Chapter 38

Seeking for Love (Malay version)

Dua bulan setengah selepas itu…

Kesemua penumpang pesawat Infinite Airline memegang erat pemegang kerusi sementara pesawat yang dinaiki mereka sedang menuruni ke landasan. Bunyi decitan tayar yang terhasil daripada gesekan tayar pesawat dengan jalan mengundang rasa gundah kepada hampir kesemua penumpang tidak terkeculi Lee Byunghun. Sebaik sahaja pramugari mengumumkan pesawat akan mendarat, Byunghun terus mencapai lengan Myungsoo dan memeluknya erat. Tuan pemilik lengan cuma tersenyum melihat gelagat comel kekasih hati. Myungsoo memeluk bahu Byunghun dengan sebelah tangannya lagi.

“Relaks, tak ada apa pun lah.” L membisik ke telinga Byunghun cuba memujuk Byunghun. Namun, Byunghun tidak membalas sebaliknya dia mengeratkan lagi pelukannya.

“Saya tak suka. Jantung saya macam nak terkeluar tau.”

“Tak ada apa. Peluklah lengan saya puas – puas kalau boleh buat awak relaks.”

 

Myungsoo menunggu di ruangan bagasi untuk mengambil beg mereka. Sebaik sahaja menangkap kelibat beg mereka, Myungsoo terus menarik. Bibirnya tersenyum nipis sambil berjalan kearah Byunghun yang sedang menunggu. Beg tadi bertukar tangan, sekarang dipegang oleh Byunghun, kemudia mereka berpimpinan tangan berjalan meninggalkan lapangan terbang dan menahan teksi untuk ke kediaman Kim.

“Awak dah sedia nak jumpa mak ayah saya, Byunghun?” Tanya Myungsoo sengaja mahu memecahkan kesunyian antara mereka. Dia memiringkan kepala kesamping bagi melihat reaksi Byunghun. Kekasihnya hanya tersenyum tawar.

“Diaorang oaky? Mmaksud saya kita, parents awak okay ke?” Byunghun mendongakkan kepalanya agar mata mereka bertatapan.

Jantung Byunghun berdegup kecang sekarang ni. Sejak Myungsoo mengutarakan perkara ini, hati Byunghun tidak pernah tenang. Myungsoo memberitahunya sewaktu mereka sedang menukmati makanmalam disebuah restoran. Elok je suasana tu romantik, terus je tukar serius sebab perkara ni.

Bunyi dentingan sudu garfu bertemu dengan pinggan kaca membuat Byunghun memandang kehadapannya. Keningnya bersambung hairan melihat raut wajah Byunghun yang bertukar serius. Terus dia pun meletakkan sudu garfunya lalu mengelap mulut.

“Hunnie, apa yang awak nampak pada hubungan kita? Adakah sama macam saya?” Myungsoo bersuara dahulu.

Soalan yang tidak terduga dari Myungsoo menimbulkan kehairanan pada Byunghun. Adakah kekasihnya ada terhantuk tadi sampaikan merepek macam ni.

Tapi apa yang dirasai oleh Byunghun?

Dunianya.

Hanya jawapan yang paling sesuai bagi menjawab soalan tadi. Pertemuannya kali pertama dengan Nyungsoo adalah detik dimana hatinya sudah terpaut pada lelaki itu. Pedulilah orang label dia karut jatuh cinta pandang pertama konon, tapi Byunghun percaya akan itu.

Luaran Myungsoo tipikal seperti anak muda kaya yang terlihat angkuh dan Byunghun tidak menafikannya. Renungan mata yang tajam, rahang tegas dan aura dominan yang sentiasa memayungi figura itu sudah memadai membuat orang sekeliling bertekuk lutut. Tetapi setelah bertentang mata dengan lelaki out, tanggapan Byunghun jauh meleset. Sepasang manik tajam itu membiaskan kekosongan dan kelembutan. Sangat bertentangan dengan imej luarannya.

“Awak adalah segalanya buat saya, Myungsoo. Saya berharap sangat hubungan kita bukan setakat ini sahaja. Saya nak kita berakhir dengan perkahwinan.”

“Baiklah kalau itu yang awak mahukan, nanti ikut saya balik Korea jumpa dengan keluarga saya. Kita kahwin.”

Rahang Byunghun nyaris tertanggal mendengar jawapan dari Myungsoo. Dia langsung tidak terduga dengan jawapan itu. Apa Myungsoo sudah hilang akalkah?

“Awak tak rasa kita rushing ke?”

“Tak. Saya bersungguh nak kahwin awak. Kita dah jelas dengan perasaan masing – masing, apa kata kita teruskan je.”

“Memanglah tapi macam mana dengan keliarga awak?”

“Yang itu awak tak perlu risau.”

---

Mereka sudah pun tiba di kediaman Kim. Byunghun tidak lepas dari memegang lengan Myungsoo seperti seluruh hidupnya bergantung kelada lelaki itu. Dahinya berpeluh deras dengan hanya berdiri dihadapan banglo mewah keluarga Kim tersebut. Tak tahu pula Myungsoo sekaya ini. Sekali dipandang banglo ini lebih mirip kepada istana. Berdasarkan fakta itu sahaja, Byunghun terus terasa dirinya kerdil. Adakah keluarga Myungsoo akan menerimanya yang tidak seberapa ini? Atau mereka sudah mempunyai pilihan sendiri untuk menjadi pasangan Myungsoo?

“Relaks lah, Mommy dengan Daddy tak akan makan awak lah. Saya janji diaorang mesti suka punya.” Myungsoo memejuk Byunghun yang seperti cacing kepanasan. Sedikit sebanyak hatinya tenang tetapi masih lagi dihimpit kerisauan.

Byunghun mengangguk pasrah dan meneruskan langkahnya kedalam seiring dengan Myungsoo. Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk kedalam perkarangan banglo itu, sekali lagi Byunghun terpaku dengan keindahan landskapnya.

Sepanjang laluan dilaman itu ditanam dengan pelbagai pokok bunga yang berwarna warni, memberi keharuman yang menenangkan kepada sesiapa sahaja yang melaluinya. Menambah lagi ketenangan, terdapat satu pancuran air kecil di penjuru laman. Bunyi desiran air megalir merupakan terapi yang menenangkan. Tapi kesemua ketenangan yang dimiliki Byunghun langsung lenyap sebaik sahaja dia menangkap bunyi pintu dibuka dn menyaksikan seorang lelaki baya mereka sedang tersenyum kearah mereka.

“Awal sampai. Ingatkan dalam 3.30 nanti.”

Byunghun memilih untuk berdiam diri tidak tahu untuk memulakan perbualan, memberikan tugas itu kepada Myungsoo. Matanya menangkap bentuk perut lelaki itu membuncit seperti orang mengandung. Dan Byunghun tidak dapat menyembunyikan rasa cemburunya ,elihat kedekatan Myungsoo dengan lelaki itu. Tidak dinafikan lelaki itu terlihat menarik dan mempunyai pesonanya sendiri.

“Hunnie, ni Woohyun, isteri abang saya. Dialah yang saya pernah cerita dulu kat awak.” Byunghun terkejut apabila namanya tiba – tiba disebut. Woohyun menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

“Awak mesti Byunghun kan.” Tegur Woohyun sambil tersenyum. Byunghun hanya mengangguk. “Patutlah Myungsoo berkenan. Saya Woohyun, selamat berkenalan.”

Byunghun malu sendiri kerana sudah memandang Woohyun negatif. Lelaki yang bernama Woohyun ini sangat baik dan ramah. Lihat saja gaya dia bercakap, lemah lembut. Senyuman dia mampu menambat hati sesiapa sahaja yang memandang

“Masuklah, semua tengah tunggu kamu. Biar je barang dekat sini, nanti hyung suruh pembantu tolong bawa ke atas.” Woohyun menggeser sedikit tubuhnya memberi ruang kepada Myungsoo dan Byunghun untuk masuk ke dalam.

“Mana Sunggyu hyung?” Mata Myungsoo mencari sekilas kelibat abangnya tetapi tidak menjumpai. Keretanya pula tidak kelihatan di garaj tadi.

“Tadi dia ada, tapi office call dia semula tadi, tu yang dia tak ada. Katanya dalam pukul 2 nanti dia balik.

Woohyun melihat Myungsoo mengangguk. Dia menyambung semula langkahnya ke ruang tamy yang sempat terhenti kerana Myungsoo. Sebaik sahaja muka Myungsoo menjengah ruang tamu, Siwon dan Hyuna terus berdiri dengan riak yang sukar ditafsirkan.

Mommy,” “Daddy,”

Itu merupakan perkataan pertama yang diucapkan oleh Myungsoo selepas dia tiba diruang tamu. Dia tidak tahu betapa dia merindui sosok orang tuanya sehinggalah dia berada dihadapan mereka. Matanya mulai membasah dengan air mata. Byunghun ditepi cuma berdiam memerhatikan pertemuan pilu seorang anak dengan orang tuanya. Beg yang dijinjit Myungsoo dilemparkan sebelum dia menghamburkan diri kedalam pelukan ibunya, mengungkapkan kata rindu tidak putus.

Hyuna tidak mampu menghalang air matanya daripada terjatuh setelah anak yang dirindui berada dalam dakapannya. Dia menangis sepuas hati sambil mencium muka anaknya melampiaskan rasa rindu yang membuak – buak.

“Myungsoo rindu Mommy. Maafkan Myungsoo.”

“Myungsoo,” Suara berat Siwon mematikan sebabak momen anak dan ibu. Myungsoo meleraikan pelukannya pada badan Hyuna dan kini beralih memeluk bapanya. Siwon sedikit mendodoi anaknya bagi mengurangkan esakannya yang semakin memberat. Tak lama lepas tu, tangis Myungsoo mulai mereda dan sekarang dia memandang wajah bapanya dengan mata sembab.

“Myungsoo minta maaf Daddy.” Kalimat itu berjaya keluar dari bibir Myungsoo. Mata hitamnya memandang lekat kearah Siwon.

Wajah tua Siwon terukir dengan senyuman tatkala dia mendengar ungkapan maaf dari anaknya. Tangannya terhulur membelai pipi Myungsoo yang sudah dibasahi dengan air mata. “Daddy dah maafkan sayang.”

“Terima kasih,”

Kali ini Myungsoo menghadap semula Woohyun setelah dia meleraikan pelukan pada Siwon. Wajah tenang Woohyun dipandang dengan senyuman hangat. Woohyun yang memerhati mula salah tingkah apabila Myungsoo mendekatinya.

“Saya tahu saya tak dapat putarkan kembali masa. Tapi saya nak awak tahu, saya ikhlas nak minta maaf. Saya menyesal sangat dengan perbuatan saya dahulu. Saya nak kita mulakan buku baharu. Saya minta maaf, Woohyun.” Myungsoo melempar jauh egonya dan berlutut dihadapan Woohyun dengan kepala menunduk, malu untuk menatap lelaki itu. Beberapa titisan air mata mula mengalir dihujung tubir matanya lalu jatuh ke riba.

“Myungsoo,” Woohyun cuba memanggil namanya tetapi dia sibuk mengungkapkan perasaanya sampaikan Woohyun terpaksa bersusah payah bertinggung dihadapan untuk mendiamkan Myungsoo.

“Saya dah maafkan awak. Tak ada siapa yang sempurna dalam dunia ni. Awak tahu tak, saya gembira sangat bila Sunggyu cakap awak dah jumpa peneman hidup. Saya bahagia bila tahu awak dah berubah, Myungsoo.” Jari Woohyun membelai surai hitam Myungsoo dengan lembut.

“Betul ke Woohyun?”

“Ya, saya.”

“Terima kasih banyak – banyak!” Tanpa memikirkan keadaan Woohyun yang sedang mengandung, Myungsoo terus menghamburkan dirinya kepada Woohyun yang langsung tidak bersedia menerima tubuhnya membuat Woohyun sedikit tertolak ke belakang.

Myung, awak peluk ketat sangat. Baby tak suka.”

“Oopps… Sorry again.”

---

Setelah sekian lama ruang makan keluarga itu senyap, hari ini dipenuhi dengan gelak tawa dari keluarga besar Kim. Selalunya kerusi makan itu tidak pernah penuh dari dahulu lagi, tetapi berbeza dengan hari ini. Melihat suasana bahagia ini, hati Hyuna sedikit terusik. Dia bersyukur mendapat kembali keluarganya yang sempat hilang diuji dengan pelbagai dugaan sebelum mereka bersatu semula.

“Eommonim, kenapa tak makan?” Teguran Byunghun mematikan lamunan singkat Hyuna. Bibirnya melengkung mengukir senyuman manis lalu dihadiahkan kelada calon menantunya.

“Boleh kamu hulurkan sup tu Byunghun?”

“Sekejap ya,” Byunghun meraih mangkuk sup di sebelah kirinya lalu dihulurkan kepada Hyuna. “Ini supnya.”

“Terima kasih.”

Kemudian tiada suara yang kedengaran antara mereka kerana masing – masing sedang menikmati hidangan yang tersaji. Sekarang sudah 15 minit melepas jam dua tetapi batang hidung Sunggyu masih belum kelihatan lagi.

“Woohyun, pukul berama suami kamu balik?” Suara Siwon memecahkan kesunyian antara mereka. Woohyun memandang sekilas jam dinding yang bertentangan dengannya.

“Sunggyu kata dia balik pukul dua, tak tahu pula. Dia tak ada inform saya apa – apa pun.”

“Jalan jammed lah kot. Tau lah sekarang kan waktu puncak mesti Sunggyu tersangkut dalam kesesakan ni.” Hyuna cuba meredakan kerisauan Woohyun. Pelik, biasanya Sunggyu akan memberitahu kalau dia terlambat.

“Saya pun rasa macam tu.” Elok sahaja para pembantu mahu menghidangkan pencuci mulut, suara Sunggyu bergema memenuhi rumah. Bunyi derap kakinya laju menuju kedapir, menyapa semua orang disana.

“Saya dah balik! And you Myungsoo, kenapa tak cakap dah sampai!”

Bibir nipis Sunggyu mencerut kesal mengundang tawa seluruh meja. Dia terus mengambil tempat disebelah Woohyun. Seketika anak matanya bertembung dengan Byunghun dan kekasih adiknya tersenyum sopan. Sunggyu tersenyum sungging membalas senyuman Byunghun membuat lelaki itu tersipu.

“Jadi, dia ni Byunghun?” Kesemua mata tertacap kearah Byunghun yang sedang menambah nasi kedalam pinggannya. Perhatian tiba – tiba yang tertumpu kearahnya membuat Byunghyun salah tingak dan tersenyum kekok.

“Saya, Byunghun, Lee Byunghun.” Byunghun mengenalkan dirinya kepada Sunggyu.

“Hyung jangan takitkan dia. Kesian baby saya.” Tangan Myungsoo memluk bahu sempit Byunghun, menarik tubuh itu kedalam pelukannya. Perbuatan tidak terduga Myungsoo tadi berjaya menaikkan haba didalam badan Byunghun.

“Maaf Byunghun. Patutlah adik saya minat nak jadikan awak peneman hidup dia. Cantik orangnya.” Pujian Sunggyu membuat Byunghun tersipu malu sampaikan pipinya bertukar kemerahan. Woohyun yang dari tadi diam memerhati mulai cemburu melihat suaminya bersikap sedemikian.

“Jadi saya buruk lah sekarang?” Sekali lagi jeda mengambil alih. Kali ini dengan aura yang berbeza. Yang paling memucat sekali semestinya Sunggyu. Peluh sejuk deras menuruni dahinya selepas dia tersedar atas kelancangan mulutnya. “Matilah nak!”

Tanpa suara, Woohyun menolak kerusinya meninggalakn meja makan dengan mata berair. Kesemua mata kini terakih memandang Sunggyu kerana sudah bertanggungjawab membuat Woohyun menangis. Sunggyu cuba meminta ihsan bapanya tetapi tidak dilayan. Lelaki berusia itu sengaja mengalihkan wajahnya agar tidak memandang Sunggyu.

"Mommy,"

“Jawab sendiri. Siapa suruh tak tapis dulu mulut tu. Kamu tahukan Woohyun sekarang makin sensitif.”

Good luck my brother.” Myungsoo tersenyum mengejek membuat dia menerima jelingan tajam dari Sunggyu.

“Ni salah kamu tau.”

“Eh, kita pula. Siapa suruh puji buah hati kita melebih. Tak siapa suruh pun.”

“Aish, kamu ya-“ Ayat Sunggyu tergantung apabila Hyuna mencelah dalam perdebatan bodoh mereka. Kedua – duanya mencicit takut, diam membisu.

“Dah besar kan semua. Kamu Sunggyu, nak jadi ayah dah pun. Myungsoo, tak malu Byunghun tengok?”

"Sorry," / "Sorry mom,"

“Sunggyu, pergi tengok Woohyun.” Dengan penuk keterpaksaan, Sunggyu bangun juga dari kerusi keluar dari ruang makan. Byunghun memandang kasihan belakang Sunggyu yang berjalan pergi.

“Awak tak patut buat macam tu. Kan isteri abang awak tengah mengandung.”

“Sayang, bukan saya tau mulakan, Sunggyu hyung yang mulakan.”

“Biarlah diaorang selesaikan.” Hyuna mencelah lagi. Dia tahu degil Myungsoo macam mana. Kalau dibiarkan nanti tak habis pula. “Oh Byunghun, makan lah lauk ni lagi. Yang ini favourite Myungsoo, nanti Mommy ajar masak dia.”

---

Sunggyu berdiri kaku dihadapan pintu bilik mereka tanpa bergerak sedikit pun. Yang sebenarnya dia takit nak buka. Tangannya teragak – agak samaada mahu mengetuk pintu dahulu atau terus sahaja masuk macam selalu. Tapi kalau dia masuk terus, takut Woohyun lagi marah. Woohyun kalau tengah moody memang susah nak deal. Sunggyu lebih sanggup kena marah daripada diam je macam ni. Rasa macam kena bunuh slow – slow.

Penat berperang dengan diri sendiri, Sunggyu memutuskan untuk mengetuk pintu dahulu. Sekurang – kurangnya dia memberitahu Woohyun kehadirannya. “Sayang, boleh saya masuk?”

Tiada jawapan yang diterima membuat Sunggyu semakin berdebar. Pintu diketuk sekali lagi tetapi masih juga sama. Selepas tiga kali mengetuk, Sunggyu memberanikan diri memulas tombol pintu.

Suhu bilik mendadak sejuk, tidak pasti disebabkan air cond ataupun aura Woohyun. Rambut halus di tengkuknya berdiri tegak. Dalam pada takut tu, Sunggyu tetap berjalan menghampiri Woohyun yang berselimut tubuh ditengah katil. Perlahan Sunggyu melabuhkan punggungya diatas tilam empuk itu.

“Woo sayang,” Tangan Sunggyu menyentuh badan yang berbungkus selimut itu.

"..."

“Sayang, tengok saya.” Sunggyu mencuba sekali lagi selepas tidak mendapat respon dari Woohyun. Kali ini Sunggyu menyelak selimut yang menutup muka isterinya. Rasa nak gugur jantung bila matanya menangkap wajah isterinya yang dibasahi air mata.

Sekejap sahaja muka Woohyun yang penuh dengan air mata berada diantara tapak tangan hangat Sunggyu. Tapi Woohyun masih tidak mahu melihat Sunggyu. Matanya sengaja dilarikan daripada menatap suaminya. Dia cuba melepaskan tangan Sunggyu yang memegang tetapi tidak berjaya. Pegangan Sunggyu terlalu kuat.

“Sayang, maafkan saya. Sayang jangan nangis, please.” Pujuk Sunggyu dengan lembut. Hatinya seperti dihiris sembilu bila Woohyun tidak mahu menatap wajahnya. Sunggyu mencium bibir isterinya dan berjaya membuat tangis Woohyun pecah.

Woohyun menolak dada Sunggyu, tidak mahu dipegang oleh suaminya tetapi dibiarkan saja oleh Sunggyu. Sebaliknya Sunggyu melingkarkan tangannya ke badan Woohyun cuba menghentikan serangan Woohyun. Namun, Sunggyu masih berhati – hati dengan perut Woohyun.

“Saya benci awak! Awak dah tak sayang saya.” Woohyun menghamburkan apa yang terbuku dihatinya. Tangannya sudah berhenti menolak Sunggyu, tapi dia masih tidak mahu menatap Sunggyu. Hati Sunggyu seperti dihiris – hiris mendengar tuduhan Woohyun. Hampir sahaja dia mengalirkan air mata.

Dengan sedikit tenaga, Sunggyu berjaya memalingkan muka Woohyun agar menatapnya. Sekali lagi bibir Sunggyu menempel pada dahi Woohyun untuk seketika sampailah hatinya puas. “Siapa cakap? Mana sayang tahu saya tak sayang awak lagi, hmm?”

Rambut yang hampir menutup mata isterinya diselak oleh Sunggyu. Tak pernah bosan rasanya terus menatap wajah cantik Woohyun. Semenjak rambutnya semakin panjang, Sunggyu bertambah suka. Dalam diam Sunggyu berharap Woohyun tidak memotong rambutnya. Nampak comel dan cantik sahaja.

“Awak tak sayang saya lagi. Saya tahulah sekarang dah gemuk tak macam dulu. Saya tak cantik.”

“Dengar sini sayang, isteri saya adalah yang tercantik dalam dunia ni. Tak ada siapa pun dapat ganti title tu tau. Sayang sorang je dalam hati saya.” Tubuh Woohyun yang bergetar ditarik kedalam pelukannya, Sunggyu membisikkan kata – kata manis mahu memujuk Woohyun.

“Tipu! Tadi awak cakap Byunghun cantik.”

“Saya puji je. Saya tetap akan cakap sayang paling cantik, sekalipun dibandingkan dengan Miranda Kerr. Sayang ada daya penarik tersendiri.”

Woohyun diam tidak membalas Sunggyu, sebaliknya dia membenamkan lagi mukanya kedada bidang Sunggyu membasahkan baju suaminya sehinggalah esakannya berkurang. Sunggyu mendodoi sambil memeluk Woohyun dan membelai belakang Woohyun untuk menenangkannya. Mereka tetap dalam posisi itu terbuai dalam perasaan masing – masing.

“Sayang, saya minta maaf.” Suara lembut Sunggyu menyapa telinga Woohyun. Rasa tendangan halus dari rahim Woohyun membuat Sunggyu merenggangkan sedikit pelukannya. Dia mengusap tempat tendangan tadi dengan senyuman hangat dan hati berbunga.

Hari dimana dia disatukan dalam ikatan perkahwinan dengan Woohyun adalah hari yang paling diingatinya. Perkahwinan yang terbina bukan berlandaskan cinta dan tanpa persetujuan masing – masing. Sunggyu tak tahulah nak berterima kasih ke tak pada Myungsoo sebab dah menodai Woohyun sebab kalau tak dia tak akan kenal Woohyun. Tapi bukannya mudah Sunggyu nak peluk Woohyun macam ni. Banyak dugaan dan rintangan yang mereka kena tempuhi dahulu.

Terpisah setelah hampir lima tahun, mereka dipertemukan semula. Sunggyu bersyukur sangat sebab dalam tempoh perpisahan itu, Woohyun masih tidak berubah hatinya. Perpisahan itu hanya membuat Sunggyu merindui sosok Woohyun dan bertekad mahu memilikinya semula. Dari situ jugalah Sunggyu sedar dia sudah terlanjur mencintai isterinya.

Tapi untuk mendapatkan semula Woohyun bukanlah suatu kerja yang mudah. Betul cakap orang cinta sejati banyak dugaanya. Bila Sunggyu baru mendapat kepercayaan Woohyun, mereka diuji sekali lagi. Sunggyu termakan dengan hasutan syaitan dan melukakan hati Woohyun. Disebabkan itu, Woohyun membawa hatinya yang terluka jauh ke Malaysia. Mereka hampir sahaja bercerai.

“Yeobo,” Woohyun memanggil Sunggyu beberapa kali tetapi tidak dibalas. Mukanya terangkat memandang Sunggyu dan melihat suaminya sedang memikirkan sesuatu. Dengan lembut, Woohyun menautkan tangan mereka dan kembali semula bersandar di dada Sunggyu.

Sentuhan ditangannya membuat Sunggyu terkejut dan beralih memandang Woohyun. “Ya, sayang,”

“Saya panggil awak banyak kali tadi tapi awak tak dengar.”

“Maaf saya mengelamun tadi. Sayang nak apa?”

“Tak ada apa, saya rindu awak.” Woohyun memeluk erat tubuh suaminya bagi menutup pipinya yang memerah selepas pengakuannya tadi.

Sunggyu tersenyum kembang melihat reaksi comel Woohyun. Dah macam kucing pun ada. Manja.

“Tadi saya rasa ada orang tu marah saya.”

“Asdfghhjkkiumph,” Gumam Woohyun tidak jelas dibalik dada Sunggyu.

“Saya tak dengarlah. Cuba cakap tu pandang saya, boleh sayang?”

Woohyun menelan keberanian sebelum dia menangkat wajahnya keatas. Sebaik sahaj dia berbuat demikian, haba berlumba – lumba menyerbu pipinya apabila matanya menangkap muka handsome suaminya dengan jarak dekat. Seketika dia terbuai dengan keindahan wajah suaminya.

“Sayang,”

“Yy..ya.”

“Saya minta maaf sebab tadi. Saya sepatutnya lebih peka dengan perasaan awak.” Sunggyu mencium setiap ruas jari Woohyun.

Mata Woohyun cuma menatap perlakuan suaminya dengan hati yang bahagia. Tangannya satu lagi membelai rahang Sunggyu. Senyumnya bertambah lebar bila dia merasakan bayinya bergerak didalam rahimnya. Mesti anak dia seronok tengok Mama Papa dia sweet macam ni.

“Saya pun nak minta maaf. Sepatutnya saya faham tapi tahulah hormon kan. Kesian Byunghun mesti dia rasa bersalah.”

“Tak apa, saya faham. Lagipun saya seronok sayang cemburu sebab sayang saya nampak comel. Jarang tau nak tengok sayang merajuk macam ni, selalu sayang cover telan sorang – sorang, betul tak baby? Mama awak comel kan?” Badan Sunggyu menunduk selaras dengan perut bulat Woohyun. Bibirnya bersentuhan dengan perut itu dan merasakan pergerakan dari dalamnya.

Senyum Woohyun mengembang lagi. Jarinya membelai rambut lebat suaminya. Seronok dia melihat Sunggyu berbual dengan anak mereka. Pemandangan yang sangat indah. Woohyun ternanti – nanti bila anak mereka lahir. Sunggyu akan menjadi sosok ayah yang sempurna.

“Jangan kacau baby boy, dia nak tidur.”

Sunggyu mendongak. “Baby boy?”

“Entah, saya teka je sebab dia aktif sangat setiap kali dia terjaga.”

“Tapi saya nak baby girl.”

“Saya teka je kan, kita tak tahu.”

Sunggyu malas mahu memperpanjangkan lagi. Baik dia mahupun Woohyun masih lagi meneka jantina bayi yang dikandung. Sunggyu mengalihkan perhatiannya semula kepada perut Woohyun dan mengusapnya, suka dia merasai pergerakan yang terhasil dibawah tapak tangannya.

“Saya tak kisah anak kita lelaki ke perempuan, yang penting sayang dengan anak kita selamat. Itu sahaja saya minta.” Sunggyu menghabiskan ayatnya dengan mendaratkan bibirnya pada bibir Woohyun.

Ciuman yang diterima Woohyun agak mengejutkan dirinya kerana dia tidak bersedia. Akan tetapi hati Woohyun terharu dengan kelakuan manis suaminya. Dia dapat merasai sendiri kehangatan kasih Sunggyu mengalir ke segenap tubuhnya. Tanpa disedari, Woohyun ikut membalas ciuman itu tadi sambil tersenyum manis.

Adalah menjadi satu rahmat buat Woohyun bersuamikan Sunggyu. Dalam beribu manusia diluar sana, dirinya terpilih mendampingi seumur hidup Sunggyu. Mereka masih kekal bersama mengharungi segala dugaan yang mendatang berbekalkan cinta dan kepercayaan antara mereka.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Suka untuk saya ingatkan bahawa untuk cerita ini saya tak akan update kerap sebab saya masih lagi dalam proses translate. Keduanya, chapter akhir 'Seeking for Love' sedang dalam proses. Jadinya saya akan lebih fokus ke versi Inggeris dahulu sebelum saya fokus ke versi Melayu. Terima kasih semua^^

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
reader_28
#2
please update eng ver too ^^
vicistar #3
Chapter 9: Eng version please
reader_28
#4
Chapter 7: please update on eng ver too ^^
dazaasxorm127 #5
When are you going to update the english ver.?
Nowisgood3
#6
Don't you want to update the English version anymore?