Bab 3 : Pertemuan

Black Petals

"Tu bukan Lee Taeyong ke? ” seorang gadis berambut tocang dua berkata kepada rakannya yang memakai sweater biru. “Aah lah. Dia kan yang kena tahan sebab dituduh bunuh family dia tu. Weh, jomlah blah. Takutlah, ” ujar gadis bersweater biru itu. Setelah itu, dua orang gadis itu terus bergegas keluar. Orang-orang di situ mula memandang Taeyong dengan pelbagai reaksi. Taeyong menarik topi yang dipakainya bagi menutupi wajahnya. Dia segera keluar daripada kedai itu setelah membeli barang di situ.

 

Setelah itu, dia masuk ke restoran makanan segera kegemarannya, Mc Donald. Pada hari itu, terdapat ramai pelanggan. Setelah selesai mendapatkan makanan, dia mencari meja kosong. Ketika pelanggan di situ terperasan wajahnya, mereka mula berbisik-bisik. “Eh, dia kan yang bunuh family dia tu, ” seorang gadis bercermin mata berbisik kepada rakannya yang berbaju hijau. “Nama dia Taeyong kan. Bekas banduan tu, ” seorang lelaki berkemeja jalur biru pula mula berbisik-bisik. Disebabkan ketidakselesaan itu, tiada siapa yang berani memberinya duduk walaupun terdapat kerusi kosong berhampiran mereka. Tiba-tiba, Taeyong terasa bahunya di tepuk perlahan. Dia melihat seorang gadis bermata bulat dan berambut orange keemasan sedang tersenyum ke arahnya. Gadis itu, menunjukkan ke arah kerusi di suatu sudut di bahagian hujung restoran. Taeyong pun bergerak ke arah kerusi kosong tersebut. Setelah itu gadis itu, mengambil tempat di hadapannya. Kemudian, gadis itu mula makan tanpa berkata apa-apa. Taeyong berasa sedikit hairan kerana gadis itu hanya makan dan sesekali tersenyum kepadanya. Dia berasa pelik kerana gadis itu langsung tidak mengeluarkan suara. “Adakah dia bisu?” Taeyong masih berteka teki di dalam hatinya.

 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

Taeyong masih berfikir-fikir berkenaan gadis yang menolongnya itu. “Kenapa aku rasa macam pernah nampak dia ye? ”Taeyong mula tertanya-tanya. “Ah, aku dah ingat!,” akhirnya Taeyong sudah ingat perihal gadis itu. Dia nekad untuk mencari tahu tentang gadis tersebut. “Kringgg, ” telefon Taeyong tiba-tiba berbunyi. “Hello, Tuan Taeyong. Saya dah masukkan wang yang tuan minta tu, ” ujar lelaki di talian itu . “Okey baik, terima kasih. Lagi satu, tolong saya cari perempuan ni ” Taeyong berkata kepada lelaki tersebut sambil menerangkan maklumat tentang gadis yang ingin dicarinya itu. “Baik, tuan, ”balas lelaki tersebut. Setelah itu, Taeyong memutuskan talian. Taeyong memandang ke luar tingkap. Bayangan wanita itu masih kukuh di ingatannya. Gadis berambut orange keemasan yang bermata menawan itu.

 

                                                                                                                   lisa1 photo picture1_zpsffordwsn.png

 

Tanpa disedari, dia tersenyum sendirian.

 

                                                                                                                     yong1 photo picture2_zps4gwyd2h6.png

 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BarmyDew
#1
akhirnya jumpa juga yonglice story 😭🥰😍
Lavida #2
Chapter 3: Wahh yonglice story,teruskan menulis author,i love ur story❣️