Bab 1 : Takdir

Black Petals


 xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

Cecair merah mula memenuhi pakaiannya namun dia masih menggagahkan diri menjauhi tempat itu. Kegelapan malam tidak langsung menghalangnya. Akhirnya, dia tiba di lorong gelap yang menempatkan bilik kecil itu. Dia terus merebahkan diri di atas sebuah katil usang. Setelah itu, dia mencari ubat ubatan untuk mencuci lukanya itu. “Arghhh! ”dia mengerang kesakitan di saat cecair kuning itu disapu di kawasan luka. Dia mengeluh kecil. Tidak lama kemudian, dia tertidur. 

 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

Pada pagi itu, kelihatan ramai orang mula memenuhi Garden Cafe. Seorang gadis berambut orange keemasan masuk ke kafe tersebut sambil membawa bakul yang berisi sejambak bunga ros putih. “Cik Sandara ada? Saya bawa bunga yang dipesan olehnya, ” ujar gadis itu dengan menggunakan bahasa isyarat namun malangnya lelaki di hadapannya itu tidak memahami apa yang diberitahu oleh gadis itu. Dia hanya tersenyum tawar memandang gadis manis itu. “Eh, kamu yang dari kedai bunga tu ye. Oh, ada bunga yang saya pesan tu? ” soal wanita yang berambut tocang satu yang baru muncul dari belakang kafe. Gadis itu mengganggukkan kepalanya dan menghulurkan bakul berisi bunga ros putih itu. Wanita itu mengucapkan terima kasih kepada gadis itu dan memberikan wang bayaran. Gadis itu menyambutnya dan meminta diri untuk pulang. 

Setelah itu, gadis itu terus mengayuh basikalnya menuju ke kedai bunga tempat dia bekerja. Dalam perjalanannya itu, dia terserempak sekumpulan kanak-kanak sedang bermain di taman. Gadis itu turun daripada basikalnya dan menuju ke gerai ais krim yang terdapat di situ. Setelah itu, dia memberikan kanak-kanak di situ ais krim yang dibelinya. Mereka kelihatan sangat gembira.

 Setelah itu, gadis itu berjalan jalan di sekitar taman tersebut. Seketika, dia membayangkan kebahagiaan jika dia mempunyai sebuah keluarga pada suatu hari nanti. Tiba-tiba, terdengar bunyi brek ditekan kuat. Gadis itu terkejut apabila mendapati sebuah basikal sedang menuju ke arahnya. Dia tergamam seketika. Ketika itu, dia terasa seseorang menariknya ke tepi. Mereka terjatuh di atas rumput. Gadis itu segera bangun dan setelah itu, dia merapatkan tangannya tanda minta maaf. Lelaki itu mengangguk perlahan dan terus berlalu pergi. Gadis itu hanya memandang lelaki itu pergi. Dia tidak dapat melihat dengan jelas wajah lelaki itu kerana lelaki itu memakai topi dan hoodie. 

 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

“Lee Taeyong,” lelaki berkot hitam itu menyebut perlahan nama yang tertera di atas kertas putih itu. “Aku nak kau semua cari dia ni sampai dapat.” lelaki itu berkata kepada anak-anak buahnya. Mereka semua mengangguk tanda faham. “Baik, tuan.” sahut mereka. 

 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BarmyDew
#1
akhirnya jumpa juga yonglice story 😭🥰😍
Lavida #2
Chapter 3: Wahh yonglice story,teruskan menulis author,i love ur story❣️