Terus matanya melihat pakaiannya pada hari ini. Tiada apa yang salah menurutnya. Kemeja putih nipis dengan seluar hitam ketat. Apa yang salahnya? Bukannya dia tidak berbaju.

 

“Kenapa dengan pakaian saya?” Soal Woohyun penuh tanda tanya. Dia tidak faham.

 

“Awak tanya saya?! Ke memang awak suka orang bernafsu tengok badan awak?” Sindir Sunggyu yang berjaya membuat Woohyun terasa hati.

 

“Saya tak rasa baju kurang senonoh nak dibandingkan daripada Soyou. Lagipun saya lelaki.” Jawab Woohyun dengan berani.

 

“Awak tu isteri saya bukannya Soyou!” Jerkah Sunggyu. Mulut Woohyun seolah digam setelah mendengar penyataan Sunggyu.

 

“Saya tak boleh halang fikiran orang. Itu hak mereka.” Woohyun membidas. Dia bosan dengan sikap Sunggyu seolah - olah memberi peluang kepada hatinya.

 

Pedal brek ditekan kuat oleh Sunggyu membuat Woohyun hampir tercampak kehadapan jika dia tidak memakai tali pinggang keledar. Kereta mereka berhenti dibahu jalan. Sunggyu memusingkan badannya agar berhadapan dengan Woohyun. Anak matanya tajam menikam mata Woohyun yang ketakutan.

 

“Kalau macam tu saya pun nak. Ikut saya balik rumah malam ni.” Bisik Sunggyu menggoda ditepi telinga Woohyun. Sengaja dia membiarkan anak matanya menatap tubuh Woohyun dari atas ke bawah. Tapak tangannya mengusap perlahan bahagian dalam paha Woohyun.

 

Mimpi ngerinya kembali bermain difikiran Woohyun. Ketakutan menguasai diri. Air matanya sudah jatuh berderai. Adakah Sunggyu mengganggapnya murahan seperti jalang dan pelacur?

 

Tangan Sunggyu yang sedang mengusap pahanya ditepis kasar oleh Woohyun. Dia beringsut menjauhi Sunggyu semampu yang boleh. Satu badannya menggeletar hebat atas perbuatan Sunggyu tadi. Dia membuang pandangan daripada wajah Sunggyu.

 

“Hantar saya balik office.”

 

“Tak. Saya akan bawa balik awak ke rumah.” Esakan Woohyun semakin kuat.

 

Sunggyu merapatkan lagi badannya pada Woohyun, nafas mereka menjadi satu. Dada Sunggyu bersentuhan dengan bahu sempit Woohyun. “Kenapa? Takut? Sayakan suami awak.”

 

“Tolong jangan buat benda bodoh Encik Kim. Saya merayu.” Woohyun memalingkan wajahnya saat jarak bibir mereka hanya sebulu. Dia dapar rasakan deraun nafas hangat Sunggyu mencium kulitnya.

 

“Saya suami awak Woohyun. Bukan awak patut ‘puaskan’ dia?”

 

Woohyun sudah tidak sanggup lagi dihina Sunggyu. “Murah sangat ke saya dekat mata awak Encik Kim.” Akhirnya Woohyun membalas. Hingus dan air mata membasahi wajah mulus Woohyun. Dia tak sangka Sunggyu yang dia fikir berbeza dengan lelaki lain rupanya sama sahaja. Sunggyu hanya mengambil kesempatan untuk memuaskan nafsunya.

 

Sunggyu akhirnya menjauhkan jarak diantara mereka. Satu keluhan berat dilepaskan Sunggyu. Dia merenung seketika diri Woohyun yang perlu dilindungi dari dunia yang kejam. Sunggyu tidak akan sesekali melakukan perkara diluar kerelaan Woohyun. Dia cuma mahu Woohyun sedar akan status dirinya. Nasib baik dia ada waktu itu kalau tidak, Sunggyu tidak akan memaafkan dirinya sendiri jika sesuatu buruk menimpa Woohyun.

 

“Dengar sini Woohyun, saya nak awak tahu dunia luar sana bahaya. Saya memang tak ada maksud lain. Awak isteri saya, tanggungjawab saya, Woohyun. Saya cuma tak nak benda buruk berlaku pada awak.” Terang Sunggyu lembut. Kedua tangan Woohyun diraih perlahan kedalam genggamannya. Lega sedikit hatinya mendengar esakan Wooohyun mulai mereda.

 

Woohyun masih menjaga jarak antara mereka. Tangannya yang digenggam Sunggyu ditrarik dan kembali membuang pandangan keluar. “Hantar saya balik.”

 

Sunggyu hanya mengangguk walau dia tahu Woohyun tidak akan nampak. Dia kembali ke tempat pemandu dan menghidupkan enjin kereta. Setelah memastikan tiada kereta dibelakang, Sunggyu memberi signal untuk masuk ke lane jalanraya.

 

Telinga Sunggyu masih lagi menangkap esakan halus dari Woohyun disebelahnya. Sedikit sebanyak hatinya dihambat rasa bersalah. “Maafkan saya Woohyun.”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Suka untuk saya ingatkan bahawa untuk cerita ini saya tak akan update kerap sebab saya masih lagi dalam proses translate. Keduanya, chapter akhir 'Seeking for Love' sedang dalam proses. Jadinya saya akan lebih fokus ke versi Inggeris dahulu sebelum saya fokus ke versi Melayu. Terima kasih semua^^

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
reader_28
#2
please update eng ver too ^^
vicistar #3
Chapter 9: Eng version please
reader_28
#4
Chapter 7: please update on eng ver too ^^
dazaasxorm127 #5
When are you going to update the english ver.?
Nowisgood3
#6
Don't you want to update the English version anymore?